Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Tuesday, May 11, 2010

Bapak sape la tu ek ....???


Katanya dalam laporan polis itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

Sebagai umat islam, pekasa sepatutnya berbangga dan gembira jika sorang yg bukan islam memuji dan mengkagumi pemerintahan ulamak Islam dan wali Allah...ini tidak...marah pulak si pekasa...patut pekasa beri dorongan..mana tau nanti LGE mendapat hidayah...peranan pekasa amatlah berlawanan dgn usaha dakwah yg sangat2 di sarankan oleh Rasulullah...pekasa memalukan Islam..

Pengumuman

Thursday, April 29, 2010

Salinan Report Kawan Adik Amirul Rashid



Berikut Salinan Report Polis yang telah dibuat oleh kawan kepada adik Aminul Rashid seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak Polis baru-baru ini. Kawan Aminul Rashid ini berada di dalam kereta semasa kejadian malah Allahyarham Aminul Rashid Meninggal dunia di atas pangkuan beliau. Laporan ini mungkin dapat memberi gambaran sebenar kepada anda semua tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… Sila klik Laporan berikut untuk membaca untuk paparan report yang lebih jelas








Wednesday, April 28, 2010

BN Tidak Beli Undi...ha ha ha



Bernama melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad.

Jom kita tengok betul ker tidak…

1. BN berjanji untuk membina Universiti Teknologi Mar…a (UiTM) di Serendah

2. Menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

3. Telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK

4. peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor

5. Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula 26 April

6. Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat.

7. Berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

8. RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir,

9. Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam Parlimen Hulu Selangor

10. RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,

11. Membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta,

12. RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa

13. Tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

14. Peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

15. Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Rasuah = gift offered to somebody to influence

Sunday, April 11, 2010

Pengakuan & Penafian

"Sebelum ini, ketua pembangkang, Anwar mendakwa ejen Israel memasuki PDRM melalui syarikat Asiasoft yang diberi kontrak hampir RM1 bilion didaftar di Singapura dikuasai induknya di Israel. Ketua Polis Negara, Musa yang enggan mengulas terperinci mengenainya berkata, siasatan terhadap syarikat yang mengendalikan sistem itu sudah lama dijalankan dan syarikat berkenaan tidak lagi dibenarkan memasuki PDRM! Ini bermakna bahawa secara tidak langsung, dakwaan Anwar diakui? Adakah amaran Musa agar politikus tidak mempermainkan isu keselmatan negara turut ditujukan pada Najib yang kini dikaitkan dengan APCO?

USAH PERMAINKAN ISU KESELAMATAN NEGARA
Bharian, KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik tidak menjadikan isu keselamatan negara untuk kepentingan diri sendiri dan meraih perhatian masyarakat.

Katanya, isu membabitkan keselamatan bukan satu permainan politik yang boleh digembar-gemburkan untuk meraih perhatian kerana ia berhubung kait dengan kesejahteraan negara.

“Sebagai seorang ahli politik, mereka sepatutnya sedia maklum isu yang boleh digembar-gemburkan atau sebaliknya terutama pendedahan yang dilakukan di parlimen kerana banyak faktor perlu diambil kira."

SEKADAR SELINGAN.
Jangan lupa bahawa ahli UMNO dan Biro tatanegara sentiasa menjual cerita bahawa PKR, DAP dan Anwar merupakan ejen Zionis dan ejen yahudi. Bukankah tindakan UMNO ini jua merupakan suatu tindakan mempermainkan isu keselamatan negara demi populariti politik murahan? Bukankah tindakan Musa Hassan sekiranya memberi amaran hanya kepada Anwar dan Pakatan kelihatan berat sebelah? Logiknya, amaran Musa Hassan kepada semua. Justeru, besarlah harapan kita agar polis Malaysia menjadi bebas dan neutral, dan berkhidmat demi rakyat dan bukan menjadi barua atau tali barut UMNO.

Apa-pun , kita doakan agar Allah beri hidayah pada Musa Hassan dan pada polis Malaysia.

Friday, March 26, 2010

APCO & Tali Barut

Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel.

Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel. "Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco),"

Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.
"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.
"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,”

Saya rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih,"

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen P.Sena.

Sunday, March 21, 2010

Tariff Air - Satu Imbasan

Carta di bawah adalah penggunaan air domestik bagi setiap 35 m.p. pertama mengikut negeri bagi tahun 2008. Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang terendah mengenakan tarif air domestik di Malaysia, iaitu 31 sen. Manakala kadar tarif air yang tertinggi pula jatuh kepada negeri Johor, iaitu 98 sen.

Source: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Notes:
Average water tariff for Domestic use applies on the first 35 cubic meters.
Sarawak1 – JKR Sarawak.
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit.
  
Ini bermakna, rakyat negeri Johor membayar 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan rakyat negeri Pulau Pinang apabila mereka menggunakan 35 m.p. air.

Untuk Industri anda boleh perhatikan carta di bawah. Pengiraan berdasarkan kepada penggunaan untuk 500 m.p. yang pertama.

Rupa-rupanya di Sabah dan WP Labuan, sektor industri lebih beruntung berbanding dengan sektor domestik. Rakyat membayar 90 sen bagi 35 m.p air yang pertama. Sektor industri juga membayar 90 sen tapi bagi 500 m.p. yang pertama. Betul ke ini...fakta atau auta??

Petronas Boleh Jadi Haram

"Kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri, kata profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,kata Shad pada forum berkaitan dengan hak minyak di sini hari ini.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas. Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.

“Perlembagaan mengatakan bahawa apabila seseorang mengambil harta seseorang anda perlu membayar pampasan yang sewajarnya,” kata beliau. Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Terengganu dalam tuntutan royalti minyak bagaimanapun berkata jika Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 diisytiharkan tidak berperlembagaan akan mengakibatkan malapetaka besar buat Petronas.

Terengganu membawa kesnya ke mahkamah selepas kerajaan pusat berhenti daripada membawa wang royalti pada 2000.“Masalah pertama dengan hujah itu ialah Petronas akan menjadi tidak sahih,” kata Thomas sambil menambah belum ada pihak yang membawa persoalan ini ke mahkamah.“Jika mahkamah memutuskan akta ini tidak berperlembagaan, saya merasakan ia akan menjadi satu tragedi,” katanya.

Thomas juga memberitahu kesemua 13 negeri telah menandatangani perjanjian itu. “Bagi saya PDA satu contoh persekutuan yang hebat,” katanya. Thomas kini menasihati Kelantan yang turut mengemukakan tuntutan royalti minyak daripada Petronas. Tuntutan RM2 bilion Kelantan itu bermula tahun lalu. Forum hari ini bertajuk “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan?” dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan bayaran wang royalti kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas dan peguam Datuk Cecil Abraham juga berucap pada forum itu. Kelantan kini menuntut wang royalti lima peratus terhadap hasil minyak yang diperoleh di luar pesisir pantai. Bagaimanapun Putrajaya menegaskan ia tidak berhak untuk mendapatkan wang royalti ke atas minyak dan gas yang diperoleh di luar kawasan tiga batu nautika dari pantai. Sebaliknya kerajaan pusat hanya bersedia memberi wang ihsan RM20 juta, yang diagihkan mulai bulan ini.

http://addin77.blogspot.com

Orang Asal - Putrajaya Bukan Makan Angin

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter