Saturday, April 11, 2009
SATU MALAYSIA NAK TAHU KENAPA INI TERJADI
Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.
Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan.
Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.
Sidang Kemuncak Asean ditangguh, PM Thai isytihar darurat
PATTAYA: Sidang Kemuncak Asean dengan enam rakan dialognya ditangguhkan pagi ini selepas penunjuk perasaan antikerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong prokerajaan.
Kebanyakkan pemimpin negara Asean termasuk PM Najib berada disana....
Tiada Sebab Saya Nak Bunuh Altantuya - Azilah Hadri
Iklan
Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.
Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.
Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.
Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).
Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.
Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita).
Friday, April 10, 2009
Ilmu Komputer
Nasib baik saya dah jumpa cara untuk tonton video youtube dengan lebih laju, malah boleh download dan convert sekali video itu jika anda mahu.
Caranya ialah dengan menggunakan perisian ini, Bywifi Video Streaming Downloader.
Saya pernah cuba beberapa tips dan perisian untuk accelerate video youtube sebelum ini, tapi hasilnya tidak berapa memuaskan. Namun, selepas mencuba Bywifi, saya rasa bangga dan gembira kerana dapat stream video youtube dengan lancar dan pantas daripada biasa. Even menonton video high quality mp4(&fmt=18) pun lancar.
Download Bywifi Video Streaming Download di sini. Cara setup di sini.Kalau anda dah install, boleh cuba stream video youtube. Bywifi juga menyokong laman video selain youtube seperti metacafe, veoh, myspace, facebook, dan lain-lain lagi.Cina dekati Islam salah? Umno tolak Islam, tak salah?
"SEPATUTNYA sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina". (Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam).
Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Kor Ming.
Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini. Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam.
Ia bersifat "rahmatal lil ‘alamiin". Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa.
Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunannya tanpa mengira sesiapa. Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan.
Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?
Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK. cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya.
Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan "ehsan" sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.
Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut "Li iilaafi-quraisy" seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai "menjinak atau menjinakkan". Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam?
Di sini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah (katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan laporan polis oleh sesiapapun.
Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam Surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam di dalam masjid.
Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah?
Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab. Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.
Satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca? Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan. Kita kena faham.
Hatta, Saidina Umar sendiri di waktu belum Islam (kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas.
Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.
Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari "dasar anti-jawi" mereka yang amat dungu?
Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.
Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran?
Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan, ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?
Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman teknologi maklumat (IT). Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya.
Di sana ada kamera digital, adanya "youtube", ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.
Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika ditakdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang "belum Islam" ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam?
Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas "mesra al-Quran" seperti yang ada dalam rancangan "learn a word a day" atau belajarlah satu perkataan satu hari.
Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam di sekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60-an.
Atau, kita ada IKIM, JAKIM, YADIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu; mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.
Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian.
Sikit-sikit menuntut maaf. Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit laporan polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.
Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitiflah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang.
Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya di kalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.
Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, "saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".
Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah?
Sejak kalah di dua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.
Ringkas
Setakat ini, tidak banyak butiran peribadi tentangnya yang diketahui umum. Beliau lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak memegang kad pengenalan 760328-13-6051. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55). Anak sulung daripada 12 adik-beradik.
Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei. Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.
Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah. Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.
Yang menariknya, DSP Zainudin memberitahu mahkamah bahawa Azilah bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Azilah telah memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya mengiring PM dan TPM. Malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.
Sirul Azhar dilahirkan pada 1972, telah berkahwin namun telah bercerai secara aman dengan isterinya pada tahun 2004. Rakan karibnya, Sarjan Rosli Ibarahim menyatakan yang anak sulung Sirul, perempuan kini dijaga oleh keluarga angkat Sirul Azhar di Muadzam Pahang. Sementara anak kedua lelaki dijaga oleh ibunya di Changkat Jering.
Tugasan terakhir Sirul Azhar ialah menjadi pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Islamabad, Pakistan. ASP Zulkarnain Samsudin menyatakan pada 6 Nov 2006, Sirul Azhar telah menunjukkan bukit di mana wanita itu diletupkan. Rekod Celcom menunjukkan Azilah berada di Puncak Alam (tempat kejadian) dan telah berkomunikasi dengan Sirul dan Abdul Razak Baginda menggunakan telefon pada pukul 10.43 malam dan 11.16 malam pada 19 Oktober 2007.
sumber : http://myadha.blogspot.com/2009/04/siapa-azilah-hadri-dan-sirul-azhar.html
Surat Tok Guru Nik Abd Aziz kepada YB Nga Kor Ming.
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Thursday, April 9, 2009
Ni la Yang Dikatakan Menang Tapi Kalah
Malah, naib beliau, Razali Ibrahim dan orang yang beliau kalahkah iaitu anak Mahathir, Mukhris Mahathir, dilantik menyertai barisan kepimpinan negara yang baru.
Hanya Khairy yang tertinggal dalam kabinet ini, ketua sayap-sayap Umno iaitu wanita dan puteri semuanya disenaraikan dalam barisan kepimpinan baru Najib ini.
Sebelum ini, Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam pemilihan kabinet ini tetapi menyatakan panentangannya jika Khairy dilantik dalam kebinet baru ini.
Di samping Khairy, mereka yang tercicir dalam kabinet ini adalah Tan Sri Muhamad Haji Mohamad Taib (yang kalah untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Seri Hamid Albar (yang mencadangkan agar akta penerbitan dimansuhkan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).
Di samping itu dua menteri MCA juga tercicir.
Kembalikan Kepada Rakyat
ADUN Pangkor, Perak Darul Redwan.
Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera.Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.
Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah. Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan. Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.
You Jangan Nak Berangan...
Pakatan Rakyat memenangi dua Bukit. BN cuma dapat sebatang!!!
Yang ini, I punya. Dua Bukit. Nanti kami pakat-pakat jaga Bukit ni.
“We are going to request for a quick and urgent dissolution of the Perak government so that the constitutional crisis in Perak can be resolved and that will be my immediate action to stabilise the political scenario in Perak,” - Datuk Seri Mohammad Nizar.
……………………………………………
Rose, jangan nak berangan.
You dapat satu batang je, batang I.
Oh No!!!. Not batang I, Batang Ai.
Yang kat bawah tu you punya.
……………………………………………………..
Yang ini you punya. I pun tak nak. You ambillah sebatang ni.
Kes Altantuya - Hukuman Gantung
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato Md Zaki Yasin pagi ini Khamis 13 Rabi'ul Akhir 1430 bersamaan 9 April 2009 menyabitkan kesalahan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan keatas Cif Inspektor Azilah Hadri (32) dan Koperal Sirul Azhar Umar (36), dua anngota Unit Tindakan Khas atas dakwaan membunuh Altantuya Shaariibuu @ Aminah Shaariibuu (28 masa dibunuh).
YA Hakim menjatuhkan hukuman berikut:
Kes ini telah mencipta beberapa rekod termasuk hari perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan 84 orang saksi Pendakwaraya. Azilah telah ditahan reman di Penjara Sg Buloh selama 891 manakala Sirul Azhar 895 hari.
Maka berakhirlah satu episod yang sangat menarik perhatian seluruh negara. Mereka berdua akan bertemu dengan Almarhum Altantuya tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun. Mereka berdua masih ada peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Sekiranya gagal mereka boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir. Selepas itu mereka boleh membuat permohonan pengampunan kepada Sultan Selangor (kerana kes berlaku di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor).
Setelah semua proses itu selesai, barulah hukuman gantung itu akan dijalankan.
Di Malaysia, banduan hukuman gantung dipanggil banduan akhir. Mereka akan ditempatkan dibilik akhir dan tidak perlu pakai uniform penjara. Mereka juga tidak diberikan sebarang kerja. Mereka hanya akan duduk melepak menunggu hukuman dilaksanakan.
Sementara menunggu itu, mereka boleh dilawati oleh ahli keluarga pada bila-bila masa waktu pejabat.
Mereka juga boleh meminta untuk mendapatkan khidmat kaunselling dan bagi yang beragama Islam boleh mendapatkan khidmat nasihat agama Islam melalui ustadz-ustadz.
Apabila tiba hari yang ditetapkan untuk digantung, mereka akan dimaklumkan sehari sebelumnya. Ahli keluarga akan dibenarkan melawat buat kali terakhir.
Kemudian mereka akan dibawa ke bilik akhir, iaitu bilik sebelah tempat penggantungan. Disitu mereka dibenarkan membuat permintaan terakhir. Nak makan steak ke, ayam golek ke, tomyam ke apa saje akan ditunaikan. Tapi kebiasaannya tiada banduan yang nak makan pun.
Tiba masanya untuk digantung, (yang kebiasaannya di Malaysia dilaksanakan pada waktu sebelum subuh), banduan tersebut akan diiring ke tempat penggantungan. Pada masa inilah kita akan tengok macam-macam perangai. Ada yang terberak terkencing, ada yang lemah longlai langsung tak larat nak berjalan, ada yang menjerit tak mau mati dan macam-macam lagi.
Sampai ke platform penggantungan, mereka akan ditutp muka dengan satu hood. Kemudian tali gantung diikat kemas dileher mereka. Apabila Pengarah Penjara memberikan isyarat, maka lever akan ditarik dan tubuh banduan akan terjatuh kebawah dan disentak oleh taligantung tersebut.
Biasanya tubuh tersebut akan terkial-kial beberapa saat sebelum terkujur kaku.
Sebaik sahaja kaku. Tubuh akan diturunkan dan diperiksa oleh Doktor. Setelah disahkan mati, maka mayat banduan akan segera di bungkus dan diselenggarakan. Kemudian mayat akan dibawa oleh pihak penjara ke lokasi pengebumian. Kalau ahli keluarga telah tetapkan tempat, maka banduan akan dikuburkan ditempat yang ditetapkan.
Moga ALLAH memberikan rahmat & keampunan kepada kita semua..ameen..
Zulkifli bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
Tuesday, April 7, 2009
Gambar Sekitar Pusat Pengundian SK Matang - malaysiakini
Gambar Sekitar Pusat Pengundian 2 Simpang - malaysiakini
Gambar Sekitar Pusat Pengundian Air Kuning - malaysiakini
Monday, April 6, 2009
PRK: SPR ubah kertas undi, dan cara mengira undi
Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil serentak di Batang ai, Bukit Gantang dan Bukit selambau, Pakatan Rakyat dihimpit dengan pelbagai kekangan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya.
Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Nombor calon pada kerta undi juga digugurkan atas tujuan sama.
Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prisnip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit.
Bagi PKR, tindakan nekad spr meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi Barisan nasional esok.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada Barisan Nasional.
“SPR ini kerja tak professional..kerja main-main..memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” tambah beliau
Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata tindakan meminda kertaa undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”
“Ini muslihat yang cuba dilakukan nSPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin.
Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi parlimen Batang Ai Sarawak.
Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasab itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat seperti lazimnya.
Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi.
Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang aii.
“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin.
Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh PKR.
Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok.
Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.
Mahathir: Saya boleh jadi penasihat kerajaan Najib
Belum pun Najib Razak membuat tawaran, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi penasihat kerajaan.
“(Penasihat) secara tidak rasmi ok. Saya hanya mahu memberi mereka manfaat daripada pengalaman saya menguruskan kerajaan,” Mahathir dipetik sebagai berkata di Bukit Gantang.
Kenyataan itu sekali lagi menyerlahkan persepsi bahawa Mahathir sedang cuba mempengaruhi rentak pentadbiran Najib.
Dua hari lalu, Mahathir bersama anak dan isteri beliau ke rumah Najib untuk menyerahkan borang menanggotai semula UMNO.
Ketika berkempen di Bukit Gantang hari ini, Mahathir juga bingkas melupakan kritikannya terhadap UMNO bersabit isu rampasan kuasa di Perak.
Begitu juga dengan kecamannya terhadap parti itu kerana sanggup bersekongkol dengan dua bekas ADUN PKR yang di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.
Orang Asli Menyokong
Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, namanya Alang Apok, Tok Batin dari Sungai Sainju Simpang Pulai, Kampung Kepayang.
"Apa hal tujuan datang kemari?" tanya saya kepadanya.
"Nak jumpa dengan Menteri Besar," jawabnya dengan wajah yang nampak jelas ceria.
"Kenapa?" Saya bertanya lagi dengan penuh minat.
"Ada janji nak jumpa dengan dia," jawabnya sambil senyum tanda gembira.
Tentulah gembira kerana ada janji nak bertemu dengan MB Perak. Tapi ramai-ramai ni apa halnya? Persoalan tersebut masih belum mendapat jawapan dari Tok Batin ini. Lalu saya ajukan lagi pertanyaan kepadanya :
"Ada masalah apa?"
"Banyak masalah, perumahan , jalan raya , api... macam-macam..."
Seterusnya, ada perjumpaan pada bulan Mei , dan mereka sangat gembira.
Tidak hairan kalau Nizar dapat 100% undi orang asli di BUkit Gantang.