Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, July 25, 2008

Apa Kata Che Det tentang Mr.Clean

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean. Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian. Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN. Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri - Petikan dari blog Che Det..

Sunday, July 20, 2008

Mari Kita Buat Renungan....Sudah La Ezam..

Re-Post...
Siantan19, Damai Court, Temerloh Fri Jul 18, 08 12:45:06 pm MYT


Sebenarnya saya terlalu meluat dengan gelagat mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor yang kini telah pun diterima menjadi ahli Umno dengan bersyarat.
Beliau kini persis bak 'dubuk Afrika' yang baru keluar dari sangkar membongkar segala bentuk 'penyelewengan' yang kononnya dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.


Gelagat beliau amat keterlaluan mengalahkan pak-pak Menteri BN yang sepatutnya menjaga hal ehwal Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dedah sana, dedah sini, tapi akhirnya tidak diketahui kesudahan pendedahan Ezam itu.
Paling nampak dan ketara sekali adalah dalam gerak gempur beliau di program-program anjuran Umno yang tidak habis-habis menceritakan keburukan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya beliau julang dan kagumi.


Soalnya, apa sudah jadi dengan dakwaan rasuah beliau terhadap tokoh-tokoh Umno seperti Dato' Seri Rafidah Aziz, Dato' Seri Shahidan Kasim, Tun Khalil Yaakob, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Seri Abdul Rahim Tamby Chik dan tidak ketinggalan mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo?


Dimanakah disembunyikan enam kotak dokumen bukti rasuah para pemimpin Umno dan BN yang Ezam sebut-sebutkan sekian lama? Sudah bersihkah Rafidah Aziz daripada tuduhan rasuah selepas Ezam sendiri dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen sulit pendakwaan Rafidah?

Bagaimana dengan bukti rasuah membabitkan seorang Menteri Besar yang Ezam megah-megahkan ketika memimpin Gerak?
Takkan hanya Selangor saja yang mengamalkan nepotisme, penyelewengan dan rasuah sehingga memaksa beliau berkampung di Shah Alam untuk memantau pergerakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Yang peliknya, Abdul Khalid lebih telus, tegas dan kredibel dalam memerangi amalan rasuah, nepotisme dan penyelwengan dalam kerajaan negeri pimpinannya. Khir Toyo macam mana?
Sudahlah tu Ezam... Buatlah kerja lain yang berfaedah.

UlangKaji......

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.
Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter