REALLY SURAT KEPADA TUAN BERBADAN BESAR DAN SAUDARANYA DI ABU HINDRAF
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/oSeElZawXWE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Tuan Berbadan Besar dan Saudara Saudaranya.
Surat Kepada Tuan Berbadan Besar dan Saudara Saudaranya.
Assalamualaikum Tuan,
Di
harap Tuan sehat dan bersama rakan rakan saudara tuan yang hadir untuk
mengangu majlis ABU Hindraf semalam di Jalan Kebun Shah Alam.
Saya juga amat mengharapkan perasaan bangga tuan di atas perbuatan tuan semasa majlis ABU Hidraf semalam itu masih mekar.
Walaubagaimana
pun, terfikir sejenak saya disini semasa menonton gelagat tuan, dan ia
menghasilkan satu persoalan. Persoalan yang membuatkan saya ragu ragu,
dan yang mengerakan diri saya untuk menulis surat ini kepada tuan.
Tuan yang berbadan sasa berbaju hitam,
Soalan saya adalah, apakah agama tuan? Adakah Tuan beragama Islam Melayu atau beragama Melayu?
Jika
tuan katakan yang tuan beragama islam, saya secara peribadi mengatakan
yang tiada satu pun tindakan tuan semalam mencerminkan tuan adalah
seorang yang beragama Islam.
Sekiranya
tuan masih mengaku yang tuan beragama Islam, saya pasti akan katakan,
ramai orang yang beragama Islam akan pasti akan malu dengan tindakan
yang tuan lakukan di majlis tersebut.
Jika
tuan katakan yang tuan adalah seorang Islam Melayu, saya masih lagi
ragu ragu dan tidak percaya, dan saya katakan ia adalah amat karut,
kerana setahu saya, orang melayu penuh dengan adab, sifat sopan santun,
dan yang paling penting sekali adalah kami Islam Melayu tidak akan
berkelakuan seperti tuan.
Ini
adalah kerana, kami bangsa melayu itu sudah penuh dengan adat dan resam
yang mencerminkan seseorang itu berbangsa melayu, dan agama Islam, ia
adalah amat suci, ia adalah harmoni serta damai.
Jika agama Islam dan bangsa Melayu itu gabungkan, maka ia pasti akan kelihatan amat cantik!
Jadi berbalik kepada soalan saya, apakah agama tuan?
Adakah
agama tuan yang ajar begini? atau bangsa tuan yang ajar tuan begini?
jika begitu apakah nama bangsa tuan? Melayu? Bangsa Melayu yang ajarkan
tuan berkelakuan seperti ini? Saya masih tidak percaya, sila bagi saya
satu bukti dari sifat dan kelakuan tuan semalam itu yang menunjukan tuan
adalah orang Islam Melayu.
Tuan yang Berbaju hitam dan berbadan Segak,
Terima
lah sedikit nasihat dari saya, insan yang penuh dengan dosa ini, Jangan
lah mengaku Tuan beragama Islam, atau Berbangsa Melayu, Ia amat
memalukan Islam serta Bangsa Melayu itu sendiri, berlandaskan sikap dan
tindakan tuan semalam.
Atau
mungkin tuan ada alasan lain? Tuan tidak sedarkan diri tuan ketika
perkara itu berlaku, kerana sedang dilanda penyakit sawan atau hilang
ingatan secara tiba tiba?
Tuan yang berbadan tough dan berbaju hitam,
Agama
saya Islam, Bangsa saya Melayu, adakah tuan sedia maklum sedar, di luar
sana Islam digelarkan sebagai penganas, di luar sana Islam digelar
agama yang memusuhi manusia lain, Islam itu kejam! Islam itu Ganas!
Berbekalkan
tindakan tuan di dalam video di atas, adakah tuan berbangga kerana tuan
juga adalah salah seorang yang menyumbang kepada tomahan dan kritikan
ini.
Saya benar benar berharap tuan sedar tentang perkara ini.
Sedang
para ulama, orang alim, dan beberapa pemuda Islam yang lain, bertungkus
lumus menaikan dan memartabatkan sinar nur Islam sebagai Agama yang
harmoni dan Bersih, apa pula yang tuan lakukan?
Tuan yang berbaju Hitam dan dan berbadan sasa,
Badan
tuan gagah, suara tuan lantang, tenaga tuan hebat, akan tetapi sayang,
dan saya berasa amat sedih kerana tuan mengunakan apa yang tuan ada
untuk menindas mereka yang lemah, ugut mereka, tuan menolak seorang
warga india yang tua, tuan memaki hamun bangsa mereka.
Tuan dan sekalian saudara tuan yang hebat hebat belaka,
Apakah
salahnya bangsa mereka kepada tuan dan saudara saudara tuan? pernahkah
mereka mengangu kehidupan tuan dan saudara saudara tuan sebelum ini?
adakah tuan sangka yang tuan dan saudara saudara tuan adalah raja di
jalan kebun itu? Sedarlah tuan, sedangkan Nabi Sulaiman yang tenteranya
lagi maha hebat, tetap tunduk kepada Allah SWT, inikan lagi tuan dan
jalan Kebun tuan.
Tuan berbaju hitam yang hebat serta saudara saudara tuan yang turut hebat,
saya
berharap dengan surat ini, sedikit sebanyak ia akan menyedarakan tuan
dan Saudara Saudara tuan, tentang perbuatan tuan dan kawan kawan tuan di
Majlis ABU Hindraf semalam.
Perbuatan
tuan itu tetap salah, walau apa pun alasan tuan, kerana ia bertentangan
dengan Ajaran Allah SWT. Walaupun dibumi ini dikatakan tuan betul, tuan
benar, tetapi sedarlah tuan, tiada siapa yang akan terlepas dari
mahkamah Allah SWT.
Sekian
dulu dari saya, berbekalkan kalimah tauhid laillahaillallah
muhammadarasullullah, saya dengan ini berharap tuan akan mengambil
manfaat dari surat ini, kerana yang baik datangnya dari Allah SWT, dan
yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Really3line.SEKIAN.