Tuesday, June 2, 2009

Runtuh..!!!

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut laman web Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.

stadium sultan mizan gong badak 020609Stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Stadium itu mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Setakat ini belum ada mangsa yg di lapor kan....

Monday, June 1, 2009

Egonya rakyat negaraku


Inilah wajah2 ego rakyat negaraku. Kesian kat kakak yg kendong anak yg jelas dah tertidur dikendongan. Apalaa..salahnya makcik mulut moncong 2 kaki tu yang bodynya amat mantap, dengan isi tubuh yg membugar lagi tembam (baju merah) dan minah yg cucuk telinga dengar lagu tu bagi kat kakak tu duduk..betullah kata orang, hati perempuan ni depa kata kedekut tahi hidung masin, tu pasal laa bila laki depa nak poligami, depa gomoi setengah mati (tak bagi la tu..) lalalallala..oh ! nonaku Azizah..eh..azizah kaa.. ? Jangan buat pasai !!