Tuesday, May 20, 2008
Iktibar.....

Cerita ini agak panjang..tapi ada cerita yg perlu dikongsi dan demi memenuhi permintaan seorang kawan yang meminta aku untuk publish di dalam blog ini...selamat membaca.
Abah bagi balik tangan ita...
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah anda...
Monday, May 19, 2008
7's Don't After Meal - Tips

Below are 7 DON'Ts after meal:
1. *Don't smoke -
Experiment from expert prove that smoking a cigarette after
meal is comparable to smoking 10 cigarette (chances of cancer
higher)
2. *Don't eat fruit immediately -
Immediately eat fruit after meal will cause stomach to be bloated
with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.
3. *Don't drink tea -
This substance will cause the Protein content in the food we consume
to be harden thus difficult to digest.
4. *Don't loosen your belt -
Loosen belt after meal will easily caused the intestine to be twisted & block.
5. *Don't bath -
Bathing will cause the increase of blood flow to the hands,legs & body thus
the amount of blood around the stomach will therefore decrease.
This will weaken the digestive system in our stomach.
6. *Don't walk about -
People always say that after meal walk a hundred step will live till 99.
In actual fact this is not true. Walking will cause digestive system unable
to absorb the nutrition from the food we intake.
7. *Don't sleep immediately -
The food we intake were unable to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.
Do take good care of yourself.
Sunday, May 18, 2008
Perkongsian
Salam...
Hari ni anak aku yang bungsu....Nur Qamarina nama diberi telah membabitkan diri dalam pertandingan mewarna kat Komplek Pusat Bandar,Pasir Gudang atas tiket Tadika Pintar Bistari dan dibawah anjuran Persatuan Basmi Dadah Johor.
Anak aku sebenarnya taklah teror sangat pasal bab mewarna ni...tapi aku respek sikit dengan kemahuan dia yg meluap-luap nak masuk...hasil nya dapat la gak hadiah, walaupun tak seberapa medal jer...saguhati gitu...ok la tu..saayanggg anak Abah...
Dia ni pelek sikit ,apa yang aku buat dia nak ikut,ape yang aku makan dia nak cuba....mmmmm entah la.Anak Abah la kata kan...
Tapi anak aku cakap...kan bes kalau abah ikut sama tengok Erin mewarna...aku terdiam...ape nak buat aku tak dapat melayani kehendak nya sebab aku kena KERJA...cian dia.
(Gambar anakku bersama teman - FARIS FAISAL)
Tuesday, May 13, 2008
Fikirkan Bersama....
Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana Iskandar Malaysia (IM) melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:
* Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
* Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
* Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
* Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
* Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
* Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
* Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam IM ?
* Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat IM ?
* Jika IM akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
* Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan IM?
* Siapakah yang merancang pembangunan IM ? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
* Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
* Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
* Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
* Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang IM ?
* Jika IM ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
* Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul.......memerlukan jawapan....di dunia dan akhirat. Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor...
* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan IM. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.
'Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.' - Rakyat Malaysia

Bottled Water
JUST BE CAREFULL...
Drinking Bottled Water Kept in Car
Hi, just wanted to let you know some VERY
important information!
This information was given to me by my friend and I
know all the ladies in my life should know and please forward it to all the ladies in your life.
My friend whose mother recently got diagnosed with breast cancer .
The doctor told her women should not
drink bottled water that has been left in a car. The doctor said that
the heat and the plastic of the bottle have certain chemicals that can
lead to breast cancer. So please be careful and do not drink that
water bottle that has been left in a car and pass this on to all the
women in your life.
This information is the kind we need to know and be aware and just might save us!!!!
Kongsi...

Masya Allah digunakan bila datang kekaguman terhadap makhluk atau sesuatu perkara bukan maksiat yang mana ada usaha manusia ada dalamnya. Kebun yang besar, rumah besar, kereta besar, anak comel dan pandai. Kisah menggunakan masyaAllah ada dalam suratul Kahfi.
Perkataan wajib memang asal dr Arab semua kita maklum. Bagaimanapun ada sedikit gaya orang Melayu bila mengguna perkataan asal arab berbanding orang arab sendiri. Dalam Melayu dia agak rigid dalam skop tertentu.. Dalam Arab banyak ikut konteks perbualan.
Perkataan wajib telah diperluaskan ertinya dalam bahasa Melayu sekarang ini. Dulu wajib dalam erti kata hukum sekarang wajib bermakna dimestikan. Kalau Arab kerja rumah yang dibagi dalam kelas pun suruh dibuat dirumah pun dipanggil 'wajib manzil'.
Takdir dalam bahasa Melayu bermaksud apa yg ketentuan dari Tuhan. dalam bahasa Arab pangkat/grade dalam exam pun disebut takdir.

Sunday, May 11, 2008
Walimatulurus

Salam...
Hari ni aku pergi ke majlis kahwin dekat Jalan Teratai 73,Taman Johor Jaya.Tahniah pada kawan aku sorang ni, Abg Jamil nama dia sebab rasa nya muda2 lagi dah dapat menantu. Walau pun aku kerja shift malam namun aku gagahi juga demi memenuhi undangan kawan aku ni...
Alhamdullillah...aku selamat sampai kat majlis tu lebih kurang jam 12:00 tengahari. Sedang cantik dengan perut kosong aku.Terima kasih pada Bro2 Rela yang menjaga lalu-lintas supaya sentiasa terkawal..rasanya kalau mereka ni tak berfungsi mesti boleh jadi jem di buatnye...Masa aku sampai tu ramai dah warga kerja yang dah sampai.
Tapi yang paling lawak kat situ bila anak aku ingat yang kawan aku ni la pasangan pengantin yang hendak dirai kan...ha ha ha...tengok la pada gambar tu..patut la jugak anak aku ber fikiran mcm tu...sedondon gitu...
Wednesday, May 7, 2008
Bicara Politik...Kisah Dakwat
Dakwat kekal sebenarnya tak pernah dibeli pun ...
Pak Tam Mat Wed May 07, 08 7:06:04 pm MYT
Anda tentu masih ingat bagaimana lakonan terbaik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang mengumumkan, empat hari sebelum pilihan raya umum lalu, bahawa penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi bagi mengelak undi berganda terpaksa dibatalkan?

Lakonan itu disahkan di Parlimen semalam apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa segala alasan "tiga tokoh hebat" (sebenarnya 3 tukang karut tersohor) itu adalah pembohongan semata-mata.
Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rupanya puluhan rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya lalu.
Dan memang betul pun bahawa mereka terpaksa melakukan hal itu disebabkan perisikan memaklumkan bahawa BN akan hilang kuasa di peringkat persekutuan jika dakwat kekal itu dicalit pada jari pengundi. Hilang maruah bagi Rashid, Musa dan Gani tak jadi masalah kerana selama ini pun siapa yang menghormati mereka sebagai tokoh yang ada harga diri?
Lucu pun ada, lawak pun ada, tapi itulah perangai pegawai tinggi penjawat awam. Mereka boleh berbohong dan berlakon dengan baik, jika itu yang dikehendaki oleh kerajaan yang berkuasa. Malunya kita mempunyai pegawai kanan kerajaan seumpama tiga orang itu!
Dan dah lama rakyat menuntut mana dia dakwat yang sudah dibeli itu? Ke mana hendak dibuangnya dakwat yang bernilai puluhan juta ringgit itu, yang dibeli daripada wang pembayar cukai?
Dan dah lama rakyat menuntut mana dia dakwat yang sudah dibeli itu? Ke mana hendak dibuangnya dakwat yang bernilai puluhan juta ringgit itu, yang dibeli daripada wang pembayar cukai?
Apa pun, saya syak bahawa dari awal lagi dakwat itu tidak pun dibeli .... - detikdaily.net
Bilik Air
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur). -->-->
Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.
Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.
Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.
Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.
Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! - dlm hal ni termasuk lah rumah aku...tpi tak la sampai macam bilik tidur...
Monday, May 5, 2008
Kasih IBU...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut birthday... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan puncukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Subscribe to:
Posts (Atom)
My Family Album
Tempat Jatuh Lagi Di kenang
Aku & CCR dulu2
Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.