Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, January 10, 2009

JB Mall, New Shuttle Train Delayed


A NEW shuttle train running from Singapore to a brand new shopping mall in Johor Baru appears to have gotten off to a bad start.

On its first day of operation on Monday, one of the trains heading from Danga City Mall to Singapore was delayed by about 1 1/2 hours, leaving passengers angry and frustrated.


It was more of the same on Tuesday when Singapore-bound passengers waiting to catch the 2.19pm train had to wait at the station in the Danga City Mall for over an hour.

Several other train services plying between the new seven-storey mega mall, one of JB’s biggest, have also been delayed by between 10 and 20 minutes.

The trains on the Keretapi Tanah Melayu (KTM) railway between Malaysia and Singapore generally start from northern Malaysia with various services stopping at different towns along the way.

Passengers who were left waiting at the station in Danga City Mall were told by the ticketing agent for Keretapi Tanah Melayu (KTM), that the delay was due to repairs and cleaning works on the train tracks because of the landslide.

The additional stop at the Danga City Mall was launched on Monday as a new service that links its Tanjong Pagar station in Singapore to the new mall.

Israel Dihujani Roket

Sejumlah roket dilancarkan dari Lebanon ke wilayah Israel utara hari ini, yang mana ianya memberi Isyarat bahwa konflik di Gaza mungkin akan berpanjangan.

Angkatan tentera darat Israel membalas tiga serangan roket pertama dengan tembakan artileri. Belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab.


Media Israel kemudian melaporkan serangan roket kedua, namun ia telah dinafikan oleh jurucakap tentera Israel.

Berlaku pertempuran hebat semalam di antara pejuang Hamas dan tentera Israel setelah Israel melancarkan 60 serangan udara di Jalur Gaza semalam,Para wartawan mengatakan ini adalah saat yang paling berbahaya dalam konflik setakat ini.

Serangan roket dari Lebanon memungkinkan akan merebaknya perang yang lebih luas, kata editor BBC untuk masalah Timur Tengah, Jeremy Bowen.

Belum jelas apakah roket-roket itu dilancarkan oleh Hizbullah atau oleh salah satu kumpulan bersenjata Palestin yang beroperasi di Libanon.

Jika serangan dilakukan oleh Hizbullah, kemungkinan Israel akan melakukan serangan balas, kata wartawan kami.

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Lebanon tidak mempunyai kemampuan untuk melancarkan perang bersenjata dengan Israel, tetapi Hizbullah memiliki kekuatan untuk itu.

Sementara itu, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di Gaza terus dilakukan. Seorang wakil dari pihak Israel dijadualkan akan bertolak ke cairo untuk mendengar butiran dari rancangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir dan Prancis.

Monday, January 5, 2009

Dakwaan Palsu Oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, "kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, "Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.
Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya beliau bertanggung jawab saya mencabar beliau mendedahkan secara specifik siapakah, dan dimana kejadian yang didakwa itu berlaku. Tunjukkan sifat haji mabrur yang diperolihi semasa Datuk Seri mengerjakan haji baru-baru ini.

YB.Drs. Khalil Idham Lim
Timbalan Exco Agama/Pengerusi BBC
Kerajaan Negeri Perak

Saturday, January 3, 2009

Siapa Lebih Agresif Menentang Hudud - Satu Pandangan

Umno adalah parti Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan, maka sebab itu Umno tidak berminat untuk membicarakan soal hukum ini. Umno lebih suka `mempromosikan' hukum yang tiada kaitan langsung dengan Islam bahkan ditentang oleh Islam. Akta ISA salah satu contoh di mana UMNO begitu mempertahankannya, malahan sanggup hilang rakan sekutunya demi Akta zalim ini.

Apabila pemimpin PAS bersuara tentang hukum hudud ini, Umno akan mengambil kesempatan ini bukan untuk membantu merealisasikannya, bahkan akan mencari jalan untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hukum ini akan ditolak.

Maka, Umno akan mengambil dalil beberapa kenyataan pemimpin yang Non Muslim dari parti-parti yang sekutu dengan Umno atau pun yang sekutu dengan PAS. Apakah tujuan UMNO ini? Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mempastikan PAS akan menempuh jalan yang getir dan sukar untuk melaksanakan hukum Allah ini.

Apa yang nyata, musuh utama dan penghalang utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum hudud ini adalah Umno. Walaupun DAP, MCA, Gerakan atau MIC secara terang-terangan menentang hukum hudud ini, tetapi PAS tidak pernah menganggap pemimpin-pemimpin yang Non Muslim di dalam parti tersebut sebagai penghalang atau musuh utama bagi PAS.

PAS lebih awal kenal siapa musuh Islam yang hakiki. Umno lebih kuat menentang hudud melalui kuasa yang ada padanya sekarang. DAP contohnya, hanya mengeluarkan pendapat menentang hukum Allah ini, tetapi UmnoO lebih rakus dan zalim sehingga menggunakan kuasa dan undang-undang manusia untuk menentang undang-undang Allah.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS, DAP atau KeADILan di atas isu ini. Mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika PAS mempunyai cita-cita dan usaha ke arah melaksanakan perintah Allah tersebut, adakah mereka (UMNO) mempunyai cita-cita dan usaha ke arah itu ?

Tayar Toreh & Terpakai

Kerajaan digesa mengharamkan penggunaan tayar toreh dan terpakai kerana kajian menunjukkan penggunaannya boleh menyebabkan kemalangan maut.

Sewaktu membuat gesaan itu, lapor Bernama, penerbit majalah Auto Touch Shamsudin Mohd Fauzi berkata kajian oleh pihaknya Perfect Driving & Safety Academy (PDSA) mendapati kebanyakan kemalangan berpunca daripada tayar, terutamanya tayar toreh dan terpakai.

"Ramai orang tidak menyedari penggunaan tayar itu boleh menyebabkan kemalangan maut dan jika ia tidak diharamkan lebih ramai lagi akan menjadi mangsa korban di jalan raya," katanya selepas membentangkan laporan kajian mengenai dua jenis tayar tersebut di Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR) di Alor Star semalam.

Shamsudin, juga pengarah PDSA, berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan pembeli tayar jenis ini terdiri golongan penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan mengenai bahaya menggunakan tayar berkenaan.

Tambahnya, Kedah mempunyai kedai yang paling banyak menjual tayar toreh dan terpakai terutamanya di Kuala Ketil dan Baling.

"Banyak pengguna tayar mengambil jalan mudah dengan membeli tayar itu kerana mereka tidak menyedari tayar toreh sebenarnya adalah tayar yang telah botak dan ditoreh untuk menebalkan semula bunganya sehingga menyebabkan tayar itu semakin nipis," Shamsudin dipetik berkata.

Malahan tayar terpakai yang diimport juga tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca di negara ini berbeza, katanya.

Friday, January 2, 2009

Calun PAS Untuk PRK P036 - Kuala Terengganu

Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang mengumumkan bahawa calon yang akan mewakili PAS dalam Pilihanraya Kecil P-036 pada 7hb, Januari, 2009 ialah ADUN Wakaf Mempelam, Haji Wahid Endut.

Bagi yang belum kenal siapa Haji Wahid Endut, boleh tengok rakaman video dibawah.

Nak Meniaga Ke Nak Cari Pasal...??

Pagi-pagi lagi dapat email yang menyakitkan hati aku...

Ni apa la punya bingai... nak meniaga ke nak carik gaduh???

No telipon ada dekat bawah tu, aku malas nak telipon, sesape yang rajin, tolong-tolong la telipon mamat bernama Jason ni & tolong bagi nasihat sikit... kalau rasa nak buat report polis pun aku rasa tak jadik masalah...

Kalau ikut pada maklumat pada attachment dekat atas, nama mamat ni Jason, dari Pulau Pinang dan boleh dihubungi dinombor 012 488 2577.

Tegur-tegur sikit cara baik dulu... bagitau kita ni dekat Malaysia, hidup bercampur-campur berbagai kaum dan agama. melayu ka, cina ka, india ka, apa bangsa pun semua makhluk tuhan. bukan tiba-tiba jatuh dari langit.

Klo nk meniaga buat la cara nak meniaga, jangan buat provokasi dan sentuh sentimen kaum..!!!

Mohon Disiasat: Antara Fitnah Dan Kebenaran

Hari ini kita telah memasuki hari pertama tahun baru 2009 Masehi. Semoga semuanya bersemangat baru dan sama-samalah kita tanamkan satu tekad dan azam baru ke arah segala yang positif khususnya di dalam membicarakan isu-isu semasa tidak kira apa jua. Bijak-bijaklah kita membezakan di antara fitnah dan kebenaran.

Untuk topik sulung 2009 ini saya ingin berkongsi satu cerita lama yang pernah saya dengar tetapi masih dibicarakan dan diterima menerusi email saya semalam. Apakah tujuan sebenarnya saya masih kurang pasti samada ianya satu kebenaran untuk dihebahkan atau satu fitnah semata-mata untuk menutup periuk nasi orang lain.

Seseorang telah menghantar email kepada saya menghebahkan alkisah rangkaian restoran mamak di Malaysia yang kononnya dikatakan pengotor di segi cara penyediaan makanan dan pelaris daripada najis serta kotoran lain. Saya percaya tentu di kalangan anda turut menerima email yang sama.

Di antara nama-nama restoran yang disebutkan di dalam email itu ialah:
1. Restoran Mamak di Presint 9, Putrajaya.

Katanya di situ ada dua restoran mamak berdekatan tetapi yang disebutkan ini ialah restoran mamak yang pekerjanya memakai apron putih. Mengikut kata pengirim, secara kebetulan seorang makcik telah lalu di belakang restoran itu dan mendapati pekerjanya sedang menguli tepung roti canai dengan kedua-dua kakinya.

2. Restoran Mamak di Putra Perdana, Puchong.

Menurut pengirim email yang menginap di apartmen berdekatan, beliau melihat sendiri seorang pekerja dapur restoran itu keluar ke belakang dapur dengan mendokong seekor anak anjing untuk dilepaskan di luar. Katanya apabila ditanya samada pekerja itu Islam atau Hindu maka dijawabnya dia beragama Hindu tetapi bosnya Mamak Islam. Kemudian tuan restoran berkenaan tampil lantas meminta maaf atas perkara tersebut.

3. Restoran-restoran Mamak di Alor Setar, Kedah.

Mengikut kandungan cerita yang panjang menerusi email tersebut, katanya seorang ustaz dari pejabat Agama Islam Kedah telah diundang untuk membaca doa satu majlis keraian dan kemudiannya ustaz itu telah memaklumkan kepada hadirin agar umat Islam tidak berkunjung makan dan minum di mana-mana restoran mamak di sekitar Alor Setar atas alasan beliau yang mengatakan kesemua restoran-restoran mamak di bandaraya Alor Setar haram dimakan kerana mendapat bekalan ayam daripada tauke-tauke cina di pasar.

4. Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.

Ini berkenaan kisah benar nasi beriyani mengikut kata pengirim. Rakan beliau sering makan dan minum di situ dan pada suatu hari rakannya singgah makan nasi beriyani di restoran itu ketika waktu rehat tengahari dan kemudiannya ingin membungkus satu lagi nasi beriyani untuk dibawa balik ke pejabat lalu menghampiri periuk lauk. Ketika pekerjanya menceduk lauk kari untuk dibungkus, rakan beliau ternampak satu bundut bungkusan berlabelkan jenama "crocodile" yang disyaki seluar dalam lelaki berwarna putih yang direndamkan ke dalam lauk itu sebagai pelaris. Lalu rakan beliau terus membatalkan pesanan tetapi membayar apa yang sempat dimakannya tadi. Sesampai di pejabat rakannya termuntah lalu menceritakan kepada semua kawan-kawan sepejabat.

5. Restoran BK Corner, Wisma Central, Jalan Ampang, KL.

Kedai makan ini dikatakan terletak berhampiran tangga elektrik (escalator) di tingkat bawah. Katanya dua orang pembantu perempuan Indonesia bekerja di situ di samping dua orang lagi lelaki Hindu. Setelah diamati rupanya memang sah kedua-dua lelaki itu bukan mamak tetapi Hindu kerana di pergelangan tangannya berikat tangkal benang berwarna kuning. Kadangkala di awal pagi di antara jam 7:00am hingga 7:30am semasa restoran itu baru mula hendak dibuka, kedua-dua lelaki itu memakai "calit sarjan" putih pada dahi mereka. Apakah itu mamak Islam? Itulah cerita pengirim.

6. Warung dekat Pasar Pudu, belakang Esso.

Sebuah warung berhampiran Pasar Pudu selalu dipenuhi pengunjung Melayu Islam untuk bersarapan pagi di situ. Kebiasaannya roti canai dan teh tariklah yang menjadi kegemaran ramai. Apa yang mendukacitakan, tidakkah umat Islam memandang pada dahi suami dan isteri pemilik warung berkenaan yang memakai "calit sarjan" dan di lengan wanita Hindu itu terdapat lilitan benang berwarna merah yang mungkin tangkal? Tak boleh ke susah sikit untuk menyeberang jalan di situ dan bersarapan di warung-warung Melayu? Kenapa mesti makan juga makanan yang was-was akan status halalnya?

7. Restoran Shah Jahan Maju di Setiawangsa, KL.

Ini satu cerita yang lebih jijik. Kata pengirim, kawan kepada kawannya makan roti canai di restoran berkenaan dan terjumpa satu ketulan dalam kuah dal roti canai. Sangkanya biji asam jawa tetapi bila diamati rupanya najis iaitu kepala tahi (sesuatu yang keras sedikit pada najis manusia) yang dijadikan bahan pelaris berunsurkan sihir ilmu hitam. Tuan restoran datang kepadanya dan menghulurkan RM2,000 bagi menutup mulut kawan kepada kawannya itu. Kini restoran tersebut agak lengang daripada sebelumnya kerana kurang pengunjung. Yang masih datang makan mungkin mereka yang belum mengetahui cerita sebenarnya.

8. Restoran Maju Curry House, Lebuh Ampang, KL.

Restoran ini katanya adalah rangkaian restoran milik Shah Maju. Persoalannya ke mana perginya perkataan "Jahan" selepas perkataan Shah dan sebelum perkataan Maju pada nama rangkaian restoran itu? Ini juga turut diragui akan kebersihan dan kehalalannya kerana ia adalah rangkaian restoran yang sama pemiliknya.

9. Warung Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru, KL.

Kandungan email menyatakan pada suatu hari seseorang telah mengajak seorang teman lain yang alim dan warak makan di situ. Tiba-tiba hamba Allah yang dikatakan alim dan warak tadi ternampak seekor toyol sedang kencing ke dalam periuk nasi lemak. Mungkin makanan yang dipesan belum sempat dihidangkan lalu mereka membatalkan niat untuk makan di situ lantas beredar. Si alim tadi bercerita kepada rakannya yang mengajaknya makan di situ kenapa beliau hilang selera. Mungkin tuan punya ada meminta khidmat bomoh pelaris tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang dibekalkan oleh si bomoh. Selalunya perkara-perkara halus atau ghaib ini bukan boleh dilihat dengan mata kasar manusia tetapi mungkin bagi sesetengah orang yang ada kelebihan sahaja.
Begitulah di antara apa yang saya baca melalui email yang saya terima. Ceritanya agak panjang tetapi telah saya ringkaskan sedikit bagi membawa maksud penyampaian sebenar oleh pengirimnya.

Mengikut alamat-alamat email yang tercatat dilihat telah ramai pihak yang menerima hebahan ini dari semasa ke semasa yang terus dipanjangkan sehingga ke hari ini. Lapan cerita mengisahkan tentang rangkaian restoran dan warung mamak sementara satu daripadanya warung milik orang Melayu kita yang beragama Islam.

Saya tidak mahu menyebelahi atau tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam perkara ini. Sesuatu yang dirasakan khuatir atau ragu-ragu hendaklah disiasat terlebih dahulu sebelum boleh mempercayainya. Dalam isu ini saya melihat ianya kemungkinan mempunyai dua motif samada berniat baik untuk dihebahkan atau berniat jahat untuk menutup rezeki orang lain.

Apa pun pihak berkuasa disarankan menyiasat laporan ini dan kepada pihak pemilik restoran atau warung makanan pula berhak membela diri dengan membuat laporan polis sekiranya mereka merasakan mereka telah dianiayai oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai rakyat yang prihatin saya memaparkan perkara ini di laman blog supaya banyak pihak dapat membaca dan merujuk bagi membuat penilaian sebenar kerana saya merasa was-was kenapa berita ini disebarkan secara tertutup melalui email ke email jika diyakini berbukti dan benar? Bagi mereka yang melihat dan terbabit secara langsung kenapa tidak membuat laporan polis untuk merujukkannya kepada bahagian penguatkuasa PBT, JAKIM dan penguatkuasa Kementerian Kesihatan?

Oleh itu saya syorkan kepada mereka yang melihat sendiri dan ada bukti serta saksi, sila tampil ke hadapan dengan berani atas dasar kebenaran demi sebuah keadilan. Jika ianya tidak benar dan sengaja diada-adakan maka ini merupakan satu fitnah yang besar dan amat berdosa sekali. Berazamlah kita untuk bercakap benar mulai tahun baru 2009 ini. Fitnah jangan sekali-kali disebarkan. Jika penyebar berita ini merasakan ianya satu kebenaran yang sahih, tampillah ke hadapan membantu masyarakat dan pihak berkuasa.

WaAllahualam.

Thursday, January 1, 2009

Rintihan Seorang Pekerja

Salam DSAI,

Saya ingin bertanya kepada Dato’ Seri mengenai KWSP.

Sejak kebelakangan ini banyak cerita mengenai kenaikan gaji/pencen kakitangan awam/swasta/OKU/pesara dan lain2 lagi.Memanglah ianya merupakan langkah yang bijak yg diambil oleh pihak kerajaan.Sekurang kurang nya dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan dapat menjana ekonomi negara seterusnya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa lagi.

Tapi itu bukanlah perkara yang saya hendak tanyakan.Persoalan saya ialah, bagaimana dengan nasib pekerja2 yang telah diberhentikan kerja(VSS) yang telah melebihi umur 47 tahun.Mereka2 ini kalau hendak cari kerja pun rasanya tak akan berjaya memandangkan kepada usia mereka yang telah lanjut walaupun ada diantara mereka mempunyai kelayakan yg mencukupi dan merupakan golongan2 professional.Bukannya mereka malas bekerja tetapi tidak mendapat tawaran kerja.

Sekiranya mereka ini tidak mempunyai pekerjaan dan duit habuan VSS telah habis, dimanakah mereka akan mendapatkan wang untuk menyara keluarga mereka untuk terus hidup?Apakah mereka harus mencuri,merompak,menyamun,meragut?Kalau hendak berniaga atau menceburi bidang pertanian pun memerlukan wang juga.Pinjam bank?Apakah bank akan bebesar hati memberi mereka pinjaman sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang kerja tetap.Macamana nak bayar balik pinjaman?

Apakah bezanya diantara pesara atau orang yg telah pencen dengan orang yg telah diVSS?.Jawapannya,yang si pesara dapat wang pencen tiap2 bulan sedangkan orang VSS tidak dapat apa2 wang pun walhal mereka sama tidak bekerja.Apakah orang2 pencen sahaja yang harus hidup sedangkan orang VSS tak boleh hidup lagi?

Apa yang saya nampak, sumber wang yang ada bagi orang2 yang VSS adalah wang KWSP mereka.Namun ianya tidak dapat dikeluarkan kecuali umur mereka 50 tahun(itu pun dapat keluar satu pertiga sahaja dari simpanan KWSP) atau telah mencapai umur 55 tahun seperti mana yang termaktub pada Akta KWSP.Kalau ditanya kepada KWSP atau Kementerian Kewangan pun saya pasti dan yakin yang mereka akan memberikan jawapan standard iaitu “wang tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana akan melanggar Akta KWSP”.

Kalau umur orang VSS tu dah 47 tahun kena tunggu 3 tahun lagi untuk dapat keluarkan wang itu.Dimanakah lojiknya kalau untuk 3 bulan pun mereka belum tentu boleh hidup sebab takda wang inikan pula nak tunggu 3 tahun lagi.Lebih malang lagi kalau mereka mempunyai hutang yang banyak yang perlu dibayar.

Persoalan saya selanjutnya ialah kenapa Akta KWSP tersebut tidak dapat dipinda bagi membolehkan mereka2 yg VSS mengeluarkan wang KWSP mereka walhal wang tersebut adalah wang mereka dan bukannya wang kerajaan.Sebaliknya kerajaan telah menggunakan wang itu untuk pelbagai tujuan yg tak perlu saya sebutkan dan pencaruman hidup dalam kesusahan.Dimanakah keadilan yang selalu dilaungkan2 itu?Apakah menteri tidak mempunyai kuasa2 khas untuk membuat pindaan kepada Akta KWSP itu?Apakah negara akan bankrap kalau orang2 VSS itu mengeluarkan wang2 mereka?Itu hak mereka.

Sekiranya Akta KWSP itu tidak boleh dipinda kenapa sekarang ini macam2 pengeluaran yang telah disediakan oleh KWSP?Seperti contoh, pengeluaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan bulanan.Setahu saya benda ini tidak ada dizaman2 80an.Baru2 ini pulak kerajaan mengumumkan pulak yang membolehkan pengurangan caruman pekerja kepada KWSP untuk menambah pendapatan boleh guna dan akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.Kalau benar kenyataan ini untuk momentum pertumbuhan ekonomi negara kenapa golongan VSS dipinggirkan?Bukankah jika mereka dapat mengeluarkan wang KWSP itu akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.?

Jadi saya amat bebesar hati sekiranya Dato’ Seri dapat menjawap persoalan saya ini dan seterusnya membawa isu ini ke Parlimen demi untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga negara.

Sekian, terima kasih.

Live Messenger 9.0

Windows Live Messenger 9.0 (2009) nampaknya bakal menarik minat ramai pengguna internet. Terbaru, melalui Live Messenger 9.0 Beta, Microsoft telah memperkenalkan panggilan video dengan kualiti yang lebih baik, dan beberapa fungsi tambahan yang agak menarik.

emoticon_live_messenger
Fungsi Mengantikan Emoticon Pada Windows Live Messenger 09 Beta [via]

Kini, anda boleh membuat panggilan video dengan kualiti yang agak baik, iaitu sehingga (640×480) yang mana memperlihatkan resolusi empat kali ganda lebih baik berbanding sebelumnya. Untuk mendapatkan kualiti sebegini, anda memerlukan sebuah PC yang mana sekurang-kurangnya menggunakan dual core processor dan juga talian internet jalur lebar.

Tetapi, perkara yang agak menarik minat ialah fungsi tambahan yang baru iaitu, kebolehan untuk menggunakan emoticon kita sendiri. Anda kini boleh mengantikan gambar-gambar emoticon yang terdapat pada Windows Live Messenger dengan gambar anda sendiri. Anda boleh membuat mimik muka bagi setiap emoticon, dan gantikannya pada Windows Live Messenger.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter