Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, April 9, 2009

Kes Altantuya - Hukuman Gantung

Oleh YB Zulkifli bin Noordin

 Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato Md Zaki Yasin pagi ini Khamis 13 Rabi'ul Akhir 1430 bersamaan 9 April 2009 menyabitkan kesalahan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan keatas Cif Inspektor Azilah Hadri (32) dan Koperal Sirul Azhar Umar (36), dua anngota Unit Tindakan Khas atas dakwaan membunuh Altantuya Shaariibuu @ Aminah Shaariibuu (28 masa dibunuh).

YA Hakim menjatuhkan hukuman berikut:

"Kamu, Azilah bin Hadri & Sirul Azhar bin Umar adalah didapati bersalah membunuh dengan niat Altantuya Shaariibuu pada 19 Okt 2006 diantara jam 10mlm hingga jam 1 pagi 20 Okt 2006 di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, yang oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan membunuh dengan niat dibawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan. Kamu adalah dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati iaitu daripada Mahkamah ini kamu akan dibawa kesuatu tempat yang akan ditetapkan dimana kamu akan digantung di tali gantung sehinggalah kamu disahkan mati oleh pihak yang berwajib pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Moga ALLAH mengampunkan kamu berdua".

Kes ini telah mencipta beberapa rekod termasuk hari perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan 84 orang saksi Pendakwaraya. Azilah telah ditahan reman di Penjara Sg Buloh selama 891 manakala Sirul Azhar 895 hari.

Maka berakhirlah satu episod yang sangat menarik perhatian seluruh negara. Mereka berdua akan bertemu dengan Almarhum Altantuya tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun. Mereka berdua masih ada peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Sekiranya gagal mereka boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir. Selepas itu mereka boleh membuat permohonan pengampunan kepada Sultan Selangor (kerana kes berlaku di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor).

Setelah semua proses itu selesai, barulah hukuman gantung itu akan dijalankan.

Di Malaysia, banduan hukuman gantung dipanggil banduan akhir. Mereka akan ditempatkan dibilik akhir dan tidak perlu pakai uniform penjara. Mereka juga tidak diberikan sebarang kerja. Mereka hanya akan duduk melepak menunggu hukuman dilaksanakan.

Sementara menunggu itu, mereka boleh dilawati oleh ahli keluarga pada bila-bila masa waktu pejabat.
Mereka juga boleh meminta untuk mendapatkan khidmat kaunselling dan bagi yang beragama Islam boleh mendapatkan khidmat nasihat agama Islam melalui ustadz-ustadz.

Apabila tiba hari yang ditetapkan untuk digantung, mereka akan dimaklumkan sehari sebelumnya. Ahli keluarga akan dibenarkan melawat buat kali terakhir.

Kemudian mereka akan dibawa ke bilik akhir, iaitu bilik sebelah tempat penggantungan. Disitu mereka dibenarkan membuat permintaan terakhir. Nak makan steak ke, ayam golek ke, tomyam ke apa saje akan ditunaikan. Tapi kebiasaannya tiada banduan yang nak makan pun.

Tiba masanya untuk digantung, (yang kebiasaannya di Malaysia dilaksanakan pada waktu sebelum subuh), banduan tersebut akan diiring ke tempat penggantungan. Pada masa inilah kita akan tengok macam-macam perangai. Ada yang terberak terkencing, ada yang lemah longlai langsung tak larat nak berjalan, ada yang menjerit tak mau mati dan macam-macam lagi.

Sampai ke platform penggantungan, mereka akan ditutp muka dengan satu hood. Kemudian tali gantung diikat kemas dileher mereka. Apabila Pengarah Penjara memberikan isyarat, maka lever akan ditarik dan tubuh banduan akan terjatuh kebawah dan disentak oleh taligantung tersebut.

Biasanya tubuh tersebut akan terkial-kial beberapa saat sebelum terkujur kaku.

Sebaik sahaja kaku. Tubuh akan diturunkan dan diperiksa oleh Doktor. Setelah disahkan mati, maka mayat banduan akan segera di bungkus dan diselenggarakan. Kemudian mayat akan dibawa oleh pihak penjara ke lokasi pengebumian. Kalau ahli keluarga telah tetapkan tempat, maka banduan akan dikuburkan ditempat yang ditetapkan.

Moga ALLAH memberikan rahmat & keampunan kepada kita semua..ameen..

Zulkifli bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter