Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, January 28, 2009

Perkasakan Liputan WiMax P1 Dengan Undi Di Web

Buat kali pertama, pengguna di negara ini boleh mengundi untuk kawasan sendiri jika mahu perkhidmatan WiMAX terpacak di perumahan pengguna. Inisiatif disediakan syarikat penyedia perkhidmatan itu, Packet One Networks (P1) yang mahu pengguna memanfaatkan peluang terbabit untuk membolehkan P1 W1MAX dibawa ke kawasan anda.

P1 WiMax
Halaman Mengundi di P1

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai, ia strategi tambahan dalam perniagaan yang secara tidak langsung membantu perkembangan WiMAX apabila ramai pengguna menulis kepada syarikat itu untuk membawa P1 WiMAX ke kawasan mereka.

“Pengguna patut ikut serta dalam pembangunan syarikat dan perniagaan kami yang menghasilkan idea mengundi untuk mempercepatkan proses penetapan WiMAX di kawasan tertentu,” katanya. Menurut Lai, pengguna boleh mengunjungi laman web P1 untuk mengundi bagi kawasan mereka untuk memperkasakan penebusan jalur lebar. P1 turut mengumumkan beberapa kawasan baru yang mendapat liputan WiMAX termasuk Bandar Kinrara, Kota Damansara, Shah Alam dan sebahagian daripada Overseas Union Garden di Jalan Klang Lama.

Tahun ini juga bakal menyaksikan pesaing terbaru P1 iaitu YTLe yang juga bakal menyediakan WiMax diseluruh dunia. Dijangka YTLe bakal memulakan servis sekaligus diseluruh negara.

"Jom ramai2 undi kawasan anda...."

YTLe Bakal Menyediakan Khidmat WiMax Tahun Hadapan

Mulai tahun depan mungkin terdapat persaingan yang agak kuat dalam industri WiMax tempatan. Ini kerana YTL e-Solutions Bhd (YTL-e) mungkin akan memulakan khidmat mereka mulai tahun depan. Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja penyedia WiMax tempatan iaitu, Packet One.

Berbeza dengan Packet One yang menyediakan perkhidmatan mereka secara berperingkat ke seluruh negara, YTLe bercadang untuk memperkenalkan servis mereka secara terus ke seluruh negara pada waktu yang sama, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi mencapai tujuan itu, YTLe bekerjasama dengan Cisco Services Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam teknologi. Kerjasama di antara Cisco dan YTLe membolehkan kesepaduan dalam sistem komunikasi asas Wimax untuk YTLe yang membabitkan protokol Internet (IP), sistem sokongan operasi dan banyak lagi.

Sekiranya YTLe turut dapat memberikan liputan yang cukup pantas kepada kawasan luar bandar, mungkin ianya akan menjadi satu saingan yang hebat kepada Packet One, dan mungkin juga penyedia broadband mudah-alih seperti Celcom, Maxis, Digi dan juga U Mobile.

Lompat: Datuk Ahmad Fakeh Adam 'next'?

ADA kejutan lagi dalam beberapa hari ini? Desas-desus begitu kencang bertiup mengatakan ada lagi YB dari Umno akan lompat ikut jejak Adun Bota beberapa hari lepas yang tekad melompat ke PKR. YB Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam yang juga Adun dari Umno disebut-sebut akan meninggalkan parti Melayu terbesar yang mempunyai ahli Melayu teramai di dunia itu.

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ramlang Porigi Dibuang Kerja


Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu. Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Kebenaran Tanpa Penghujung - KFC

Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Dari satu email yang aku terima:

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

WaAllahualam...

Gerhana Matahari Separa - 260109

FENOMENA Gerhana Matahari Separa yang dirakamkan jurufoto BERNAMA di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Ia berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari. -fotoBERNAMA

Gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.

"Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya, maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)".

TM....Oh .....TM

Syarikat konglomerat tanahair yang menyediakan perkhidmatan talian hayat seantero malaya, apa nama..?? TM, tm?? Cukop la meloyakan dengan tindakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna yang telah memindah milik nama dari pemilik lama kepada nama beliau. Baki dari akaun lama atas nama arwah bapa si pengguna baru masih ada..


Tetapi jumlah yang begitu kecil, iaitu cuma 31.55 ringgit malaysia sahaja, tidaklah sampai menjangkau puluhan ribu mahupun jutaan ringgit, tetapi bersikap adil lah sikit..

Dengan jumlah HUTANG itu, cuma terlewat 3-4 hari sahaja dari tarikh yang sepatutnya PERLU di bayar hutang itu, pengguna baru ini telah juga menerima NOTIS pembayaran akhir dari syarikat konglomerat ini beserta AMARAN akan diambil tindakan undang-undang jika GAGAL menjelaskan bayaran sebanyak 31.55 itu..



Malah tidak sampai seminggu dari NOTIS amaran itu, si pengguna baru dan keluarga beliau dikejutkan dengan penerimaan satu surat berwarna merah, NOTIS dari syarikat pihak ketiga (3rd party company) bagi pihak syarikat ini ataupun syarikat guaman, yang meminta supaya dilunaskan SEGERA jumlah hutang tertunggak yang masih pun belum menjangkau sebulan mahupun setahun...!!!



Sampul yang ditulis dengan 'mesej' ini telah di temui oleh seorang pegawai pos yang bertugas untuk mengasingkan surat-surat dari sebuah peti surat utama. Pengguna ini ingin menge'pos' kembali kepada pihak konglomerat untuk menyampaikan mesej ketidakpuasanhati..


Namun berbeza pula dengan tindakan dari seorang mantan Menteri Kabinet Mesia sebelum ini, yang terpampang bil penggunaan telefon rumah/pejabat beliau yang tunggakan melampaui batasan, tetapi tiada langsong tindakan malahan makin menimbun jumlah penggunaannya. Kenapa tak dipotong..?? Sebab dia menteri..?? Kebal..??


Apa ni..??? Kenapa boleh ada sistem ' DOUBLE STANDARD ' camni..???

Sunday, January 25, 2009

Adun Umno keluar parti, sertai PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Berikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star.

Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter