Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Sunday, April 5, 2009

Ramai tertekan sebab hilang kerja


Jumlah mereka yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Mohd Hussain Habil hari ini.


Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lepas, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.

Beliau menjangka jumlah ini akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lepas.

Mohd Hussain berkata perkara ini sepatutnya menyedarkan kerajaan tentang betapa pentingnya isu berkenaan ditangani dengan segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar.

Katanya mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.

Antara cara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu ini ialah membentuk kumpulan sokongan sebagai tempat bagi pekerja terbabit mendapatkan bantuan profesional, katanya.

Beliau memberi cadangan bahawa sebagai permulaan, Kementerian Sumber Manusia boleh meminta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), yang bertanggungjawab bagi keselamatan sosial pekerja, menubuhkan klinik sokongan di cawangannya.

Mohd Hussain berkata penubuhan klinik ini tidak memerlukan perbelanjaan besar kerana ruang untuk menempatkannya sudah sedia ada dan apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan khidmat juru kaunseling dan khidmat ini boleh didapati daripada universiti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata sekiranya tindakan segera tidak diambil bagi memenuhi keperluan emosi mereka yang diberhentikan kerja, negara perlu membayar harga yang tinggi iaitu dalam bentuk kekacauan sosial dan keruntuhan rumah tangga.

Mohd Hussain berkata ini kerana seseorang yang mengalami tekanan mental boleh membawa kesengsaraan kepada anggota keluarganya dan masalah ini seterusnya akan memberi kesan buruk terhadap jiran dan masyarakat.

Secara umumnya, kata beliau, bagi mengurangkan kes stres akibat kehilangan pekerjaan, pekerja perlu dinasihati supaya tidak terlalu bersedih kerana dibuang kerja kerana ramai yang lain juga mengalami nasib sepertinya, berdoa mengikut ajaran agama masing-masing, mendapatkan sokongan daripada rakan, sanak-saudara dan anggota keluarga dan berusaha menguatkan semangat bagi menghadapi keadaan yang ada secara objektif serta mencari penyelesaian secara baik.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata keadaan ekonomi semasa memberi peluang yang amat baik kepada negara dalam usahanya melahirkan masyarakat penyayang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter