Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, July 5, 2008

Jimat: Menteri Kena Bikin Seperti Cakap

Sesekali saya membeli juga akhbar arus perdana.
Bukan apa, mahu tahu perkembangan di tanah air dan luar negara termasuk sukan.
Baru-baru ini ketika membaca ruangan surat pembaca sebuah akhbar perdana, saya tertarik dengan sepucuk surat. Nama penulisnya, Wan Fariz Izudin Wan Yaacob, dari Shah Alam. Tajuk suratnya 'Menteri kena tunjuk teladan berjimat'.

Di sini saya siarkan suratnya untuk renungan bersama:
"Saya tertarik dengan saranan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayob supaya menteri dipotong elaun sebagai antara langkah penjimatan wang kerajaan.

"Sebenarnya, saya kurang bersetuju saranan sesetengah menteri yang mahukan rakyat mengubah gaya hidup demi memenuhi tuntutan kenaikan harga minyak di pasaran sekarang sedangkan mereka masih mengamalkan cara hidup mewah.
"Ulasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad yang menyatakan pemotongan elaun menteri tidak rasional sama sekali, tidak boleh diterima.
"Ini bertentangan dengan saranan Perdana Menteri yang mahu rakyat keseluruhannya berjimat cermat. Walaupun pemotongan elaun menteri tidak membabitkan wang berbilion ringgit, saya pasti kerajaan dapat menjimatkan jutaan ringgit.


"Saya berasakan teladan dan contoh patut datang daripada menteri Kabinet. Jangan hanya pandai menasihati rakyat supaya berjimat cermat dan mengubah cara hidup, tetapi pada masa sama, mereka tetap hidup mewah dengan petrol kenderaan diberikan percuma.

"Ini bermakna menteri tidak berasakan apa rakyat rasakan. Mereka hanya pandai berkata-kata, namun hakikatnya mereka tidak berani menyahut cabaran kini yang sudah pun disahut rakyat."

Alamak Lori.......


Alamak Loriiiii..syukur. ..alhamdulillah. .
Sudah beberapa kali saya hampir melanggar belakang lori..
kalau saya tak pantas memusing setering mahu dah aruah saya..
atau isteri atau anak saya jadi mangsa..

selalu bercerita dengan isteri...
bagaimana kita nak memberi cadangan di negara kita ni ya..??
nak hantar pada jabatan kerja-raya.. dia org baca jer??
nak hantar kat mana ya..
akhirnya saya yg dah menjadi ahli pasif di RJ ni agak lama,ingin mengutarakan disini...
mana tahu ada rakan-rakan yg punya saluran terbaik..
boleh tolong memajukannya kedepan lagi..

bukan cadangan besar pun...saya berpendapat. ..
kalau boleh semua kenderaan berat khasnya lori..
di kehendaki menulis perkataan "LORI" atau "LORRY"di bahagian belakang sesebuah lori tersebut..
Tulisan itu biar besar dan dari jenis 'pemantul cahaya' rasanya kalau dikuatkuasakan pasti semua lori boleh pasang..
kos tak ler sampai beribu-ribu. .
Jadi..jika berlaku kerosakkan atau lori dipandu perlahan semua kenderaan lain akan nampak jelas..
mungkin kemalangan yang melibatkan langgar belakang lori dapat dikurangkan.
harap cadangan saya yang tak seberapa ni dpt perhatian..

Monday, June 30, 2008

Kambing Hitam - Saiful Bukhari Azlan 850706-01-5687

The following photographs were sent to us on 12th March 2008, soon after the 12th General Election. After it became known that he is a mole planted in Anwar Ibrahim's office, the trap was laid to turn the hunter into the hunted. And, true to form, the hunter laid his trap only to walk into it himself, with devastating results. Bergambar dengan Shahrir Samad (Ahli Parlimen BN Johor Bahru)
Bergambar dengan Azalina Othman (Menteri Belia dan Sukan)

Bergambar dengan Mustapha Mohamad (Menteri Pengajian Tinggi)


Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan PM Najib Tun Razak)



Tuesday, June 24, 2008

Ganguan Sihir Dengan Pengantara Mahkluk Ghaib

Untuk diri sendiri.

1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci.

2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah "Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita.

3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat, seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.

4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.

5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun.

Untuk orang lain.

Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:

1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.

2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.

3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah... sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat dengan kita.

4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.

5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.

6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.
Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain.

Semua tentu kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin.

Friday, June 20, 2008

Surat Terbuka Untuk PM....


Secebis rintihan...kepada pak lah...
PM kesayangan ku,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...
Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot akan digantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)saya akan buat minyak masak sendiriitu antara care saya merubah hidup..ade banyak lagi caresemuanya kerna UMNO dan bn...
Dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

Jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..saya tetap akan menyokong pak lah..akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN...hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negara

SALAM SAYANG UNTOK SEMUA

Tempat Tinggal Iblis

Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya." Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
( Hadis Riwayat Muslim )

Sunday, June 8, 2008

Kerana Kau Minyak...

Salam...
Kita semua sudah tidak dapat lari lagi dengan kenaikkan bahan bakar terpenting dunia ini.Boleh dikata kan setiap hari tidak kira dalam media elektronik dan bukan elektronik termasuk lah dikedai minum sering membicara kan topik yang sama.Sebenarnya banyak persoalan yang bemain dalam kepala aku ni...kadang kala rasa confused pun ada gak...

Cuba kita fikirkan perkara2 di bawah ni...
  1. Kenapa kenaikkan di buat secara mendadak ??? Mula2 ckap, bayangan mungkin harga minyak akan di naikkan sekitar bulan Ogos...tub2 sidang media...mulai tengah malam 5/6/08.Pelik tetapi benar,kerajaan seolah2 membohongi & mempermain kan rakyat bawahan.
  2. Kenapa kenaikkan membabitkan peratus yang terlalu tinggi dalam sejarah Malaysia. Adakah kerajaan terdesak ?? atau sekadar melepas kan masalah dengan cara mudah kepada rakyat bawahan ???.
  3. Harga minyak di naikan...tetapi kerajaan begitu committed untuk melaksanakan koridor sana,koridor sini....bukan sikit bro...bilion2 tu. Persoalan nya adakah subsidi di kurang kan semata untuk menampung kos koridor2 tersebut ??
  4. Tidak terfikir kah kerajaan,ada individu yang berkeluarga terpaksa memberhentikan pengajian kerana tidak mampu menampung kos minyak yang berganda akibat dari kenaikkan ini???
  5. Untuk mereka yang One Man Income macam aku ni...akan lebih terasa, tu baru minyak naik,belum lagi tariff letrik yang memang nak naik,BLR bank lagi yang mungkin naik & lain2 lagi yang pasti naik...

Akhir kata"Jangan Jadikan Rakyat Bawahan Sebagai Jalan Mudah Menyelesaikan Masalah".

Wednesday, June 4, 2008

Lawatan sambil belajar...


Salam..

Tanggal 2/6/08,hari ke 4 kami kat kampung.Pagi tu rse boring jer,semalam gi tengok Narnia,ari ni tak tau mane nk pegi.Tiba2 anak2 ku bagi idea jom kite gi zoo negara nak. Bagus gak tu,aku pn memang dah lame tak pegi ke sana.

Sampai kat sana hujan la pulak...terpaksa la kami naik keretapi untuk pusing2 dalam zoo tu...

Anak aku cakap tak puas la..jom kita pusing lagi sekali...kebetulan hujan pun dah teduh..kami pun meronda sekali lagi dgn berjalan kaki...

Penat tak terperi, tapi seronok melihat sambil bercerita kepada anak2 tentang binatang2 dan tumbuhan ciptaan Ilahi ni....Tentu ramai yang tak kenal dan tak tau pokok jejawi antara yg terbesar kt Lembah Kelang berada di zoo negara, pokok buah gatal cuma tau dalam cerita P.Ramlee je.Belum yg lain2 lagi...

Posing sana posing sini tiba2 bateri camera la pulak kong...boring betul..tapi nasib baik la ada N73 menyelamat kan keadaan...



RIAK memusnahkan pahala




Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."



"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Medical aspect of SEX...Part 3

Live Longer, Stay Younger

A British study of 1,000 men found those who had at least two orgasms a week had half the death rate of their countrymen who indulge less than once a month.

The hormone DHEA promotes sexual excitement and increases in response to it. Dr Theresa Crenshaw author of The Alchemy of Love and Lust says DHEA may be the most powerful chemical in our personal world. It helps balance the immune system, improves cognition, promotes bone growth, and maintains and repairs tissues, keeping your skin healthy and supple. It may also contribute to cardiovascular health and even function as antidepressant.

Prostate and Genital Health

Some doctors believe that more than 75% of men over 50 have a somewhat enlarged prostate, and that virtually all men will suffer from prostate enlargement if they live long enough. This condition, called benign prostate hypertrophy (BPH), is normal and usually not dangerous. Unfortunately, some of these men develop prostate cancer, one of the leading causes of death in older men. Regular sexual intercourse with frequent ejaculations will help to keep the prostate healthy.
For those men who practice delaying ejaculation, for example in the practice of Tantra Sacred Sex, performing Kegel exercises (in which you contract the muscles around your genitals), will tone these muscles, just as exercising other muscles tones other areas of your body. More importantly, these exercises will help keep the prostate healthy, by moving the sexual energy up out of the prostate and circulating it throughout your body. The technique is very simple and you can perform hundreds of contractions per day for top sexual/physical fitness for both men and women. Imagine you are urinating, but want to stop the flow of urine, that’s all there is to it.

Contracting your muscles in this way is one of the healthiest exercises you could add to your exercise regime. When 178 Belgian men with minor erection problems participated in a 4-month daily rehabilitation program which primarily focused on Kegel exercises, 74 percent showed improvement and 43 percent were cured. For women, Kegels strengthen the entire urogenital tract, aiding greatly in childbirth and preventing the onset of incontinence in later life. They also sensitize the genital tissues, helping women to become orgasmic and/or increase the intensity of their orgasms.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter