Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Monday, May 18, 2009

BN Tidak Bertanding Di Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ini kali pertama BN tidak menyertai sesuatu pilihanraya dalam sejarah parti itu. Datuk Seri Najib mengumumkan keputusan berkenaan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur yang berlangsung lebih dua jam.

Najib mendakwa keputusan itu kononnya bersandar kepada keinginan BN untuk memulihkan ekonomi dan mengutamakan khidmat kepada rakyat.

Namun pemerhati politik menolak alasan Najib itu dengan merujuk kepada kesungguhan UMNO-BN membazirkan dana awam dan membelakangkan suara rakyat di Perak untuk terus berpaut kepada kuasa meskipun mahkamah memutuskan Pakatan Rakyat masih kerajaan sah di negeri itu.

Mereka sebaliknya berpendapat keputusan BN hari ini menyerlahkan rasa khuatir Najib tewas kepada pembangkang pada satu lagi pilihanraya kecil. Barisan Nasional sebelum ini kalah di kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas.

Tiga daripada pilihanraya kecil itu ditandingi oleh UMNO termasuk kerusi Parlimen Pematang Pauh yang disandang oleh Ketua Uumum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerusi Penanti adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

PKR meletakkan Timbalan Pengerusi Perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk pilihanraya kecil itu pada 31 Mei. Hari penamaan calon ialah 23 Mei.

Beberapa calon bebas, sebilangan dipercayai ditaja oleh parti tertentu, dijangka bertanding pada pilihanraya kecil berkenaan.

Beberapa tokoh UMNO, termasuk mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebelum ini berkata keengganan UMNO untuk bertanding di Penanti akan menjejaskan lagi moral ahli di akar umbi.

Sunday, May 17, 2009

SU Kerajaan Negeri Halang saya bertemu tuanku - Nizar

MENTERI Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam satu ceramahnya malam tadi berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menghalang beliau untuk bertemu dengan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ketika Sidang Dun 7 Mei lalu.

Berkata di hadapan kira-kira 15,000 orang di Shah Alam malam tadi, ketika peristiwa berkenaan, beliau telah mengiringi baginda ke lif namun sebelum masuk kedalam lif, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim menghalang Nizar menaiki lif yang sama.

“Dalam perjalanan itu tuanku berkomunikasi dengan saya, sehingga sampai di pintu lif maka terdengar suara sumbang dari Setiausaha kerajaan negeri, Abdul Rahman Hashim. Beliau berkata dengan suara yang lantang, Datuk Seri tidak boleh masuk lif,” katanya lagi.

Tambah Nizar lagi, turut mengiringi Tuanku ketika itu ialah Ahli Dewan Undangan Pangkor, Zambry Kadir - yang menyatakan bahawa beliau adalah menteri besar Perak.

“Perkara ini di dengar oleh tuanku dan baginda berkata kepada saya, Datuk Seri boleh masuk ke dalam lif yang turut berada bersama di dalam itu ialah Zamry. Bila lif ditutup, Dato setiausaha kerajaan negeri tertinggal di luar,”katanya.

Namun kata Nizar, ketika mengiringi Raja Nazrin, Baginda berinteraksi cukup baik dengan beliau sehingga baginda menaiki kenderaan rasmi.

Bir Halaal..???

BIR HALAL ???

Seorang kawan minta aku berikan pandangan peribadi tentang isu “bir halal” yang hangat diperdebatkan dikalangan umat Islam di Malaysia. Pada peringkat awalnya, aku tidak mengetahui apa yang dinamakan sebagai “bir halal” itu. Pun begitu, setelah bertanya dengan beberapa kawan, mereka menyatakan bahawa “bir halal” adalah sejenis minuman yang tidak beralcohol, tetapi namanya agak negative, iaitu “bir”, juga botolnya juga berbentuk botol arak.

Dinyatakan juga, “bir halal” adalah satu produk minuman dari Negara Iran, sebagai menandingi barat yang mempromosi “bir”, tetapi yang mengandungi alcohol (baca : arak)

Memahami apa yang diterangkan, secara peribadi aku berpandangan. Hukum minum air tersebut tidak haram. Ini kerana, dalam Islam, kaedah fiqh menyebut;

الحكم يدور على المسمى لا على الإسم

Maksudnya;
“Hukum itu berlegar atas perkara yang diberi nama, bukan pada nama”

Bermakna, walaupun air itu dinamakan sebagai “bir”, tetapi isi kandungan air itu bukan arak, ataupun bukan air yang memabukkan seperti arak, maka hukumnya perlu kembali kepada hukum asal.

Kaedah fiqh menyebut;

الأصل فى الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“(hukum) Asal pada sesuatu itu adalah harus”

Justeru itu, selagi mana air itu tidak ada unsur yang haram seperti memabukkan, maka minum air tersebut adalah harus.

NAMA “BIR”

Pun begitu, dicadangkan nama “bir” itu ditukar ganti kepada nama lain; nama yang tidak mengundang melahirkan kontroversi dan kesamaran. Membiarkan penggunaan nama “bir”, bisa melahirkan kekacauan dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi di zaman manusia yang berada dalam kerosakan, disamping masih ramai lagi agamawan yang masih “lena” dari memberi kesedaran disebalik maksiat arak.

Jika pihak atasan masih lagi redha dengan penggunakaan nama “bir” dengan tidak mengambil inisiatif untuk menggantikan kepada nama lain, maka bagi mengelakkan kemudharatan di masa akan datang, hendaklah pihak Islam memboikot minuman tersebut.

Ini berasaskan kepada kaedah;

إرتكاب أخف الضررين

Maksudnya;
“melakukan mudharat yang paling ringan daripada dua mudharat”

CALSBERG BUAT “BIR HALAL”

Diberitakan, bahawa syarikat arak terbesar di Malaysia, Calsberg sedang bercadang untuk mewujudkan “bir halal” ini. Mereka mahu mencipta sejenis minuman yang tidak mengandungi alcohol untuk dijadikan minuman di kalangan umat Islam.

Pada pandangan peribadiku, isu “bir halal” yang datang dari negara iran tidak sama seperti isu minuman tanpa alcohol yang mahu dikeluarkan oleh syarikat calsberg.

Aku dimaklumkan, syarikat yang mengeluarkan minuman “bir halal” di iran bukanlah syarikat arak, tetapi syarikat minuman biasa. mereka mengeluarkan minuman itu, dengan tujuan menandingi barat yang mempromosi arak yang diharamkan oleh Allah SWT.

Adapun minuman tanpa alcohol keluaran syarikat caslberg, ianya ada kaitan dengan arak secara nyata. Ini kerana, caslberg adalah syarikat arak.

Justeru, sebarang keluaran dari syarikat caslberg merupakan usaha memajukan keuntungan syarikat tersebut. Sedangkan, dari sudut maqasid syariah, Islam telah menggariskan bahawa sebarang usaha yang bisa memajukan arak, maka ia adalah haram disisi Allah SWT.

Ibnu Abbas meriwayatkan hadis dengan katanya;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها وَمُسْقِيَهَا ( وفى رواية ومسقاها ) ‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya, penuangnya dan orang yang meminta dituangkan arak
[1].”

Makanya, membeli sebarang minuman keluaran syarikat caslberg atau arak adalah haram, kerana itu merupakan salah satu sokongan dalam memajukan syarikat arak.

Lebih-lebih kaedah fiqh ada menyebut;

ما أدى الي حرام فهو حرام

Maksudnya;
“Perkara yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram”


Sekian

Kes Rayuan DS Ir Nizar Ditunda



Sekali lagi mahkamah Malaysia buat lawak jenaka. kalau minggu lepas, tak sampai 4 jam lepas Zambry Mugabe failkan rayuan mohon tunda keputusan Mahkamah tinggi berkenaan dengan status Menteri Besar Perak mahkamah terus lulus tanpa perlu menunggu Afidavite dari pihak DS Ir Nizar.

Hari ni pulak dengan bijaknya mahkamah telah menunda tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar berkenaan dengan kes yang sama.

Semalam mahkamah menetapkan bahawa 18hb. Mei, 2009 adalah tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar tapi hari ni kes tersebut telaah ditunda ke 21hb. Mei, 2009.

Bila kene tang Barisan Nasional, boleh urus on the sport. semua boleh langkau. bila kene tang Pakatan Rakyat, makan tahun... aku ingat kes ni mesti kene tunda sampai lepas PRU-27...

Hangpa percaya dak..?

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry?

Hakim Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

“Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,” katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

“Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

“Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

“Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling “junior” serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam,” katanya.

Siapa Takut ?

Soalan Siapa Takut ini sedang dijual. Ramai yang memberi jawapan yang tidak kena mengena dengan soalan. Orang-orang UMNO dari Presiden kebawah dengan tegas menyatakan mereka tidak takut menghadapi Pilihanraya semula bagi Negeri Perak. SPR pula telah menetapkan mulai sekarang penyokong yang akan mengiringi Calun kePusat Penamaan Calun akan dihadkan. Dipihak berkuasa keselamatan pula menyatakan mereka sentiasa bersedia kepada sebarang kemungkinan ini bermakna rakyat tidak perlu risau tentang keselamatan mereka.

Melalui penjelasan-penjelasan tersebut diatas jawapan kepada soalan yang diajukan (Siapa Takut?) masih belum ada siapapun yang berani menjawab. Didalam satu-satu peperiksaan jika jawapan diataslah yang diberi bagi menjawab soalan yang dimaksudkan maka keputusan peperiksaan tersebut bukan hanya meminta “resit exam” malah akan diminta “repeat course”. Ringkasnya ia memberi erti “lain yang disoal lain pula yang dijawab”.

Oleh kerana belum ada seorangpun (yang saya tahu) mahu menjawabnya biarlah saya sendiri (orang yang membuat soalan) menjawabnya. Sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati saya sendiri. Berikut adalah jawapannya:

1. Jika diadakan Pilihanraya Semula diNegeri Perak ini Wakil-Wakil Rakyat BN yang telah berpenggal-penggal sebagai ADUN dan sebelumnya berpenggal-penggal pula sebagai Ahli Parlimen sudah tentu tidak disenaraikan. Jika diberikan juga bertanding maka slogan Rakyat didahulukan menjadi tidak relevant. Jawapannya Wakil-Wakil yang sedia ada yang TAKUT.

2. Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekarang iaitu kurang dari 3 tahun maka ini bererti ADUN yang baru menjadi Wakil Rakyat pada Penggal ini tidak akan dapat menikmati Pencen sepatutnya. Jawapannya ADUN-ADUN BN yang barulah yang cukup TAKUT.

3. Memandangkan kebangkitan parti-parti dalam Pakatan yang begitu memuncak kebelakangan ini besar kemungkinan keputusan Pilihanraya itu nanti 59 – 0 memihak kepada Pakatan. Jawapannya UMNO/BN TAKUT semasa PRU 13 nanti pengaruh mereka terus lenyap.

Sebenarnya banyak lagi jawapan boleh diberi. Tiga ( 3 ) jawapan ini sahaja sudah cukup untuk Score ” A “. Jadinya, kepada yang sentiasa bertanya mengapa susah sangat untuk dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini, saya berharap para pembaca sudah tahu sebab-sebabnya.

Akhir sekali semua ini adalah pendapat dan pandangan saya sendiri. Saya tidak menceduknya dari Obama, Ghandi ataupun Mandela.

Thursday, May 14, 2009

Mahkamah tidak boleh sekat pembubaran Dun Perak sekalipun sudah difailkan ke Mahkamah Rayuan


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya.

"Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya.

Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah.

"Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu", tambahnya. Aziz berkata melalui pembubaran semua masalah akan selesai.

"Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu," tegas beliau.

Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.

Aziz berkata di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan," tambahnya.

Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Aziz tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry.

"Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa. Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri," kata Aziz lagi.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Profesor UIAM itu berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN.

"Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.

Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Tuesday, May 12, 2009

Raja Nazrin agrees to meet Nizar

The Regent of Perak Raja Nazrin Shah has agreed to see Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was today declared the legitimate mentri besar of Perak by a Kuala Lumpur High Court.

Nizar will meet the Regent at 8.30am tomorrow to ask for the dissolution of the Perak state legislative assembly to pave the way for a fresh state election, according to several Pakatan Rakyat (PR) leaders including Sungkai assemblyman S. A. Sivanesan.

“I just talked with Nizar and he confirmed to me that he has secured an audience with the Regent at 8.30am,” Sivanesan told The Malaysian Insider.

“Nizar will request for dissolution of the legislature for a fresh election,” Sivanesan said adding he hoped the request is not rejected. “Nizar has the legitimate right now that he is the legitimate mentri besar to request for dissolution.”

Sultan Azlan Shah, PR leaders said, is in the United States.

PR assemblymen are also meeting from 11pm tonight to strategise their plans for Tuesday even as the Barisan Nasional (BN) rush to court on tomorrow to set aside the declaration that Nizar is the rightful mentri besar.

Tomorrow is set to be a climatic day with the royal audience, BN rushing to court and Nizar trying to enter his office with police already surrounding the state secretariat building since 4pm today.

Justice Abdul Aziz Rahim declared today that a mentri besar can only be removed by a vote of confidence on the floor of the state assembly. - MInsider

MB Yang SAH

Nizar MB yang sah, kata Mahkamah Tinggi

Kisah Cokelat

Dari satu email yang di terima

Saya terpanggil untuk menghubungi puan melalui e-mel ini apabila penolong pembantu tadbir di pejabat kami menunjukkan satu artikel daripada majalah puan (KOSMO) baru-baru ini bertajuk "Coklat enak import didakwa ada lemak babi".

Dengan melihat sepintas lalu kepada tajuk, sudah cukup untuk menggetarkan jiwa sesaorang Muslim kerana istilah "babi" itu sendiri begitu sensitif dan besar implikasinya kepada iman dan akidah mereka.

Untuk pengetahuan puan, saya telah mula bertugas di MARDI di PP Teknologi Makanan pada April 1975 sebelum bertukar tugas di Lembaga Koko Malaysia pada Januari 1990; dan sekarang di UKM sejak November 1993. Saya telah lama menjalankan penyelidikan berhubung dengan koko (fermentasi) dan coklat (pembangunan produk). Oleh itu, sedikit sebanyak tentang coklat saya tahu juga. Saya mendapat PhD dalam bidang Food Biochemistry daripada Univ. Leeds, UK (1980). Di UKM saya pernah/sedang mengajar subjek Food Chemistry, Food Chemistry Laboratory, Advanced Food Analysis, Oleochemistry, Soaps and Detergents, dan Cosmetic and Personal Care Product Chemistry. Bukanlah tujuan saya untuk membangga diri, tetapi sekadar sedikit bukti tentang bidang saya yang tak seberapa.

Begini puan. Niat puan untuk memaklumkan perkara kemungkinan lemak babi terdapat di dalam ingredien coklat import adalah sesuatu yang patut dipuji kerana perihatinnya puan terhadap umat Islam di Malaysia. Namun perlulah ditegaskan disini, maklumat hendaklah benar dan sahih, agar ia tidak menimbulkan "fitnah" kepada ummah. Ditakuti pahala yang cari, dosa pula yang mendatang, nahu-zubill- Allah. Natijahnya adalah seperti berikut :

  1. LEMAK (dalam istilah kimia makanan, ia adalah triacylglycerol atau TAG yang berkeadaan pepejal pada suhu bilik) BUKAN emulsifier. Emulsifier atau pengemulsi dalam istilah Bahasa Melayunya, adalah sebatian amphophilic : ada kedua-dua sifat hydrophilic (suka air) dan lipophilic (suka lemak). Denagn itu kehadirannya membolehkan minyak dan air bercampur membentuk emulsi. Lemak neutral adalah lipophilic, justeru ia tak boleh menjadi pengemulsi. Ingat pepatah Melayu - minyak dan air tak boleh bercampur!
  2. Emulsifier BUKAN pewarna (colouring), juga BUKAN penambah prisa (flavourings)
  3. Dalam kod Food Ingredients, E-100 = curcumin, iaitu pigmen kuning yang terdapat di dalam rizom kunyit; manakala E-904 = shellac, adalah agen pengilat (glazing agent) diperoleh daripada resin (damar) yang dikeluarkan oleh sejenis serangga lac bug betina. Maka dakwaan puan yang menyatakan kedua-duanya emulsifier adalah salah!
  4. Sepengetahuan saya, emulsifier yang lazim digunakan didalam pembuatan produk coklat ialah lecithin (phosphatidyl choline) iaitu sejenis phospholipid (tergolong dalam polar lipid) yang banyak terdapat secara semula jadi di membran sel, organ dalaman terutamanya hati dan kuning telur. Di dalam tumbuhan, ia terdapat dalam bentuk gum, justeru dihasilkan secara komersil daripada proses degumming minyak soya. Maka sumber komersil lecithin ialah lecithin soya.

Berdasarkan fakta di atas, puan bolah dianggap telah melakukan satu kesilapan, lantaran menggunakan fakta saintifik yang sama sekali salah. Sekiranya ia timbul akibat daripada kejahilan puan, ia boleh dimaafkan, tetapi puan tetap bersalah kerana melakukan sesuatu tanpa berilmu. Memang lemak dan minyak (triacylglycerol yang berkeadaan cecair pada suhu bilik) boleh ditukar kepada bahan pengemulsi dalam bentuk :

  • monoacylglycerol (MAG) dan diacylglycerol (DAG)
  • sugar esters (produk tindak balas antara gula dengan asid lemak)

Memandangkan sumber TAG (lemak/minyak) yang murah adalah daripada tumbuhan, adalah tidak bijak pengusaha di Barat menggunakan lemak/minyak daripada sumber haiwan, apatah lagi lemak babi yang tentunya akan menjejaskan penjualan produk mereka di negara Islam.

Akhir kata, nasihat saya ialah kita hendaklahbercakap sesuatu berlandaskan FAKTA dan bukannya PERASANGKA kerana kita perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang kita katakan, lebih-lebih lagi ia melibatkan bilangan orang yang ramai. Sekiranya tidak tahu, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu, ini adalah gesaan daripada hadith Rasulul-Allah s.a.w.

Sekian. Wassalam.

Assoc. Prof. Dr. Mamot Bin Said
Food Science Programme
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Alt. E-mail addrs: mamot@yahoo. com.my

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TelL (603)-89213803 (O); (603)-89257355( H); 017-8703282 "

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter