Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, September 10, 2008

Adakah anda akan terus merokok...???

Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada HARAM
reposted...

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.
Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Dari Moderator

Salam...

Untuk mengelakkan salah faham atau dianggap bahan bacaan yg boleh membuatkan hati dan perasaan pengunjung blog ini tercalar, tanggapan serta menimbulkan kekeliruan serta persepsi yang pelbagai, moderator telah mengambil keputusan utk menarik balik penyiaran satu artikel dri blog ini...

Ugama mengajar dan sentiasa membimbing kte kearah kebaikkan dan meninggalkan kejahatan, itulah intipati sebenar yg cbe disampaikan.Segala kebobrokkan & dosa yg dilakukan adalah ats pilihan sendiri.Pembalasan itu pasti dn tidak boleh lari dri hukum KARMA. Sentiasa menjaga keharmonian & silaturahim dikalangan umat sejagat adalah lebih penting dari hipokrasi...

Segala yg baik dtgnye dri ALLAH dan yg silap/salah adalah atas kelemahan diri moderator sendiri dan itu amat2 dikesali...
Terima kasih ats teguran dan komen..Cuma Tuhan Azzawajalla yg lebih mengetahui...
Wasallam..

Sunday, September 7, 2008

Ubat

1. Kalau kite tenguk kat botol ubat tu ade tulis makan ubat sebelum atau selepas makan. Korang tahu tak apasal?...tak tahu nape tak tanye doktor. Oklah. Kenapa bila time kita sakit, hendak amik ubat, di pelekat ubat tu selalu tulis '1 biji SELEPAS makan' dan kadang2 dia tulis '1 biji SEBELUM makan'...... apa beza kene amik SEBELUM / SELEPAS?

Sebab... di dalam perut kita ni ada asid, asid hidroklorik, HCl, kalau time kita lapar (perut kosong) tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi.. tu sebab selalu pedih perut kalau perut kosong... bila di suruh amik ubat SEBELUM makan, itu maksudnya ubat tersebut larut di dalam asid, bukan di dalam air.. begitu lah juga sebaliknya.. kalau ubat kene amik SELEPAS makan maksudnya ubat tu hanya larut di dlm air.. so ikut lah peraturan mkn ubt yg betul..

2. Pasal ubat lagi, kenapa makan ubat kene ngan air putih (air masak).. tak leh teh ke, kopi ke, susu ke atau lain-lain?

Sebab...
Susu - susu mengandungi kalsium, kalsium akan melambatkan penyerapan ubat.
Teh, kopi - minuman ni mengandungi kafein yg akan menghalang penyerapan ubat degan lebih efektif.
Jus - jus mengandungi serat yang fungsi dia pun sama macam di atas.

3. Orang tua-tua selalu pesan, makan nasi jagan berulam kan air, tak baik... tapi bila ditanya kenapa tak baik?... diorang pun tak leh bagi tau apa yang tak baiknya...

Sebab...menurut sains perubatan, bila makan berulamkan air, air akan menyebabkan tahap keasidan di dalam perut menjadi cair sekali gus mengurangkan tahap kecekapan perut kita untuk mencerna makanan, bila makanan yg tak dicerna sepenuhnya, ia akan menghasilkan gas, dalam bahasa kampungnya.. akan menyebabkan perut kembung...dan makanan yang tak dicerna dengan sempurna tentulah zat-zatnya tidak dapat di salurkan kepada tubuh kita...


Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter