Wednesday, December 3, 2008
Bila Harga Barang Nak TURUN..???
"Hari ini harga petrol dan disel telah turun 10 sen (RM1.90/liter & 1.80/liter). Sama ada sedar atau tidak, ianya meletakkan semula dibawah harga lama RM1.92 seliter (petrol) sebelum naik mendadak menjadi RM2.70.
Telah timbul krisis BESAR apabila minyak naik dengan mendadak tempoh hari. Sehingga berlaku satu DEBAT TERBUKA tentang isu tersebut antara DSAI dengan YB Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang memberi kesimpulan DSAI seorang tokoh hebat manakala Shabery Cheek bukan lawannya.
Penurunan harga minyak dibuat berdasarkan nilai pasaran bagi minyak dunia telah turun. Tentunya kerajaan terpaksa akur untuk mengelakkan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRK KT yang akan berlaku tidak berapa lama lagi.
Soalnya, minyak sudah lama turun sedikit demi sedikit. Tetapi harga barang yang naik mendadak berikutan harga minyak naik nampaknya belum bersedia pula untuk turun.
Secara umum rakyat mengeluh akan situasi ini, "PANDAI NAIK, TAPI TAK PANDAI NAK TURUN..." Bila harga barang nak turun?
Datuk Sharir Samad terus berkempen untuk menyeru kepada semua peniaga agar turunkan harga barang. Manakala peniaga pula punya jawapan sendiri memberi seribu alasan yang berkait dengan pihak lain.
Paling mendukacitakan apabila syarikat pengusaha pengangkutan telah menjelaskan, "Walaupun minyak (harga) turun tetapi alat ganti masih tinggi..." Dengan alasan itu sudah cukup menunjukkan harga barang yang ditunggu untuk turun, TIDAK AKAN TURUN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment