Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, February 7, 2009

Adakan Pilihanraya di Perak


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.
Sehubungan itu, Suhakam berpendirian hanya pilihanraya bebas dan adil dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.


Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.
Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Salah Siapa...???

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang.

Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampal poster di pokok ketika pilihanraya.... you can shut your mouth!!!!

Thursday, February 5, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah - Sebuah Kerajaan Tempoyak

Oleh Mohd Sayuti Omar

DEMIKIANLAH adanya, hidup ini berbanding-bading (abadan abada) dan berlawanan. Suka lawan duka, kalah lawan menang, wujud lawannya hilang. Setiap bermula akan berakhir juga. Allah s.a.w. juga Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sesuatu yang dijadikan itu ada hikmah dan ada tujuannya tersendiri.

Dan hujun yang kini turun rintik-rintik yang disulamkan dengan bunyi guruh juga dihantar olenNya, mungkin sebagai simpati atas apa yang berlaku.

Pergolakan politik di Perak – usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat telah pun berakhir. Segala usaha oleh Pakatan untuk mempertahankan kerajaanya berusia 11 bulan sia-sia sahaja.

Keadaan, kuasa dan pengadil tidak memihak kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memihak kepada mereka. Surut pengosongan dua Adun tidak dilayan sewajarnya. Istana juga telah memberi keadilan yang perlu diterima sebagai bijaksana.

Jadi semuanya sudah selesai dan berakhir. Yang ada kini hanya kesalan dan air mata sahaja di pihak Pakatan Rakyat. Kesal dengan apa yang berlaku harus diterima ia adalah kesilapan diri kita semua. Dan air mata yang berladum adalah banjir duka kerana musibah itu menimpa Pakatan.

Sekarang ini jangan ungkit jangan lagi persenda. Jangan kata apa-apa. Mahkota kerajaan yang dipegang itu kini akan bersalin tangan dan biarlah BN meletakkan di atas kepala mereka.

Pihak Pakatan rakyat, termasuk Mohamad Nizar Jamaluddin atau sesiapa harus memujuk diri sendiri. Bayangkan bagaimana kecewa, kesal dan marahnya Tajol Mohd Rosli Ghazali selepas 3 Mac tahun lalu apabila kerajaannya runtuh dan beliau terlepas menjadi MB Perak, maka beitulah apa yang ada kini.

Namun bagaimana Tajol Rosli dapat menerima hakikat itu maka begitulah juga harus diterima oleh Nizar dan pihak Pakatan.

Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam. Tunjukkan kita berjiwa besar dan sedia menerima hakikat. Marilah pula sama-sama kita lihat bagaimana BN membentuk kerajaanya dan mentadbir Perak.

Selama sebelas bulan Pakatan memerintah macam-macam dakwaan dan tuduhan dilemparkan ke atas kerajaan Pakatan. Semoga segala kecacatan dan kepincangan itu diperbetulkan oleh kerajaan BN selepas. Adun Pakatan boleh menjadi pemantau kepada apa yang berlaku selepas ini.

Apa yang perlu Pakatan lakukan kini ialah memperkuatkan semangat perpaduan di kalangan mereka. Susun semula dan perbetulan apa yang pincang.

Kesemua 28 Adun Pakatan jadilah wakil rakyat yang profesional dalam DUN Perak. Menjadi pembangkang yang berkualiti, membela rakyat dan menjadi penegur kerajaan baru yang konstruktif.

Adalah lebih baik kalau Pakatan memperkemaskan barisan, menyusun agenda dan memantapkan hubungan untuk merampas balik bukan dalam sehari dua ini.

Tindakan begitu bukan bijak, tetapi pacaklah semangat baru untuk merampas dan berkuasa balik dalam pilihan ke-13 kelak.

Gunakanlah masa tiga tahun setengah akan datang itu untuk membina semangat juang yang jitu dan sebagai bekalan untuk menghadapi pilihan raya ke-13 kelak.

Sekali lagi dijelaskan usah kecewa dan bersedih dengan apa yang berlaku. Peristiwa hari ini dan akan datang adalah pengalaman yang akan mendewaskan semua orang.

Kepada mereka yang menggenapkan korum untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri berbanggalah dengan apa yang saudara dan saudari lakukan.

Percayalah nama saudara akan tercatat dalam buku sejarah sebagai Adun yang menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Syabas kerana saudara berjaya meletakkan nama saudara dimercu itu. Apakah nama saudara harum dan kuburan saudara wangi atau busuk, itu soal lain sebab dalam politik sekular tidak ada dosa dan pahala yang diperhitungkan.

Kerana mereka yang tahu dosa pahala dari awal lagi tidak akan melangkahkan kaki ke dalam gelanggang politik sedemikian.

"Tidak terlihatkah oleh mereka rakyat yang sedang terhimpit dengan kepayahan hidup,bila agak nya mereka ini akan sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memastikan rakyat terbela.Cukup-cukup lah tu kerana terlalu asyik berpolitik,mereka lupa untuk apa mereka menjadi insan terpilih...!!!"

Tenang Ketika Gawat


Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter