Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, September 12, 2009

RPK Speak His Mind

Mirzan Mahathir Kuasai Syarikat

Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

Source - The Malaysian Insider

SUHAKAM Beri Kata Dua Pada Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memberikan tempoh 7 hari, sehingga 19 September kepada pegawai-pegawai polis yang telah disenaraikan memberikan keterangan bertulis untuk direkodkan.

Pegawai-pegawai polis berkenaan sebelum ini enggan memberikan keterangan bertulis kerana menyatakan tidak ada sebarang peruntukan SUHAKAM untuk merekodkan keterangan daripada pihak polis dan bimbang sekiranya keterangan itu akan digunakan untuk mendakwa mereka di Mahkamah Sivil.

Pesuruhjaya,Dato' Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada sidang tentang hak SUHAKAM dalam mengendalikan siasatan terbuka dan merekodkan keterangan daripada saksi-saksi merupakan sebahagian daripada prosedur inkuiri.

Dalam prosiding yang berjalan selama 1 jam itu, Muhammad Shafee membacakan beberapa akta untuk menjelaskan peranan SUHAKAM dan keperluan keterangan direkodkan tanpa mengira sama ada saksi orang kebanyakan atau pun pihak polis bagi membantu siasatan.

SUHAKAM ujarnya tegas dengan pendirian mereka bahawa pihaknya berhak untuk mengambil keterangan bertulis daripada pegawai polis yang terlibat dan mereka sebagai saksi seharusnya sedia untuk memberikan keterangan untuk direkodkan.

Ianya dijelaskan dalam seksyen 14(1)(a) yang membolehkan SUHAKAM berbuat demikian.

Lima peguam yang ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini 7 Mei ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.

Mereka merupakan anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam dan ditahan dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam.

Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.

Inkuiri seperti sebelum ini dikendalikan oleh tiga panel pesuruhjaya yang terdiri daripada Dato' Muhammad Shafee Abdullah selaku Pengerusi, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria.

Thursday, September 10, 2009

Pilih Bulu

Nasihat ikhlas untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan salahkan orang ramai atau pihak lain apabila dituduh memilih bulu dalam menjalankan amanah rakyat. Lihat dan nilai peri laku anda sebelum bingkas menuduh sebarangan.

Terbaru, SPRM begitu "peramah dan baik" dalam menyoal siasat Presiden MCA Ong Tee Kiat berhubung tuduhan beliau menerima sogokan RM10 juta ringgit dari Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing disamping menggunakan kapal terbang syarikat itu untuk urusannya secara percuma.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan juga menjadi tumpuan berhubung skandal PKFZ berjumlah RM12.5 bilion.

Apa yang berlaku : Ong di panggil menghadirkan diri ke pejabatn SPRM pada sebelah pagi Khamis lalu dan disoal tiga jam. SPRM kemudian membenarkan soal siasat disambung pada keesokan hari, juga untuk tempoh yang singkat.

Ini soal siasat SPRM untuk seorang yang dituduh menerima sogokan jutaan ringgit dan menggunakan jet peribadi syarikat yang berurusan dengan kementeriannya.

Bandingkan dengan pengalaman ngeri yang dilalui oleh mendiang Teoh Beng Hock. Beliau disiasat sebagai SAKSI bersabit salah guna wang RM2,400 oleh seorang EXCO kerajaan negeri.

Beng Hock tidak dibenarkan mengguna khidmat peguam, disoal siasat dari pukul 6 petang 15 Julai hingga 3 pagi keesokan hari. Beliau juga diminta kembali ke SPRM Selangor bagi menyambung soal siasat pada hari perkahwinannya sebelum dijumpai mati di bumbung perkarangan pejabat SPRM. Itu fakta yang dimaklumkan kepada kita oleh SPRM sendiri.

Perbandingan proses soal siasat antara Ong (MCA) dan Beng Hock(DAP) adalah contoh jelas berlakunya sikap pilih kasih. Namun kes terbaru ini hanya satu daripada urutan yang menyerlahkan persepsi negatif masyarakat terhadap SPRM.

Kini SPRM menjalankan siasatan terhadap tujuh ADUN Dap di Selangor iaitu Lau Weng San (Kampung TUnku), Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) berhubung penggunaan peruntukan kerajaan negeri.

Namun SPRM senyap dan membisu terhadap puluhan aduan dan laporan mengenai penyelewengan Umno-BN dalam isu PKFZ, istana Khir Toyo di Shah Alam dan salah guna wang oleh mantan Menteri Besar Selangor itu yang mencecah jutaan ringgit.

Layannnn....

Wednesday, September 9, 2009

ANWAR IBRAHIM: Pengkhianat No.1

Oleh: notan

Sewaktu DSAI memutuskan untuk menyertai UMNO, aku pernah berkata kepada kawan kawan bahawa DSAI ibarat seekor ular yang masuk ke dalam masyarakat manusia.Umumnya, samada ular itu membunuh atau dibunuh.

DSAI tidak akan mampu menyebarkan ideologi perjuangannya di dalam UMNO selagi UMNO dikuasai oleh maluan maluan yang pelahap dan rakus.Kini apa yang pernah aku sembangkan dengan kawan kawan benar benar terjadi dan sesugguhnya cukup menarik untuk diperkatakan.

DSAI cuba dimatikan karier politiknya dengan tuduhan liwat pada tahun 1998 tetapi DSAI cukup yakin bahawa dia akan kembali.Malah ketika hukuman 15 tahun dijatuhkan kepadanya, beliau dengan lantang berkata "see you in 15 years time or earlier".Ternyata DSAI membuat comeback selepas 10 tahun yakni 5 tahun lebih awal.Pada aku, apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH jua, apa yang disangka tidak berlaku sebaliknya keajaiban yang terjadi.Siapa sangka sesudah begitu teruk DSAI dikerjakan, dia kembali selepas 10 tahun dengan begitu gagah dan bergaya.ALLAH yang mengkehendaki demikian.

Comeback DSAI nampaknya mengecutkan ramai pemimpin UMNO termasuk Muhyidin Yasin yang sebelum ini diketahui sebagai salah seorang pengikut DSAI.Kerana ketakutan itulah, Muhyidin akhirnya mengulangi tuduhan yang pernah dilemparkan kepada DSAI ai itu tuduhan pengkianat negara.Muhyidin sebenarnya tahu benar bahawa tuduhannya itu palsu kerana ketika DSAI dijatuhkan pada tahun 1998,Muhyudin ketika ditemuramah oleh RTM menyebut kejadian itu sesuatu yang amat menyedihkan.Nampak jelas bahawa Muhyidin tahu apa sebenarnya berlaku.

Namun apa yang terjadi selepas itu memperlihatkan bahawa memang benar DSAI seorang pengkianat tetapi bukan kepada negara tetapi kepada UMNO.DSAI berjaya mendapat sokongan padu daripada rakyat berbilang kaum di negara kita malah lebih dulu memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang sekarang cuba dipromosikan Najib.Sokongan yang diterima DSAI menyebabkan UMNO rosak kerana sejak hari pertama DSAI dijatuhkan sehingga kini, ramai orang orang baik dan berkualiti dalam UMNO berhijrah meninggalkan UMNO sehingga apa yang tinggal dalam UMNO cumakan mereka mereka yang rosak akhlaknya dan tidak berkualiti dari sudut kepimpinan mereka.

Kerana itu, benarlah DSAI pengkianat UMNO dan akan terus mengkianati UMNO sehingga ianya berkubur dan tinggal sejarah.Fakta ini tidak boleh dinafikan malah sebelum kemasukan DSAI ke dalam UMNO, suara suara membangkang UMNO tenggelam sehinggalah ke hari DSAI dijatuhkan dengan konspirasi licik UMNO.Kini ular yang cuba dibunuh UMNO masih lagi bernyawa dan berkemungkinan akan membunuh UMNO.

Hakikat inilah barangkali disedari oleh Tok guru kita sehingga mengakuti kredibiliti DSAI untuk memimpin negara.Secara adil, aku juga terpaksa menerima kenyataan ini dan dari perbualan aku dengan kawan kawan, aku dapati ramai yang mengakui kualiti yang ada pada DSAI.Malah dari perbualan aku dengan salah seorang pendokong PR, aku diberitahu bahawa matlamat DSAI untuk merampas putrajaya semakin hampir.Tetapi bagi aku, DSAI tetap menjadi pengkianat kepada UMNO, UMNO yang sejak kecil lagi aku harapkan akan hancur kerana tindakan tindakan pendokong mereka yang menjadikan negara ini macam hak mak bapak mereka.Aku gagal melakukan sesuatu untuk menghancurkan UMNO tetapi DSAI mungkin akan melakukannya.

Untuk itu aku ucapkan TERIMA KASIH DSAI kerana kejayaan mu itu.Dan aku tetap istiqamah dengan wadah perjuangan PAS yang aku sertai ini(mesej untuk DSAI agar sentiasa mendaulatkan agama)."

Berita Yang Tiada Dalam Akhbar Arus Perdana

Kiriman Kent Chong

You will not read of this in all mainstream newspapers as only two reporters turned up for the event although an invitation was sent out to all of our media contacts. Reports of a DAP assemblyman contributing to mosques and suraus for Ramadan is taboo for Utusan Malaysia and the likes. I use my annual state allocation to help my constituents regardless of their race, religion or political affiliation.

There is absolutely no need to label mosques or suraus as pro-Pakatan or pro-UMNO. As long as the mosque or surau is a genuine place of worship that serves its community, opens its doors to all and is duly recognised by Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), it is entitled to my constituency allocation.

Meeting my constituents at Ramadan bazaar
Last weekend, I visited the Ramadan bazaars at SS18 and USJ 4. I wanted to meet the traders and residents.
This year MPSJ has set new rules requiring traders:
(1) to have standardised MPSJ canopies
(2) to dismantle their canopies and pack up their stalls daily after trading.

This is to promote cleanliness. Some residents have informed me that this new rule is a step forward as it promotes good hygiene. Before issuing the licences for the bazaar, MPSJ conducted a briefing for all interested traders and they were all briefed on the do's and don'ts to ensure that this year's Ramadan bazaars operate more efficiently and orderly.

The police officers from SS17 and USJ 8 police stations were also present to give out Balik Kampung Rumah Selamat forms for anyone who will be away during the festive seasons. This festive program is one of the many ways to fight crime in our neighbourhood and I hope more residents will take advantage of this program by the police.


Explaining the Balik Kampung Rumah Selamat program to a family


Meeting my constituents
This is the posting on the Community Day organised by Kawasan Rukun Tetangga PJS 9. There was a strong crowd present that night. Behind me (picture above) is the newly constructed resting area ("wakaf") initiated by JKP Zone 2 led by MPSJ councillor Ken Chia. The residents in Bandar Sunway are very pleased to have Ken Chia reappointed for the second term to continue serving them.


I also utilised my state allocation to purchase 4 bicycles equipped with head lights, tail lights and bottle holders for the residents' patrol team. Few months ago, I have also purchased safety vests and walkie talkie for them.

Others members of JKP Zone 2 were also present including representatives from PJS 7 and Sunway Tiara. Former chairman, Richard Leow and current chairman Balakrishnan A/L Arumugam of Bandar Sunway Residents' Association were also present to show their support. Mr Muniandy of Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional also attended the event.



Ramadan contribution to mosques and suraus
Early Saturday morning, we had a simple ceremony at Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya to present cheques to the 5 mosques and 14 suraus in DUN Subang Jaya for the month of Ramadan. I allocated RM2000 for each mosque and RM1000 for each surau from my annual state constituency allocation to assist them in their month-long 'buka puasa' programmes. This is in addition to other allocations which I have set aside for the single mothers and orphans who are also observing Ramadan. Below are some photos of the ceremony:






You will not read of this in all mainstream newspapers as only two reporters turned up for the event although an invitation was sent out to all of our media contacts. Reports of a DAP assemblyman contributing to mosques and suraus for Ramadan is taboo for Utusan Malaysia and the likes. I use my annual state allocation to help my constituents regardless of their race, religion or political affiliation. There is absolutely no need to label mosques or suraus as pro-Pakatan or pro-UMNO. As long as the mosque or surau is a genuine place of worship that serves its community, opens its doors to all and is duly recognised by Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), it is entitled to my constituency allocation.
Selamat Menyambut Ramadan 1430H

Here's wishing all Muslim residents and constituents in Dun Subang Jaya:
==========================================================
SELCAT public hearing on use of allocation by former BN assemblymen

I am currently at the public hearing conducted by SELCAT on the use of allocation by all former BN assemblymen. Each assemblyman has used up RM500,000 per DUN from January to February 2008 (in 2 months). This RM500,000 was supposed to be used for the entire duration of year 2008.

Officers from Petaling Land Office who approved these transactions are being questioned now. For Subang Jaya, it was revealed that our former assemblyman has submitted applications for allocation even after the March 8 elections. Some funds were used for programs outside of Subang Jaya. For some other constituencies, it was revealed that funds were disbursed to former BN assemblymen even after our Menteri Besar has taken oath for the new administration. Clearly, these funds were used as campaign funds for the elections. Taxpayers' funds were used to advance their political parties' interests for UMNO, MIC, Puteri UMNO and MCA events. Satu lagi projek Barisan Nasional!

And on the other hand, we have MACC investigating us the PR assemblymen for legitimate applications for legitimate programs used for the benefit of residents.

Pembelian Sistem Pertahanan Lapuk


1. Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu KementerianPertahan an supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatanyang s uda h ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.

2. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi "Top Gun" secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.

3. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan uda ra Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan uda ra Korat di Thailand pada setiap tahun.

4. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.

5. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia s uda h mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.

6. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepada kecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.

7. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran uda ra di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.

8. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.

9. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan m uda h dan tidak "glamour" seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.

1o.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu.

11.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.

12.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.

13.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4

14."ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia . Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS," katanya.

15.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera uda ra Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 s uda h pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai.

16."Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat...jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal," katanya lagi.

17.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini s uda h terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing, di mana AS tidak mahu memberikan "Source Code" pesawat itu kepada TUDM.

18.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan "Souce Code" pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.

19.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkankeselama tan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan "Source Code"nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.

20.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.

21.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara "Reverse Engineering" dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera uda ra republik itu.

22."Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan, " katanya.

23."Bayang kan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atasfaktor yang berdasarkan soal keuntungan," katanya.

24.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDMmempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.

25."Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik," katanya.

Today is 09/09/09

Though technically there's nothing special about the symmetrical date, some concerned with the history and meaning of numbers ascribe powerful significance to 09/09/09.

For cultures in which the number nine is lucky, Sept. 9 is anticipated - while others might see the date as an ominous warning.

As the final numeral, the number nine holds special rank. It is associated with forgiveness, compassion and success on the positive side as well as arrogance and self-righteousness on the negative, according to numerologists.

Sept. 9 also happens to be the 252nd day of the year (2 + 5 +2)...

Historically, ancient Chinese emperors associated themselves closely with the number nine, which appeared prominently in architecture and royal dress, often in the form of nine fearsome dragons. The imperial dynasties were so convinced of the power of the number nine that the palace complex at Beijing's Forbidden City is rumored to have been built with 9,999 rooms.

Japanese emperors would have never worn a robe with nine dragons, however.

In Japanese, the word for nine is a homophone for the word for suffering, so the number is considered highly unlucky - second only to four, which sounds like death.

Many Japanese will go so far as to avoid room numbers including nine at hotels or hospitals, if the building planners haven't already eliminated them altogether.

Juruterbang MC

CHENNAI, Penerbangan sebuah pesawat Jet Airways ke Kuala Lumpur yang dijadual berlepas malam Isnin lalu dibatalkan setelah hampir 400 juruterbang syarikat itu mengambil cuti sakit beramai-ramai sebagai menyatakan bantahan terhadap pengurusan.

Dua lagi penerbangan antarabangsa dari Chennai, masing-masing menuju ke Kuala Lumpur dan Brussels, turut dibatalkan.

Juruterbang penerbangan ke Kuala Lumpur, yang dijadual berlepas pada 12 tengah malam dengan membawa 144 penumpang, memaklumkan pada 11.15 malam (Isnin) bahawa dia mengambil cuti sakit, mengakibatkan penerbangan itu dibatalkan.

Tindakan juruterbang terbabit mengganggu operasi domestik dan antarabangsa Jet Airways, apabila hampir 20 penerbangan dalam negeri dan dua penerbangan antarabangsa tidak dapat berlepas, mengakibatkan kelam-kabut di lapangan terbang utama.

Juruterbang mengambil cuti sakit sejak semalam sebagai lambang kesetiakawanan bagi menyatakan bantahan terhadap syarikat penerbangan itu, selepas dua rakan setugas kanan mereka dipecat kira-kira sebulan lepas kerana menubuhkan kesatuan dalam syarikat berkenaan.

"Aktiviti tersusun ini adalah rancangan sabotaj yang sengaja diatur yang akan merosakkan operasi syarikat penerbangan dan menimbulkan kesulitan kepada penumpang," katanya syarikat penerbangan itu melalui satu kenyataan.

Dialog tujuh jam antara pengurusan dan wakil juruterbang gagal memecahkan kebuntuan itu semalam.

Jet Airways mengumumkan bahawa penumpang boleh mendapatkan bayaran balik atau membuat tempahan semula bagi mana-mana penerbangan lain.

Sebagai syarikat penerbangan domestik swasta terbesar India, Jet Airways mengadakan lebih 330 penerbangan setiap hari merangkumi 63 destinasi, 19 daripadanya destinasi antarabangsa.

BERNAMA

Tuesday, September 8, 2009

Teknik Bertengkar Secara Positif


Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Islam Itu Tegas Bukan Keras

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas
mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih
memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam
adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh
tegas.

Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah
pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya
tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain.Di
dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum
hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan
cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada
golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun,
mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya
cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu
dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan
hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah
dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk
semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu
mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia
tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas
berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta
Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati
hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan
memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi
orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang
serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri
mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak
dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.


Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita
hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Monday, September 7, 2009

Tunggu Dan Lihat

Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu, akan didakwa bawah Akta Polis atau berhimpun secara haram.


By Hook or By Crook - Selangor Mesti Di rampas Dari PR



Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

Undi Pos - fakta atau auta ??

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilihat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia apabila menolak tuduhan beberapa parti politik berhubung tuduhan wujudnya ugutan atau tekanan terhadap pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis sehingga menyebabkan undi mereka berpihak kepada satu pihak sahaja.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti-bukti sokongan.

"Saya tak nampak (kebenaran) jika mereka menuduh pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis (diugut) kerana mereka juga mengundi seperti pengundi biasa.

"Tak ada sesiapa yang menekan mereka... mereka mengundi macam orang biasa, undi mereka juga tetap rahsia, hanya mereka yang tahu siapa yang mereka pangkah (undi) dan prosesnya juga sama seperti pengundi biasa pada hari pengundian umum.

"Cuma mereka mengundi lebih awal, namun kertas undi yang mereka masukkan ke dalam karung undi pos hanya akan dibuka untuk dikira selepas tamatnya proses mengundi," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa pemimpin parti politik yang meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota tentera dan polis.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap meragui undi pos dan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di sini.

Berikutan itu, beliau menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor.

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.

Wan Ahmad pula menyifatkan keraguan berkenaan timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mengeluarkan pandangan berdasarkan andaian mereka semata-mata.

Jelas beliau tuduhan dan andaian seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia boleh mencetuskan perasaan curiga di kalangan rakyat terhadap proses pilihan raya di negara ini.

Kenyataan Wan Ahmad tersebut telah diselar oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kerana menurut mereka SPR hendaklah bukan sahaja menjalankan tugas dengan adil tetapi hendaklah dilihat telah melakukan keadilan dan sebarang keraguan yang timbul hendaklah diambilkira dan diperbetulkan, bukan dipertahankan.

Undi Pos telah sekian lama menjadi perkara yang meragukan rakyat apa tah lagi di dalam kes dimana berlakunya duplikasi.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.



Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalannya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?

Selain daripada itu, penipuan juga berlaku dengan menduplikasi beberapa nama pengundi pos dengan sedikit perubahan kepada nombor kad tenteranya seperti illustrasi di bawah ini.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam daftar pemilih bagi pengundi pos dengan yang berada di pusat penyemakan.

Justeru itu ada asasnya undi pos itu diragukan. Dan rakyat akan tetap mendesak agar undi pos itu diperbaiki jika tidak dihapuskan sama sekali.

Wan Ahmad adalah diantara mereka yang amat diragui peranannya selama ini di dalam SPR kerana beliau merupakan anggota yang agak lama berkhidmat dengan SPR. Kebanyakan keputusan-keputusan penting SPR adalah ditangannya sekalipun kedudukan beliau ialah sekadar nombor 2 di dalam hirarki SPR.

Sunday, September 6, 2009

Anak2 Siapaa....???

Anak2 siapa la ni ek....bagi aku walaupun agak kasar, sewajarnyer mereka ini di letak dalam kategori se ekor...sebab bagi aku kalau mereka di jenis se orang mereka tidak akan tergamak berkelakuan sebegini....tak da akai ka..???

Saga Subaru


Ini memang kreatif giler...Pomen jepun boleh geleng kepala..semua kereta dah convert....

Kancil > Mira Daihatsu

Wira > Evo 1,2,3

Perdana > Eterna

Waja > Evo 7



Kecuali Proton Juara....heeeee

Cerita Section 23








Bantahan pembinaan kuil di section 23 adalah bantahan wayang sahaja...disokong oleh puak sebelah sana untuk menunjukkan negeri Pakatan Rakyat tak pandai nak perintah. Walhalnya Jualan arak berleluasa dan kilang arak yg berdekatan dgn Shah Alam tu tak ada pulak yg buat demo bantah !

Kenapa masa PM jumpa rakyat tak maki hamun..pasal jual arak ? kenapa pembinaan kuil menjadi isu ?

Semua tu adalah lakonan oleh mereka yg dianggap pejuang agama..konon. tapi akhlak...???
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter