Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Monday, March 2, 2009

SPRM vs BPR

Yang Seksi tu, orang atau patung? Keliru kan?

Samalah sepertimana RAKYAT keliru SPRM tu apa : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia. Pemimpin UMNO dilindungi, RAKYAT dikhianati.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Peruntukan undang-undang perjalanan SPRM menjelaskan dengan adanya Jawatankuasa Semakan Operasi, suruhanjaya ini tidak harus mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyelesaikan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.

“Jika kami melangkaui tempoh setahun, kami perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi… ini adalah peraturan baru,” katanya.

Sebelum ini SPRM dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu.

Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.

“Kami perlu memberikan penjelasan ke atas setiap kes, tidak kira kecil atau besar, meskipun ia melibatkan RM10. ( Komen Kerajaan Rakyat: yang RM10 ni memanglah SPRM cepat siasat dan Peguam Negara juga akan cepat arah untuk didakwa sebab ini kes ikan bilis. Apa yang RAKYAT mahu, siasat dan dakwa kes rasuah yang berbillion RM tu. )

“Ini bukan jenaka… adakah anda fikirkan yang kami mahukan ini semua? Kami tidak mahu,” kata Ahmad Said sambil menambah, “kini kami perlu membuat banyak kerja.” ( Komen Kerajaan Rakyat: Kamu banyak kerja?. Hello Tok Mat Said, memanglah kamu banyak kerja, kerja memutar-belitkan kenyataan dan menutup pekong kamu dan para pemimpin UMNO/BN atas arahan sang penguasa yang rakus dan zalim. Bola kamu sudah kena picit pasal kes anak kamu, ada betulke? )

Tahniah Tok Mat Said!!. Malangnya RAKYAT terbanyak tidak akan sekali-kali tergoda dengan godaan Tok. Kalau SPRM benar-benar jujur, ikhlas dan telus tolong siasat kes ini:

Anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah” ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Ahmad Said telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Laporan penuh di sini.

Kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat, sila titipkan di ruang komen segala salahlaku, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan dana RAKYAT yang telah dilakukan oleh pemimpin negara. RAKYAT ingin melihat apakah yang dicakapkan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ini jujur atau kata-katanya adalah satu lagi PENIPUAN dan PENDUSTAAN yang memungkinkan hargadirinya setaraf dengan najis babi.

Tapi satu hal yang meragukan bila ada pula kenyataan seperti ini :

“Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.”

Peguam Negara ni boleh dipercayai ke?. Rasa-rasanya antara Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjayanya SPRM ni 2 x 5 je, kong kali kong. Semuanya menurut arahan Najib Razak. Kalau Najib kata siasat. mereka siasat. Kalau Najib kata, kita acah-acah je, bagi gempak. Maka Peguam Negara dan SPRM pun acah-acah jugaklah. Tidak ubah seperti anjing suruhan.

Takanlah Najib nak luluskan untuk siasat Rosmah Mansor yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tak mungkin Najib nak benarkan SPRM siasat dengan telus kes rasuah Najib Razak yang didakwa terima rasuah berbillion-billion ringgit hasil “Eurocopter dealings”. Maka itu, benarlah apa yang telah RAKYAT ringkaskan maksud SPRM - Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter