Saturday, April 18, 2009
Batu Serai Atau Permata Serai
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui.
Jika ditemui pokok serai berbunga,untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapat kan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru, hijau, pink, dan ungu.
Terpulang kepada individu masing - masing....mahu percaya atau tidak...namun semuanya adalah kuasa Allah... tidak akan bergerak walaupun sekecil zarah tanpa IzinNya. WaAllahualam...
DUN Perak Bersidang 7 Mei..??
Langkah ini diambil ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak keputusan Jawatankuasa Terpilih Dun yang diketuai Speaker menggantung Datuk Dr Zambry dan barisan Exconya dari menjadi Adun Perak.
Seminggu lalu, Zambry pernah berkata, fokus utama kerajaannya sekarang adalah mengadakan sidang Dun sebelum ianya luput tarikh 15 Mei nanti.
Beliau berharap tidak ada mana-mana pihak khasnya Speaker yang membuat perangai tidak baik.
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan menggantung Zambry dan barisan Exconya dari Dun tidak sah.
Ekoran itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan membuat satu tulisan menarik dan mempertikaikan keputusan itu.
Main Wayang - 3 Ditahan ISA
Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.
Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.
Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.
Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya.
Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.
Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi.
"Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media.
"Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.
Turut hadir di pejabat Suhakam hari ini, ibu dan adik Agus yang tiba dari Medan.
Non Halal Serunding - Malaysiakini
Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.
"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.
Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC
Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.
Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.
MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
Wednesday, April 15, 2009
Rakyat Tak Bodoh Lagi
Rais Yatim mengatakan bahawa salah bagi mana-mana pihak untuk mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak menepati standard kemanusiaan. Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam program Hardtalk BBC.
Klik disini untuk membaca berita selanjutnya.
Bekas pemimpin Semangat 46 ini dahulu pernah menulis thesis PHD yang menentang ISA. Klik disini.
Apa boleh buat, kini beliau mahu membodek kabinet Mahajib (Mahathir-Najib), terpaksolah kato yang ISA ni ok.
Tunggu lah sok bilo dio kono buang dari kabinet Mahajib, dah tontu dio nak bakar jambatan laie….
DUN Perak Akan Bubar..???
Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya DUN Perak tidak bersidang selepas 6 bulan selepas Sidang DUN sebelum ini, maka DUN akan secara sendirinya terbubar. Jika dihitung, tempoh yang ada adalah kira-kira sebulan sahaja lagi.
Namun, jika Sidang DUN di bawah pokok diambil kira, usul yang dikemukakan dalam Sidang DUN tersebut juga perlu dikira. Antaranya adalah usul pembubaran DUN sendiri. Lagi pening mahu memikirkannya.
Di sini kesilapan UMNO dan BN dalam melakukan rampasan kuasa. Selain sepatutnya speaker yang mereka 'beli', mereka sepatutnya melakukan undi tidak percaya kepada Nizar di dalam dewan. Jika benar mereka sudah mendapat 'simple majority' tersebut, ini sepatutnya yang dilakukan. Ketika itu mereka berkelebihan dengan 3 malaun yang dikatakan bebas tetapi menyokong BN.
Hari ini, 3 Adun terbabit dianggap speaker sebagai sudah meletak jawatan, maka jadinya 28 sama (abaikan apa yang mahkamah putuskan seketika). Ditambah dengan penggantungan MB Haram dan exco-exconya, maka Sidang DUN akan berpihak kepada PR 28-21 (+3 kot). Walaupun kes ini masih di mahkamah, namun jangkamasa sebulan tidak memungkinkan ianya dapat diselesaikan.
Akhirnya, DUN Perak terpaksa dibubarkan!.
Apakah kebarangkalian yang lain? Pertamanya speaker tiba-tiba meninggal dunia. Makanya perlantikan speaker baru akan dibuat. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu speaker akan dikuasai BN. Makanya BN akan terus berkuasa dengan menguatkuasakan kuasa yang ada.
Cara lain? Laksanakan darurat di Perak dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan mengambil alih pentadbiran di Perak. Inilah yang pernah dan telah menjadi sejarah di Kelantan pada 1977.
Wallahua'lam.
Tuesday, April 14, 2009
Tips Komputer
Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:
Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.
Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.
Muslihat Tentera Wataniah
Menteri Pertahanan yang baru, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan baru-baru ini bahawasanya tentera Wataniah akan ditempatkan di kesemua kawasan parlimen di Malaysia.
Hujah bodoh darinya ialah Tentera Wataniah ini akan membantu anggota tentera untuk menjaga keamanan negara. Hujah bodoh ini hanya boleh diterima pakai oleh orang-orang yang bodoh. Persoalannya semenjak bila pula kawasan-kawasan parlimen diseluruh negara sedang berada dalam keadaan perang sehinggakan tentera wataniah dan anggota tentera diperlukan?
Jawapannya mudah. Penempatan tentera-tentera Wataniah disemua kawasan parlimen akan menambahkan lagi jumlah undi pos. Apabila jumlah undi pos bertambah, kemungkinan BN untuk merampas semula kerusi-kerusi parlimen yang telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih mudah.
Rakyat harus berhati-hati dengan niat jahat Zahid Hamidi yang kini telah menjadi “budak suruhan” Najib Razak. BERSIH perlu melakukan sesuatu untuk menghalang niat jahat ini daripada diteruskan.
Di zaman pemerintahan Najib ini, apa sahaja akan dilakukan untuk memastikan kuasa dapat dirampas kembali!!! Ingat apa yang berlaku di Perak!!!
Klik sini untuk membaca dengan lebih terperinci mengenai taktik jahat Ahmad Zahid Hamidi ini.
Monday, April 13, 2009
Satu Peringatan...
Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.
Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;
1. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
2. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
3. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
4. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.
Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja. Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.
Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR. Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.
Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan. Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).
Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik. Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.
Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas “dedalu” dan “kanser” ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.
Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.
Ingat, Rakyat Adalah Hakim.
Sunday, April 12, 2009
Najib tak terima apa-apa Tahniah..???
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, menyatakan: "Nampak tak. Najib tidak menerima apa-apa ucapan tahniah dari pemimpin-pemimpin dunia, termasuk yang dekat-dekat dengan Malaysia."
What a joke! huhuhu...