Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, November 18, 2009

Hibrid

Naza World, sebuah anak syarikat kumpulan NAZA diberita kan akan mula mengedarkan model hibrid kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama di negara ini, iaitu Toyota Estima Hibrid (Estima Hibrid) tidak lama lagi.

Pengurus Besarnya, Richard Tan dalam satu kenyataan media berkata, ia merupakan kenderaan hibrid pertama yang bakal dipasarkan oleh syarikat tersebut di negara ini.

Pencinta mesra alam boleh lah jeling2 kalau lalu di showroom NAZA.
Bagaimanapun, syarikat belum membuat sebarang pengumuman mengenai harga kenderaan tersebut sehingga majlis pelancaran kereta berkenaan yang dijangkakan pada minggu ini.

Estima Hibrid itu merupakan generasi hibrid terbaru yang dilengkapi dengan THS II, yang berperanan memberikan prestasi pemanduan MPV yang lebih baik dan dalam masa yang sama memulihara alam sekitar.

Ciri-ciri THS II ini disandarkan kepada konsep Hybrid Synergy Drive yang mana ia bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api, pengurangan penghasilan asap kenderaan, operasi kenderaan yang lebih senyap dan prestasi keseluruhan kenderaan yang lebih baik.

Goo Green...Peace No War

Sumber berita - Kosmo

Tuesday, November 17, 2009

Anwar Ibrahim Yang Bangang

oleh pendikar gunung kriang,

Pada pandangan mata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat bangang yang "tidak tahu apa-apa tentang ekonomi". Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang terkenal dengan otaknya yang geliga lagi gila itu. Saya setuju dengan pandangan rendahnya terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan yang dilantik sendiri oleh Dr Mahathir itu. Saya setuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa Anwar itu memang bangang dalam soal ekonomi, kerana dia cuma graduan Pengajian Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya dulu dan bukan graduan ekonomi (seperti juga Dr Mahathir yang merupakan graduan perubatan).

Apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar itu memang betul. Sebab Anwar bangang dalam mengurus ekonomi itulah agaknya yang menyebabkan dia dilantik oleh Dr Mahathir yang cerdik itu sebagai Menteri Kewangan selama 7 tahun dari tahun 1991 hingga ia dipecat pada tahun 1998. Kalau dia cerdik dalam ekonomi tentu tempoh perlantikannya tidak akan menjangkau 7 tahun, mungkin 2-3 tahun sahaja, kerana Dr Mahathir yang cerdik itu tentu tidak suka kewangan Malaysia diurus dengan baik.

Sebab Anwar Ibrahim bangang dalam ekonomi itulah juga agaknya mengapa dia kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan terbesar Islamdi di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Sebab bangangnya itulah agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka.

Dan mengenai IMF, apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar juga betul. Anwar memang bangang kerana itulah dia hendak menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Nasib baik Malaysia tidak menggnakan polisi pemulihan IMF, jika tidak tentu Malaysia akan senasib dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.

Anwar memang bangang, sebab itulah agaknya dia masih boleh bangun walaupun dihentam teruk kiri, kanan, atas, bawah, oleh Dr Mahathir. Jika Anwar tidak bangang tentu dia akan terperosok jatuh seperti musuh-musuh Dr Mahathir yang lain seperti Musa Hitam dan Tengku Razaliegh yang nama mereka sesekali sahaja didengari itu.

~ pendikar gunung kriang

Sejarah Pasir Gudang



Dari email yg aku terima :

Pengenalan


Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan
Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:-





1. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE)
2. Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad)
3. Kampung Hilir
4. Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.





enduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang.

Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:-


1. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan).
2. Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan).
3. Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang.
4. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.

Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang. Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui 'surat sungai' yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.



Kawasan Perindustrian






'Penghulu' merupakan wakil raja yang mengutip cukai untuk barangan yang dibawa keluar dan masuk melalui jalan air. Apabila harga gambir dan lada hitam telah merosot, beberapa pemilik ladang telah cuba mengusahakan tanaman nanas.

Pada awal abad ke 20, tanaman getah mula mendapat perhatian. Pengenalan getah di Malaysia menyebabkan pengusaha-pengusaha British dan Singapura membuka estet-estet yang besar. Sehingga 1916, enam buah estet yang meliputi kawasan seluas 15,000 ekar telah dibuka di Mukim Plentong. Kampung Pasir Gudang telah menjadi pusat polis, kastam dan pengawal candu (opium) di samping sebagai pusat bagi penghulu Mukim Pasir Gudang iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan pada tahun 1916. Penubuhan estet-estet juga telah menyebabkan meningkatnya kemasukan pengaruh British dalam sistem perundangan dan pentadbiran negeri Johor. Mereka juga membawa buruh dari Cina dan India untuk bekerja di estet-estet.

Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal.

Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru.

Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura.


Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter