Saturday, December 20, 2008
Halal ke..???
Saya dulu selalu makan kuih bulan dekat Kajang. Saya mulanya was-was kerana di China dan negara lain, kuih bulan dibuat guna minyak babi. Jadi asalnya, saya taknak makan. Tapi, ada cop halal di kuih tersebut. Akhirnya, saya pun cuba-cuba dan selalu makan. Kemudian, terbongkar bahawa memang kuih tersebut di buat dengan minyak babi dan masuk banyak suratkhabar di mukasurat depan. PAS segera meminta agar digubal Akta Makanan HAlal yang mengenakan penjara mandatori untuk peniaga Cina dan bukan Muslim dan mana-mana peniaga yang menipu status halal. Juga digesa agar syarikat pembekal makanan yang berstatus halal mesti ada pegawai bergama Islam yang bertanggungjawab memastikan status halal dijaga.
Sampai sekarang Pemerintah tidak meluluskan Akta Makanan Halal kerana ...FULUS!??
CERITA DUA:
Sesudah insaf dengan isu kuih bulan, saya tak percaya lagi. Saya tak makan kuih bulan lepas itu. Tapi, kadang-kadang makan hot dog yang ada cop halal. Kemudian , tersebar pulak di suratkhabar hot dog jenama tu ada campur dengan daging babi dan tidak halal.
CERITA TIGA:
Sekarang kecoh pula pasal OldTown :
"Subject: FW: WHITE COFEE Oldtown Kopitiam - TIDAK HALAL?
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya.
Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan."
Kanser Dari Pewarna Rambut
Menjadi fesyen masa kini muda mudi , tua muda , lelaki dan wanita dari pelbagai kaum di Malaysia ini mewarna atau mencelup rambut mereka dengan pelbagai warna perang , merah , biru walaupun rambut mereka tidak beruban. Adakah penggunaan pewarna rambut boleh menyebabkan penyakit barah atau kanser ?
Menurut Dr John Bailey seorang ahli kimia dari Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat ( FDA – Food and Drug Administration ) menyatakan apabila seseorang itu jarang menggunakan pewarna rambut seumur hidupnya maka akan lebih kuranglah pendedahan seseorang itu kepada bahan pewarna yang boleh menyebabkan barah atau kanser ?
Kepada mereka yang mewarnakan rambut fikir-fikirlah dulu.
Sebenarnya rambut dan kulit orang Asia terutamanya kulit orang Melayu ini dicemburui oleh mereka dari negara barat yang berkulit putih dan berambut perang.
Kalau mereka dari negara barat mencemburui rambut kita yang hitam ikal mayang , kulit sawo matang lembut dan licin kenapa pula kita harus berbangga untuk meniru rambut mereka yang perang , merah , kelabu dan sebagainya ?
ALLAH dah jadikan rambut kita , kulit kita cantik , adakah kita masih tidak berpuas hati ? Sedangkan ramai bangsa lain yang inginkan rambut dan kulit macam kita ?
Hendak ALLAH tarik balik nikmat rambut hitam dan kulit sawo matang dari orang Melayu ?
Rujukan : http://www.fda.gov/bbs/topics/CONSUMER/CON00205.html
RM40 Ribu Untuk Mangsa ISA
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, menyerahkan cek bernilai RM 40,000.00 kepada GMI, hasil sumbangan pembaca Harakah dan Harakahdaily yang tidak putus-putus memberi bantuan.
Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.
Tambah beliau, menyedari tentang kesukaran keluarga berkorban masa dan tenaga untuk mencari nafkah setelah kehilangan tempat bergantung, Harakah sentiasa komited dalam menyantuni segala kesusahan dan keperitan mereka.
"Kami benar-benar terharu dengan sumbangan yang diberikan pembaca Harakah dan Harakahdaily. Begitu juga dengan sikap prihatin Harakah yang komited dengan menubuhkan tabung ini. Sumbangan ini memberi erti yang sangat besar kepada kami yang dinafikan hak kasih-sayang dan kehidupan angkara ISA ini," kata Norlaila.
Sementara itu, Norlaila berkata sehingga kini terdapat empat tahanan ISA yang sudah melebihi enam tahun yang masih ditahan di Kamunting, termasuk suaminya, Mohd Sah Satray.
Beliau yang digelar sesetengah pihak sebagai 'wanita besi', berkata beliau tidak akan berhenti berjuang dan mendidik rakyat berkenaan kezaliman ISA yang seharusnya sudah dikuburkan.
Friday, December 19, 2008
Hilang
Gurindam Jiwa Dari TGNA
Gurindam itu antara lain berbunyi:
Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.
Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.
Balkis Oh Balkis...
A public inquiry will be held into the contributions from six government-linked companies (GLCs) to the defunct Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis), a charity organisation comprising the wives of the previous menteri besar and BN state assemblypersons.
According to the state’s select committee on competency, accountability and transparency, initial investigations have revealed that there are “several cases which require further investigations.”
Committee member and Taman Medan assemblyperson Haniza Mohd Talha said there have been large contributions made to Balkis every month.
The contribution from one particular GLC touched RM1 million a year since the formation of Balkis in 1985, she added.
Balkis courted controversy when it was reported that the funds belonging to the organisation had been transferred to another account when Selangor fell into the hands of the opposition alliance, Pakatan Rakyat, in the March 8 polls.
Its former president Zaharah Kechik, who is the wife of former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo, had reportedly called for an emergency meeting on March 11 to dissolve the organisation and close the account a day later.
The funds, amounting to RM9.9 million, were said to have been channeled to a different account before the money was transferred to the Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), an organisation helmed by the prime minister’s wife and comprising wives of ministers and deputy ministers.
Program
Lepas Zaid Ibrahim dipecat setelah menghadiri program PKR, kini sampai giliran bekas ADUN Paya Jaras Sulaiman Samad pula bakal dikenakan tindakan yang sama dengan Zaid Ibrahim.
Bekas ADUN Paya Jaras dan juga beberapa Ketua UMNO Cawangan disahkan hadir pada majlis penyerahan borang ahli Parti KeADILan Rakyat di Sungai Buloh.
Tambah menyakitkan hati puaka-puaka UMNO/BN ialah bilamana bekas ADUN Paya Jaras itu bukan setakat menghadirkan diri dalam program PKR semalam malah beliau juga turut menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir.
"Tindakan mereka sememangnya tidak menghormati parti dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk memecat keahlian sekiranya terbukti mereka dengan sengaja menghadiri majlis PKR pada malam itu. saya sedang menyiasat perkara ini dan apa yang berlaku amat memalukan UMNO" kata Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor.
Tuesday, December 16, 2008
Apakah Itu ISA..??
ISA atau Internal Security Act (Akta keselamatan Dalam Negeri) ialah undang-undang yang membolehkan kerajaan menahan sesiapa saja tanpa perlu didakwa atau dibawa ke mahkamah.
ISA atau Akta keselamatan Dalam Negeri sepatutnya dimansuhkan sebaik saja darurat tamat, tetapi kerajaan telah mengekalkan nya kerana ia adalah senjata yang amat berguna untuk menangani pelbagai keadaan “darurat” terutama yang bersifat politik.
http://himpunanmansuhisa.wordpress.com
Antara Cukai Kereta & MPV Proton
Bagi Proton ianya satu strategi yang baik dan menguntungkan. Tetapi cuba lihat senarai dibawah tentang cukai yang dikenakan pada setiap kenderaan termasuk MPV yang diimport dan anda akan tahu.
Secara ringkas antaranya, Toyota Wish yang berharga 120k ++ di sini mempunyai cukai bernilai 60k++. Jadi apalah sangat MPV Proton /Perodua yang berharga sekitar 70k++.
Ramai orang lebih rela menggunakan Wish recond 2003 dari pakai MPV Proton 2009. Ketepikan isu patriotik kerana isu ini tidak perlu ditimbulkan bila berkaitan dengan kualiti, alatganti dan ketahanan.
Alangkah baik sekira nya pihak Pemerintah dapat menurunkan kadar duti import dan eksais yang sekarang di sekitar 100 ~130% harga kereta kepada 0 ~5% untuk MPV bawah 2000cc, 5 ~15% untuk 2000 ~3000cc dan 15 ~25% untuk MPV 3000cc ke atas. Tak ada maknanya cukai diambil berkali ganda tapi yang senang beberapa kerat manusia saja.
Berilah peluang rakyat yang berkeluarga ramai mampu pakai MPV dan keselamatan lebih terjamin dari Proton dan Perodua tu. Bukan nak pakai MPV Mercedez, yang biasa-biasa dari Jepun tu.
Biarle masuk akal sikit nak pakai, janji safety dan kualiti ada.
Sila lihat di http://media.paultan.org/pricelist.pdf "
RM1.80..!!!
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai 16/12/08.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Monday, December 15, 2008
Jangan Tertipu
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
...........................................................................................................................................................................
Jolly Shandy now comes in a great new packaging that is energetic and youthful looking. Along with the original Lemon flavour, Jolly Shandy has also introduced a brand new Orange flavour. Both the Lemon and Orange flavours pack a tangy great taste as well as added Vitamin C for that refreshing feeling.
Jolly Shandy is the perfect drink for today's young and trendy who live a lifestyle by the adage 'Refreshingly Different'. Jolly Shandy Lemon & Orange flavours are available in 320ml cans nationwide.
Colour
-- Golden yellow
Alcohol Content
-- Less than 1%
Pack Size
-- Can 320ml"