Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Sunday, May 18, 2008

Perkongsian



Salam...

Hari ni anak aku yang bungsu....Nur Qamarina nama diberi telah membabitkan diri dalam pertandingan mewarna kat Komplek Pusat Bandar,Pasir Gudang atas tiket Tadika Pintar Bistari dan dibawah anjuran Persatuan Basmi Dadah Johor.

Anak aku sebenarnya taklah teror sangat pasal bab mewarna ni...tapi aku respek sikit dengan kemahuan dia yg meluap-luap nak masuk...hasil nya dapat la gak hadiah, walaupun tak seberapa medal jer...saguhati gitu...ok la tu..saayanggg anak Abah...

Dia ni pelek sikit ,apa yang aku buat dia nak ikut,ape yang aku makan dia nak cuba....mmmmm entah la.Anak Abah la kata kan...
Tapi anak aku cakap...kan bes kalau abah ikut sama tengok Erin mewarna...aku terdiam...ape nak buat aku tak dapat melayani kehendak nya sebab aku kena KERJA...cian dia.

(Gambar anakku bersama teman - FARIS FAISAL)

Tuesday, May 13, 2008

Fikirkan Bersama....


Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana Iskandar Malaysia (IM) melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

* Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
* Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
* Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
* Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
* Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
* Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
* Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam IM ?
* Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat IM ?
* Jika IM akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
* Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan IM?
* Siapakah yang merancang pembangunan IM ? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
* Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
* Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
* Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
* Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang IM ?
* Jika IM ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
* Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul.......memerlukan jawapan....di dunia dan akhirat. Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor...
* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan IM. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.
'Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.' - Rakyat Malaysia

Bottled Water



JUST BE CAREFULL...

Drinking Bottled Water Kept in Car
Hi, just wanted to let you know some VERY
important information!
This information was given to me by my friend and I
know all the ladies in my life should know and please forward it to all the ladies in your life.

My friend whose mother recently got diagnosed with breast cancer .
The doctor told her women should not
drink bottled water that has been left in a car. The doctor said that
the heat and the plastic of the bottle have certain chemicals that can
lead to breast cancer. So please be careful and do not drink that
water bottle that has been left in a car and pass this on to all the
women in your life.

This information is the kind we need to know and be aware and just might save us!!!!

Kongsi...


Masya Allah digunakan bila datang kekaguman terhadap makhluk atau sesuatu perkara bukan maksiat yang mana ada usaha manusia ada dalamnya. Kebun yang besar, rumah besar, kereta besar, anak comel dan pandai. Kisah menggunakan masyaAllah ada dalam suratul Kahfi.


Perkataan wajib memang asal dr Arab semua kita maklum. Bagaimanapun ada sedikit gaya orang Melayu bila mengguna perkataan asal arab berbanding orang arab sendiri. Dalam Melayu dia agak rigid dalam skop tertentu.. Dalam Arab banyak ikut konteks perbualan.

Perkataan wajib telah diperluaskan ertinya dalam bahasa Melayu sekarang ini. Dulu wajib dalam erti kata hukum sekarang wajib bermakna dimestikan. Kalau Arab kerja rumah yang dibagi dalam kelas pun suruh dibuat dirumah pun dipanggil 'wajib manzil'.
Takdir dalam bahasa Melayu bermaksud apa yg ketentuan dari Tuhan. dalam bahasa Arab pangkat/grade dalam exam pun disebut takdir.

Sunday, May 11, 2008

Walimatulurus




Salam...

Hari ni aku pergi ke majlis kahwin dekat Jalan Teratai 73,Taman Johor Jaya.Tahniah pada kawan aku sorang ni, Abg Jamil nama dia sebab rasa nya muda2 lagi dah dapat menantu. Walau pun aku kerja shift malam namun aku gagahi juga demi memenuhi undangan kawan aku ni...

Alhamdullillah...aku selamat sampai kat majlis tu lebih kurang jam 12:00 tengahari. Sedang cantik dengan perut kosong aku.Terima kasih pada Bro2 Rela yang menjaga lalu-lintas supaya sentiasa terkawal..rasanya kalau mereka ni tak berfungsi mesti boleh jadi jem di buatnye...Masa aku sampai tu ramai dah warga kerja yang dah sampai.
Tapi yang paling lawak kat situ bila anak aku ingat yang kawan aku ni la pasangan pengantin yang hendak dirai kan...ha ha ha...tengok la pada gambar tu..patut la jugak anak aku ber fikiran mcm tu...sedondon gitu...

Wednesday, May 7, 2008

Bicara Politik...Kisah Dakwat


Dakwat kekal sebenarnya tak pernah dibeli pun ...
Pak Tam Mat Wed May 07, 08 7:06:04 pm MYT
Anda tentu masih ingat bagaimana lakonan terbaik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang mengumumkan, empat hari sebelum pilihan raya umum lalu, bahawa penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi bagi mengelak undi berganda terpaksa dibatalkan?

Lakonan itu disahkan di Parlimen semalam apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa segala alasan "tiga tokoh hebat" (sebenarnya 3 tukang karut tersohor) itu adalah pembohongan semata-mata.

Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rupanya puluhan rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya lalu.

Dan memang betul pun bahawa mereka terpaksa melakukan hal itu disebabkan perisikan memaklumkan bahawa BN akan hilang kuasa di peringkat persekutuan jika dakwat kekal itu dicalit pada jari pengundi. Hilang maruah bagi Rashid, Musa dan Gani tak jadi masalah kerana selama ini pun siapa yang menghormati mereka sebagai tokoh yang ada harga diri?
Lucu pun ada, lawak pun ada, tapi itulah perangai pegawai tinggi penjawat awam. Mereka boleh berbohong dan berlakon dengan baik, jika itu yang dikehendaki oleh kerajaan yang berkuasa. Malunya kita mempunyai pegawai kanan kerajaan seumpama tiga orang itu!
Dan dah lama rakyat menuntut mana dia dakwat yang sudah dibeli itu? Ke mana hendak dibuangnya dakwat yang bernilai puluhan juta ringgit itu, yang dibeli daripada wang pembayar cukai?
Apa pun, saya syak bahawa dari awal lagi dakwat itu tidak pun dibeli .... - detikdaily.net

Bilik Air


Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur). -->-->


Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.
Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.


Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.
Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.


Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! - dlm hal ni termasuk lah rumah aku...tpi tak la sampai macam bilik tidur...

Monday, May 5, 2008

Kasih IBU...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut birthday... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan puncukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Friday, May 2, 2008

Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Monday, April 28, 2008

Rokok..tepuk dada tanya hati..




Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram
repost..

Muhammad Syafiq Fri Apr 11, 08 11:38:14 am MYT

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.
Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter