Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, December 6, 2008

Harga Minyak Turun Income Negara Pun Merudum


"
 PakLah akhirnya mengaku bahawa kemungkinan pendapatan negara terjejas akibat penurunan harga minyak dunia. Sebenarnya memang sudah sah pendapatan negara akan terjejas akibat penurunan harga minyak ini. Kenapa nak bermungkin-mungkin lagi?

Kita semua tahu bahawa selama ini kerajaan bergantung penuh kepada pendapatan minyak dan Petronas sebagai sumber kewangan utama.

Kemewahan dari hasil minyak ini pula dibelanja sesuka hati. Siapa akan lupa bagaimana gaji okestra yang berjumlah setengah juta ringgit dibayar oleh petronas.

Selain itu, banyak hasil petronas telah dibazirkan oleh kerajaan.Kini kerajaan baru menyedari kejatuhan pendapatan akibat kejatuhan harga minyak dunia.Untuk itu rakyat diingatkan akan kemungkinan beberapa peruntukan penting dipotong dan mungkin rakyat akan diminta berkorban untuk kerajaan lagi.

5 Perkara Perlu Untuk PC Anda


"
 Di sini nak dikongsikan beberapa perisian yang bagus dan dirasakan perlu ada untuk setiap komputer kita.

Ia dijamin semuanya dah di test berkesan dan tiada sebarang masalah pada PC windows XP (untuk pengguna Vista, di percayai juga takde masalah pada Vista)

All download links is not provided by me. It was found on the net. So credit goes to the rightful owners. :

1. Tuneup Utilities 2009

Kegunaan:

  • Check dan perbetulkan kerosakan pada sistem windows
  • Menyusun dan memperbetulkan file-file registry
  • On/Off startup program yg tak diperlulkan bagi melajukankomputer
  • Memaximumkan samada paparan windows atau kelajuan komputer dengan proses tweak yang paling sesuai untuk komputer anda
  • mempunyai fungsi "1 click maintainance" yg sangat sesuai untuk orang yg 'tak berapa pandai' dalam bab-bab komputer. Sekali click, fix semua
  • dan berbagai lagi


http://rapidshare.com/files/169718379/TuneUp_UtiIities_2oo9.zip


2. PowerISO 4.3

Kegunaan:

  • Membaca semua jenis 'image files' seperti ISO, BIN, DAA, BIN, dan berbagai lagi. Kebiasaannya bila mendownload perisian ataupun games kini kebanyakannya dalam format ISO untuk pengguna burn kedalam CD kosong. Dengan perisian ni, tak perlu lagi nak burn dalam CD. boleh terus extrack dalam PC atau load saja dalam virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
  • Ada fungsi untuk create virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
  • Perisianyang kecil dan sangat ringan.
  • User friendly.



http://rapidshare.com/files/169719829/PowerIS0_4.3.zip

3. Kamus Rujukan 2006 (portable)

Kegunaan:

  • Kamus Melayu - Melayu
  • Kamus Inggeris - Melayu
  • Kamus Inggeris - Inggeris
  • Kamus istilah Matematik dan Sains dalam English ke Melayu (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)
  • Kamus istilah Matematik dan Sains dalam Melayu ke English (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)
  • Simpulan bahasa
  • Perbandingan
  • dan berbagai lagi.
  • Ianya portable (run dari thumbdrive pun boleh tanpa perlu install)


http://rapidshare.com/files/169721030/Kamus_Rujukan_2006.zip


4. Java Runtime Environment Latest Version 6 built 10 for Windows 32 bit

Kenapa perlukan Java?

Samada anda tahu atau tidak apa itu Java atau bagaimana java berfungsi, percayalah bahawa ianya penting untuk komputer anda. hanya perlu install. kerana dalam tidak anda sedari ia akan memudahkan proses perlaksanaan aplikasi-aplikasi yang memerlukan Java terutama dalam architecture sesebuah paparan website.

Teknology Java membuatkan computer environment anda lebih selamat. Antara nama-nama lainnya ialah Java software for your computer, or the Java Runtime Environment, is also referred to as the Java Runtime, Runtime Environment, Runtime, JRE, Java Virtual Machine, Virtual Machine, Java VM, JVM, VM, or Java download.


http://rapidshare.com/files/169766110/JRE_610_win_32_bit.zip


5. Full Latest Mega Codec Packs dengan Media Player (December 2008)

Kenapa perlukan codecs pack?

Biasa tak dengar soalan-soalan begini:

  • Komputer I tak boleh bukak la video tu.
  • File lagu ni tak boleh baca la... ada error bila bukak
  • PC aku takleh baca la file video ni. kat PC kawan aku boleh pulak!
  • dan yang seangkatan dengannya.

Bukan sebab PC orang lain canggih atau komputer anda dah lama. Tetapi sebenarnya masalah codec bagi file tersebut tiada dalam sistem computer anda. Codec ni dalam bahasa mudah, merupakan file sistem untuk membolehkan perisian mengenali dan membaca sesuatu file tersebut seperti mp3, avi, mpeg, divx, xvid, 3gp, mp4 dan sebagainya. kalau ada masalah video file takleh bukak kat PC korang, install ni jer terus settle. Ini merupakan perisian yg wajib ada dalam PC aku sendiri.


http://rapidshare.com/files/169767805/klcodec434f.zip


Wednesday, December 3, 2008

Skuad Berani Bogel


Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang nekad untuk mengadakan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula oleh kerajaan negeri.


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, 'keberanian luar biasa' yang mahu ditunjukkan oleh anggota-anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membuktikan bahawa penduduk PPR yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah begitu terdesak dan benar-benar tidak mampu menanggung kenaikan sewa berkenaan.

TV3 menipu kita (Berita Utama 3/12/08)
Sila rujuk utk cerita sebenar pada artikel posted pd 17/11/08 dlm tajuk: Kisah Bogel..???


Luahan Pyanhabib

Manusia zaman batu ternyata lebih pakai otak bila berusaha menutup bahagian bawah pusat masing-masing supaya tidak `terkemaluan' daripada sekumpulan manusia peserta demontrasi berbogel, hanya kerana sewa kediaman dinaikkan?

Apa taraf otak kumpulan manusia ini? Di bawah taraf otak manusia zaman batu atau di bawah taraf (ulang: di bawah taraf) otak haiwan berkaki empat? kenapa tidak berdemontrasi gantung diri atau berdemontrasi terjun bangunan semasa harga barang keperluan harian naik?

Ahlan Wa Sahlan - Part 2


Pakatan Rakyat hari ini mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam pakatan pembangkang itu selepas beliau dipecat keahliannya daripada Umno semalam.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid banyak berkongsi prinsip hak asasi rakyat dan menghormati jaminan hak dalam perlembagaan iaitu isu sama yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kenyataannya yang menghormati jaminan dalam perlembgaan dan menentang undang-undang zalim seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sama dengan apa yang diperjuangkan oleh kami dan kami selesa dengannya,” katanya pada majlis penyerahan salinan memorandum daripada Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kepada Menteri Kewangan berhubung bantahan penggunaan RM5 bilion wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Valuecap Sdn Bhd, di Parlimen, di sini.

“Kita alu-alukan beliau tetapi itu pilihannya. Beliau telah berbincang dengan pemimpin PKR, PAS dan DAP."

No.4 Boleh Kena Saman...Pro & Kontra


" Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Dipetik dari Harian Metro.

Dimanakah rasionalnya peraturan seperti di atas ?

Bayangkan jika sebuah keluarga yang mempunyai 6 orang dan hanya mampu memiliki sebuah kereta penumpang biasa bukan MPV atau Van atau pun Bas. Jika kereta hanya dibenarkan membawa 5 orang sahaja,bagaimana nasib anak ke 6. Hendak ditinggalkan di rumah, siapa yang nak jaga ? Andai ditinggalkan di rumah, berlaku kejadian culik umpamanya, sudah tentu bapa pula akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana cuai terhadap keselamatan anak.

Adakah undang-undang tersebut praktikal dan relevan untuk dilaksanakan ? Sama-samalah kita fikirkan. Diharap wakil rakyat kita dapat membincangkan di Parlimen berkenaan undang-undang yang hanya membenarkan hanya 5 penumpang sahaja bagi sebuah kereta."

Bila Harga Barang Nak TURUN..???


"
 Hari ini harga petrol dan disel telah turun 10 sen (RM1.90/liter & 1.80/liter). Sama ada sedar atau tidak, ianya meletakkan semula dibawah harga lama RM1.92 seliter (petrol) sebelum naik mendadak menjadi RM2.70.

Telah timbul krisis BESAR apabila minyak naik dengan mendadak tempoh hari. Sehingga berlaku satu DEBAT TERBUKA tentang isu tersebut antara DSAI dengan YB Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang memberi kesimpulan DSAI seorang tokoh hebat manakala Shabery Cheek bukan lawannya.

Penurunan harga minyak dibuat berdasarkan nilai pasaran bagi minyak dunia telah turun. Tentunya kerajaan terpaksa akur untuk mengelakkan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRK KT yang akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Soalnya, minyak sudah lama turun sedikit demi sedikit. Tetapi harga barang yang naik mendadak berikutan harga minyak naik nampaknya belum bersedia pula untuk turun.

Secara umum rakyat mengeluh akan situasi ini, "PANDAI NAIK, TAPI TAK PANDAI NAK TURUN..." Bila harga barang nak turun?

Datuk Sharir Samad terus berkempen untuk menyeru kepada semua peniaga agar turunkan harga barang. Manakala peniaga pula punya jawapan sendiri memberi seribu alasan yang berkait dengan pihak lain.

Paling mendukacitakan apabila syarikat pengusaha pengangkutan telah menjelaskan, "Walaupun minyak (harga) turun tetapi alat ganti masih tinggi..." Dengan alasan itu sudah cukup menunjukkan harga barang yang ditunggu untuk turun, TIDAK AKAN TURUN...

PMS = Premenstrual Syndrom


Sindrom pra-haid adalah gejala fizikal, psikologi dan emosi yang boleh datang sehingga 14 hari sebelum seseorang wanita didatangi haid.

Gejala

Terdapat banyak gejala sindrom pra-haid atau PMS, antara yang biasa dialami ialah:

- tekanan
- mudah marah, naik angin
- mudah penat
- sakit pada sendi, belakang
- tidak berminat dengan seks
- sakit pada payudara
- kembung perut
- sakit kepala
- perubahan pada kulit (jerawat) dan rambut
- sukar tidur
- naik berat badan
- sembelit
- selera makan berubah
- sukar beri tumpuan.

Penyebab

- Tiada siapa yang tahu apa penyebab sebenar PMS. Namun terdapat kaitan antara perubahan hormon semasa kitaran haid.
- PMS bukan disebabkan oleh tekanan atau masalah psikologi, walaupun faktor ini membuatkan gejala PMS bertambah teruk.
- Ada kajian yang mengatakan bahawa kekurangan hormon progesterone boleh menyebabkan PMS, namun kajian ini tidak cukup kuat.

Pencegahan antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkannya ialah dengan:

- elakkan atau kawal tekanan
- dapatkan tidur secukupnya
- makan makanan dengan karbohidrat kompleks (antaranya beras perang, roti gandum penuh)
- mandi air panas
- minum teh panas diperah limau atau lemon
- untuk perut cramp, minum teh peppermint atau chamomile
- makanan tinggi potassium seperti ikan, kekacang
- stabilkan kandungan gula dalam darah dengan makan sedikit tetapi kerap
- lebihkan serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang
- elakkan daging merah dan makanan berminyak, berlemak
- kurangkan gula, garam (sodium) dan kafein
- vitamin E, vitamin B6, minyak primrose mungkin membantu (minta nasihat doktor anda dahulu)
- kalsium dan magnesium juga boleh diambil
- amalkan bersenam
- pengambilan pil perancang boleh mengurangkan gejala PMS tetapi ia mempunyai kesan sampingan
- segelas susu panas dengan serbuk kayu manis mungkin membantu
- ubat tahan sakit seperti ibuprofen, aspirin boleh melegakan cramp, sakit kepala, sakit belakang dan sakit pada
payudara.
- elakkan sembelit.

Org LELAKI kena tahu & paham kenapa org PEREMPUAN tbe2 emosional.......

Tuesday, December 2, 2008

Cium Anak Dapat Pahala


Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

10 sen ke 15 sen...??


Kerajaan dijangka menurunkan lagi harga runcit minyak petrol dan diesel dalam masa terdekat ini atau selewat-lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga minyak pasti akan diturunkan ekoran penurunan harga minyak global ketika ini.

Ditanya sama ada penurunan itu akan diumumkan pada Rabu ini, beliau hanya tersenyum dan mengulangi jawapannya beberapa kali bahawa penurunan akan berlaku dalam masa terdekat ini.

"Penurunan bulan November sepatut dua kali tetapi perlu tunggu Menteri Kewangan balik dari luar negara ketika itu. Namun sudah pasti harga minyak akan turun lagi sebelum Hari Raya Aidiladha ini," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Seminar Pembangunan Perniagaan Peniaga dan Usahawan Kecil Johor Bahru di sini hari.

Shahrir bagaimanapun enggan mengulas ramalan bahawa harga petrol akan diturunkan sebanyak 15 sen.

"Jangan buat kesimpulan," katanya sambil membayangkan penurunan harga minyak kali ini tidak akan melebihi 15 sen.

Datukkkk...ble harga barang keperluan nk turun??...kesian rakyat marhain......suka untuk mereka yg ada kepentingan..tpi duka untuk yg berkais mencari sesuap nasi....

Monday, December 1, 2008

Ahlan Wa Sahlan...

Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

mmmm..contoh orang yang sedar tentang kebobrokan yg makin kronik dalam United Malays National Organisation....huhuhu......ahlan waa sahlan..

Sunday, November 30, 2008

Melayu & Judi


Judi adalah perbuatan yang dilarang keatas mereka yang beragama Islam. Tidak perlu keluar fatwa mengatakan ianya haram , kerana ianya jelas dinyatakan dalam Al Quran.

Namun orang Melayu di Malaysia ini yang beragama Islam masih ada yang berjudi samada secara terbuka di kedai ekor atau tersembunyi walaupun mereka tahu ianya haram.
Orang Melayu yang berjudi pun tahu mereka tidak akan menjadi kaya dengan berjudi.

Orang Melayu yang berjudi pun tahu , duit hasil judi tidak berkat.
Namun mereka tetap berjudi dan terus berjudi kerana mereka ini telah sampai ke satu tahap ketagihan judi. Oleh itu kita sepatutnya kasihan melihatkan orang Melayu yang ketagih berjudi ini , dalam pada masa yang sama kita bencikan perbuatan mereka yang berjudi ini.

Tidak pernah kita dengar setakat ini klinik untuk merawat ketagihan judi. Sudah sampai masanya semua kita mengusahakan kaedah rawatan samada secara individu , melalui persatuan mahu pun Majlis Agama Islam untuk merawat orang Islam yang ketagihan berjudi ini.
Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka dalam keadaan waras atau beriman.

Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang ketagihan judi.


Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :

Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun
.

Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas kasihan.
Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.

Yang pelik tapi benar...kanapa akbar tabloid bila ari minggu penuh dgn keputusan judi...?? Silap siapa..??
...salah siapa..??

Ancaman Terbaru

Parti Progresif Rakyat (PPP) mengancam akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

eerr..rasa nya dh banyak kali parti ni ugut nak kuar BN... tapi... pi mai pi mai tang tu gak...
Ape2 pun kita tungguuuu ....
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter