Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, August 26, 2009

Gedung Kartun Kena Serbu



Kilang mencetak Gedung Kartun di Brickfield telah di serbu oleh gerombolan KDN...
Majalah Gedung Kartun yg baru di terbit kan dn Zunar mendakwa telah mendapat permit secara lisan adalah sebuah terbitan majalah berbentuk humor tapi menyindir.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Bravo Kepada PAS & PR


Pas menang semua peti undi kecuali undi pos.

Peti undi: PAS / BN / majoriti

Samagagah: 1397,594,803

Pmtg Ara: 1397,1075,322

Pmtg Pauh: 875,354,521

Bkt.Indera Muda: 1302,862,440

Kg Pelet: 738,546,192

Kubang Semang: 773,275,498

Tanah Liat: 971,500,471

Cross Street: 938,300,638

Pmtg Tengah: 1225,555,570

Undi Pos: 2,6,-4


Jumlah: 9618,5067,4551


Tahniah kepada calon pas. Semoga tuan menjalankan tanggungjawab tuan dengan adil dan saksama. Kepada yg kalah, jgn kecewa, teruskan berjuang.

Sunday, August 23, 2009

H1N1 Suka Pengangkutan Awam

H1N1 / Selsema babi suka pengangkutan awam. Itulah tajuk dari laman web Afrika Selatan di mana kerajaan Afrika Selatan mempertingkatkan kesedaran kepada rakyatnya bahawa menaiki pengangkutan awam adalah berisiko tinggi ketika wabak H1N1 sekarang ini.

Jika terdesak pilihan terakhir terpaksa juga menaiki pengangkutan awam terutamanya bas , komuter , keretapi, LRT dan sebagainya perlu diambil langkah-langkah pencegahan berikut :

1. Dinasihatkan memakai topeng muka.
2. Tempat pemegang tangan, tempat duduk hendaklah sentiasa disapu dengan ubat penghapus bakteria atau kuman oleh pemilik kenderaan atau syarikat.
3. Hendaklah membasuh tangan dengan sabun segera selepas turun dari kenderaan.
4. Jangan memegang muka terutamanya mulut, hidung dan mata ketika dalam kenderaan awam.

Macamana rakyat 1Malaysia ? Ada tak panduan ini terdapat dalam bas, teksi , komuter , keretapi yang kita naiki di Malaysia ?

Ada tak syarikat bas , komuter , bas sekolah dan lain-lain di Malaysia ini cuci atau lap kerusi , pemegang tangan dan sebagainya setiap hari dengan cecair pembasmi bakteria atau kuman ?

Rujukan tindakan kerajaan Afrika Selatan di sini

http://roadsafety.co.za/2009/08/13/h1n1-swine-flu-love-public-transport

Keluar PKR



KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan



Kalau betul pun tak heran sgt...
Sukar untuk mencari pejuang sejati dalam PKR kerana masih ramai dalam PKR yang berjuang kerana kedudukan berbanding rakyat.
moga Allah ambil nyawa2 mereka ini supaya dapat diganti dengan pemimpin yang betul2 tulen dan istikomah perjuangan demi negara dan rakyat.

Jadi tak perlu gaduh kita anggap Allah maha mengetahui sesuatu yang terjadi.
Allah masih sayang kita tu yang dia tunjuk satu2 keluar dari pakatan.

Topeng H1N1 - fakta atau auta

Kebanyakan rakyat M'sia mempunyai pandangan bahawa dengan memakai topeng tutup mulut boleh mencegah dari terkena virus H1N1 (N bukan Nongkon ya).

Alangkah silap besarnya mereka termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Virus adalah lebih halus dari kuman (germs atau bacteria). Ia tidak boleh dilihat di bawah mikroskop dan ia tidak boleh ditapis (non-filterable) dan ini adalah fakta. Virus hanya boleh dikesan melalui mikroskop elektron.



Jadi memakai topeng tu adalah fesyen zaman H1N1 dan jika virus tu terhinggap kat topeng ia akan lekat dan masuk juga ke rongga mulut atau hidung. Oleh kerana virus ini terlalu halus ia mungkin boleh meresap melalui segala pora-pora kita dan juga lubang2 yg. terdedah atau terbuka. Siapa yg. terkena jangkitan adalah atas kehendak Allah s.w.t. Oleh itu kita hendaklah perbanyakan mengambil wudhu', solat sunat, zikrullah, minta perlindungan dariNya dan membaca doa wabak yang disyorkan di sini.

http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

Saturday, August 22, 2009

Pesanan TGNA Kepada Pengundi Permatang Pasir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.


Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

Chinese style Mosque




RANTAU PANJANG: The RM8.8mil Sultan Ismail Petra Silver Jubilee Mosque, the first Chinese-style mosque in the country, is set to open its doors this Ramadan.

The mosque, also known locally as the Beijing Mosque, has a unique design that combines Chinese and Islamic architecture similar to the more than 1,000-year-old Niujie mosque in Beijing.

Developed on a 3.7ha land along the Kota Baru-Rantau Panjang road, visitors could mistakenly think it is a Chinese temple due to its pagoda-like structure.

Construction of the mosque started on Sept 12, 2005

Friday, August 21, 2009

Ceramah KJ Di Permatang Pasir




Control macho nampak.....

Thursday, August 20, 2009

Monday, August 17, 2009

Hampeh gak

Baca sendiri supaya tau...peguam yang di strucked oleh BAR Malaysia. Termasuk calun BN Rohaizat Othman.

http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter