Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, April 3, 2009

PM umum bebas 13 tahanan ISA, batal larangan ke atas akhbar PAS, PKR

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1 malam ini.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya.

Dalam ucapan lapan minit itu, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.

bm lima tahanan hindrafMereka yang akan dibebaskan ialah dua pemimpin Hindraf, tiga rakyat asing dan lapan anggota Darul Islamiyah.

Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40.

Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.

Pernah tengok kilang Al-Quran?




Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Factory of Al-Quran @ hot pictures

Kejutan Besar..??? Betul ke ni..???

PENGARAH Strategi keADILan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.

Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.


http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2009/04/3965

Info: OBAMA akan lawat Indonesia Tahun Ini



Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata President Barack Obama akan melawat Indonesia tahun ini.


Obama hendak jumpa geng lama dia di Jakarta.


Obama ketika membesar tinggal di Jakarta. Dia belajar di sebuah Madrasah di Jakarta. Ibunya ketika itu bekerja di Jakarta.

Kesampaian Obama ini pasti membawa impak yang hebat untuk Indonesia terutaama madrasah tersebut.

Apa jadi dengan anak anak yang sama bersekolah dengan Obama?

Dimana mereka sekarang ?

Sayang sekali Obama tidak ngelencong ke Sabah untuk melawat rumah birasnya di Kota
Kinabalu.

Sah Najib bergelar PM, Pak Lah dan isteri bergelar 'Tun'


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada pukul 10:12 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balai Rong Seri Istana Negara hari ini.

Kini Najib merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Gelaran 'Tun' buat Pak Lah dan isteri

Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Thursday, April 2, 2009

Yuran Sekolah - Menteri Pelajaran tipu rakyat

Kementerian Pelajaran digesa menarik balik TERUS semua bayaran tambahan yang dikenakan kepada ibu bapa pelajar kerana ternyata membebankan dan mengelirukan biarpun yuran persekolahan asas anak-anak mereka yg bernilai hanya RM4.50 dimansuhkan sejak tahun lalu.

Yuran Tambahan sekolah yg bukan-bukan terlalu tinggi, menyusahkan rakyat. Ramai ibu-bapa sudah diberhentikan kerja akibat ekonomi gawat dan meleset.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa pelajar yang merungut dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan malah sikap sesetengah sekolah yang mengenakan bayaran secara tidak sekata juga dipersoalkan.

"Kalau benar kerajaaan nak mansuh dan hapuskan yuran sekolah, mansuhkan betul-betul dan kecualikan sebarang bayaran tambahan atau 'hidden charges' yang penuh muslihat dan mengelirukan ibu bapa," katanya ketika menghubungi Harakah.

Dilaporkan walaupun yuran persekolahan berjumlah RM 4.50 - sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah dihapuskan namun kata Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata yuran tambahan tetap dikenakan di antara RM38.50 dan RM55.50.

Bayaran yuran tambahan itu, katanya merangkumi bayaran kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan moral serta Skim Perlindungan Diri.


Nama jer di ubah..daripada YURAN kepada SUMBANGAN..tapi yang jelas kedua-dua nya membebeankan mak bapak....hah tu lah pangkah lagi..!!!

Siti Nurhaliza Kunjungi T.G

Salmah Mat Husain
Foto: Rizal Tahir

Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

Pelanggan Bank Islam Malaysia Bhd dan orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah sah dan terikat.

Ini susulan daripada keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Rayuan semalam semasa prosiding yang melibatkan Bank Islam.

Keputusan itu mengesahkan amalan bank tersebut berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank tersebut, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan dan justeru itu tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA bermakna "jualan pembayaran tertangguh". Ia merupakan kaedah pembiayaan Islam yang digunakan bagi hartanah dan kenderaan serta pembiayaan bagi barangan pengguna lain.

-- BERNAMA

Y.D.P Agong Perkenan Najib

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003- BERNAMA

Jadi Mangsa



(artikel disalin dari Baginda Reformasi)




Ini masjid yg menjadi mangsa.. tidaklah selawa dan segah masjid Shah Alam.. tapi masjid jugak la..
Ini papan kenyataan masjid ni.. penuh informasi dan kontroversi.

ini belakang masjid... lagi poning nak memikir sape punye keje... tak suka ISMAIL SUPIAN dan PAS.. hmm.. takan keje LHDN nak siasat kut? POLIS siasat le!.. tapi cara penulisan seperti orang MELAYU! bodoh punye melayu yang conteng nih!
Betul tak melayu yang buat ni? Ini la name dia petualang.. tak suka PAS atau KEADILAN lawan la secara adil yang conteng masjid kenapa? kerana nyamuk habis dibakarnya kelambu.

Pernah tak anda bayangkan rumah anda di datangi orang yang tidak dikenali kemudian menconteng dan memaki di dinding rumah anda.. apa tindakan anda jika ini berlaku.. Confirm anda akan buat report polis mengatakan rumah anda di conteng along.. tetapi di MALAYSIA mana letaknya kedudukan masjid? bukankah masjid itu rumah ALLAH? dan cuba kamu bayang kan jika rumah yang di conteng itu adalah rumah Najib atau rumah Musa Hassan? apa tindakan NST, UM, BH? manipulate atau menkhabarkan yang sahih?


Kalau lah ini rumah anda, masihkah anda berdiam diri?

Baginda perlukan pendapat anda
..
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter