Proton EXORA
Mazda M5
"SELURUH MANUSIA ITU HANYALAH DARI SATU KETURUNAN, SAMA DARAHNYA DAN SAMA DAGINGNYA, SAMA ASAL USULNYA IAITU DARI TANAH KEMUDIAN MENJADI MANI, KEMUDIAN TERBENTUKNYA MENJADI MANUSIA, KEMUDIAN KEMBALI JADI TANAH. TIDAK ADA DARAH BANGSAWAN DI DUNIA INI YANG KETURUNANNYA BUKAN DARI ADAM AS"
tiba-tiba... .....
Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..
hehehehe.....
Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.
"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.
Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.
Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.
"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.
Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.
Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.
Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.
"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.
Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."
Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.
Apa yang bakal terjadi di Ipoh hari ini? Adakah sidang DUN Perak boleh berlangsung dalam keadaan bangunan DUN itu sendiri berkunci?
Pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.
Ketika usaha giat dijalankan bagi menggagalkan sidang Dewan, ADUN Pakatan Rakyat difahamkan akan cuba memasuki DUN sebagai simbolik bahawa demokrasi masih wujud di negeri itu.
Speaker DUN Perak, V Sivakumar, pula mengumumkan telah menyisihkan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Perintah penyisihan itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada karier Abdullah sebagai penjawat awam yang hanya boleh dipecat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun penyisihan itu menunjukkan politik Perak semakin panas dan panas.
Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar juga turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.Tapi masalahnya adakah pihak pengurusan atasan polis menghormati undang-undang dan takut kepada undang-undang sebagaimana kita rakyat biasa ini? Kita tunggulah hari ini siapa akan dipenjarakan, sama ada Ketua Polis Perak atau Speaker DUN Perak?
Hari ini akan menentukan siapa yang lebih berkuasa di antara kuasa yang bersumberkan pistol di pinggang Ketua Polis Perak atau kuasa yang bersumberkan amanah rakyat di tangan Speaker DUN Perak.
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Polis hanya datang ke Parlimen sekiranya mereka mendapat kebenaran dan dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
"Mengikut amalan sebelum ini, polis tidak datang masuk campur tangan apa yang berlaku di perkarangan dan di dalam bangunan Parlimen kecuali diminta oleh Yang Dipertua Dewan," katanya semasa menggulung perbahasan usul terima kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau secara peribadi juga tidak bersetuju polis campur tangan polis dalam urusan Parlimen.
"Melainkan dijemput, mungkin polis tidak berkuasa untuk datang. Tetapi ini bukan keputusan (lagi). [read more]
“The secretary is an employee of the state legislative assembly. I don’t think it’s valid for him to say they cannot hold the assembly,” Bar Council vice-president, Ragunath Kesavan told The Malaysian Insider.
“Obviously he is sympathetic to Barisan Nasional. But whether the assembly is convened rightly or wrongly, he does not have the power to say anything. He has to take instructions from his superior, who is the Speaker of the assembly,” he added.
Ragunath was taken aback by the events rapidly unfolding in Ipoh, the capital city of the “Silver State” some 200km north of here.
Yesterday afternoon, the assembly secretary Abdullah Antong sent out a notice declaring tomorrow’s emergency sitting of the state assembly to be “invalid”, in direct defiance of Speaker V. Sivakumar’s order.
Today, the State Secretary’s office stated that the entrance to its compound, where the legislature, is located will be locked and entry denied.
Ragunath described Abdullah’s and the State Secretary’s actions as suggesting they were taking instructions from the executive arm, perhaps even directly from the federal government, which goes against the principle of separation of powers among the executive, legislature and the judiciary.
For this reason, the state secretary’s action can be challenged in court.
Ragunath said the state assembly did not have to sit inside the official building in order for their decisions to be valid.
“The building is just a symbol. More important are the people who sit in the assembly. Say the building burns down, it will be impossible for them to sit inside, isn’t it? Then, what will they do?” he offered.
Ragunath also criticised today’s statements from the Perak police chief promising to take action against anyone who gathers in front of the state assembly building tomorrow for taking part in an illegal assembly.
“The police as an enforcement agency must be seen to be neutral. Right now, they are perceived to be anti-Pakatan,” the lawyer said.
Samalah sepertimana RAKYAT keliru SPRM tu apa : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia. Pemimpin UMNO dilindungi, RAKYAT dikhianati.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Peruntukan undang-undang perjalanan SPRM menjelaskan dengan adanya Jawatankuasa Semakan Operasi, suruhanjaya ini tidak harus mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyelesaikan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.
“Jika kami melangkaui tempoh setahun, kami perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi… ini adalah peraturan baru,” katanya.
Sebelum ini SPRM dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu.
Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.
“Kami perlu memberikan penjelasan ke atas setiap kes, tidak kira kecil atau besar, meskipun ia melibatkan RM10. ( Komen Kerajaan Rakyat: yang RM10 ni memanglah SPRM cepat siasat dan Peguam Negara juga akan cepat arah untuk didakwa sebab ini kes ikan bilis. Apa yang RAKYAT mahu, siasat dan dakwa kes rasuah yang berbillion RM tu. )
“Ini bukan jenaka… adakah anda fikirkan yang kami mahukan ini semua? Kami tidak mahu,” kata Ahmad Said sambil menambah, “kini kami perlu membuat banyak kerja.” ( Komen Kerajaan Rakyat: Kamu banyak kerja?. Hello Tok Mat Said, memanglah kamu banyak kerja, kerja memutar-belitkan kenyataan dan menutup pekong kamu dan para pemimpin UMNO/BN atas arahan sang penguasa yang rakus dan zalim. Bola kamu sudah kena picit pasal kes anak kamu, ada betulke? )
Tahniah Tok Mat Said!!. Malangnya RAKYAT terbanyak tidak akan sekali-kali tergoda dengan godaan Tok. Kalau SPRM benar-benar jujur, ikhlas dan telus tolong siasat kes ini:
Anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah” ke Australia.
Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Ahmad Said telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Laporan penuh di sini.
Kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat, sila titipkan di ruang komen segala salahlaku, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan dana RAKYAT yang telah dilakukan oleh pemimpin negara. RAKYAT ingin melihat apakah yang dicakapkan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ini jujur atau kata-katanya adalah satu lagi PENIPUAN dan PENDUSTAAN yang memungkinkan hargadirinya setaraf dengan najis babi.
Tapi satu hal yang meragukan bila ada pula kenyataan seperti ini :
“Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.”
Peguam Negara ni boleh dipercayai ke?. Rasa-rasanya antara Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjayanya SPRM ni 2 x 5 je, kong kali kong. Semuanya menurut arahan Najib Razak. Kalau Najib kata siasat. mereka siasat. Kalau Najib kata, kita acah-acah je, bagi gempak. Maka Peguam Negara dan SPRM pun acah-acah jugaklah. Tidak ubah seperti anjing suruhan.
Takanlah Najib nak luluskan untuk siasat Rosmah Mansor yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tak mungkin Najib nak benarkan SPRM siasat dengan telus kes rasuah Najib Razak yang didakwa terima rasuah berbillion-billion ringgit hasil “Eurocopter dealings”. Maka itu, benarlah apa yang telah RAKYAT ringkaskan maksud SPRM - Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia.
LYON (Perancis): Seorang wanita mengalami trauma serius apabila menyedari pasukan perubatan sebuah hospital tersilap membuang buah dadanya, kelmarin.
Cik Anne Bouton, 65 tahun, dimasukkan ke bilik pembedahan untuk membuang buah dada kirinya kerana mengalami ketumbuhan.
Bagaimanapun, apabila wanita itu sedar selepas pembedahan selesai, beliau terkejut kerana mendapati buah dada kirinya masih ada.
Kata Cik Bouton, sebelum ditolak ke bilik pembedahan, jururawat menandakan buah dada kirinya bagi memudahkan pakar perubatan membuang organ berkenaan.
‘Sebaliknya, apabila saya sedar, buah dada kiri saya masih ada seperti biasa tetapi buah dada kanan saya pula dibuang,’ katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Barah Leon Berard di Lyon, Cik Sylvie Negrier, berkata kejadian itu disebabkan kecuaian manusia.
‘Ada lima doktor dan jururawat menguruskan pembedahan Anne. Bagaimanapun tiada seorang pun menyedari mereka melakukan kesilapan ke atas Anne sehinggalah beliau mengadu mengenainya tidak lama kemudian, kata Cik Negrier. — Agensi.
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala’. (Al-Wasail 6: 257)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu. (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja’far sh-Shadiq 'a.s. berkata:
Ubati penyakitmu dengan sedekah, tolaklah bala’ dengan doa, dan mohon datangkan rizkimu dengan sedekah, karena sesungguhnya sedekah dapat mengusir tujuh ratus setan dari depan dagu… (Al-Wasail 6: 260)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram (yang telah ditetapkan). Wahai Ali, silaturahim dapat menambah umur. Wahai Ali, tidak ada sedekah ketika keluarga dekatnya membutuhkan. Wahai Ali, tidak ada kebaikan dalam ucapan kecuali disertai perbuatan, dan tidak ada sedekah kecuali dengan niat (karena Allah)." (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Sesungguhnya sedekah di malam hari dapat memadamkan murka Allah, menghapus dosa besar dan mempermudah perhitungan amal; sedekah di siang hari dapat menumbuhkan harta dan menambah umur. (Al-Wasail 6:273)
Rasulullah saw bersabda:
Tidaklah ada sedekah seorang mukmin kecuali tangannya bersentuhan dengan tangan Allah sebelum bersentuhan dengan tangan pemintanya. Kemudian baginda membacakan firman Allah s.w.t.: "Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat hamba-hamba- Nya dan menerima sedekah." (At-Taubah: 104). (Al-Wasail 6: 303)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
"Setiap kebajikan itu sedekah." (Al-Wasail 6: 321)
Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.
Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.
Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.
Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.