Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, April 29, 2009

Permohonan Zambry Di Tolak

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

Tuesday, April 28, 2009

Saudi tegas kurangkan bunyi azan..???

RIYADH: Arab Saudi sedang mengambil tindakan keras ke atas masjid-masjid yang meningkatkan bunyi pembesar suara semasa azan, sedang masjid-masjid semakin berlumba-lumba mengatasi bunyi pembesar suara satu sama lain, lapor agensi berita rasmi SPA kelmarin.

Menteri Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Sheikh, mengarahkan pasukannya memeriksa masjid-masjid di Makkah, Riyadh dan beberapa tempat lain di negara itu untuk mengesan penggunaan pembesar suara yang terlalu kuat.

Di Madinah, para imam telah diberitahu supaya menggunakan pembesar suara di luar masjid dalam khutbah utamanya, dan hanya menggunakan pembesar suara dalam masjid bagi upacara ibadah selanjutnya, kata laporan SPA itu.

Di bandar Bahah, di barat Arab Saudi, pemeriksa daripada pihak kementerian itu baru-baru ini menanggalkan 100 pembesar suara di 45 masjid kerana bunyinya yang terlalu kuat hingga menenggelami bunyi azan dari masjid-masjid lain.

Banyak masjid menyiarkan khutbah melalui sistem pembesar suara.

Kementerian itu berkata bunyi pembesar suara di sesetengah masjid di negara itu boleh didengar sejauh lima kilometer. - AFP.

Monday, April 27, 2009

Wabak Selsema Babi


MEXICO CITY – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

(gambar - ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS)


Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.

Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.

‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.

Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.

‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

bayar RM14.6j kerana salah kerajaan terdahulu

Kerajaan negeri Pulau Pinang diarahkan membayar RM14,678,135.50 kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes pertikaian tanah antara kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan seorang individu bernama Tang Hak Ju selaku plaintif.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang memberitahu demikian pada sidang media di sini, semalam berkata, kes itu masih dalam proses untuk mengurangkan pembayaran pampasan tetapi sementara menunggu rayuan, mahkamah mengarahkan kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah ganti rugi yang diputuskan sebelum ini iaitu RM29,356,271.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh pembayaran itu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi membolehkannya membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk kelulusan mengeluarkan wang bagi membayar tuntutan tersebut.

Kes ini berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.28 hektar Di Seberang Perai Tengah kepada Hak Ju tetapi kemudian membatalkan perjanjian itu.

DUN Penanti - 31 Mei


Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.

Tuesday, April 21, 2009

Menteri Lucah Di Dakwa

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Waran Tangkap La Pulak...

Mengada-ngada betullah dia orang ni. Baru dicadangkan untuk bertanding di Penanti, dah dapat waran tangkaplah pulak. Tapi takpa, itu cuma mainan aje. Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mahkamah itu telah menetapkan perbicaraan selama tiga hari mulai hari ini untuk kesemua tertuduh tetapi kelibat mereka dan juga peguam tidak kelihatan apabila kes itu dipanggil.

Berikutan itu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Anuar memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya.

Mohamad Sabu, 53, dan sembilan penyokongnya Zamarul Aini Abdul Malek, 37; Zainal Azrun Zainal Abidin, 35; Abdul Rahim Mat Ariff, 58; Md Lazim Osman, 50; Mohd Biyamin Ishak, 44; Fauzi Saharat, 44; Abdul Razak Ramli, 42; Mohd Subri Mohd Said, 42; dan Mohamad Salleh, 47; didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran plaza tol Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Disember 2007. BERNAMA

Monday, April 20, 2009

“Why Islam” Pada Bas Di San Francisco


whyislam2
Pada awal tahun 2009, satu kempen untuk berdakwah kepada orang-orang bukan Islam di Amerika Syarikat (terutamanya di San Francisco) telah dilancarkan. Kempen berbentuk iklan pada bas dan kereta kabel di bandaraya yang berpenduduk 1.4 juta dan terkenal dengan budaya gay dan sekular.

Dari iklan tersebut ianya telah berjaya menarik perhatian serta minat orang-orang bukan Islam untuk memanggil nombor telefon yang tertera.

whyislam3


Kempen ini diterajui oleh Islamic Circle of the Bay Area [http://www.icnabay.us/] dengan kerjasama Council on American-Islamic Relations (CAIR - https://www.cair.com/) dan www.whyislam.org di bawah Pertubuhan ICNA (Islamic Circle of North America).

Selain untuk menyeru orang-orang bukan Islam untuk bertanya dan pelajari tentang Islam ianya juga bertujuan untuk cuba mengubah “stereotyping” dengan tanggapan salah kebanyakan orang-orang Amerika terhadap Islam.

whyislam1


Namun setiap yang baik tetap ada bangkangan. Terdapat juga di beberapa laman blog yang tidak senang dengan kempen yang dijalankan. Namun hasilnya dalam empat minggu kempen dijalankan, mereka telah mendapat lebih 600 panggilan telefon dan seramai 6 orang telah mengucap dua kalimah shahadah. Kempen itu kini telah dilanjutkan lagi.

Iklan-iklan ini terpampang pada sekitar 170 buah bas 10 kereta kabel.

Sama-sama kita mengucap syabas terhadap bersungguh mereka dan kita sama-sama doakan kejayaan mereka untuk mengubah persepsi salah orang ramai di Amerika Syarikat semoga lebih ramai yang memeluk Islam.

whyislam4

whyislam5


Malah berita terbaru melaporkan kini sudah banyak bandaraya lain di Amerika Syarikat [seperti Fort Lauderdale, Seattle, New York] turut serta dalam kempen yang sebigini -malah ada juga yang dalam bentuk “billboard”. Gambar ini dikatakan di lebuhraya Interstate 76 di Pennsylvannia.

Keputusan Pemilihan Umno 2009 Mungkin Dibatal?

Keputusan pemilihan Umno yang diadakan hampir sebulan lalu mungkin berhadapan dengan tindakan mahkamah apabila satu perintah mahkamah akan diambil minggu depan bagi memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengambil tindakan terhadap aduan yang dikemukakan kepadanya oleh dua ahli Umno berhubung isu politik wang dan kehadiran perwakilan berstatus bankrap.

Dua ahli Umno tersebut, Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun, kedua-duanya anak bekas pemimpin parti, membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) 24 Mach lalu terhadap parti mereka sendiri dengan tujuan badan itu mengambil tindakan terhadap Umno berhubung kes politik wang dan larangan bertanding.

Ketika dihubungi TV Antara, Datuk Kadar yang ketika ini berada di Melbourne berkata beliau telah memberi tempoh 30 hari kepada ROS untuk mengambil tindakan berhubung aduannya tetapi setakat ini agensi tersebut seolah-olah tidak mengendahkannya.

"Saya sudah beri masa yang cukup kepada ROS iaitu 30 hari. Semua dokumen dan bukti telah saya kemukakan kepada ROS dalam laporan saya kepada mereka sebulan yang lalu tetapi sehingga kini sunyi sepi.

"Oleh itu demi menjaga keutuhan parti, saya dan Datuk Mazlan akan mengambil perintah mahkamah minggu depan untuk memaksa ROS untuk bertindak ke atas laporan saya itu. Kita akan tengok bagaimana nanti kesudahannya," kata beliau.

Sekiranya mahkamah memerintah ROS supaya bertindak berhubung laporan Datuk Kadar kemungkinan semua keputusan pemilihan Umno Mac lepas dan persidangan parti boleh dipertikaian dan terbatal jika terdapat bukti dan asas yang kukuh.

Selain aduan rasuah dan politik wang, Datuk Kadar dan Datuk Mazlan juga mendakwa terdapat perwakilan yang berstatus muflis dibenarkan menghadiri serta mengundi pada pemilihan Umno bulan lepas.

"Kami buat ini kerana sayanghkan parti. Kami tidak mahu Umno mengamalkan dua peraturan yang berbeza hanya kerana ia parti pemerintah" kata Kadar Shah merujuk sambil kepada tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap kes rasuah dan politik wang yang dianggap pilih kasih dan pendakwaan selektif.

Datuk Kadar dan Datuk Mazlan Harun melakukan kejutan tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

Seperti yang dijangka semua laporan dan aduan berhubung salah laku dalam Umno oleh ahlinya sendiri tidak diberi perhatian malah pihak parti membisu seribu bahasa.

Carilah Titik Pertemuan - Sultan Azlan

Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini menggesa pemimpin yang mewakili kumpulan politik berlainan untuk mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda bertitah bahawa perebutan kuasa hanya akan merugikan rakyat yang kini dihimpit dengan kegawatan ekonomi.

Sultan Azlan akur bahawa perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, telah diwarnai dengan kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan,” titah baginda di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Sultan Azlan bertitah, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Justeru, titah baginda, pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan demi kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter