Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, May 28, 2009

KDNK Menguncup 6.2 %


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat tahun lepas, Bank Negara mengumumkan hari ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu berpunca daripada kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri akibat kemelesetan ekonomi di negara maju.

"Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama," katanya pada sidang media.

Ekonomi negara dijangka terus menguncup dalam suku kedua, katanya.

"Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk," kata Zeti.

Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah. Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan.

Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan.

Monday, May 25, 2009

PAS juga tidak mahu elaun Khir Toyo digantung

PAS, komponen Pakatan Rakyat turut berharap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak menggantung elaun wakil rakyat Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, sebaliknya memadai jika bekas Menteri Besar itu digantung 12 bulan.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, DUN Selangor tidak harus bertindak zalim terhadap beliau.



Justeru katanya, DUN Selangor perlu menyemak semula cadangan tersebut.

"Dari segi prinsipnya saya bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan mencadangkan agar menggantung keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Panjang, Dr. Khir Toyo selama 12 bulan kerana gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Mac lalu.

"Begitu juga cadangan hukuman terhadap empat orang ADUN BN yang lain kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh integriti Selcat yang ditubuhkan oleh DUN Selangor.

"Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa menggantung elaun mereka berlima ini selama tempoh hukuman itu adalah keterlaluan dan akan menjejaskan peranan mereka sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat," kata beliau dalam kenyataannya semalam.

Tambah beliau, meskipun berbeza fahaman politik "saya merasakan yang rakyat berhak diwakili oleh ADUN pilihan mereka jika pun tidak sampai ke peringkat menyertai sidang dewan."

Katanya lagi, semasa BN memerintah ADUN Sg. Pinang, Teng Chang Khim yang kini Speaker DUN, pernah digantung selama 30 bulan iaitu hukuman paling keras dalam sejarah badan legislatif di Komanwel termasuklah penggantungan elaun selama 18 bulan.

"Ketika itu PAS Selangor telah berkempen menentang tindakan melampau DUN yang didominasi oleh BN itu. Dan isu yang paling kuat ditentang adalah menggantung elaun Teng ketika itu.

"Dalam hal ini, kerajaan Pakatan Rakyat perlu dilihat lebih adil dan tidak zalim dan tiada peri kemanusiaan sebagaimana kerajaan BN dahulu.

"Jika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati kelima-lima mereka bersalah, mereka wajar dihukum akan tetapi tidaklah sehingga mereka dinafikan dari elaun mereka," katanya.

Tips Mengatasi Stress

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).



Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan


Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Projek Mee Segara Muncul Lagi....

Umno@BN umum tak bertanding di Penanti. Kesian orang Penanti tak dapat jalan tar sampai depan rumah, tak dapat duit 'zakat', kain batik, kain pelekat, basikal percuma atau tidak dapat melihat pemimpin 1 Malaysia yang 'berjiwa rakyat' memasuki ceruk kampung dan memanjat tangga rumah mereka dengan hanya berselipar jepun.Semua ini gara-gara Umno@BN kehilangan taring dan sengat mencipta sejarah era 1Malaysia apabila mengaku kalah awal-awal lagi untuk tidak bertanding di Penanti.


Maka untuk menebus aib arang yang terconteng maka secara sekoyong-koyong Umno@BN begitu ghairah untuk bertanding di Manek Urai yang kehilangan wakil rakyat yang kembali ke rahmatullah. Maka seperti biasa projek 'mee segera' datang mencurah-curah yang kononnya 'projek mee segera' ini menjadi pantang larang Perdana Menteri 1Malaysia dari zaman berzaman.

Antaranya hari ini dirasmikan laluan ulang-alik KTMB Tumpat-Dabong. Bagus saya amat setuju..Tetapi yang saya tak setuju kenapa ketika waktu pilihanraya kecil Manek Urai baru terhegeh-hegeh buat projek itu ini? Begitu juga dengan cadangan Perdana Menteri 1Malaysia untuk memenuhi 4 lagi tuntutan pesara. Bagus saya amat setuju...Lebih-lebih lagi ramai ahli keluarga saya bakal mendapat habuan jika menjadi kenyataan. Tetapi kenapa baru sekarang sedangkan tuntutan itu telah diajukan sekian lama? Adakah Umno@BN merasakan mereka perlu mengekalkan sokongan golongan veteran setelah majoriti besar golongan muda sudah mula menjauhi Umno@BN?

Kepada pemimpin 1Malaysia Umno@BN jika mereka benar-benar ikhlas buatlah pembangunan tanpa menunggu tarikh pilihanraya. Lihatlah betapa daifnya rumah rakyat di negara ini setelah hampir 52 tahun merdeka. Adakah nak menunggu seorang lagi pemimpin meninggal dunia baru nasib mereka akan dibela? Dalam hal ini saya berkata dalam hati untungnya rakyat di Manek Urai bila Umno@BN ingin bertanding.......


Rumah seorang penyokong setia Umno di Sempurna Sabah...


Sebuah lagi rumah penyokong Umno di kawasan Shapei Afdal

Satu lagi projek Umno setelah sekian lama merdeka....



Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Aminah Oh Aminah

Bila di sebut Aminah Abdullah akan bertanding atas tiket BEBAS di Penanti, aku antara yang menyangka bahawa makcik ni di taja untuk sindir BN. Maklumlah namanya sama ala ala manusia yang ke 'gedebom" dulu.


Tapi bila dia menyerang PKR .. rupanya aku silap. Kita cek artikel di bawah yang aku cilok.

Sementara itu, Aminah Abdullah bekas Ketua Bahagian PKR Bukit Bendera dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, mengambil keputusan meninggalkan PKR setelah suaminya Rafie Othman tewas dalam pemilihan untuk jawatan Ketua Bahagian kepada YB Jason Ong, sebelum pilihanraya 2008.

Dalam rombakan struktur PKR negeri kemudiannya, Aminah digugurkan sebagai Ketua Wanita Negeri, berikutan prestasi kerjanya yang tidak memuaskan.

Aminah berselindung kononnya terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya didalangi oleh beberapa pimpinan negeri. Justeru itu, dia bersama suaminya kini sedang menuntut keadilan terhadap dirinya. - alahaifairus
Sapa kata perjuangan itu ikhlas?

RM80 ghibu kalau Aminah tarik diri

Phuyoooo..... !!! Banyak nya duit. RM80 ghibu tu .. Banyak duit gak PKR ni rupe nye ye.

Wakakak ... !!! Aminah dah pecah lobang. Dia kata wakil PKR yang di 'bless' oleh Anwar Ibrahim datang jumpa dia kat ghumah. Sekarang ni dah di cetak semua bukti di dalam DVD. Tinggal nak buat laporan polis. Aduwaiii !! .. banyak duit buat video cetak rompak. Label apa tu? Cap tut .. ke?

Ghuper nye... Aminah ni bekas Ketua wanita PKR Pulau Pinang. Adushhh ... Selain dari Fairus ingat dah tak dak dah. Ghupernya ade lagi. Weyyy !!

Berita Star kat SINI

Good Info untuk Pengemar Coke

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
'Bahan Kimia Bahaya' atau'Bahan Penghakis : bahaya'. Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ _______

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC, time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

WaAllahualam

Friday, May 22, 2009

hanipa maidin: MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Walau pun agak panjang berjela tulisan ini..tapi ia perlu di baca demi menjelaskan kebarangkalian & akibat keputusan mahkamah hari ini...



oleh :Mohamed Hanipa Maidin


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

Kisah Katak Puru dan Singa

Katak puru … yang tubuhnya menggelembong dengan kudis kudis buta bertemu dengan seekor singa yang juga merupakan teman karibnya.

Lalu katak berkata … “Wahai Sang Singa .. .sesungguhnya hamba tidak cantik di mata bintang lain. Kulit hamba berkudis dan menggelembong. Mata hamba pula terjojol keluar. Kulit hamba seperti metalik warnanya. Oleh itu hamba memohon untuk Tuan Hamba mengistiharkan hamba ini ‘cantik’ agar senang hati hamba bila berdepan dengan binatang lain kelak”

“Untuk apa kau mahu kan keputusan dari kami, sedangkan realitinya kamu adalah buruk”, Tanya Singa.

“Untuk sekadar menyedapkan hati hamba Tuan Hamba …. !”, kata katak lagi.

Maka .. mengenangkan si Katak adalah kawan karib nya selama ini maka Singa pun berkata., “Wahai binatang binatang di hutan sekelian … dengan ini Aku mengumumkan bahawa katak ini adalah bintangan yang sempurna, cantik, comel, licin kulit dan handsome.”

“Terima kaseh Tuan Hamba “, kata katak.

“Hamba akur dengan kenyataan Tuan Hamba.”, kata katak keluar melompat lompat sambil bersiul senang hati.

Singa geleng kepala dan berkata .. “Heheh .. ini macam pun ada ka?”

Monday, May 18, 2009

Dr M: Liputan Berita Media Arus Perdana Berat Sebelah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana. Beliau membuat pengakuan terbuka bahawa beliau kini sudah berhenti membaca akhbar New Straits Times kerana cuba membuat tafsiran sewenangnya terhadap apa yang difikirkannya.

Dr Mahathir berkata demikian disidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.
Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.


Dengan nada sedih Dr Mahathir berkata, apabila berhenti menjadi perdana menteri, beliau adakalanya dilayan seperti “pariah”.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

"Publish the truth, make proper analysis based on the truth. Don't always see it the political angle, the need to please the people in authority. If you do that people will never believe in you."
Nada yang yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.
Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.


Dalam forum tersebut Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berasa kesal dan amat marah dengan tindakan Abdullah memberhentikan projek-projek mega yang dirancang dan dilaksanakannya oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri, terutamanya Jambatan Bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter