Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, April 2, 2009

Siapa Sebenar Salah Guna Kuasa






Flashback kepada apa yang berlaku tahun 1996. Yang ni berlaku kat Kapar, Selangor. Aku tuliskan semula, surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar.

Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.


3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.

Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD

Setiausaha,
Umno Bahagian Kapar.

s.k.


YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.

Sedar kah Kita

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menyampaikan ucaptama di Forum Krisis Ekonomi Sejagat Dan Masa Depan ASEAN di Universiti Chulalongkorn, Bangkok pada 30hb Mac jam 1.30 PM. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas menteri kewangan itu akan membicarakan krisis kewangan mutakhir ini di dalam konteks kepimpinan beliau pada tahun 1997; sewaktu krisis kewangan yang melanda Asia. Beliau juga akan menawarkan beberapa pandangan di dalam membentuk Asean yang stabil serta makmur.

Professor Pirom Kamolratanakul, Rektor Universiti Chulalongkorn akan menjadi hos forum tersebut manakala HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, Wizurai Bangkok dan mantan Timbalan Menteri Luar Thailand akan menyampaikan ucapan pendahuluan.

Acara ini adalah sebahagian dari siri syarahan oleh pemimpin ASEAN terkemuka bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan cita-cita untuk pembangunan demokrasi serta perkembangan rantau di tengah dunia yang melangkah pesat ini. Forum ini dianjurkan oleh Thailand Political Database Project.

Kenapa bukan Menteri Kewangan atau PM yang di jemput ek..??? Wuahaha...lu jawab la sendiri.


Gambar Yang Tidak Di Siar Dalam Media Arus BN

Sekitar Hari Penamaan Calon di Bukit Gantang























Gadis seksi pancing undi BN

BN memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlabukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 03ngsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.

Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu sedang sidang media di depan pentas tersebut, selepas selesai majlis ceramah.

Majlis ceramah dan makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.

Tiga gadis tersebut berseluar pendek hitam dan singlet biru.

Dalam ucapannya, timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap

BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah


"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Ditanya keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan BN bagi menarik pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata, ia "harus dihormati kerana sebahagian daripada budaya Cina."

Kenaikan Tariff Air: Selangor Mungkin Ambil Tindakan Undang- Undang

Kerajaan Negeri Selangor menimbang mengambil tindakan undang-undang jika Kerajaan Persekutuan masih berkeras membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terus beroperasi dan bersetuju menaikkan harga air sehingga 31 peratus.

Cadangan untuk kenaikan tariff air itu akan dikemukakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk diperinchi oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat minggunannya esok.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi pengguna daripada dibebankan dengan kenaikan harga air.

Malah, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal mencapai prestasi memberangsangkan sebagaimana dikehendaki mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession
Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan dalam CA.

Syabas juga didapati melanggar syarat-syarat dalam CA.

Menurut Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah membuat permohonan rasmi kepada Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.

Bagaimanapun, Menteri berkenaan enggan bertindak, sebaliknya telah menyatakan hasrat memberikan lesen kepada Syabas untuk menguruskan bekalan air di Selangor.

Kementerian berkenaan mendakwa hak bagi menentukan pihak mana harus menguruskan bekalan air di Selangor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sebenarnya langkah untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi tidak dipenuhi oleh Syabas.

Kerajaan Selangor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor, menurut kenyataan itu.

Penjelasan penuh mengenai penstrukturan semula industri air Selangor boleh diperolehi dengan melayari melayari laman web www.airuntukrakyat.com

PNSB funded Khir Toyo's Paris Disney tour

Former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo and his entourage spent almost RM1 million on a one-week official trip to France and Morocco in 2004.

The expenditure list included a visit to the Paris Disneyland and a four-day transit stopover at Dubai.

This was revealed by an inquiry being conducted by the state's Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) today.

Among the other revelations in the overseas trip which took place from Dec 17 to 24, 2004 were:

  • Joining the trip were Khir's wife Zaharah Kechik, their three children and a maid.
  • The official delegation spent a total of RM416,000 for the trip.
  • A 'reconnaissance team' which went to make arrangements for the trip spent RM366,000.


The four-day stopover in Dubai cost the state an additional RM10,000.
All the expenses were covered by state investment arm Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

These details were revealed by PNSB chief executive officer Khairiyah Abu Hassan at the inquiry today.

Last week, Khairiyah admitted having a close relationship with Khir's wife Zaharah.

She also added that there was no PNSB committee to scrutinise any "request" for funds or how the money was used.

Khairiyah added all requests were approved by the PNSB board collectively.

The inquiry is being held to investigate the source and legitimacy of the more than RM1 million in sponsorship received by the Wives of Selangor State Assemblymen and MPs' Charity and Welfare Organisation (Balkis) from state-owned and private companies.

Zaharah was Balkis chairperson during Khir's tenure as menteri besar.

Penduduk Cina Pasir Hitam 50 Tahun Bergelap dan Minum Air Hujan



Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.
"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.

Lagi Pasal Siapa Derhaka...

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa Umno menjadi petualang dan penderhaka sebenarnya kepada institusi raja di negara ini.

Beliau membuat pendedahan itu semasa melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Bukit Gantang baru-baru ini.

Antaranya termasuk:

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satulah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Sekarang jelas siapa penderhaka sebenarnya..??? jelas Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Monday, March 30, 2009

Saingan 15 Penjuru Di P/kecil Bukit Selambau.


Bukit Selambau menempa sejarah apabila 15 calon termasuk wakil Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar di sahkan bertanding pada pilihanraya kecil kerusi dewan undangan negeri kawasan itu.

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional membanjiri pusat penamaaan calon di Sekolah menengah Teknik Sungei Petani untuk memberi sokongan kepada Manikumar dan calon BN, Datuk S.Ganesan.

13 calon bebas turut membawa penyokong masing-masing dan menukar wajah sungai Petani menjadi lautan bendera dan pemidang pelbagai warna dengan mesej berlainan.

Polis anti rusuhan mengadakan kawasan ketat. Beberapa kejadian tegang dilaporkan antara penyokong MIC dan Pakatan Rakyat namun tidak ada tangkapan di buat.

Datuk Ganesan memikul harapan MIC untuk memberi suntikan baru kepada
parti itu dan nasib Presidennya Datuk Seri S. samy Vellu yang kalah teruk pada pilihanraya umum lalu .
Parti dan pemimpin itu dilihat sebagai gagal membela kaum India daripada pelbagai penindasan.
Tidak ada yang banyak berubah sejak pilihanraya umum lalu kecuali Samy Vellu baru disahkan sebagai presiden MIC untuk satu lagi penggal.

Ganesan yang diiringi oleh Samy Vellu dan pemimpin barisan nasional lain adalah calon pertama mengemukakan borang pencalonan.

Calon Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar turut berbuat demikian .
Manikumar diiringi ke pusat penamaan ini oleh ribuan penyokong termasuk Naib presiden parti keadilan, azmin ali, menteri besar kedah datuk seri azizan abdul razak dan pemimpin lain dari pakatan rakyat.

Manikumar mewakili barisan kepimpinan pakatan rakyat yang membela kebajikan rakyat merentasi pembezaan kaum.

Jika menang pada 7 april, Manikumar dalam kedudukan paling baik untuk berbuat demikian kerana beliau akan dipilih menjadi ahli EXCO kerajaan negeri Pakatan rakyat di kedah.
13 calon bebas menawarkan diri untuk menjadi adun baru bukit selambau tetapi sesetengah daripada mereka dikhuatiri di taja pihak tertentu.

Calon bebas yang bertanding ialah L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Persoalan awal pada pilihanraya kecil ini ialah samada kehadiran begitu ramai calon bebas akan mengekang peluang Keadilan untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter