Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Monday, September 15, 2008

Syed Hamid main wayang dgn ISA

Ahad, 14 September 2008 •

KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER (SK) - Ketua Angkatan Muda keADILan, Shamsul Iskandar menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam negeri, Syed Hamid Albar adalah seorang pembohong dengan menggunakan alasan keselamatan individu bagi menahan seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jumaat lalu, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Chen ditahan dirumahnya dibawah akta ISA dan dibebaskan 18 jam kemudianya. Dalam sidang media, Syed Hamid memberikan alasan bahawa Tan ditahan pihak polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

“Jika faktor keselamatan, Polis boleh digerakkan untuk mengawal keselamatan wartawan ini. Sebab itu saya kata Syed Hamid ini sebagai pembohong besar,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Syed Hamid berbohong bagi menutup kesilapan yang dilakukan olehnya, oleh yang demikian beliau terpaksa mengeluarkan alasan tidak munasabah.

“Sebab itu dia cuba menutup kesilapan yang telah dilakukan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah” tegas beliau.

Sekiranya mengenai keselamatan, Shamsul mempersoalkan untuk keselamatan siapa Tan ditahan dibawah ISA.

” Atas faktor keselamatan siapa? kerana tahanan ISA ini dilakukan oleh kerajaan atas faktor menjaga keselamatan negara, bukan sebab menjaga keselamatan individu.” soal beliau ketika dihubungi Suara KeADILan pada 14 September ini.

Beliau turut menambah bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara kerana ia bertentangan dengan hak

Sunday, September 14, 2008

Health Tip

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.

Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send the link to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and tell this article to all your friends you care about. Its never late....

Kongsi Ilmu...

Reposted dri satu email yang saya terima...

Semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di
Banting, Selangor.
sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini
menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga
seorang hafiz.
lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat
ke rumah tuan guru.
tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas
Tahfiz Selangor.

Kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya
(orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..
sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di
Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?'
nazir menjawab..'takde ustaz..kenapa? '
'kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...'
kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa
boleh sampai jatuh najis pulak..?
ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

Ustaz Misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu
kambing yang diimport dari Australia .
semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing
tu..just shave je bulu kambing tu hidup2..
mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal
dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai..
kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan
membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu
memang bulu kambing..

Maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau
burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum
bersolat.
tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu
binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

Mungkin ramai yang tahu tentang ini..sekadar berkongsi.

WaAllahualam Bissawab...

Wednesday, September 10, 2008

Adakah anda akan terus merokok...???

Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada HARAM
reposted...

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.
Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Dari Moderator

Salam...

Untuk mengelakkan salah faham atau dianggap bahan bacaan yg boleh membuatkan hati dan perasaan pengunjung blog ini tercalar, tanggapan serta menimbulkan kekeliruan serta persepsi yang pelbagai, moderator telah mengambil keputusan utk menarik balik penyiaran satu artikel dri blog ini...

Ugama mengajar dan sentiasa membimbing kte kearah kebaikkan dan meninggalkan kejahatan, itulah intipati sebenar yg cbe disampaikan.Segala kebobrokkan & dosa yg dilakukan adalah ats pilihan sendiri.Pembalasan itu pasti dn tidak boleh lari dri hukum KARMA. Sentiasa menjaga keharmonian & silaturahim dikalangan umat sejagat adalah lebih penting dari hipokrasi...

Segala yg baik dtgnye dri ALLAH dan yg silap/salah adalah atas kelemahan diri moderator sendiri dan itu amat2 dikesali...
Terima kasih ats teguran dan komen..Cuma Tuhan Azzawajalla yg lebih mengetahui...
Wasallam..

Sunday, September 7, 2008

Ubat

1. Kalau kite tenguk kat botol ubat tu ade tulis makan ubat sebelum atau selepas makan. Korang tahu tak apasal?...tak tahu nape tak tanye doktor. Oklah. Kenapa bila time kita sakit, hendak amik ubat, di pelekat ubat tu selalu tulis '1 biji SELEPAS makan' dan kadang2 dia tulis '1 biji SEBELUM makan'...... apa beza kene amik SEBELUM / SELEPAS?

Sebab... di dalam perut kita ni ada asid, asid hidroklorik, HCl, kalau time kita lapar (perut kosong) tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi.. tu sebab selalu pedih perut kalau perut kosong... bila di suruh amik ubat SEBELUM makan, itu maksudnya ubat tersebut larut di dalam asid, bukan di dalam air.. begitu lah juga sebaliknya.. kalau ubat kene amik SELEPAS makan maksudnya ubat tu hanya larut di dlm air.. so ikut lah peraturan mkn ubt yg betul..

2. Pasal ubat lagi, kenapa makan ubat kene ngan air putih (air masak).. tak leh teh ke, kopi ke, susu ke atau lain-lain?

Sebab...
Susu - susu mengandungi kalsium, kalsium akan melambatkan penyerapan ubat.
Teh, kopi - minuman ni mengandungi kafein yg akan menghalang penyerapan ubat degan lebih efektif.
Jus - jus mengandungi serat yang fungsi dia pun sama macam di atas.

3. Orang tua-tua selalu pesan, makan nasi jagan berulam kan air, tak baik... tapi bila ditanya kenapa tak baik?... diorang pun tak leh bagi tau apa yang tak baiknya...

Sebab...menurut sains perubatan, bila makan berulamkan air, air akan menyebabkan tahap keasidan di dalam perut menjadi cair sekali gus mengurangkan tahap kecekapan perut kita untuk mencerna makanan, bila makanan yg tak dicerna sepenuhnya, ia akan menghasilkan gas, dalam bahasa kampungnya.. akan menyebabkan perut kembung...dan makanan yang tak dicerna dengan sempurna tentulah zat-zatnya tidak dapat di salurkan kepada tubuh kita...


Saturday, September 6, 2008

Berhati2 Dijalan Raya


Kejadian kemalangan yg berlaku betul2 dihadapan jalan utama ke premis Titan...cerita selanjutnye sila lawati blog www.teamdthegreat.blogspot.com

Tangki Terbakar - Tanjung Langsat



"Satu kebetulan atau realiti...perhatikan lakaran wajah pada tangki yang sedang terbakar"

Wednesday, September 3, 2008

Malaysia sents troops to protect ships in Gulf of Aden


KUALA LUMPUR (AFP) — Malaysia has sent crack troops and navy ships to the Gulf of Aden after two of its vessels were seized by pirates last month, according to reports Wednesday.

The comments by deputy premier Najib Razak come after the country's shipping giant MISC Berhad said Tuesday it had barred its vessels from the area, where two of its tankers were hijacked by armed pirates in August.

The area has seen a spate of attacks in recent weeks, with eight ships taken by pirates since the end of July.
"Our primary concern is the safety of our sailors," Najib was quoted as saying by the Star newspaper.
Malaysia's armed forces chief said the military had sent two warships to the Gulf of Aden last Saturday to monitor the situation, the Star reported.

Najib told the paper that negotiations between the pirates and representatives from MISC had not progressed much, with troops and naval vessels sent to protect another four of MISC's ships in the area.

The Bunga Melati 5 with 41 crew -- 36 Malaysians and five from the Philippines -- was seized last Friday off the coast of Yemen carrying 30,000 metric tonnes of petrochemicals.

Ten days earlier, the palm oil tanker Bunga Melati Dua, with 39 crew on board, was hijacked off the coast of Somalia. MISC said late Tuesday it had finally been able to regain radio contact with the Bunga Melati 5.


Malaysia's foreign ministry has set up a special unit to monitor the situation while appealing to authorities in both Yemen and Somalia to ensure the crew's release, state news agency Bernama reported.
It said the pirates had reportedly demanded a ransom of three million dollars for the return of the two ships and crew.

Monday, September 1, 2008

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi) .

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter