Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Thursday, November 6, 2008

Petua Awet Muda

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

Cerita Ibu Hamil....Alahan

Kongsi Ilmu

Kembung perut, pedih hulu hati, loya dan muntah. Mengikut kefahaman perubatan moden, punca berlakunya masalah kembung perut, pedih hulu hati serta loya dan muntah tidak diketahui dengan jelas.

Namun, dipercayai masalah tersebut ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan. Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah yang serius, beliau mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah tersebut berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan bahan asam dalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin lendir asam berkumpul dan mengakibatkan kembung.

Difahamkan juga, akibat kelemahan deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.

Rawatan

IBU hamil dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir. Selain itu, disyorkan juga meminum air rebusan halia yang suam panas.

Resipi air halia

Bahan

10-12 cm halia muda

2 helai daun pandan

sedikit gula Melaka atau gula kabung

Cara menyediakan

- Rebus halia muda yang dipotong nipis sebanyak 20 keping

- Masukkan daun pandan dan gula Melaka/kabung sebagai pemanis.

Petua lain untuk hilangkan loya dan muntah

- Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di samping menjauhi penyakit asam perut (gastrik)

- Sebagai makanan ringan bagi menghilangkan rasa loya, ibu disyorkan memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.

- Deria rangsang ialah istilah perbidanan Melayu yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.

Macam Pak Bidan la plak...

Wednesday, November 5, 2008

Kenapa PR Keluar Dari Parlimen - Org BN Cuba Dengar Dulu

Kemana RM5 billion Wang Kita Akan Pergi...???


Akhbar laman web, Malaysiainsider.com mempertikaikan ke manakah sebenarnya wang pinjaman sebanyak RM5 bilion dari KWSP untuk Valuecap Sdn Bhd akan pergi selepas ini.

Ini kerana, pada bulan Februari 2009 tahun depan, Valuecap sepatutnya membayar balik RM5.1 bilion pinjaman modal yang diperolehinya sebelum ini.

Wang itu dipinjam oleh Valuecap dari Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen and Permodalan Nasional Bhd pada Mac 2003 dalam bentuk modal untuk dilaburkan dalam pasaran saham.

Pinjaman dibuat dalam bentuk bond tanpa faedah.

Menurut laman web itu, mereka menerima dokumen yang menyebut, Valuecap perlu membayar bond-bond pinjamannya itu pada tahun 2006 tetapi syarikat itu telah diberikan tempoh tiga tahun lagi untuk membayarnya iaitu ke tahun 2009.

Setiap pemegang saham itu memberikan RM1.7 bilion dalam bentuk bond tanpa faedah dan perlu dibayar balik pada tahun 2006 itu.

Kini timbul persoalan, apakah pinjaman baru RM5 bilion wang simpanan rakyat dari KWSP itu juga akan mengalami nasib yang sama.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak RM5 bilion wang KWSP kepada Valuecap untuk dilaburkan ke dalam pasaran saham bagi mengawalnya agar tidak terus merudum.

Menteri Kewangan Kedua, Nur Muhamad Yaakub pula berkata, pinjaman itu akan menguntungkan KWSP kerana saham-saham sekarang berada di bawah paras nilai sebenar mereka.

"Valuecap tidak akan terlebih baik dari Jawatankuasa Pelaburan yang ada di KSWP dalam hal mengendalikan pelaburan di pasaran saham," tulis seorang pelawat dalam akhbar laman web itu mengulas berita ini.

Amalan Yang Terbalik

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng"forward"kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari).

Wallahualam..

Saman

salam,

kepada mereka yang rasa nak check saman,
sila klik di
SINI

yang tiada lesen pun mungkin kena saman tau .. baik korang check..
check guna no kad pengenalan..
saya dah check tadi. saya kena 3 saman..
tak sedar entah bile kejadian tu berlaku..
mmmm.. ape nak buat...

sila cek saman anda di laman ini:
http://pkukmweb.ukm.my/~knam/JPJ.htm

Monday, November 3, 2008

Politik Wang Dalam Pemilihan

" Persaingan untuk merebut jawatan tertinggi di dalam UMNO semakin sengit. Pencalonan demi pencalonan telah diputuskan oleh mesyuarat bahagian-bahagian UMNO di seluruh Malaysia ketika ini. Seiring dengan sengitnya persaingan jawatan, begitulah sengitnya politik wang (baca: rasuah) calon-calon yang ingin bertanding.

Datuk Mustapa Mohamed, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, yang juga Menteri Pertanian pada Jumaat lepas menyatakan kebimbangannya tentang budaya tersebut yang pada pandangannya akan menyebabkan orang-orang Melayu menjauhkan diri dari UMNO dan akan akhirnya menghancurkan UMNO sendiri. Malahan orang yg bertanggung jawab dalam disiplin parti, T.S Ahmad Rithauddeen telah mengakui bahawa wujud nya politik wang dan ia nye lebih parah dan lebih kronik dari penyakit kanser itu sendiri..

Gejala politik wang yang sudah mendarah daging dalam UMNO nampaknya sudah tidak dapat dihapuskan. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Banyak sebabnya, tapi antara yang menarik untuk dihighlightkan adalah kerana UMNO dari dulu memang dipenuhi oleh golongan Kapitalis (golongan kaya raya). Mungkin peribahasa Melayu moden ‘siapa nak kaya masuklah UMNO’ amat tepat untuk menggambarkan realiti yang wujud di dalam UMNO. Siapa tak tahu yang para pemimpin UMNO ini mempunyai wang ratusan ribu malah juta-juta sejak memegang jawatan penting dalam UMNO? Jika mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, sudah tentulah tidak akan berlaku politik wang! Berapa banyakkah setiap pemimpin UMNO mengaut duit sejak menjawat jawatan penting sama ada dalam UMNO atau dalam kerajaan? Wallahu a’lam, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu, termasuklah ‘kehalalan’ wang yang dikaut mereka.

Kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan pesta politik wang semakin meriah setiap kali pertandingan. Bagi orang UMNO yang sedikit duitnya, jangan haraplah nak bertanding, apatah lagi nak menang. Dalam pemilihan UMNO, makin besar rasuah diberi, makin cerahlah peluang untuk menang. Inilah tradisinya.

Persoalan yang timbul adalah, jika jawatan-jawatan di dalam UMNO itu tidak menjanjikan kemewahan dan kesenangan, apakah akan wujud persaingan dan rasuah politik wang sebagaimana sekarang? Sudah tentu tidak, bahkan mungkin tidak ada seorang pun yang akan menawarkan dirinya untuk bertanding. Tetapi apa yang berlaku hari ini, golongan yang kaya raya di dalam UMNO ini sedang berebut-rebut untuk mencalonkan diri sendiri dan tidak kisah akan ‘pengorbanan’ wang ringgit yang mereka rasuahkan kepada para perwakilan, kerana sudah barang pasti apabila menang, jutaan wang lagi yang akan menanti di depan mata! Siapa sanggup menolak peluang keemasan ini?

Biar apa pun diperkatakan oleh sesiapa sahaja untuk menghentikan rasuah politik wang ini, baik dari dalam UMNO mahupun dari luar, baik dari pemimpin mahupun rakyat, baik dari cendekiawan mahupun ulama, namun oleh sebab pemimpin UMNO ini terlalu amat kaya raya, maka politik wang tetap menjadi pilihan utama. Mungkin hanya setelah dibalut kain kafan, barulah mereka berhenti dari perbuatan keji ini...
"

Sunday, November 2, 2008

Sedarkah kita..???

cina lawan cina = bahasa cina
india lawan india = bahasa tamil
melayu lawan melayu = bahasa malaysia?

sekian lama:
sekolah jenis kebangsaan (cina)
sekolah jenis kebangsaan (tamil)

akan wujudkah:
sekolah jenis kebangsaan (melayu)?
atau
sekolah jenis kebangsaan (malaysia)?

melayu hanya pada baju!

Mana pergi nya pemegang prinsip dan dasar..???

Tekenang Semasa Dulu2

Aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:

* membawa pucuk paku, pucuk ubi kayu ke sekolah untuk diberi kepada cikgu.
* memadam papan hitam, membersih meja cikgu, mengutip sampah sekitar sekolah.
* sambut cikgu di kereta, tolong cikgu bawa buku, belikan sarapan cikgu di kantin.
* kelilingi cikgu di bawah pokok manggis, mendengar cikgu bercerita, bernasihat teladan.

Aku terkenang zaman bersekolah dulu-dulu:

* jerkah cikgu menggigilkan seluruh kelas, diketuk pembaris dahi berbekas.
* didera berlari keliling padang, berdiri atas bangku, telinga terkoyak berdarah dipulas.
* cikgu berbasikal masuk kampung menziarahi anak muridnya yang sakit pening.
* cikgu ziarahi rumah ke rumah jika ada anak muridnya berhari-hari tidak ke sekolah.

Aku terkenang zaman bersekolah hari ini:

* sekali anak dicuit, emak bapak datuk bapak satu kapal menggigil sakit otak!

Siapa Pengarah & Pembunuhnya ???

"
 Akhirnya Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Sebagai rakyat yang bernaung dibawah sistem perlembagaan Malaysia (yang diwarisi dari penjajah), kita bertanggungjawab tidak mempersoalkan atau mempertikaikan keputusan Mahkamah yang muktamad itu. Biarlah pengamal undang2 yang buat kerja mereka.Sebagai warganegara, kita hanya menuntut keadilan samarata tanpa mengira fahaman politik, pangkat, kaya atau miskin.

Kisah seterusnya akan dilakonkan oleh dua anggota polis yang diarahkan membela diri. Selagi kes ini belum selesai perbicaraannya,kita tidak berhak menuduh siapa pembunuhnya.

Berdasarkan keputusan Mahkamah, ada asas kedua tertuduh ini terlibat dalam pertuduhan membunuh Altantuya, sebab itu mereka diarah membela diri. Persolannya disini, apa kaitan mereka dengan Altantuya?, atas urusan perniagaan apakah kedua dua tertuduh sanggup membunuh?, secara peribadi, mereka kenalkah mangsa sebelum ini?. Yang kita tahu, orang lain ada kepentingan dengan mangsa yg dibunuh, orang lain ada urusan perniagaan dengan mangsa yg dibunuh, orang lain juga yang pernah berjumpa dan berurusan dengan mangsa diluar negara.

Logiknya, kedua dua tertuduh tidak akan mengenali atau tidak mungkin membunuh Altantunya tanpa ARAHAN pihak ketiga. Razak dah bebas dan yang pasti tidak terlibat memberi arahan. Jadi, siapakah pengarah kepada pembunuhan tersebut? Siapakah pengarah yang membenarkan pengunaan C4 sewenang-wenangnya dalam pembunuhan tersebut?. Pihak berkuasa WAJIB terus menyiasat DALANG dibelakang kes ini hingga ke akar umbi.Mereka Wajib dihukum dan rakyat mahukan keadilan yang sebenar-benarnya bukan lakonan seperti filem tamil atau hindustan.

Mangsanya adalah rakyat jelata yg tidak berdosa malahan diperbodohkan oleh tokoh2 yg diamanahkan melaksanakan sistem tersebut.

Bongkar tetep bongkar...


You Can Buy Medicine But You Cannot Buy Health

"You can buy medicine but you cannot buy health" - Anda boleh beli ubat tetapi tidak boleh beli kesihatan.

Seseorang yang zuhud - bukanlah seorang yang tidak ada duit, rumah serba tak lengkap dan baju kusut masai. Sesaorang yang zuhud ialah seorang yang sentiasa mengharapkan apa yang ada pada Allah dari apa yang ada pada manusia. Dia mungkin seorang yang kaya raya - tetapi kekayaannya itu tidak menjadikan dia lupa dan sombong. Orang ini tidak mungkin sombong bila dia sihat tubuh badan... kerana dia hanya berharap pada Allah dan tidak overconfident pada apa yang ada padanya atau pada manusia.

Di kisahkan bagaimana seorang kaya raya telah dihinggapi penyakit cancer mulut. Entah berapa ratus ribu telah dihabiskan untuk mengubati penyakitnya - namun tidak juga sembuh. - Dengan duit memang ubat boleh dibeli tetapi duit tidak boleh beli kesihatan. Hanya Allah boleh beri kita kesihatan.

Seperkara lagi, seorang yang zuhud juga tidak merungut bila diuji dengan kesusahan. Sering kita dengar orang mudah lupa daratan bila dapat nikmat dan merungut bila ditimpa kesusahan.

Ungkapan seterusnya yang masih terngiang di telinga - "You can buy a house but cannot buy home" - Duit boleh beli rumah tetapi tidak boleh beli kediaman (home). Rumah yang mewah tidak menjanjikan ketenteraman pada penghuninya. Rumah yang besar dan penuh dengan alat kebanggaan - tidak menjanjikan ketenteraman pada keluarga yang menghuni di dalamnya. Ketenteraman tidak mungkin akan diperolehi jika penghuninya hidup dalam keadaan serba lupa dan ingkar dengan perintah Allah.

Dalam masa yang sama - satu keluarga mungkin hidup aman damai, selesa dan saling sayang menyayangi di dalam rumah yang mungkin sederhana. Duit tidak boleh membeli kebahgiaan. Kebahgiaan itu sebenarnya milik mereka yang kehidupannya selari dan secocok dengan kehendak Allah swt - tidak kira samada mereka itu kaya atau miskin, rumah mereka besar atau sempit.

Mengeluh Hanya Lebih Memenatkan

Pernah tak kita perasan, kalau jiwa kita susah, maka akan semakin banyak benda yang lebih menyusahkan tiba. Maka timbullah istilah 'masalah yang bertimpa-timpa' . Bagaimanakah itu terjadi? Aku ingin memberi contoh yang sangat mudah untuk dihayati.. Kita ada masalah dengan perniagaan kita atau di pejabat dan masalah ini sangat rumit sekali...

Makanya jiwa kita begitu sesak sekali. Mula dari itu, tiba2 saja ada anjing berak depan kedai kita. Anjing berak adalah perkara biasa namun ia sangat menyusahkan bila berlaku di kala kita dilanda kesusahan. Balik ke rumah pula,anak2 melalak2 nangis nakkan susu. Org rumah pulak selamba je tak peduli...

Memang hot betul, hakikatnya anak menangis adalah satu masalah biasa. Tiba2 seorang anak lagi juga mandi dan air terpercik2 keluar bilik air, ia juga keadaan biasa namun sebak kepala kita semak, benda tu nampak macam anak kita buat satu salah besar pulak.

Bila kepala kita serabut, maka macam2lah sebenarnya benda yang menjadikan kita lebih susah lagi...Memang senang cakap, "Ah, tak payah fikirlah..."

Hakikatnya bahu yang memikul memang lebih sakit dari mata yang melihat.

Mulut orang takkan pernah berhenti. Jika kita senang pun akan dikata, jika kita susah juga lebih dikata. Aku selalu sebut 'maleh nak fikir' dan memang aku betul2 malas nak fikir. Jika aku amik port dengan apa yang dikata orang, itu hanyalah kerana aku menyahut cabaran yang dia bagi.

Di dalam kesusahan mengharungi perkara itu, anda akan menemui manakah orang yang boleh menjadi shoulder to cry on atau sebaliknya. Bersyukurlah kerana mempunyai sahabat yang sejati dan bersabarlah dengan mereka yang menikam diri. Apa yang perlu kita ingat, ALLAH itu Maha Melihat. Namun itu bukan alasan untuk mendoakan yang buruk2 kepada orang lain. Mana tahu dengan mendoakan kebaikan, maka di satu hari, orang itu akan benar2 baik kepada kita.

Wallahuallam...

Adab makan & Petua Tercekik Tulang...

Dri satu email yg aku terima...

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat).

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter