Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, March 13, 2009

Takut Dengan Bayang2

Beberapa individu telah menceroboh dan merosakkan plak yang dijadikan tugu "Pokok Demokrasi", lokasi berlangsungnya mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar ADUN Pakatan Rakyat pada 3 Mac lalu.


Ahad lalu, Pakatan Rakyat meletakkan tugu dan menanam lima batang anak pokok hujan-hujan di tapak 'sidang tergempar' DUN tersebut.


Sambil merujuk pokok tempat sidang tergempar itu berteduh sebagai 'pokok demokrasi', mereka melabelkan setiap anak pokok dengan lima prinsip pemerintahan kerajaan sebelum ini iaitu wibawa, keadilan, amanah, ketelusan dan kebajikan.







Thursday, March 12, 2009

Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?


Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..

Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.

Apabila anda memadam sebuah fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.

Contohnya saya bagi gambaran…
Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastlah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.

Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.

Wednesday, March 11, 2009

Fasha Sandha bakal permaisuri Johor ??

Ni keratan akhbar nyamuk mana ntah.. Betul ke cerita ni? Hmm tak dapat aku bayangkan Fasha Sandha naik motor besar ronda satu Johor ikut ayahanda Tengku Ismail, Tengku Ibrahim (orang Johor panggil Tengku Yem) ikut kembara mahkota Johor.

Juga masa doa khutbah jumaat ada sebut nama Fasha Sandha..(betul ker..??).Nak buat camana kalau Tengku dah suka, rakyat Johor ni follow jer..




Tungguuuuu.......

Tuesday, March 10, 2009

Hee Yit Foong Masuk Pejabat

Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 98 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

Undi Pos Tidak Semestinya Memihak Kerajaan - Berita Harian

Undi pos tidak semestinya memihak kepada kerajaan sehingga boleh membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata tidak ada sebarang perbezaan nilai undi rakyat atau undi pos kerana ia datang daripada warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, seseorang yang mendapat undi terbanyak walaupun satu undi dianggap pemenang. Tidak kiralah dapat undi yanglebih dari undi pos atau undi biasa," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


KELENTONG LAGI…. TIPU…. LEBONG…

PERGI LAH TANYA…. BERAPA RIBU ASKAR DAN NAVY…. MENGUNDI PAKAI POS TAPI TAK PERNAH TENGOK KERTAS UNDI….. BUAT BUAT TAK TAHU…. YANG MENGUNDIKAN UNTUK ASKAR/POLIS/NAVY TU…. PEGAWAI MEREKA….

BACALAH AKHBAR HARAKAH … BERAPA BANYAK ASKAR PENCEN MANGAKUI YANG MEREKA TAK PERNAH MELIHAT KERTAS UNDI

KALAU HARAKAH TU AKHBAR HARAM…. BACA LAPORAN MAFREL – MALAYSIAN FOR FREE AND FAIR ELECTION….

MCA Menghina Mahkamah Syariah

MCA menghina mahkamah syariah dengan menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan sebagai "keghairahan agama berlebihan" dan "salah guna sewenang-wenangnya" tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Ketua biro pendidikan MCA Gan Ping Sieu mengulas keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh si ibu Chew Yin No, atau nama mualafnya Siti Zubaidah Chew Abdullah yang memeluk Islam pada 28 Januari lalu.

Mahkamah syariah negeri itu memberikan hak penjagaan sementara Nurul Syuhada kepada Siti Zubaidah.

Mahkamah syariah adalah lebih berhak menentukan status agama seseorang memandangkan hukum dan undang-undang memeluk Islam tercatat secara jelas dalam sumber hukumnya.

Seksyen 70 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 menyebutkan :

“Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama.” - e-Fatwa

Tindakan Ketua Biro MCA yang merendah-rendahkan mahkamah syariah dan mengungkit isu Perkara 121 (A) secara manipulatif itu dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati status Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Gan meluahkan perasaannya dengan melabelkan Institusi Syariah sebagai mengambil kesempatan melalui proses perundangan syariah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Gan menambah, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sivil tidak harus tunduk pada peraturan Islam.


Geng BN...apa ulasan anda...???

Najib bentang bajet mini RM60 bilion


Pakej rangsangan kedua yang sedang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak bernilai RM60 bilion.

Jumlah itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun, hingga 2010, jumlah besar "yang pertama dalam sejarah ekonomi negara."

Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai).

Jumlah RM60 bilion ini hampir 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Najib.

Beliau membentangkan pakej itu yang dikenali "bajet mini", bagi menampung bajet 2009 yang diumumkan tahun lalu, bermula jam 4 petang ini.


Laser Dari Che Det

1. Di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.

2. Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

3. Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

4. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?

5. Sekarang kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di Mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah?

6. Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?

7. Wakil-wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

8. Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan dilakukan.

9. Jika pada Mac 2008 ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan, jika mereka lihat UMNO sudah diambil-alih oleh perasuah, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.

10. Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau BN sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit boleh menentukan siapa menang dan siapa kalah.

11. Kali ini perwakilan terima wang sogokan. Tetapi apabila UMNO dan Barisan Nasional kalah, tidak jadi Kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir.

12. Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah.

Bicara Dr.Hassan Ahmad


Dan jangan kata kami diperalatkan. Daripada sudut hati sanubari saya, kita suruh orang politik sokong kita dan peralatkan kita. Ikhlas saya cakap, isu politik tidak ada langsung. Kalau tidak buat apa kita minta kerajaan mansuhkan. Kita biarkan sahaja. Tetapi kerana memikirkan mudaratnya, kerosakan yang boleh berlaku pada alat pemikiran dan tamadun serta budaya kita iaitu bahasa yang termusnah.

Jadi, yang berlaku semalam bukanlah wayang kulit. Tidak ada dalang. Biasa dalang ini menyorok di balik tabir. Jika nampak, bukan dalang tapi penyokong. Saya tidak mahu saya dikatakan boneka. Menghina. Saya bukan boneka. Saya ada akal dan ilmu. Saya ada perasaan dan jiwa. Saya makhluk Tuhan. Sama juga anda semua. Saya bukan monyet dan beruk. Ini saya tidak mahu orang kata ada dalang di belakang kami. Itu yang dapat saya katakan.


Untuk cerita lebih mendalam sila layari http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Kita tunggu ulasan dan kebarangkalian....jeng,jeng,jeng...

Akhbar Perancis, Liberation hari ini mendedahkan bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh


Semakin dekat Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Badawi, semakin banyak rahsia terbongkar. Hari ini, Liberation sebuah akhbar di Perancis mendedahkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa fakta yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 - RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Selain daripada itu, berita tersebut turut melaporkan tentang bagaimana Altantuya merayu kepada Sirul agar tidak dibunuh oleh kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu.

Turut didedahkan dalam laporan tersebut ialah mengenai wang komisen yang seharusnya dibayar kepada Altantuya sebanyak USD 500,000 telah dinafikan oleh isteri kepada Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa oleh laporan tersebut sebagai seorang “perempuan yang kuat cemburu”. Lihat laporan asal disini. (Mukasurat 30-31, tetapi anda perlu membayar untuk melihat berita penuh).

Malaysia Today pada hari ini menyiarkan kenyataan Sirul Azhar Umar pada 19 November 2006 mengenai bagaimana Altantuya dibunuh dan tentang mereka telah diupah untuk membunuh Altantuya. Klik disini.

Sudah pastinya ini adalah alamat yang tidak baik kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa pun yang mereka lakukan untuk menutup kes ini, “Hantu Altantuya” tidak akan hilang dari bayangan mereka.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum menjadi Presiden Umno yang sah dan Perdana Menteri Malaysia, Najib tentu pening kepala. Lebih keras beliau bertindak, lebih banyaklah maklumat baru akan didedahkan.

Satu soalan kini yang bermain dikalangan rakyat Malaysia ialah sempatkah Najib menjadi Perdana Menteri?????

Jakarta siap sedia hadapi gempa besar, tsunami

Kira-kira 10 juta penduduk bandar raya Jakarta diingatkan lebih berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gempa bumi besar berukuran sehingga 8.5 pada skala Richter dan menyebabkan tsunami.

Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia, ketika memberikan peringatan itu berkata, Jakarta termasuk dalam garis gempa yang terbentang dari Sinabang hingga ke Pelabuhan Ratu, lapor Bernama.

Ketua PPK Rustam S Pakaya yang dipetik akhbar Republika hari ini
berkata potensi gempa itu berlaku ekoran daripada pergerakan kerak bumi di bawah laut yang berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

"Terjadi hakisan terus-menerus di bawah permukaan laut," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tiada piha dapat menentukan secara tepat tarikh dan waktu bila gempa bumi besar itu akan terjadi.

Berdasarkan hasil pemantauan yang diperoleh PPK, berlaku hakisan di
Pelabuhan Ratu setinggi 2,050 meter dan 600-700 meter di Pangandaran di bawah permukaan laut.

"Kita harus waspada jika benturan (berlaku perlanggaran) di antara lempeng bumi di bawah permukaan laut ini terjadi. Walaupun tidak dapat dikira waktu tepatnya, pasti akan terjadi gempa," Rustam dipetik berkata.

Menurut agensi berita itu lagi, Rustam menambah walaupun perkiraan saintifik bahawa gempa terjadi di Padang, Sumatera Barat pada 23 Disember 2007 tidak berlaku tetapi penduduk Jakarta, khasnya, harus waspada terhadap perkiraan gempa akibat pergerakan kerak bumi
yang sedang terjadi ketika ini.

Sehubungan itu, menurut pegawai itu, laluan selamat menuju ke pusat pemindahan akan dimaklumkan segera secara meluas kepada seluruh penduduk Jakarta.

PPSMI: Menanti suara Mahathir Mohamad


Oleh Mohd Sayuti Omar

RASANYA tidak adil dan kurang tepat kalau dihemburkan kemarahan seluruhnya kepada Hishamuddin Hussein berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemetik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau bukannya orang yang mengagas ataupun menetaskan idea drastik itu yang perlu menerima risiko atas kepincangan sistem pendidikan negara kini.

Semua orang kenal dan tahu sejauh mana kepala Hishamuddin dan juga kehebatannya sebagai seorang jemaah menteri. Dia tidak mewarisi keberanian datuknya, Onn Jaaffar melainkan berkebetulan lahir dengan meminjam sedikit genetik Onn Jaaffar saja.

Kalau Hishamuddin seorang jantan tulen dia tidak akan memohon maaf kepada masyarakat Cina, MCA dan Gerakan gara-gara dia dimarahi kerana menghunus dan mencium keris. Tetapi kerana tidak tahan dibelasah dan dipersalahan atas perbuatan itu akhirnya Hishamuddin memohon maaf kepada orang-orang Cina. Hanya lelaki yang dayus saja sedia memohon maaf atas yang dilakukan itu diterima benar dan betul oleh umum.

Perbuatan itu menjelaskan sejauh manakah kekuatan jiwanya. Sejauh manakah sifat-sifatnya sebagai seorang pemimpin yang ada bertenggek di dalam dirinya. Justeru telatah itu menjelaskan kepada umum sejauh manakah pula peranan dan kebertanggungjawaban beliau berhubung PPSMI yang sedang dikecam dan diserang kini.

Sebagai seorang pemimpin dan bergelar menteri Hishamudin tidak ada apa-apa perasaan pun terhadap apa yang dikehendak orang Melayu kini. Nafsunya terhadap bahasa Melayu sudah impotent. Sebab itu beliau tidak peduli kepada tuntutan dan bantahan rakyat kepada PPSMI. Di sinilah lemah dan rendahnya mutu dan kualiti Hishamuddin selaku seorang pemimpin.

Ini menyebabkan beliau tidak layak pun menjadi pemimpin, apa lagi hendak mewakili generasi Melayu sebagai Ketua Pemuda Umno. Beliau tidak mampu bercakap menggunakan lidah Melayu. Saya yakin Hishamuddin juga tidak tahu langsung apa itu akal budi Melayu, apa itu tradisi Melayu, apa itu adat istiadat Melayu dan apa itu maruah Melayu. Jiwanya juga kosong dan tidak ada setitik pun rasa bangga dengan Melayu.

Kalau benih-benih itu ada tersemai pasti dia akan terasa bersalah dengan apa yang berlaku kini. Pasti dia akan memberi respon baik terhadap bantahan ke atas PPSMI. Namun disebabkan beliau tidak memiliki jiwa Melayu, maka terjadilah apa yang sedang bergelora dan menimbulkan masalah kini.

Mengenangkan Hishamudin, saya teringat kepada luahan Ainon Mohd, salah seorang ahlijawatankuasa GMP, katanya anak-anak bangsawan tidak layak menjadi Menteri Pelajaran sebab mereka tidak tahu apa-apa mengenai bahsa Melayu. Mereka juga tidak pernah belajar di tanah air tetapi membesar dan belajar di barat. "Jadi bagaimana mereka boleh jadi menteri Pelajaran,?" soal Ainon ketika GMP ke Parlimen untuk menyerah akan bantahan kepada menteri, ahli Parlimen. Katanya, MSO boleh quote kata-kata saya ini.

Lama sebelum ini pun saya sudah menyebut dan menulis, anak-anak bangsawan tidak layak dan sesuai untuk diangkat menjadi pemimpin. Alasan saya ringkas saja bagaimana mereka hendak memperjuangkan keperihan dan penderitaan rakyat sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu keperihan, kepedihan dan kemiskinan.

Macam mana mereka hendak memperjuangkan nasib rakyat marhaen sedangkan mereka tidak pernah merasai dan mengecapi penderitaan dan kemiskinan itu. Anak-anak bangasawan seperti Hishamuddin, Najib Razak dan lain-lain membesar dalam istana yang kaki mereka tidak pernah tersepak tahi lembu, tubuh mereka tidak pernah dihinggap lalat dan digigit nyamuk. Mereka tidak pernah berkubang dalam selut. Bahkan tapak kasut merekas juga tidak aus kerena ke mana mereka pergi mereka akan dibawa dengan tandu oleh rakyat.

Jadi macam mana mereka akan arif erti kemiskinan, kesusahan rakyat. Kalau setakat membaca dan mendengar cerita-cerita mengenai penderitaan rakyat, membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain pengetahuan mereka mengenai kesusahan dan kemiskinan rakyat belum cukup. Seseorang yang tidak merasai sesuatu itu bagaimana mereka hendak bercakap mengenainya?

Benarlah, misalnya isu PPSMI, murid yang menghadapi masalah dengan polisi ini ialah rakyat di luar bandar. Yang tercecer keputusan pelajaran ialah murid miskin. Yang rendah peratus kelulusannya dalam dua mata pelajaran ini rakyat di pedalaman. Ia tidak menjadi masalah kepada murid di bandar, atau golongan bagsawan seperti Hishamuddin Hussein atau anak-anak yang tinggal dibanglow atau istana.

PPSMI bukan saja memberi masalah dalam aspek itu tetapi aspek-aspek lain. Pendeknya ia banyak merugikan daripada menguntungkan.

Justeru para perwakilan Umno hendaklah ingat dan mengerti soal ini. Pilihlah pemimpin yang boleh dipercayai dan tahu akan denyut nadi rakyat. Jangan dipilih berladaskan siapa pandai bercakap, siapa dapat memberi projek tetapi pilihlah yang ada kualiti sebagai pemimpin dan juga beriman. Waktu dan masa anak-anak bangsawan untuk terus mengutip hasil bakul sudah cukup. Mereka sudah kaya raya dan boleh hidup untuk 100 keturunan.

Dan jangan lupa kalangan pemuda kalau nak pilih pemimpin pilihlah anak muda yang berani, berfikiran terbuka dan yang sedia menghadapi apa saja cabaran. Yang tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa saja atas prinsip kebenaran. Mereka yang cuba mencari jalan selamat dengan menutup mulut untuk tidak dilihat buat kesilapan baik dilupakan saja. Pemuda seperti itu pastikan akan mempusakai kelesuan Hishamuddin.


Berbalik kepada persoaalan asal, Hishamuddin tidak perlu dimarahi dalam soal ini. Dia hanya mengikut saja apa yang disuruh olehnya. Dengan kapastiti dirinya sebegitu kita tahu dia hanyalah boy kepada Perdana Menteri sahaja. Apa yang PM suruh dia akan buat tanpa bantahan apa-apa. Di sinilah bahaya kalau orang tidak berapa cerdik, lemah pemikiran, gelap dalam segala-galanya diambil menjadi menteri atas alasan dia adalah anak kepada bekas PM cucu kepada bekas pengasas Umno.

Bagi saya, yang salah di sinilah ialah PM ketika itu yang membuat dasar ini. Mahathir, Mahathirlah yang bersalah dan perlu kena bertanggungjawab. Walaupun beliau telah melepaskan jawatan PM lebih lima tahun beliau kena bertanggungjawab. Kalau Mahathir seorang insan dia harus merasa bersalah atas apa yang berlaku.


Perarakan semalam yang membawa sekeping kertas berupa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertua Agong seharusnya dilihat dengan rasa pilu dan sedih oleh Mahathir. Kalau beliau seorang negarawan beliau perlu merasa bersalah dan harus melakukan sesuatu. Mahathir tidak boleh melepas tangannya begitu saja selepas menembak mati Bahasa Melayu.


Orang yang memunggut jenazah Bahasa Melayu, iaitu Hishamuddin tidak boleh dipersalahkan. Dia hanya budak suruhan yang martabatnya atas sikit daripada sang 'behuud'!

Isu apatmen di Makkah: PNSB minta nasihat Bank Negara

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia terhadap jual beli hartanah di Makkah yang diluluskan oleh Khir Toyo, yang mungkin menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi membersihkan nama anak syarikat kerajaan negeri itu daripada tuduhan bersubahat melakukan kesalahan dalam urusan jual beli menara al marwa makkah antara PNSB dan seorang individu pada tahun 2007.

Dalam satu kenyataan , Nik Nazmi berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memandang berat isu berkenaan dan berharap mantan benteri besar, Khir Toyo tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Mengikut Resolusi Pekeliling Lembaga Pengarah bertarikh 14 September 2007, PNSB telah membenarkan pembelian lima unit hartanah berharga RM8 352,427.

Bagaimanapun, rekod menunjukkan bahawa antara 17 September 2007 dan 19 September 2007, PNSB telah meremitkan RM25,603,545 ke Arab Saudi untuk pembelian 12 unit hartanah.

Antara 25 September dan 3 Oktober 2007 kemudian, PNSB telah menerima bayaran RM17,251,092 daripada seorang individu yang dikatakan untuk penjualan tujuh unit hartanah di Arab Saudi.

Nik Nazmi berkata, pembelian hartanah oleh PNSB dibuat dalam matawang riyal sedangkan penjualan kepada individu terbabit dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia.

Sehingga hari ini, PNSB tidak mempunyai apa-apa rekod yang menunjukkan bahawa individu yang membeli hartanah daripada PNSB, telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membeli tanah di luar negara.

RM35 bilion nilai bajet mini


Pakej rangsangan ekonomi kedua yang turut dikenali sebagai bajet mini, yang akan diumumkan di Parlimen hari ini dipercayai akan mencecah dana RM35 bilion.

Beberapa maklumat yang diperoleh menunjukkan jumlah tersebut kemungkinan sekurang-kurangnya berada dalam lingkungan RM30 bilion - melebihi angka rasmi didedahkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan bajet mini ini, yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kemungkinan mencecah hampir RM30 billion - lebih tiga ganda daripada peruntukan diumumkan sebelum ini.

"Sekarang kita dengar bahawa pelan rangsangan yang akan diumumkan hari ini kemungkinan bernilai antara RM25 hingga RM30 bilion yang saya dan lain-lain memikirkan bahawa diperlukan berbanding dengan RM10 bilion sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan di Parlimen minggu lalu," kata beliau dalam blognya hari ini.

"Adakah kerajaan secara tiba-tiba telah menggandakan atau menaikkan tiga kali ganda jumlah pakej rangsangan ekonomi (yang pertama dana Valuecap dan yang kedua sebanyak RM7 bilion," kata Ketua Umno Gua Musang ini.

Beliau turut mengakui negara memerlukan dana yang lebih besar bagi berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi dunia buat masa sekarang.

Laporan Bloomberg hari ini pula berkata, Malaysia kemungkinan akan mengumumkan potongan cukai, perbelanjaan awam dan beberapa pendekatan lain yang jumlahnya lebih daripada RM30 bilion - empat kali ganda berbanding dengan rancangan awal.

Agensi itu memetik pakar ekonomi AmResearch Sdn., Manokaran Mottain sebagai berkata, Malaysia memerlukan dana pakej rangsangan kedua sekurang-kurangnya RM33 bilion.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha berkata, sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang akan diumumkan esok melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10 bilion.

Jangkaan RM10 bilion itu membabitkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan selebihnya bagi perbelanjaan mengurus.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 berkaitannya telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat Khamis lalu.

"Pada masa ini saya rasa lima tambah lima. Ini yang dibentangkan hari ini. Semua boleh tahu 10 Mac ini," katanya.

Bacaan kali kedua rang undang-undang ini akan dibentangkan pada pukul 4 petang hari ini.

Keesokan hari, Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng berkata, program rangsangan kedua ekonomi bernilai RM10 billion yang dicadangkan itu terlalu kecil nilainya dan ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan ekonomi negara.

"Bajet mini itu memang betul betul mini dan tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana RM10 billion itu hanya boleh menyumbang satu peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) dan untuk mencapai sasaran 3.5 peratus, RM30 billion diperlukan.

"Saya berharap kerajaan pusat boleh memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara," katanya

Monday, March 9, 2009

Mat Said vs SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak k aji semula dasar mengenai pengumuman tentang sesuatu kes yang masih dalam siasatan dan yang belum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.



Ertinya SPRM kurang senang dengan pengumuman atau ulasan mengenai sesuatu kes yang belum diputuskan Peguam Negara samada kes itu akan didakwa atau sebaliknya.

Tindakan itu tentulah dibuat ekoran sikap berat sebelah, “mala fide” berniat jahat dan tidak profesional ketua suruhanjaya itu, Ahmad Said Hamdan dalam melaksanakan kerjanya apabila telah merngulas mengenai kes melibatkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Ahmad Said Hamdan dengan jelas dan prejudis mengatakan kes melibatkan Khalid jelas dan pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid.

Perkara ini ditimbulkan oleh Lembaga Penasihat SPRM di dalam mesyuaratnya yang turut membincangkan beberapa kenyataan media yang dibuat oleh SPRM tentang kes siastan yang masih dalam tindakan susuhanjaya itu.

Teguran lembaga penasihat itu menunjukkan tindakan Ahmad Said sebelum ini tidak profesional ataupun menyalahi prinsip suruhanjaya itu.

Dengan teguran itu sekiranya Ahmad Said ada harga diri dan seorang yang mementingkan integriti beliau kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Sebaik-bai tidaklah ialah beliau melepaskan jawatan secara terhormat. Selagi Ahmad Said tercokol di SPRM itu ia menyebabkan keyakinan orang ramai kepada SPRM seluruhnya akan hilang.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter