Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, November 22, 2008

Yoga Haram Untuk Orang Islam

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

Untuk cerita lebih lanjut sila layari http://www.malaysiakini.com

The National Intergrity Convention
Present - Our Prime MinistzZzZzZzZzZzZz......

Skim Pencen..!!!

Kerajaan akan mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya mewujudkan skim pencen bagi hampir 10 juta pekerja dalam sektor swasta di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya bersedia membincangkan langkah itu dengan KWSP demi menyediakan perlindungan dan jaminan masa depan yang lebih baik kepada pekerja swasta.

"Pekerja sektor swasta harus mempunyai mekanisme sama seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam dari segi skim pencen," katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan mengenai program Agenda Amalan Kerja Baik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya KWSP perlu menerokai cara memperluaskan kemudahan skim pencen kepada pekerja swasta.

Bagaimanapun, Dr Subramaniam menegaskan penubuhan skim pencen bagi sektor swasta adalah di luar skop kerajaan dan hanya KWSP boleh melaksanakan cadangan itu.

Adakah ia bakal menjadi satu kenyataan...kte tungguuuuu....

Friday, November 21, 2008

Sejinak2 Harimau...

Zoo Singapura di Jln.Mandai gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih.Polis Singapura melapurkan Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Mangsa dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.

Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu tetapi gagal.

.


Tuesday, November 18, 2008

Bendera ku...

Korang perasan tak..? cuba korang tengok betul2 dekat bendera kita..? ada berapa bucu bintang dekat bendera malaysia belakang pak Lah tu..?
aku rasa mahu lebih 20 bucu. mana lak perginya bulan? mcm mne boleh jadi mcm ni.....teruk betul la...duta kita tak buat homework ke..??
.. patot la muka pak lah tengah masam semacam tu..

Celik ke tido tu...kah kah kah..

err... tak nak tangkap ker presiden uzbekistan masuk ISA macam kes bendera terbalik dulu...

Dato Noh Gadut...Sekadar Info...

Pada petang Khamis 13 November 2008, Sultan Johor secara mengejut telah melantik Dato Tahrir bin Dato Kiyai Hj. Shamsudin (sebelum ini Timbalan Mufti) sebagai Mufti Johor menggantikan Dato Noh Gadut.

Perkara ini amat mengejutkan kerana waktu perlantikan dibuat oleh Sultan Johor, Dato Noh berada di Indonesia atas urusan kerajaan. Ini merupakan kejatuhan mengejut Dato Noh Gadut yang dikenali di seluruh negara.

Sampai sekarang berita ini tidak dihebahkan oleh mana-mana pihak. Hakikatnya Sultan sudah melantik mufti baru pada petang Khamis lalu. Dato Noh Gadut yang baru pulang dari Indonesia sudah mula mengosongkan biliknya pada Isnin 17 Nov 2008.

(Sekiranya tuan ragu-ragu dengan berita ini, sila telefon ke Pejabat Mufti Johor 07-2282900 atau 07-2282901)

Minta Penjelasan Yang Arif....

Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.

Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.

Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.

Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.

Hilmi juga menegur Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Kalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.

ape pandangan rakan2 semua???????

Harap tidak dipolitikkan.....no DAP...no UMNO...no PAS....no PKR.... sekarang cite pasal org Islam n bukan Islam....

Persoalan nye...??
ape yg nak dipersoal kan adalah.....kenapa seorang yg mengaku Islam, marah kepada pentadbir yg bukan Islam mentadbir merujuk@berpandukan al-Quran???????
adakah betul tindakan beliau yg melarang org bukan Islam menggunakan al-Quran sebagai rujukan???
Betul kah ayat2 al-Quran untuk org ISLAM SAHAJA????

Monday, November 17, 2008

Kisah Bogel...???

Pagi jumaat aku beli akhbar Sinar Harian... terkejut baca tajuk berita atas - Reformis Ancam Bogel Depan MB. huwaaa... ini satu perkembangan yang mem"belakang"kan..!

Aku ingat reformis pro UMNO, tengok pada gambar, rupanya reformis pro Pakatan Rakyat... ops... Pakatan Rakyat ke? dalam gambar ada sorang pakai baju berlambang PKR... (namanya Ramlan kalau tak silap aku).

Ape punya turrr... nak bogel? bogel lah? kalau dah rasa kamu (baca "reformis") tu tak de "kemaluan", teruskanlah berbogel... aku cabar kamu-kamu (baca "reformis") yang cabar MB selangor..! bila nak bogel... maklumkan dulu dekat aku... aku pasti datang dengan kamera yang dicas secukupnya, memory kad yang punya storage besar (ini satu sejarah, aku tak kan sia-siakan) dan juga beberapa peralatan yang aku fikirkan sesuai untuk mendapat shoot menarik (beberapa ekor kera sebagai "gadget" atau pelakon tambahan mungkin menarik kan?).

Untuk apa nak berbogel? alasan kamu-kamu (baca "reformis")- kerajaan selangor membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat... jadi apa untungnya berbogel? menunjukkan kemaluan dikhalayak ramai itu perkara yang menguntungkan kah? (mungkin ini satu bentuk perniagaan baru)

Lihat pada isu yang dibawa oleh kamu-kamu (baca "reformis") - kenaikan sewa rumah PPRT daripada RM124 kepada RM250.

Nampak macam betul apa yang kamu pejuangkan... tapi (ada tapi)... baca di [sini]. aku quot sedikit untuk rujukan - "Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jadi apa masalahnya?kalau rasa anda tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi, mohon saja bantuan tersebut... lepas mohon, kalau layak tetapi dinafikan hak kamu oleh kerajaan selangor, barulah menyalak..!

Dah pergi pada sumber berita sebenar? dah pergi melawat dan cuba buat inventory ditempat-tempat yang dimaksudkan?

Ada kawan yang menetap disana, gajinya entah berapa aku tak pasti... tapi mampu mempunyai sebuah kereta waja yang dibeli secara ansuran... bukan waja 2nd hand kawan... waja baru... (berapa agaknya instalment bulanannya?)... ada jugak jiran-jiran yang dikatakan kurang berkemampuan tetapi mempunyai sebuah kereta kancil dan jugak sebuah kereta wira...

Layakkah mereka-mereka diatas mendiami tempat tersebut? aku rasa lebih ramai lagi yang gajinya lebih kecik dan juga tak punya kenderaan tetapi menyewa rumah yang sewanya jauh lebih mahal dari sewa rumah diatas... jadi siapa yang lebih layak kalau begitu?

Turun Lagi....


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa 18/11/08.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.

Minyak dh 5 kali turun...tapi kenapa harga barang mcm masih tak de pemantauan...???

Ngap Sayot..!!!


About 12,000 people in Sarawak, including 6,000 supporters of Ngemah state rep Gabriel Adit, have applied to join PKR.

Their application forms were submitted to PKR de facto leader Anwar Ibrahim at a huge dinner gathering in Sibu tonight which saw more than 4,000 people in attendance.

Also signing up with the opposition party is controversial former PRS Balleh division publicity chief, Beginda Minda.

He was forced to leave the state BN component party following his call on the chief minister and his deputy to step down.

Adit, 58, claimed that he had submitted the application forms for PKR membership from 6,000 of his supporters tonight.

The other 6,000 new applications were believed to be from former PRS members and non-party members.

In his speech, Adit, a four-term assemblyperson, told the crowd that the main reason for joining PKR was due to the “political castration” of the Dayaks under the BN state government.

He added that PKR was the best vehicle to address the plight of the Dayaks. Adit also declared that Anwar was the most suitable and acceptable leader to become prime minister.

“Enough is enough of BN. Now change is coming to Sarawak,” he said, adding that there are many BN members waiting to join PKR.

With Adit’s entry, PKR now has two seats in the Sarawak state assembly. The other is Dominique Ng representing Padungan.

Adit first won the Ngemeh seat on the now-defunct Parti Bansa Dayak Sarawak ticket in 1991 but in the 2006 state elections, he stood as an independent.

His entry is seen as a major boost for PKR which is gearing up for the next state polls, due in 30 months.

Halba

Dari satu email yang aku terima:

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang
sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter