Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, August 23, 2008

Mereka Mendakwa Semuanya Kebetulan Tatkala Pematang Pauh Makin Hampir...Betul ke Kebetulan (Fikirkan)

"Lu pikir la sendiri beb"

  1. Isu pengambilan 10% pelajar non-bumi dlm UITM.Sapelah gak nye gembala disebalik students demo tu ek..???.Klo tak salah kan UITM tu dibawah takbir kerajaan Persekutuan...spe..?? BN la tu.Mne la MB Selangor tu ade kuasa utk buat mcm tu...dia bgi pandangan jer...
  2. Seyfool bersumpah laknat.
  3. Tangkapan 2 orang ahli Exco kerajaan PR Perak atas tuduhan rasuah.
  4. Akta DNA diperkenalkan (paksa orang bagi sampel DNA).
  5. Harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen (ciput nyee).Tu ari ckp nk turun 1/9/08..tup2 esok lak..betul lah BN ni terdesak nk menang undi kt Pematang Pauh.
  6. Datuk Najib pun bersumpah laknat gak..menafikan ade kaitan ngn Altantuya.
  7. Dll...tnguuuuuu...

Thursday, August 21, 2008



"ooooiii beretika nye minah2 puteri ni...mcm nk nangis la nengok..terharu2....."


"Kalau BN cakap orang2 PR tak beretika.....cube nilaikan sendiri, beretika sungguh kah mereka ini" Tepuk dada tanya hati....

Sunday, August 17, 2008

Kenapa tuduhan liwat saiful MUNGKIN suatu konspirasi

1. Persoalan 1, Saiful dahulu ketika masih menuntut di UNITEN merupakan seorang yang PRO-ASPIRASI iaitu penyokong kerajaan. Bak kata rakan-rakan UNITENnya, saiful dahulu adalah penyokong kuat Paklah dan kerajaan. Persoalannya ialah, apsal mamat tu tetiba masuk dalam team DS Anwar Ibrahim iaitu PKR sewaktu tempoh berkempen pilihanraya umum 8 mac dulu. Kebimbangan ni dah lama dah disuarakan oleh seorang blogger dari UNITEN yang kenal sangat dengan Saiful ni di riwayathayat.blogspot.com. Saiful diumpamakan musang berbulu ayam.

2. Persoalan ke-2, bagaimana Saiful boleh berjumpa secara peribadi dengan TPM, DS Najib Razak? Bukan di pejabat tetapi di kediaman pulak tu. Ke mana perginya pengawal2 peribadi TPM? Senang2 je nak masuk rumah TPM yer? Ke dah lama kenal?

3. Persoalan ke-3, Saiful bertubuh besar dan sihat. Dia lelaki macho yang kuat dan ada tunang yang cantik. So takkan la nak pertahankan diri daripada diliwat oleh DS anwar pun tak mampu kot? Lebih2 lagi DS Anwar tu dah tua dah. Tulang belakang pulak sakit. Jadi siapa yang liwat siapa sebenarnya ni?

4. Persoalan ke-4, Buat laporan polis hanya selepas beberapa kali diliwat??? Takde maruah ke? Dah kena liwat banyak kali baru nak buat laporan. Mana-mana lelaki pun takkan sanggup jumpa lagi orang yang liwat dia kalau berlaku tanpa kerelaan. Tapi saiful sanggup jumpa dan berlaku sampai beberapa kali? Apa saiful ni gay ke? Atau dia sebenarnya yang meliwat DS Anwar???

5. Persoalan ke-5, kenapa salinan laporan polis tidak diberikan kepada tertuduh? Ini tidak berlaku kepada kes2 lain. Sepatutnya tertuduh diberi hak untuk melihat repot yang dibuat terhadapnya. Nak bagi complete dulu report tu lps bahan2 termasuk DNA cukup eh?

6. Persoalan ke-6, kenapa minta DNA baru. Sampel DNA lama masih dalam simpanan. So apa lagi perlunya minta yang baru. Sampel yang lama tu boleh digunakan untuk dibandingkan dengan DNA 'peliwat' yang diambil dari punggung saiful. Kalau match dengan sampel DSAI yang dalam simpanan, bermakna betullah. Tapi paklah kata, DNA tu dah lama, so nak yang baru. Elo Pakcik, DNA 10,000 tahun pun takkan berubah. Kecualilah kalau bermutasi. Err..yang sebenarnya stok DNA lama dah habiskan? Kan? Kan?

7. Persoalan ke-7, Dr hospital Pusrawi yang buat pemeriksaan pertama kepada Saiful mendapati tiada langsung kesan liwat di dubur saiful. So apa lagi? Apa dia, Dr tu bukan dr pakar dan dia bukan cek saiful pasal liwat? Kalau bukan cek pasal liwat watper nak pegi cek dubur saiful pastu kat repot tulis pasal tiada kesan liwat??? Dia bukan Dr pakar? Kat dunia, Dr pakar punggung tak wujud. Apatah lagi dr pakar liwat. Hahaha!

8. Persoalan ke-8, tempat laporan dibuat sebenarnya di mana. Pondok pengawal HKL ataupun balai polis?

9. Persoalan ke-9, Dr hosp Pusrawi yang memeriksa Saiful membuat pengakuan bersumpah. Dalam pengakuan bersumpah dia kata dia dah berpengalaman 15tahun dan dah banyak kali cek punggung utk kesan liwat. So dia tau la apa nak dibuat.

10. Yang terbaru, tuduhan liwat yang dulunya disebut sebagai 'paksaan' kini ditukar kepada 'suka sama suka'. Aikkkk...???Saiful suka diliwat?? Muahahahaha!Kesimpulan aku, kalau berlaku secara paksa kenapa saiful tak dapat lawan? Mungkin sebab dia pondan. Tapi kalau pondan, kenapa boleh dapat tunang yang cun giler? Jodoh kot. Atau kemungkinan besar kalau berlaku secara paksa, saiful sebenarnya yang memaksa DS anwar.Tapi kalau berlaku suka sama suka, bermakna Saiful ni gay. Tapi uncle pet dia kata saiful bukan gay. So, siapa SAIFUL?? Ada bebudak UNITEN yang boleh tolong jawab?

Ni persoalan-persoalan yang aku jumpa sepanjang mengikuti kes ni la. So, korang pulak macammana?

The returned


Salam pd semua bloggers...

Lama gak aku terpaksa melupakan buat sementara blog aku ni.Bukan di sengajakan tapi kerna terpaksa aku rela kan diri....

Setelah berhempas pulas berusaha dn atas ehsan bantuan dari seorang member blogger akhir nya masalah dapat diatasi dengan jalan dan cara yang terbaik...amin..

Untuk memulakan kembali tenaga dalaman dlm mengupdate blog ni..aku papar kn sedikit tentang aktiviti aku hari ini..
Hari ini anak aku yang bongsu Nur Qamarina telah menyertai satu pertandingan Mental Arimetik (betul ke aku punya ejaan ni) di Sekolah Menengah Pasir Gudang 2. Pertandingan ini adalah anjuran Tadika Pintar Bistari.
Walaupun anak aku tak dpt sampai ke pusingan akhir tapi setidak-tidak nye aku tumpang bangga dgn anak bangsa ku yg lain yg walaupun dlm usia semuda 5~6 tahun mampu menjawab soalan dgn berani ,pantas dan betul lak tu...woooo terer tu...
So akhir kata...aku dah kembali...Lawan Tetap Lawan,Lawannn Sampai Menang...
Arios..



Monday, July 28, 2008

Sharing...


Ni lah kalau ko orang nak tau...Pantai Pasir Layar...aku pun tak tau macam mana aku boleh tersesat kesitu lak...

Kalau ko orang pandai...kt manakah terdapat nya sign board ni...???

Penawar...

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya:

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Friday, July 25, 2008

Apa Kata Che Det tentang Mr.Clean

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean. Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian. Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN. Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri - Petikan dari blog Che Det..

Sunday, July 20, 2008

Mari Kita Buat Renungan....Sudah La Ezam..

Re-Post...
Siantan19, Damai Court, Temerloh Fri Jul 18, 08 12:45:06 pm MYT


Sebenarnya saya terlalu meluat dengan gelagat mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor yang kini telah pun diterima menjadi ahli Umno dengan bersyarat.
Beliau kini persis bak 'dubuk Afrika' yang baru keluar dari sangkar membongkar segala bentuk 'penyelewengan' yang kononnya dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.


Gelagat beliau amat keterlaluan mengalahkan pak-pak Menteri BN yang sepatutnya menjaga hal ehwal Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dedah sana, dedah sini, tapi akhirnya tidak diketahui kesudahan pendedahan Ezam itu.
Paling nampak dan ketara sekali adalah dalam gerak gempur beliau di program-program anjuran Umno yang tidak habis-habis menceritakan keburukan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya beliau julang dan kagumi.


Soalnya, apa sudah jadi dengan dakwaan rasuah beliau terhadap tokoh-tokoh Umno seperti Dato' Seri Rafidah Aziz, Dato' Seri Shahidan Kasim, Tun Khalil Yaakob, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Seri Abdul Rahim Tamby Chik dan tidak ketinggalan mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo?


Dimanakah disembunyikan enam kotak dokumen bukti rasuah para pemimpin Umno dan BN yang Ezam sebut-sebutkan sekian lama? Sudah bersihkah Rafidah Aziz daripada tuduhan rasuah selepas Ezam sendiri dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen sulit pendakwaan Rafidah?

Bagaimana dengan bukti rasuah membabitkan seorang Menteri Besar yang Ezam megah-megahkan ketika memimpin Gerak?
Takkan hanya Selangor saja yang mengamalkan nepotisme, penyelewengan dan rasuah sehingga memaksa beliau berkampung di Shah Alam untuk memantau pergerakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Yang peliknya, Abdul Khalid lebih telus, tegas dan kredibel dalam memerangi amalan rasuah, nepotisme dan penyelwengan dalam kerajaan negeri pimpinannya. Khir Toyo macam mana?
Sudahlah tu Ezam... Buatlah kerja lain yang berfaedah.

UlangKaji......

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.
Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter