


"SELURUH MANUSIA ITU HANYALAH DARI SATU KETURUNAN, SAMA DARAHNYA DAN SAMA DAGINGNYA, SAMA ASAL USULNYA IAITU DARI TANAH KEMUDIAN MENJADI MANI, KEMUDIAN TERBENTUKNYA MENJADI MANUSIA, KEMUDIAN KEMBALI JADI TANAH. TIDAK ADA DARAH BANGSAWAN DI DUNIA INI YANG KETURUNANNYA BUKAN DARI ADAM AS"
MENGANTUK...Perwakilan yang tertidur semasa ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pembukaan Perhimpunan Agung Umno.
Mungkinkah kerana semalaman tidak tidur kerana menantikan keputusan sesetengah perwakilan terlelap di dalam dewan.
Atau kerana bosan mendengar ceramah politik yang sedang berlangsung.
Apapun, inilah senario biasa setiapkali Perhimpunan Umno diadakan.
LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.
Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.
Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.
Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.
Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. - Agensi
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada zaman Khir Toyo bertindak sebagai “juruwang” Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) untuk menganjurkan menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar negara dan serta mengadakan kegiatan sukan.
Hanya secebis daripada dana RM1juta yang disalurkan oleh PNSB kepada Balkis setiap tahun diguna untuk membantu golongan kurang berupaya seperti anak yatim, fakir dan ibu tunggal.
Penyelewengan dana awam itu diakui oleh Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam, hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim yang mempengerusikan jawatankuasa itu mendesak Datin Khairiyah memberi penjelasan mengenai penggunaan dana PNSB untuk membiayai Balkis yang dipimpin oleh isteri Khir Toyo ketika itu.
Pengerusi PNSB pula ketika itu ialah Khir Toyo sendiri selaku Menteri Besar ketika itu.
Antara yang dibangkitkan oleh Teng ialah arahan Khir Toyo untuk membeli cederahati bernilai RM45 ribu bagi isteri Perdana Menteri Jean Abdullah dan Najib Razak serta isteri beliau Rosmah Mansur pada tahun 2007.
Balkis turut menggunakan dana PNSB sebanyak RM121 ribu bagi membeli kain batik untuk orang kenamaan wakil rakyat dan isteri mereka.
Ahli panel Selcat, Saari Sungib membandingkan perbelanjaan itu dengan langkah PNSB berbelanja hanya RM4 ribu membeli kain batik dan kain pelikat untuk golongan miskin dan ibu tunggal pada tahun sama.
“Adakah ini memenui tanggungjawan sosial bagi sebuah badan korporat yang mempunyai modal pusingan 25 juta ringgit setahun?, tanya Saari.
Seorang lagi ahli panel, Mohamad Azmin Ali, berkata Balkis membuat pelbagai lawatan teknikal yang membabitkan kos 1.2 juta ringgit tetapi tiada laporan mengenai hasil lawatan itu.
Ini termasuk lawatan ke Komboja pada 2002, Indonesia pada 2004, Hong Kong dan Tokyo pada 2006 dan Melbourne, Australia pada 2007.
Datin Khairiah juga mendedahkan PNSB membayar dua tiket kapal terbang kelas bisnes bernilai RM14 ribu untuk membolehkan beliau mengiringi isteri Khir Toyo, Datin Seri Zaharah Kechik melawat anaknya yang sedang menuntut di Melbourne.
Beliau juga bersetuju bahawa PNSB menghadiahkan sebuah beg tangan bernilai RM23 ribu kepada Datin Seri Zaharah manakala Khir Toyo diberi jam tangan bernilai RM159 ribu.
“Keputusan menghadiahkam jam ini dibuat oleh pengurusan…tanpa pengetahuan lembaga pengarah,” kata Datin Khairiah. “Ia diberi (sebagai menghargai) khidmat bakti Pengerusi.” tambah beliau.
Beginilah keadaan huru hara ahli-ahli pergerakan Pemuda Umno yang tidak berpuas hati apabila Khairy Jamaluddin diumumkan pemenang pertandingan bagi jawatan ketua Pemuda.
Inilah contoh pemuda harapan bangsa yang dilaungkan oleh Pemuda Umno dan beginilah caranya mereka menunjukkan ketaksuban terhadap pemimpin mereka.
Mereka inilah yang ahli Umno mahu sandarkan harapan untuk menjadi pemimpin pelapis!
Kemungkinan mereka adalah penyokong dua calon yang kalah iaitu Mukhriz Mahathir dan Dr Mohd Khir Toyo.
Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari iniHishamuddin Tun Hussien melalak lagi.
Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.
Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.
Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media,kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.
Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata.
Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?
Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?
Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?
Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?
Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang?
Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak. Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!
Timbalan Presiden
KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)
Saya telah menyaksi begitu ramai yang mencium tangan Anwar dan memanggilnya mentor, kesemuanya lesap.
Hishammuddin Tun Hussein menghadiahkan Kamus Wilkinson yang dibelikan oleh Karim Raslan dari sebuah kedai buku antiquarian di London kepada Anwar pada hari jadinya. Tidak perlu saya kemukakan sanadnya.
Saya terserempak sendiri dengan Karim ketika dia membelinya dan dia membisikan untuk siapa dia membeli kamus lama itu dan kepada siapa orangnya kamus itu akan diberikan.
Bila kami kembali ke tanah air saya memberitahu pemegang Dairi Merah yang ketika itu sahabat intim Hishammuddin. “Min, Hisham akan berikan hadiah untuk hari jadi bos. Aku dah tahu apa hadiahnya.”
Hishamuddin kadang-kadang datang lepak di pejabat Azmin. Begitu sayangnya Azmin dengan Hishammuddin sampai dia sanggup derhaka dengan bosnya. Dalam pertandingan untuk jawatan naib ketua pemuda Umno Anwar Ibrahim menyokong Fatah dari Selangor. Tetapi dalam diam-diam Azmin memandai-mandai membisikkan kepada pemuda supaya menyokong Hisham. Dan Hisham menang.
Akibatnya tiga bulan TPM tidak bercakap dengan Azmin. Selama tiga bulan Azmin seperti hidup dalam neraka. Namun Dairi Merah tidak jua lepas dari tangannya.
Bila Kamus Wilkonson sampai Azmin menunjukkannya kepada saya. Dalam kamus itu, dengan tulisan tangan yang amat feminin, Hishammuddin menuliskan kata-kata sanjungan kepada Anwar setinggi petala langit ke tujuh untuk Anwar. Anwar adalah gurunya, sanjungannya, ikutannya dan lain-lain kata munafik.
Dua tahun lalu, di Ipoh, Ezam berkata di perhimpunan AMK bahawa dia masuk Umno kerana Anwar Ibrahim dan dia keluar Umno kerana Anwar Ibrahim. Perwakilan AMK memberikan tepukan gemuruh. Kawan-kawanku, baru-baru ini apabila Ezam memanggil Anwar sebagai “mentor” dan “bapa” maka saya teringat apa yang ditulis oleh Hishamudin dalam Kamus Wilkinson.
It is possible that Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin may not appoint Najib Abdul Razak as prime minister despite being Umno president, said Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh, a veteran Umno leader, pointed to last year’s decision by the king, who is also Terengganu sultan, in refusing to endorse the Umno leadership’s nominee Idris Jusoh as menteri besar for his state.
Eventually Umno backed down and the king’s choice, Ahmad Said, became menteri besar.
“He (the king) could probably appoint someone other than the man nominated by the party,” said Razaleigh, a Kelantan prince and uncle of Sultan Ismail Petra.
Razaleigh was asked by Malaysiakini to comment on former de factolaw minister Zaid Ibrahim who had on Wednesday urged the king not to appoint Najib as PM.
Going gets tough for BN
Razaleigh also said that Barisan Nasional will face a “tough” fight in the next general elections, expected to be held in three years.
“Don’t forget, there are going to be six million new voters, so we’ve been told - two million who missed the vote in the last election and the four million others in the coming years. So you have six million plus who will be testing us.”
He said that the ruling coalition will find it difficult to win the April 7 bellwether by-election in Bukit Gantang - a parliamentary seat in Perak that will be a ‘referendum’ on the BN takeover of the state government there.
Razaleigh, 71, a former finance minister, was a heartbeat away from becoming prime minister in 1987 after a power struggle within Umno in which he challenged Dr Mahathir Mohamad for party president and lost by a wafer-thin majority of 43 votes.
He had since run twice for Umno presidency - in 2004 against Abdullah Ahmad Badawi and more recently against Najib Abdul Razak. But both times he failed to secure the required nominations from Umno divisions to qualify for the contest.
Razaleigh ironically said he “cannot see” Najib resorting to repressive measures against his critics when he becomes prime minister. He would prefer Najib not play dirty.
“If he wants to improve his image with the people then he has to come clean. You have ways, go to the court or do things that will be accepted by the people - not to use force or power because that will put him in a worse position that he is experiencing now.”
The following is the second of a four-part interview conducted at Razaleigh’s palatial home-cum-office in Ampang dubbed as the ‘White House’.WELLINGTON: Seorang penggodam komputer yang menyebabkan kerugian AS$20 juta (RM67 juta) tahun lalu kini diambil bekerja oleh sebuah syarikat telekom New Zealand sebagai penasihat keselamatan.
Owen Thor Walker, 19 tahun, dibebaskan tanpa dihukum tahun lalu selepas mengaku melakukan enam jenayah siber, termasuk mencipta virus yang tidak dapat dikesan sofware antivirus.
Walker yang memakai nama samaran ‘Akill’ kini memberi nasihat keselamatan kepada syarikat TelstraClear, di New Zealand. — AFP.
Khairiyah told the Special Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) that she received the instructions directly from Zahrah and was “told” to accompany her on the three day visit, in 2007.
Over RM14,000 was spent to purchase return business class and economy class tickets sometime in December 2007.
Khairiyah says she remembers travelling in business class with Zahrah but could not explain the discrepancies in the invoices for travel which was provided to the committee.
She admitted that the trip was not an official visit and Zahrah used the time to visit her son and to buy souvenirs.
Selangor Speaker Teng Chang Khim, who is heading Selcat’s probe into the now defunct Wives of Selangor Elected Representatives Charity Organization (Balkis), remarked that the trip may have not been official but the cost was.
However Khairiyah said Zahrah paid for the hotel accommodation while in Australia.
The startling revelations could not come at a worse time for Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, who is contesting the Umno Youth chief’s in the party’s general assembly.
Sy pernah scan virus thumbdrive kawan sy, guna perisian antivirus lain…hasilnya “No Virus Found”..Tapi bila sy buat scan sekali lagi guna Antivirus Kaspersky, nilah hasilnya.
Anda yang hendak mencuba perisian antivirus Kaspersky nie, anda boleh cuba online scanner di http://www.kaspersky.com/virusscanner…
Setiap antivirus yang dicipta ada kelebihan, ada kelemahannya tersendiri….Kita sebagai pengguna mesti inginkan yang paling terbaik untuk protect komputer kita dari ancaman virus…Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menerima hadiah mahal bernilai RM3,600 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 ketika memimpin negeri itu.
Jaket jenama ‘Summer Man’ itu dihadiahkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – ketika itu diketuai isterinya Zaharah Kechik – menggunakan dana sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sempena satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan mendedahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) – badan khas yang ditubuhkan di DUN Selangor – yang menjalankan siasatan awam terhadap dana Balkis.
Dalam siasatan yang masuk hari kedua, beliau disoal lima anggota Selcat: pengerusinya Teng Chang Kim, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).
Dua lagi anggota Selcat, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir. Kedua-duanya hadir sesi pagi pada hari pertama, semalam.
Khairiah menjelaskan, PNSB menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis, termasuk harga jaket dan bayaran keraian bagi sambutan majlis itu.
Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada bekas menteri besar itu pernah memulangkan hadiah itu dan tidak pula menyedari pernah melihat Dr Mohamad Khir, yang juga pengerusi PNSB, memakainya.
Apabila jawatankuasa itu mempersoalkan tindakan PNSB memberikan hadiah kepada penjawat awam – yang didakwa melanggar perintah am pegawai kerajaan - Khairiah menjawab:
“Ketika itu saya hanya pelaksana sahaja”.
Dalam siasatan sesi pagi, Khairiah berkata beliau mempunyai hubungan “agak akrab” dengan Zaharah tetapi apabila disoal kembali oleh anggota Selcat, beliau menukar jawapannya kepada “akrab”.
Beliau juga menjelaskan, PNSB pernah membayar RM13,000 kepada Abdul Malik Kechik, saudara kandung isteri Dr Mohamad Khir, untuk pakej jamuan dan nyanyian dalam satu majlis berbuka puasa pada September 2006.
Diminta menjelaskan lanjut, Khairiah tidak pasti sama ada Abdul Malik seorang abang atau adik Zaharah.
Apabila disoal lagi, beliau tidak dapat menjelaskan kewajaran acara itu di majlis tersebut kerana gagal mengenal pasti identiti penyanyi tersebut berdasarkan rekod yang ada.
Siasatan awam Selcat hari ini memperhalusi sumbangan sejumlah RM5 juta PNSB kepada Balkis bagi tempoh 2002 hingga 2007.
Setakat jam 4.30 pagi petang ini, apabila siasatan ditangguhkan untuk sesi esok, tajaan sehingga tiga tahun lepas telah selesai disemak.
Teng, juga Speaker DUN, berkata Selcat akan memanggil saksi tambahan daripada PNSB bagi membantu keterangan.
Khairiah tampil sebagai saksi yang ditemani pembantu paling ramai iaitu seramai empat orang, berbanding seorang sahaja pegawai atasan GLC lain semalam.
Siasatan awam itu, yang berlangsung di Pejabat DUN Selangor di Shah Alam.
Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping malam tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. - azm _
Kekadang perkara ni terbawa2 hingga alam pekerjaan, bos suruh cari data, copy, paste jer.. Tak dinafikan lagi, memang senang dan mudah copy & paste..Cuma tekan butang Ctrl + C untuk copy kemudian butang Ctrl + V untuk paste.. Memang mudah dan senang.. Itulah sebenarnya fungsi bagi butang ini…
Rakyat marhaen bukan menyokong Pakatan Rakyat secara membabi buta. Khabar terkini yang saya dengar YB Fairus telah pun meletak jawatan secara bermaruah…
Salah satu kebaikkan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat yang tiada pada BN ialah kerajaan yang telus. Ini bermaksud walaupun seseorang itu pemimpin tertinggi Kerajaan sekiranya dia didapati melakukan kesalahan contohnya rasuah dia akan dihukum mengikut peruntukan undang-undang negara tanpa ada pengecualian.
Tidak seperti BN yang mana Ketua Menteri Melaka telah didapati melakukan kesalahan politik wang atau nama lainnya ‘Rasuah’, tetapi masih diberi kebenaran untuk terus mentadbir negeri Bersejarah tersebut. Bila rakyat minta beliau letak jawatan, tanpa rasa malu, dia tanya soalan bodoh pada rakyat.
“Kenapa Anwar Ibrahim masuk penjara boleh jadi ahli parlimen, kenapa Lim Guan Eng masuk penjara boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang?”
Kalau macam tu mari kita jawab beramai-ramai :
“Kalau macam tu Dato’ Ali serah lah diri pada mahkamah supaya boleh dibicarakan. Kalau didapati bersalah sila masuk penjara macam Anwar dan Guan Eng, pastu bila keluar barulah aktif semula dalam politik… boleh?????”
Dan yang lebih kelakar Pengerusi Lembu SPRM si Ahmad Said bertegas menyatakan Ali tidak melakukan jenayah rasuah. Cakap berbelit-belit menggalahkan biawak. Kes lembu yang membabitkan Menteri Besar Selangor dulu walaupun sudah jelas ianya amal jariah dan direstui oleh Sultan Selangor, dia keluarkan kenyataan yang diluar bidang kuasa sendiri. “Ada bukti kukuh”, kononnya!!! Semuanya disebabkan MB Selangor bukan dari UMNO. Kalau puak UMNO, walaupun beribu-ribu kes dilapor…. jawapan yang keluar dari mulut Ahmad - “Tiada kes”.