Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, November 14, 2008

Polis...Oh....Polis..!!!

Sebuah kamera video milik seorang aktivis telah dirampas oleh pihak polis sewaktu majlis memasang lilin Ahad lalu. Bukan sahaja dia turut ditahan, selepas lima hari, kamera videonya masih dalam ‘simpanan' polis.

ong boon keong 250808 02Ong Boon Keong yang merupakan penyelaras Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) Pulau Pinang berkata, beliau sedang merakamkan tindakan polis cuba menyuraikan orang ramai apabila kameranya dirampas.

Kira-kira 300 orang hadir di Pusat Sivik Petaling Jaya untuk menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Katanya, beliau sedang merakam tindakan polis menolak mereka yang ditahan masuk ke dalam trak polis.

Menurutnya, polis mungkin tidak senang melihatkannya merakam tindakan mereka itu dan terus menghantar dua anggotanya untuk "menahan saya dan mengambil kamera video saya".

Ong bertanya apakah terdapat undang-undang yang menghalang orang merakam kekerasan polis dan juga bertanya sama ada penahananya itu satu "percubaan untuk menghilangkan rekod mengenai pelakuan mereka yang haram dan tidak bertamaddun itu".

Menurut Ong, selepas dibebaska dengan ikatjamin, beliau meminta pihak polis memulangkan kameranya.

"Pada mulanya, pihak polis berkata mereka tidak tahu mengenai kamera video yang dirampas itu," kata Ong sambil menambah, beliau kemudiannya dibawa ke kaunter pertanyaan di mana anggota polis di situ juga berkata tidak mahu mengenai kameranya.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 lotus"Mereka mendakwa hanya ada kamera yang dirampas dari Malaysiakini. Saya tetapi berkeras meminta balik kamera saya selama satu jam sebelum mereka membawa masuk dua kamera video yang menurut mereka dirampas dari majlis memasang lilin itu sebagai ‘bukti'. Satu daripadanya adalah kamera saya, tetapi mereka kata ia tidak boleh dipulangkan sehingga siasatan selesai.

"Pihak polis ada jurugambarnya sendiri untuk merakamkan perkara itu. Untuk mengatakan yang mereka memerlukan rakaman video dan untuk mengambilnya tanpa persetujuan kita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," kata Ong.

"Kita perlu membantah keras taktik seumpama itu oleh pihak polis. Insiden itu membuktikan bahawa sudah tiba masanya polis diperhatikan secara rapi oleh sebuah badan pemantau luar," tambahnya.

Pada hari yang sama, polis turut merampas kamera video dari jurugambar Malaysiakini, Syukri Mohamad dan menahannya kerana didakwa turut serta dalam perhimpunan tersebut.

syukri mohamad malaysiakini videographer cameraman pj civic centre bersih arrest 111108 02Kamera video milik Malaysiakini itu masih belum dipulangkan oleh pihak polis.

Syukri pergi ke balai polis Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan balik kamera video tersebut.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa ia masih digunakan dalam siasatan yang dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Menurutnya, polis memberitahunya yang kamera video itu akan disimpan sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berkata pihak polis sepatutnya boleh memulangkan kamera video tersebut dan hanya mengambil pita rakamannya untuk tujuan siasatan.

Thursday, November 13, 2008

Landed...!!!

Ragu & Prof.Rod dh jejak kat KSA....sila layari blog Rahim kayan utk cerita (link dlm blog aku)

Terbaru !!! Dari Sarawak...

Gabrile Adit Adun BEBAS Ngemah akan masuk Parti Keadilan Rakyat. Satu upacara sambutan akan diadakan Sabtu ini.

Pucuk pimpinan – PKR, DAP dan PAS – akan hadir dalam satu jamuan ‘ Sahabat PKR ‘ pada malam Sabtu yang sama ini di Sibu untuk meraikan kesampaian Adun baru ke dalam Pakatan Rakyat.

Akan di rayakan sama ialah Dr. James Masing Salleh dan berapa ratus penyokongnya dari masyarakat Iban yang akan menjadi ahli PKR.

No Business Class, No 5 Stars Hotel

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.

Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah.

Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana.

Katanya, beliau merasakan lebih selesa mengamalkan sikap berjimat cermat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin yang membazirkan wang rakyat.

Mengulas lanjut isu berkenaan Fairus menjelaskan, "Jika perlu, mereka boleh menaiki Air Asia. Arahan ini membabitkan semua pegawai tertinggi kerajaan."

Mengenai majlis anjuran kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri menjelaskan, ia boleh diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian.

"Arahan telah dikeluarkan, tidak dibenarkan sebarang penganjuran program kerajaan negeri di hotel.

"Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan), yang penting majlis yang dianjurkan mencapai objektif. Oleh itu kita harap semua ketua jabatan kerajaan akur dengan arahan ini," tegasnya.

Obama, Guantanamo & Kemta


ISTERI Kepada salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Norlaila Othman meminta agar Perdana Menteri Abdullah Badawi mencontohi bakal Presiden Amerika, Barack Obama yang bercita-cita mahu menutup kem Guantanamo.

Ketika sidang media di lobi Parlimen semalam Norlaila turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kerana suaminya masih ditahan dan sudah hampir lapan tahun.

“Jika Obama ingin menutup kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup Kem Tahanan Kamunting (Kemta),” kata isteri kepada Mat Sah Mohd Satray itu.

Beliau berkata sedemikian selesa majlis penyerahan memorandum dan 50,000 poskad kepada Perdana Menteri, menuntut agar ISA dimansuhkan.

Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat diserahkan secara simbolik kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon sebagai wakil yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi diserahkan kepada PM.

Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan Kemta, diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.

Suasan Ketika Jenazah Amrozi & Ali Ghufron Tiba

Wednesday, November 12, 2008

Team Tarik Tali Team D....memang GREAT



Dengan jersi terkini...cun...aku gak yang tak sempat nak pakai..huhuhu

Monday, November 10, 2008

Kalau Dah Rezeki...

Ni la klo ko orang nk tau almost every year masa family day nombor aku naik.Tak kira la kecik besar hadiah nya tapi itu lah hakikat kalau dah bertuah kan...nama pun lucky draw ye tak...Yang pasti nya no.0811 tanpa disangka2 naik la plak......heeeee.
Pada team D aku nak mintak maaf tak dapat nak bantu ko orang untuk pasukan tarik tali...nnti bila ko orang dah ade anak mmg ko orang msti paham keadaan aku....sorry sekali lagi aarr. Anyway bravo dan tabik spring to my team dgn team spirit ko orang smpai boleh jadi naib juara...ok la tu...

Lawan tetap llllawan...lawan sampai menang....

Sunday, November 9, 2008

Kisah Perwakilan Bahagian Naik Angin

Para perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian Seremban bergaduh pagi ini sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Mereka bertindak membaling kerusi ke arah satu sama lain. Dirahamkan turut menjadi sasaran ialah barisan jawatankuasa bahagian.

Kejadian tersebut turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau Umno bahagian, Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Kejadian itu berlaku di tempat mesyuarat itu diadakan di Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

Difahamkan ada perwakilan yang mengalami kecederaan.

Ketika dihubungi, Ishak berkata, kejadian itu berlaku apabila bekas setiausaha bahagian, Datuk Yusof Hermain Shah mempersoalkan enam cawangan bellum mengadakan mesyuarat.

"Saya kemudiannya menunjukkan surat kepada Rahim bahawa enam cawangan tersebut telah mengadakan mesyuarat," katanya.

Berikutan, katanya, Rahim bersetuju mesyuarat bahagian diteruskan hari ini.

Katanya, seorang lagi - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim - tidak dibenarkan oleh Majlis Tertinggi (MT) bertanding jawatan ketua bahagian itu kerana terbabit dalam politik wang.

Berikutan itu, katanya, kumpulan yang tidak puas hati dan beberapa perwakilan telah bertindak membaling kerusi ke arah perwakilan Wanita.

Keadaan itu, katanya, menjadi kelam kabut kerana perwakilan Wanita takut, menyebabkan beliau terpaksa menghubungi pihak polis.

Ishak berkata, tidak lama seperti itu 10 anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

"Setelah melihat keadaan sedemikian, saya mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat hari ini, dan menyerahkan kepada MT untuk menentukan tarikh baru," katanya.

Ishak berkata, pihak polis telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Orang BN perlu sedar mungkin Tuhan nak tunjuk...selalu cakap orang PR tak de etika tak de disiplin.Dialah pemegang prinsip dan dasar....sekarangg... huhuhu...lu jawab la sendiri beb..


Anak Sape La Niii...???

"Anak Menteri / bekas Menteri manalah agaknya mamat nie..... silalah teka (jika betul anda layak untuk jadi cam nie? sanggup ker...

A. Nik aziz
B. Rafidah Aziz
C. Aziz Shamsudin
D. Nazri Aziz




BERITA GUMBIRA !!!

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

kesian…. kesian… ada lebih 900 kes …woit banyak nya…yang datang perhimpunan berapa? lebih dari setengah…. kah kah kah…

SUDAH MENJADI SATU BENTUK BUDAYA
…. kah kah kah… abis lingkup…rahai…. terbarai….

Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris

Banyak telah diperkatakan mengenai pengajaran Matematik dan Sains (MS) dalam Bahasa Inggeris (BI). Kementerian Pelajaran (KP) telah memperlihatkan keresahan yang ketara.

Pertama: Ke mana arah dan hilangnya pedoman dalam 'Penyata Razak (ayah Najib)' dan Penyata 'Rahman Talib (ayah Fauzi)'?

Apakah kedua-dua penyata ini tidak bermatlamat. Inilah untuk perpaduan dalam sebuah negara bernama 'Malaysia'.

Adakah penyata tersebut ada menyatakan BI sebagai bahasa pengantar dalam mana-mana sekolah dan mata pelajaran? Inilah yang dikatakan 'melampau' bila ada suara yang bukan sahaja mempertahan pengajaran MS dalam BI malah ada yang mencadangkan pengajaran semula semua matapelajaran dalam BI,dengan kata lain kembalikan semula sekolah Inggeris!

Setelah 51 tahun merdeka, ini yang timbul. Kalau begitu kembalilah ke zaman penjajah 'baru' pula. Kita kembalikan Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil! Barulah kita nampak dengan jelas, siapa di mana dan kemana.

Sepertilah dengan keadaan siaran berita di kaca TV sekarang, berita Melayu menghentam dan memburukkan negeri-negeri di perintah pembangkang dan ahli-ahli pembangkang, berita Cina memfokuskan perniagaan dan Negeri Cina manakala berita Tamil memfokuskan keadaan orang India dan negeri India.

Kedua: Guru yang diarah untuk mengajar MS adalah berkelulusan melalui pembelajaran di sekolah rendah, menengah, universiti, maktab, diploma menggunakan bahasa Melayu.

Macamana boleh ini tidak terfikir oleh perancang di KP yang saya tahu amat profesional! atau mungkin mereka terpaksa atau dipaksa aataupun 'bermuka-muka' kesian guru-guru yang 'terpaksa' menerima imbuhan(rasuah) elaun 10%/5% kerana mengajar MS dalam BI!

Guru Bahasa Inggeris pula dibebani untuk mengajar, membimbing, menguji guru MS, tugas hakiki mereka untuk mengajar BI kepada kumpulan sasar sebenar iaitu 'pelajar' sedikit sebanyak amat terjejas. Mereka juga digula-gulakan dengan elaun 10/5%! Mereka ada kesatuan tetapi 'tutup mulut'dan individu pula dengan sikap 'pegawai kerajaan' yang 'taat di bawah perintah' itulah hakikatnya.

Ketiga: Pelajar, adalah golongan yang bakal mewarisi kita. Kalau diimbas kembali pendapat-pendapat mengenai isu ini rata-rata datangnya dari golongan elit, atau paling tidak berada di bandar. Ini termasuklah pekan kecil Kota Bharu, Bandaraya Kuala Terenggnu juga ibu kota kesayangan semua Kuala Lumpur.

Adakah mereka ini pernah tinggal sekurang-sekurangnya 'sebulan' di Kota Belud, Paloh, Ulu Tembeling, Kuang dan Rengit(bukan Batu Pahat)?

'Perpaduan' adalah mesti melalui 'bahasa kebangsaan'.

Data yang menyatakan hanya 30% sahaja yang tidak dapat menguasai BI dalam pengajaran MS perlu disemak semula!

Kalau diukur dari kejayaan bekas produk pengantar bahasa kebangsaan ini, mereka telah juga berjaya, di dalam 'the Star' umpamanya ada berbagai pendapat dan ulasan: antara yang menyokong kekal dengan BI, menyebut hasil dari dirinya melalui 'Remove Class'.

Ada jua yang merasai kita telah banyak 'berbelanja' untuk lima tahun yang lalu. Habis, berpadukah kita sekarang? Adakah kita sanggup untuk terus mengabaikan generasi yang kalau diizinkan akan mewarisi kita beratus malah beribu tahun lagi ke hadapan. Kalau berbilion RM boleh hanyut begitu sahaja, angka ini amat kecil untuk ikut serta!

Ulasan 'kejayaan' melalui sistem ini adalah seorang yang amat berjaya di Australia (the Star) serta siapa yang sedang memegang jawatan tertinggi dalam apa bidang sekalipun, mereka termasuklah yang bukan sahaja memiliki PhD dari universiti-universiti terkemuka di luar negara tetapi yang mendapat pengiktirafan bertaraf dunia!

Kalau mereka telah berjaya melalui sistem kebangsaan ini, mengapa perlu sangat kita berubah ke sistem yang 'menghancurkan' majoriti generasi kita. Ingat, tidak semua orang Malaysia akan ke United Kingdom, ke USA. Ada yang hendak ke Jepun, Perancis, Mesir, Russia atau tetap tak keluar Malaysia pun!
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter