Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, December 1, 2010

They toured, you paid...congrats










The MACC said that these are old cases. The MACC said that there is no evidence of fraud or corruption. The MACC said that the cases have been closed and the files marked No Further Action (NFA). So Malaysia Today is helping the MACC by providing the evidence they can’t seem to find.
When it comes to corruption cases like this one, MACC suddenly become blind - Raja Petra Kamarudin
.

Saturday, November 27, 2010

Gaji Piem

Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

(catatan akhbar kosmo)


Tu baru gaji pokok....belum lagi elaun mesyuarat,elaun rumah,elaun perjalanan..dan tah ape2 lg elaun...

Saturday, October 23, 2010

Komen Ust. Dr. Asri

http://dupahang.files.wordpress.com/2009/11/dr-maza.jpg?w=188&h=238
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Tuesday, September 28, 2010

Takut kerr..??


Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

ADA untung dan gunanya PKR membuka peluang kepada ahlinya di peringkat bawahan untuk memilih pemimpin. Sistem yang diperkenalkan PKR ternyata meriah walaupun ada beberapa kecacatan. Ini biasa kerana sistem berkenaan pertama kali diperkenalkan. Kasut mahal pun kalau pertama kali dipakai akan 'mengigit' dan 'mengeteik' tumit atau ibu jari.

Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP.

Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan?

Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR.
 
Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju.
Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas.

Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu.

Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR.

Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara.

Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu.

Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi. [wm.kl. 8:00 am 27/09/10]

Friday, September 24, 2010

Zunar d Tahan

Kartunis Zunar atau Zulkifli Anwar Ulhaq ditahan di bawah Akta Hasutan setelah pihak polis menyerbu pejabat Gedung kartun di Brickfields pada pukul 4.15 petang tadi.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, isteri beliau, Noor Fazlina Rosley mengesahkan penahanan suaminya serta memberitahu Zunar di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 5.15 petang (24/9/10).

Seramai 10 anggota polis dari IPD Brickfields yang diketuai ASP Arikrishnan Apparau turut merampas kira-kira 70 buku kartun terbaru Zunar berjudul Cartoon-O-Phobia.

Tuesday, September 21, 2010

Jenapala dipecat dari PKR Feb 2009

 Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PKR, bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat pada Februari 2009.

Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sebelum ini Jenapala membuat satu sidang media mengumumkan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi panas iaitu calon Timbalan Presiden PKR.

Terbaru, beliau sekali lagi mengadakan sidang media hari ini mengkritik jawatankuasa Pemilihan PKR setelah borang pencalonan beliau ditolak.

Ekoran statusnya bukan lagi anggota PKR, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan dalam PKR.

Selain itu, tindakan mengkritik jawatankuasa pemilih PKR 2010 juga jelas Saifuddin hanya akan mempamerkan sikap sebenar Jenapala yang pernah mengkhinati perjuangan PKR.

"Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan," katanya.

Mimpi Ular


Mimpi tentang ular merupakan lambang musuh yang dapat menyembunyikan permusuhannya. Atau dapat diertikan musuh yang munafik dan sangat membahayakan karena ia tidak berani berhadapan, tapi menyerang dari belakang.

1) bermimpi membunuh ular, ertinya anda akan berhadapan dengan musuh atau pesaing dalam bisnis dan anda menang;

2) bermimpi bertengkar dengan ular dan anda dapat dikalahkan artinya musuh atau pesaina andalah yang menang dalam kompetisi;

3) bermimpi melihat ular mempunyai kaki, ertinya anda mempunyai musuh yang kuat;
4) bermimpi melihat ular tetapi anda merasa takut karena binatang itu memandangnya artinya anda akan dicekam ketakutan

5) bermimpi merasa ada ular keluar dari lubang anus, telinga atau perut artinya sebagian keluarga anda ada yang menjadi musuh secara diam-diam (membenci anda dengan diam-diam);

6) bermimpi memiliki ular, ertinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;

7) bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;

8) bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan;

9) bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) ertinya bahewa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan;

10) bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam;

11) bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan;

12) bermimpi bermain-main dengan ular ertinya ada seseorang yang sedang jatuh cinta kepada anda;

13) bermimpi melihat ular di dalam rumah ertinya anda akan kedatangan tamu yang membuat senang seluruh keluarga;

14) bermimpi melihat kulit ular ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan kekayaan dari Allah; bermimpi menari dengan membawa ular artinya anda akan mengalami kekacauan dengan kekasih.

Allahualam bis sawwab....

Monday, September 20, 2010

Monday, September 13, 2010

Mentaliti dan Kes Bunuh


Jika bilang melayu ni kuat beremosi, ada melayu yang marah nanti! Itu pasal selalu kita lihat ada kepala lembu selamba badak depa pijak, kepala babi boleh di gantung atas pagar surau. Bila diselidiki kena lubang hidung sendiri.

Kini, hot di blog pencacai, tiup kebencian kaum - HINDU BUNUH MELAYU !! Apa tujuannya? Yang mati tetap mati, yang hidup pulak berlebih-lebih. SMS bertebaran. Ruang komen sendat dituliskan macam-macam provokasi. maaf - provokasi perkauman tidak akan dilayan .

Isu Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh kejam. Okay..suspek telah ditahan. Memang semula kulit gelap-gelap belaka. Tapi apa halnya dengan pembunuh Altantuya ? Kenny Ong ? Hindu jugak kah? Berilah keadilan. Jangan dicipta provokasi. Jangan dicurah petrol pada api yang marak. Memang kita marah. Tetapi marah perlu dikawal. Perlukan iman dan istighfar der..! Nanti digelak orang dan bangsa lain ajer..! Sudahnya muka sendiri yang berlendir kerana terludah ke muka sendiri ! Jangan jadi bangang !!

Wak cukup terkesan dengan foto disebelah.
Jika benar ke-semua mereka telah dibunuh - ayuh.., kita sedekahkan al-Fatihah dan Yaasin buat mereka agar semua roh yang dibunuh kejam itu beroleh ketenangan dan abadi disisi PenciptaNya.

Bukan dengan mencipta provokasi politik murah yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Kepada Pencacai - Sila letakkan otak ditempatnya yang betul bukan di kantung p***r !! Sengal..!!

Tuesday, August 31, 2010

Siapa Nak Repot Nih...!!!


Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters/TMI

Berahim katak, bila nak pi buat repot ni ... dah sah-sah terbentang di dalam gambar di atas dua orang BUKAN ISLAM dan yang perempuannya pula tanpa menutup aurat telah megadakan lawatan ke masjid yang dinyatakan di atas. ...
Menteri Agama  pula macamana ni ... komen lah sikit Jamil Khir .... Sebagai menteri agama hang boleh cakap apa saja, betul tak betul belakang kira lah ... janji kenyataan membodek.

He he he...

Satu Komen :

Weii..tak leh report laa..x cukup bukti...gambar tu kat luar masjid.Lagi pun Jakim kata pelancung bukan Islam tak pe masuk masjid..yang haramnya orang bukan Islam dari PKR dan DAP saja. Kalu dari MCA, MIC dan Gerakan mungkin tak pa..tak taulah tak try lagi.

Cuba kamu ajak apa nama tawkey cina MCA yang berlakon Porno tu..( lupa pulak nama dia ) ke majlis buka puasa kat masjid atau tak pun kau ajak Ng Yen Yen sekali...baru buleh MAIS, JAIS atau JAKIM keluarkan fatwa pulak. Ni aku agak jelah fatwa tu nanti akan dikategorikan begini:
1. Harus sekiranya bukan Islam tersebut adalah pelancung asing atau dari Parti MCA, MIC dan Gerakan.
2. Haram sekiranya bukan Islam tersebut dari parti PKR atau DAP
3. Mana-mana orang Islam pulak kalu dari  **** diharuskan menutup aurat ketika memasuki masjid atau surau. Lain- Lain orang Islam hukumnya wajib menutup aurat ketika memasuki masjid atau surau.
 Nota Kaki:

Puak Polis FRU dan SB pernah masuk kemasjid atau surau tanpa menanggalkan kasut,sebagaimana peristiwa dimasjid negara pada tahun 1998 dulu dan juga disurau Memali pada tahun 1985...tak kan dah lupa kot.Che det,Hanif Omar ,Musa Itam,Rahim Noor semua masih agi idup boleh buat pengesahan atau penafian.


Monday, August 30, 2010

Sunday, August 29, 2010

Tuesday, August 24, 2010

Bahaya Mercun Bola


"TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.  Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun. OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun. Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen. 

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.
MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS.
PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP. 
LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :

1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR

2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP. MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!! 

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!! 
Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging. 

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!
 

Monday, August 23, 2010

Doa Kontrovesi


 Banner ni mcm mana???....tak de sape nk repot Polis kerrrrr..!!!!
Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabit...kan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.
Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.

Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

“Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan,” katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

“Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara,” kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Is Here.... Feel It

KM LGE


Saya ingin berdoakan agar keberkatan dan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijrah ini dapat dihalusi dan dinikmati semua berdasarkan perkongsian, pengorbanan dan sumbangan kepada masyarakat.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan terus berusaha mendirikan kerajaan berjiwa rakyat dengan berteraskan prinsip 3P – Perkayakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkasakan Rakyat- dan urus tadbir kerajaan Cekap, Telus dan Akauntabel (CAT). Prinsip integriti dan kebenaran adalah penting dalam pentadbiran negara.
Kerajaan yang baik dan bersih akan dapat jimatkan wang untuk dikongsi bersama rakyat. Ini boleh dilihat buat pertama kalinya semua warga emas yang melebihi 60 tahun telahpun menerima RM100 setiap tahun dan waris akan menerima buat pertama kalinya RM1,000 untuk urusan jenazah. Di samping itu, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya basmikan miskin tegar pada 2009.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya memberi jaminan bahawa amalan CAT akan dilaksanakan tanpa pilih kasih bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri diteruskan dengan tiga teras pembangunan ekonomi yang digariskan iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor).

Di bulan yang mulia ini juga, saya mengambil semangat Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini untuk menyeru rakyat negeri Pulau Pinang agar mengelakkan fitnah walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tindakan aibkan orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan. Contohnya dakwaan perarakan Maulud diharamkan diulang-ulangi sungguhpun berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah. Ataupun demonstrasi ke atas dakwaan palsu Bazar Ramadan di Komtar diharamkan oleh sipenganjur yang telah kutip wang sewa daripada peniaga tetapi tidak serahkannya kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang(PDC).

Kerajaan negeri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin orang Islam, dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar.

Akhirnya, marilah kita menjauhi segala laranganNya bagi mendapatkan puasa yang sempurna sejajar sabda Rasulullah SAW (bermaksud): “Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak, bulan rahmat yang penuh keberkatan.

Amal Maaruf Nahi Mungkar

S.O.A

Tuesday, August 10, 2010

Melayu Tertindas...????



hihi..kelakar je isu ni.media khususnya TV3 acapkali mainkan 2 3 hari ni.bantai LGE cukup2.hihi..yg lebih kelakar,ada peniaga yang cuba nk bunuh diri sbb kecewa tak dpt berniaga.Hari ni semua telan balik muntah kahak yg dia ludah kt lantai..hihi..amat2 lucu..papa gomo a.k.a muhammad norzamrizal sibuk masukkan dlm blog ulas isu ni..hihi..muhyiddin yassin dan konco2 bukan main ek semalam..hihi..angah nak gelak manja je..hihi..taknak dah kah kah kah..hihi.. :p
---------------------------------
GEORGE TOWN 10 Ogos — Selepas “berperang” sejak Sabtu lalu kononnya peniaga Melayu dihalang daripada berniaga di Komtar sempena Ramadan Dewan Perniagaan Komtar KMA berkata perkara itu sebagai “kesilapan teknikal” dan para peniaga memulakan operasi mereka hari ini Naib Pengerusi KMA Mohamad Ghani Abdul Jiman juga menyalahkan media kerana salah tafsir isu berkenaan selain mendakwa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC telah memanipulasikan kata-katanya untuk mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peniaga Mohamad Ghani berkata KMA membuat keputusan mengurangkan jumlah gerai kepada 25 selepas mempertimbangkan masalah kesesakan di kawasan konkos tingkat tiga Komtar “Saya menerima faks persetujuan daripada PDC pada pukul 6 45 petang 6 Ogos Jumaat lalu jadi saya tidak tahu bahawa bayaran kepada PDC harus diselesaikan pada Isnin semalam ” ujarnya “Adalah amalan biasa membayar sewa pada akhir bulan ” kata beliau Mohamad Ghani berkata kesemua 25 peniaga akan membuka gerai di tingkat tiga memandangkan mereka tidak berminat berniaga di tingkat empat Utusan Malaysia milik Umno membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan laporan muka depan semalam “Melayu masih ditindas” yang membawa dakwaan bahawa pentadbirannya menghalang peniaga-peniaga Melayu daripada mengadakan gerai Ramadan Mohamed Ghani berkata beliau akan mendedahkan semua surat yang diterima daripada PDC kepada polis supaya orang ramai dapat mengetahui kebenaran Lebih 100 peniaga diketuai Mohamed Ghani melancarkan protes di Komtar semalam PDC semalam menafikan dakwaan KMA dalam Mingguan Malaysia kononnya ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar “Merujuk kepada kenyataan akhbar semalam pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar ” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar semalam Bazid berkata adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan KMA membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kma-hanya-silap-teknikal-isu-peniaga-komtar-selesai/

masa ni tengah kecoh : http://malaysiakini.com/news/139604

Tuesday, August 3, 2010

Fakta Yang Perlu Rakyat Tau

Kisah SENATAK

KUALA LUMPUR 3 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengambil langkah memantapkan imejnya terlebih dahulu sebelum meminta anggota Kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytihar harta mereka kepada umum. (lebih lanjut di sini : http://www.themal...aysianinsider.com/bahasa/article/ezam-gesa-sprm-mantap-imej-sebelum-minta-dedah-harta/)
--------------------------
kah kah kah..ni kepala bana punya cdgn ni..kah kah kah
woit...senatak ni cakap : “Kredibilti SPRM merupakan prasayarat utama dalam menjayakan sebarang langkah berani mempertingkatkan usaha reform di negara ini dan kita sedia maklum imej SPRM tercalar akibat serangan yang sengaja dilakukan oleh anasir antikerajaan yang melaungkan reform palsu"
woit..senatak..imej SPRM nampak BANGSAT sbb rela DIBANGSATKAN oleh si BANGSAT la..kah kah kah

kah kah kah..dulu dlm ceramah SENATAK ni cakap :

"Kita manusia, bukan mudah..nak berjuang ni tak mudah.. aa..cakap senang..tak mudah. Kalau nak berjuang betul-betul la..Kalau berjuang pasal jawatan, nak pergi rileks, pergi la sebelah sana, senang la.. Kalau kita betul-betul nak berjuang, dan saya nak bagitahu, saya nak tumpu betul-betul GERAK, Saya takdek fikir nak masuk UMNO ka, masuk PAS ka, masuk balik Keadilan, masuk DAP ka, masuk MIC ka, ha lagi saya tak mau la, saya takdek...." - http://www.youtube.com/watch?v=RGVsQ1qwoHI&feature=player_embedded

bila dah jadi SENATAK dalam PARTI UMNO BN :

""Bismillahirahmanirrahim..Say
a, Mohamad Ezam bin Mohd Nor, setelah dilantik sebagai seorang ahli Dewan Negara, dengan sesungguhnya berikrar, bahawa saya akan dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya, sebagai yang demikian, dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia, yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara melindungi serta mempertahankan perlembagaannya." - http://www.youtube.com/watch?v=PXOh66aUvfg&feature=player_embedded

kah kah kah..dasar KOTAK di KATAK!
Ezam KOTAK, baca ni : "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim'').

- kredit to angah KBSB

Saturday, July 31, 2010

Seloka Untuk PM


Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula di luar negeri;
...Ini adalah 1 Nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri.

UPSR dan PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/diesel gas masak dan gula naik lagi,
RM 222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.
Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M di Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri bukan dengan duit sendiri tapi ambil duit rakyat sendiri, inilah KPI Perdana Menteri.

Mahfuz Omar Jul 31, 10 2:52pm
Penulis ialah naib presiden PAS dan ahli parlimen Pokok Sena.

Perasan Tak...??

Tuesday, July 27, 2010

Monday, July 26, 2010

Penipu Tahap Gaban



Mari kita lihat bagaimana pencacai buat untuk menjalin perpaduan dengan PAS....penipu, pembohong tahap gaban! Pemimpin dengan anak buah sama jer...Hanya Mufti Perak jer tak berbohong sebab dia mufti...hahaha - kredit to andak

Saya Ingin Memuji....


Saya Ingin Memuji Tun Siti..

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.
Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Dr Mod Asri Zainal Abidin - http://drmaza.com/home/?p=1195

Monday, July 19, 2010

Pasir Oh Pasir

Rakyat Desa Di suruh Berjimat, Pemimpin Bermewah.


Hasan Husaini   
Tanggal 4 Jun 2008, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda. Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.
Pada 16 Julai 2010, harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun di singgahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu.

Saya menulis pada hari ini bukan untuk membahaskan dari sudut akademik atau politik jauh sekali dalam bidang ekonomi. Bahkan berpandukan pengalaman cetek ketika berkunjung di negara sejawatan dengan Malaysia sebagai pengeluar minyak, Arab Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia. Rs10 mampu memulangkan lebih 20 liter petrol. Tak perlu beralasan bahawa kita membeli minyak dari luar. Yang penting negara kita adalah negara pengeluar minyak.
Bukan sekadar itu, negara kita juga terkenal dengan negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Di mana keuntungan semua itu? Di mana keuntungan sawit? Di mana keuntungan getah? Di mana keuntungan minyak mentah?

Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat. Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.
Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah sekali-kali mempersaudarakan manusia yang zalim dengan syaitan, kecuali kepada si pembazir, maka Allah berfirman (maksudnya), “ Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara bagi syaitan-syaitan”.

Suka untuk saya tegaskan pada hari ini, golongan yang patut ditegur ialah para pembesar negara yang secara zalimnya meletakkan beban kepada rakyat sedangkan mereka masih bersenang-lenang dengan pangkat dan harta yang bertimbun bahkan masih menerima elaun dan dividen serta keistimewaan yang keterlaluan.
Kenyataan seorang 'orang besar kerajaan' pada Jun 2008, "Tidak relevan memotong elaun menteri, bukan sampai bilion pun". Ya, memang rakyat tahu, elaun menteri tak sampai bilion, sebab itulah rakyat nak ia dipotong. Mana kesanggupan pemimpin untuk bersama rakyat kalau masih menikmati elaun?

Pada 17 Julai 2010, seorang menteri juga beralasan dengan cara yang tidak cerdik mengatakan bahawa tidak patut untuk negara membelanjakan RM1 bilion demi memberi subsudi kepada barangan yang boleh membawa penyakit.
Dalam usaha menjaga ekonomi negara, kerajaan lebih rela meletakkan beban yang berat ini ke atas rakyat bawahan yang cukup lemah. Sedangkan, dalam masa yang sama, sebuah istana bernilai hampir satu bilion ringgit sedang dibina. Walhal istana lama masih 100 kali lebih mewah dari rumah paling cantik di desa sana.

Saya amat tertarik dengan kisah Imam Nawawi yang dibuang negeri setelah beliau enggan untuk memberi fatwa untuk mengharuskan Raja Zahir mengambil harta rakyat untuk mencukupkan kelengkapan perang demi mempertahankan negara. Sekali imbas, patut bagi si raja untuk mengambil harta rakyatnya pada waktu itu. Tapi, kecerdikan Imam Nawawi tidak seperti ustaz dan ustazah hadhari yang mudah ditipu oleh ketamakan pemerintah.
Beliau berhujah bahawa beliau akan membenarkan si raja mengambil harta rakyat jika gedung kekayaan istana dikosongkan, gundik-gundik dibebaskan dan segala kemewahan ditinggalkan, namun kelengkapan perang masih belum mencukupi. Maka raja naik marah lantas membuang Imam Nawawi ke luar negeri.
Begitu juga dengan kisah seorang sahabat yang dihantar untuk menjadi gabenor di salah sebuah wilayah Islam. Maka apabila tiba musim pembahagian zakat, nama si gabenor tadi berada di tangga teratas senarai penerima zakat lantaran kemiskinan beliau kerana senantiasa meninggalkan kesenangan dan keperluan diri serta keluarga semata-mata untuk membantu rakyat jelata.

Samalah juga tentang apa yang berlaku pada Khalifah Umar Khattab yang terlebih dahulu mengorbankan kesenangan diri sebelum meminta rakyat berjimat cermat apabila tiba musim kemarau, musim Ramadh, selama hampir 9 bulan. Sepanjang temoh itu, Saidina Umar tidak memakan keju, meminum susu bahkan memakan daging. Rasulullah sendiri yang sememangnya menjadi contoh tauladan kepada umat Islam hidup dalam keadaan sederhana.
Itulah gaya sebenar seorang pemimpin. Terlebih dahulu mengorbankan kesenangan sendiri, bukan hanya dengan mudah meletakkan beban kepada rakyat. Sedangkan diri sendiri masih sempat untuk bermain golf, menunggang kuda, bercuti ke luar negara dengan dibiaya duit rakyat!
Bagaimana patut pemimpin negara berpesta dengan berhabis jutaan ringgit sedangkan rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tanpa apa-apa skim yang menaungi sedang mengikat perut membilang biji beras ekoran kenaikan harga gula dan kenaikan mendadak harga minyak.

Tertarik saya untuk mengikuti jejak langkah Imam Nawawi menegur pembesar negara supaya terlebih dahulu berjimat sebelum melepaskan beban itu kepada rakyat. Tinggalkan dahulu istana besar, kecilkan dahulu poket tebal menteri-menteri, hilangkan dahulu skim eksekutif dan eksklusif yang melindungi para menteri, jual dahulu saham-saham individu yang bernilai jutaan ringgit. Hilangkan dahulu sifat pentingkan diri para pembesar dengan mengosongkan garaj kereta mewah dan eksotik pembesar negara. Patutkah seorang pemimpin masih bermewah mengurniakan pangkat bermewah-mewah berpesta saat rakyat mereka menderita?

Bayangkan Datuk Seri Najib berucap supaya rakyat berjimat, sedangkan dia sejurus kemudian menyantap di meja mewah bersama orang-orang besar kerajaan? Dari mana duit untuk membayar makanan itu? Bukankah ianya hasil dari penjimatan pakcik dan makcik yang hanya makan nasi berulamkan pucuk ubi kayu? Bukankah lagi patut Datuk Seri Najib meniru gaya seorang MB yang hanya makan nasi goreng dalam polisterin?

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa anda semua sedang diperbodohkan oleh pemimpin yang kamu junjung. Anda di desa telah puluhan tahun berjimat-cermat, sedangkan mereka masih sempat bermewah. Patutkah anda memilih mereka untuk kesekian kalinya?

Penulis adalah penuntut di Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
























 
 




Jangan leka atau terpesona dgn angka......macam2 mereka boleh buat untuk menidakkan.....PRU13 menunggu. Jom kita ramai2 mendaftar.

Sunday, July 18, 2010

Terima Kasih PM kerana Menaikkan Harga

Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah Umnoputra yang selama ini jatuh bangun menyokon Umno-BN.


Tetapi pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat terus memujinya. Sebab itulah tajuk berita media: “Subsidi diturunkan..” “Penyelarasan harga barang..” “ Najib berani…” “rasionalisme subsidi..”. Kekadang editor serta wartawan macam ni takde hati perut ke? Tidakkah mereka menyembunyikan maklumat untuk bersekongkol dengan kerajaan bagi memeras rakyat marhaen. Rakyat dan sebangsa mereka sendiri demi kepentingan habuan dan periuk nasi mereka. Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin.

1. Pembaziran Pilihanraya Kecil
Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Dia siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: “ Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan membahagi angpau!...”


2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib
Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.


3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat
Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.
Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." "Penjualan gas kepada IPP
adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

Gas diberi subsidi tetapi rakyat dinaikkan harga gas. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya? Mereka dapat gas percuma kurnian Allah dan dicekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?


Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain?
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!


Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.


Hasrat ini perlu dihalang.Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin2 yang 'BUTA KAYU'.

One cent no use....haprakk



KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI

Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak. Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan. Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?
Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama. Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.
Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita./wfauzdin.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

Tak Paham...

Aku tak paham la...apa madsud banner niii..!!! Ada sesiapa boleh tolong translate...????

Tuesday, June 1, 2010

Senarai 12 rakyat M'sia yang ditawan Israel



Berikut senarai nama nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam.

Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifekine4Gaza.
* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
Nasib mereka masih belum diketahui.

CELAKALAH ISRAEL DAN SELURUH SEKUTUNYA



Berita paling sedih kita baru terima hari ni, konvoi vessel bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando Israel, tidak kurang dari 20 orang telah terkorban: Syahid! Termasuk yang ada atas kapal ialah Pak Jamal (Jamaluddin Elias), sahabat saya dan sahabat kita. Saya mula kenal sahabat ni tahun 1995 dan agak rapat mulai tahun 1998. Setahu saya dia aktivis Yayasan Amal Malaysia...tak pernah ketinggalan dalam misi bantuan antarabangsa PAS melalui Yayasan Amal.
.
Jarang orang Malaysia, termasuk yang berada dalam gerakan Islam pernah terbayang untuk bertempur dengan Israel seperti rakyat Palestin sekarang. Pemergian konvoi itu bukan dengan niat bertempur, tetapi menghantar bantuan! Saya agak menyesal kerana tidak sempat menderma banyak untuk misi itu. Hanya kesempatan di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Sik, Saudara Tarmizi membuat kutipan...kalaulah hari tu bawa banyak duit???!!
.
Allah hidangkan kesempatan buat peserta misi untuk berhadapan dengan komando Israel. Dan mereka datang untuk membunuh. Maka syahid adalah balasan untuk meeka yang beragama Islam. Saya berharap kita semua dianugerahkan mati semulia mereka. Sesungguhnya jangan kamu menyangka bahawa mereka semua mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka...
.
Di kesempatan ini, marilah kita berbuat sesuatu dalam keupayaan kita yang jauh dari mereka. Bangsa Yahudi Zionis laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita yang hanya bertangan kosong di satu tempat yang tiada tanah untuk menyelamatkan diri... senjata paling tajam yang mereka miliki ialah pen dan pensil. Allahu akbar!!
.
Masa ini saat untuk bertindak, bukan sekadar mengutuk! Apa yang boleh kita buat??? Di tanah air kita ini, mari kita lenyapkan ketakutan dan kegerunan kepada mereka dan sekutu mereka. Saudara kembar mereka Amerika Syarikat perlu menjawab kepada dunia atas perlindungan mereka kepada israel selama ini. Maka, mana-mana pihak yang mengambil idea dan nasihat dari sumber Israel atau yang melobi untuk pergi melutut kepada Amerika wajib ditentang habis-habisan. Nyahkan mereka!!! Pemimpin pengecut yang bertuhankan ekonomi dan neo-kolonialisme Amerika sudah tiada tempat lagi di hati ummat Islam. Bakar jambatan penghubung dengan Amerika, bakar juga pembina-pembina jambatan itu.
.
Tiada lagi ayat yang mulus buat Israel, Amerika Syarikat dan gerombolan mereka... CELAKALAH MEREKA SEMUA.

Allahu Akbar...!!

Thursday, May 27, 2010

Monday, May 24, 2010

Kena Siasat !!!!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.
Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.
Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

Nota:

Bila terdengar berita ni rasa 50-50 je nak percaya. Betul ke SPRM ni berani nak siasat Najib?! takda double standard ke? Atau sekadar wayang je?! Apapun kita tunggu dan lihat!

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter