Wednesday, February 17, 2010
Bicara Sensasi
Menteri Pertahanan Zahid Hamidi sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan tentang pertahanan negara. Semua kenyataannya bermula dengan sensasi kemudian menafikan dan berakhir dengan "penyedap hati".
Bermula kenyataan "sensasi" dengan kehilangan 2 enjin jet berharga RM 100 juta, esoknya turun harga menjadi RM 600,00. Seterusnya Najib menamatkan "sensasi" Zahid dengan menyatakan "sekadar enjin buruk je". Tiada harga, tiada rugi dan tiada bahaya".
Seterusnya Zahid di Langkawi sempena LIMA menyatakan negara akan tukar jet MIG 29N. Katanya selenggaran jet itu pakai banyak duit. Kena tukar lain. Esoknya Mahathir "bising". Tanda tidak setuju. Suara Mahathir bermakna "suara Najib" kerana Mahathir adalah penasihat Najib secara "balik tabir".
Zahid "tarik balik" pula kenyataannya dengan mengatakan keputusan tukar MIG belum diputuskan oleh kabinet. Pulak!
Zahid "belum puas" lagi pekena Najib. Lalu dikeluarkan kenyataan maklumat sistem pertahanan negara dibocorkan kepada negara jiran. (Baca: Singapura). Esoknya senang-senang Zahid keluarkan kenyataan pihaknya telah "nasihat" pihak negara jiran agar jangan buat lagi. WoW! Macam nasihat dalam drama Melayu. Lembut dan Sopan. Senangnya selesai masalah keselamatan negara sekadar itu sahaja.
Patutlah Pulau Batu Putih begitu mudah jatuh ke tangan Singapura. Inilah cara fikir Menteri UMNO.
Terakhirnya tentang kerosakkkan submarimen KD Rahman. Baru beli sudah rosak. Zahid mengatakan submarimarine itu masih dalam jaminan dan kerajaan tidak keluarkan sesenpun duit untuk baiki. Zahid ingat beli submarine macam beli motorsikal kuasa besar? Ini membabitkan keselamatan perairan negara. Apa guna jika beli submarine harganya RM bilion tetapi sudah tidak boleh menyelam.
Nampaknya episode Skywak berulang kembali. Jika Skywak jadi besi buruk di padang pasir Arizona. KD Rahman mungkin nasibnya baik sedikit berbanding Skywak. KD Rahman boleh dijadikan tukun buat nelayan kita di Laut China Selatan!
Kita tunggu lagi "ayat-ayat sensasi" dari Zahid. Pastinya "ayat-ayat sensasi" Zahid persis seperti ucapan Zahid di Perhimpunan UMNO tahun 1998.
Ucapan Zahid semasa jadi Ketua Pemuda 1998 lebih berkisar amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan oleh Mahathir. Manakala "ayat-ayat sensasi" Zahid semasa menjadi Menteri Pertahanan lebih kepada kelemahan Kementerian Pertahanan semasa Najib jadi Menterinya.
Sudikah lagi PM Najib untuk "membela"nya lagi ?
Subscribe to:
Posts (Atom)