Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, November 5, 2009

Fakta JAIS Yang Perlu Diketahui

Ada satu fakta penting yg ramai tak tau. Sebab tu penyokong2 Kerajaan BN | UMNO mati2an kata Kerajaan Negeri (baca: PR) yg arahkan penangkapan Dr Asri.

Dan atas sebab tu, aku entry kan dalam blog ni...supaya korang yg tegar K'jaan pusat ni takde apa2 hujah dah.
----------------------------------------------------
Kita perlu fahami bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memberi kuasa mutlak kepada ke bawah Duli Sultan Selangor dalam urus tadbir agama Islam di Selangor. Sebarang keputusan Menteri Besar boleh dibatalkan oleh Sultan Selangor mengikut enakmen berkenaan.

Sultan Selangor pula banyak dinasihati oleh Dewan Diraja Selangor yang ramai ahlinya adalah orang UMNO seperti mantan Menteri Besar, Abu Hassan Omar.

Ramai juga tidak sedar bahawa Pengarah JAIS, Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi bukanlah seorang Pegawai Agama sebaliknya beliau adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). PTD bukan pegawai lantikan kerajaan negeri Selangor sebaliknya adalah pegawai lantikan kerajaan persekutuan yang ditempatkan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Kerajaan Persekutuan yang dipimpin UMNO yang bayar gaji PTD, bukan kerajaan negeri Selangor. Sudah tentu jika ada pegawai atasan PTD dalam kerajaan persekutuan yang mengarahkan PTD dalam pentadbiran kerajaan Selangor untuk buat itu dan ini, mereka akan ikut dan akan mengingkari arahan Menteri Besar kerana yang bayar gaji PTD bukan kerajaan negeri tetapi ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebuah agensi dibawah Jabatan PERDANA MENTERI !.

Ini berlaku semasa Ir Nizar menjadi Menteri Besar Perak dahulu apabila Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang juga seorang PTD ingkar arahan Nizar kerana PTD adalah pegawai lantikan persekutuan BUKAN pegawai lantikan negeri. Sudah tentu mereka akan lebih patuh kepada kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

Sudah menjadi amalan kerajaan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka bahawa pegawai-pegawai yang mengisi perjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri bukanlah pegawai lantikan negeri sebaliknya PTD. Hanya Johor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah dan Terengganu sahaja yang perjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri diisi oleh pegawai lantikan negeri.

Amalan ini mesti dihapuskan kerana kerajaan persekutuan secara halus akan mencampuri urusan kerajaan-kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri berkenaan dipimpin oleh parti yang tidak sama dengan kerajaan persekutuan. Ini terbukti dalam kemelut politik di negeri Perak bahawa telah terbukti bahawa PTD-PTD lah yang mensabotaj kerajaan negeri Perak pimpin Ir Nizar dulu.

Sama seperti JAIS...dulu yang menjawat jawatan Pengarah JAIS adalah pegawai agama lantikan kerajaan negeri. Namun, selepas pemecatan mantan Mufti Selangor Allahyarham Ishak Baharom, Pengarah JAIS diisi oleh PTD malahan pegawai kanan JAIS juga diisi oleh PTD.

----------------------------------------------------
Kalau korang tak percaya apa yg di tulis kat atas tu, buatlah penyelidikan sendiri - tanya mana-mana PTD kat pejabat negeri, sape bayar gaji dia org.

Kemudian korang check sape orang2 dlm Dewan Di Raja Selangor.

Aku tau, penyokong tegar Kerajaan BN | UMNO memang tak setuju punya dengan pendapat ni.

Wednesday, November 4, 2009

Sukan & Politik

Sukan dan politik umpama lagu dan irama. Tiada berpisah. Jika berpisah, deritalah jawabnya. Sama seperti ugama dan politik, jika berpisah jadilah pengikut Kamal Atarturk. Di mana-mana di muka bumi ini, sukan selalunya dijadikan medan politik secara langsung atau tidak langsung

Kerajaan Nazi Jerman pimpinan Hitler pernah gunakan Sukan Olimpik untuk agungkan bangsa Aryan dan perlekehkan atlit kulit hitam Amerika. Soviet Union(Russia) pernah pulaukan Sukan Olimpik yang diadakan di Amerika Syarikat sebagai balas dendam kerana Amerika pernah boikot Olimpik yang diadakan di Moscow 1980. Amerika berbuat demikian kerana pencerobohan Russia keatas Afghanistan.

Honduras berperang dengan El Salvador kerana kalah bola. Piala Dunia 1998 menyaksikan Iran bertemu musuh ketat politiknya Amerika Syarikat berakhir dengan Iran menang 2-1. Rakyat Iran melihatnya bukan sekadar menang bola tetapi melihatnya dengan kacamata politik. Begitu juga Iran pernah menarik diri dalam perlawanan taekwando Sukan Olimpik kerana pesertanya kena lawan peserta Israel.

Begitu juga dengan Israel. Dengan politiklah Israel tidak sertai kelayakan Piala Dunia zon Asia dan Sukan Asia. Ini kerana bantahan negara-negara Arab dan Islam. Semua bukti diatas menunjukkan politik dan sukan tiada berpisah.

Berbalik dalam negara. Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub pernah merengkok dalam penjara gara-gara membantah kelibat Israel dalam sukan kriket yang berlangsung di Kuala Lumpur zaman Dr Mahathir.

Begitu juga pada tahun 1990 sebaik Kelantan jatuh ke tangan PAS. Pasukan Kelantan bermain pakai seluar panjang dalam perlawanan sulung Piala Malaysia! Mengapa? Waallahu 'alam. Mungkin hormat kat "Tok Guru"! Ini semua gara-gara politik.

Terkini, final Piala Malaysia Sabtu ini. Mustahil rakyat Malaysia tidak babitkan perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan dengan politik. Politik tetap tidak dapat lari dari sukan. Ramai pemerhati politik adalah peminat bola. Penyokong PAS tetap menganggap final itu umpama antara PAS(Kelantan) dan UMNO(NS). Ataupun antara PR dengan BN.

Cuba tanya rakyat Negeri Sembilan yang menyokong PAS. Negeri manakah mereka sokong? Tentu negeri "Tok Guru" ! Bahkan seluruh penyokong PAS dan PR akan menyokong Kelantan atas dasar politik. Mereka melihat tidak sekadar bola tetapi bercampur politik weeh!
Lihatlah nanti bendera-bendera yang berkibar di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Sudah pasti bendera PAS,PKR dan DAP akan berkibaran.

Perlawanan Sabtu ini mengulang kembali perlawanan final tahun 2001 antara Terengganu dengan Perak dimana ketika itu Terengganu diperintah PAS dan Perak dibawah BN. Terengganu menang dengan 2-1.

Cumanya kita lihat Sabtu ini di mana tempat Presiden KAFA Anuar Musa duduk di granstand stadium nanti. Adakah beliau duduk bersebelahan Pemangku Sultan Kelantan? Kebetulan Sultan sedang gering di Singapura. Tetapi layakkah Anuar duduk bersebelahan anak baginda. Bukankah manusia yang bernamaAnuar Musa inilah yang mengangkat "Sultan Baru" bagi negeri Kelantan dan segala jajahan takluknya dulu ?

Molekkah penderhaka duduk bersebelahan anakanda Sultan yang pernah beliau derhakai ? Atau sudikah anak Sultan mencemar duli duduk bersebelahan si penderhaka?

Mungkin molek juga Anuar jadi "budak milo" seketika.

Sunday, November 1, 2009

Buah Tangan 'YASMIN'


Rencana Jahat

OLEH Hasmi bin Hashim

Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.

Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?

Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.

Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara. PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!

Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai. Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno. Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.

Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno? Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?

Ternyata, kekalang-kalibut ini, dengan insaf saya mentafsirkan, sengaja direncana oleh segelintir manusia yang dahulunya pernah bersama Keadilan, dan ada hubungan dengan dua-tiga kerat sahabat dalam PAS.

Tak dapat Keadilan, PAS cuba mereka piat. Bedebah!

Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.

Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.

Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan. Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.

Atas kenyataan ini, rencana jahat dan fitnah baru, diatur. Apabila ada seorang anak muda yang ‘bersumpah’ dirinya diliwat, mereka kira Anwar sudah masuk perangkap. Melalui berita TV ketika menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, ada yang dengan sinis berkata “tengoklah nanti!”

“Tengoklah nanti” itu merujuk rancangan mereka yang menggunakan kaedah seumpama cara jahat Dr Mahathir ketika memfitnah Anwar pertama kali dahulu; lebih 10 tahun dahulu. Beza golongan kecil ini, yang tentunya mendapat restu pimpinan tertinggi Umno adalah, mereka nampaknya lebih rakus berbanding Dr Mahathir sendiri…

Kemusnahan sangat mereka harapkan menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat, Disember ini. Mereka, dengan janji dan ikrar yang bermacam-macam waktu menyertai semula Umno, tentunya mahukan sokongan dana untuk menjayakan misi. Saya kira, politik Najib pula adalah politik yang tergamak menyiapkan upah, asalkan misi siap. “Misi pertama” iaitu merampas kerajaan Perak, dianggap ’sempurna’.

Kedua, iaitu yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!

Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini. Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.

Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali. Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melewati gerbang Putrajaya. Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.

Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat. Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.

Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk. Kita tak punya pilihan, kecuali menepis Umno-BN ke luar pagar Putrajaya. Keutuhan kita kepada bangsa dan negara jelas. Lebih jelas daripada slogan politik “1Malaysia” Perdana Menteri.

Dan, yang paling utama daripada kekalutan hasil buah tangan elit Umno ini, adalah kembali memperkukuh idealisme, memperkasa gagasan dan memperkuat saf… terutama kalangan anak muda, yang, pada satu ketika dahulu, juga sepenuhnya mahu dilumpuhkan demi melonjakan menantu bekas PM ke-5.

Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter