Saya telah menyaksi begitu ramai yang mencium tangan Anwar dan memanggilnya mentor, kesemuanya lesap.
Hishammuddin Tun Hussein menghadiahkan Kamus Wilkinson yang dibelikan oleh Karim Raslan dari sebuah kedai buku antiquarian di London kepada Anwar pada hari jadinya. Tidak perlu saya kemukakan sanadnya.
Saya terserempak sendiri dengan Karim ketika dia membelinya dan dia membisikan untuk siapa dia membeli kamus lama itu dan kepada siapa orangnya kamus itu akan diberikan.
Bila kami kembali ke tanah air saya memberitahu pemegang Dairi Merah yang ketika itu sahabat intim Hishammuddin. “Min, Hisham akan berikan hadiah untuk hari jadi bos. Aku dah tahu apa hadiahnya.”
Hishamuddin kadang-kadang datang lepak di pejabat Azmin. Begitu sayangnya Azmin dengan Hishammuddin sampai dia sanggup derhaka dengan bosnya. Dalam pertandingan untuk jawatan naib ketua pemuda Umno Anwar Ibrahim menyokong Fatah dari Selangor. Tetapi dalam diam-diam Azmin memandai-mandai membisikkan kepada pemuda supaya menyokong Hisham. Dan Hisham menang.
Akibatnya tiga bulan TPM tidak bercakap dengan Azmin. Selama tiga bulan Azmin seperti hidup dalam neraka. Namun Dairi Merah tidak jua lepas dari tangannya.
Bila Kamus Wilkonson sampai Azmin menunjukkannya kepada saya. Dalam kamus itu, dengan tulisan tangan yang amat feminin, Hishammuddin menuliskan kata-kata sanjungan kepada Anwar setinggi petala langit ke tujuh untuk Anwar. Anwar adalah gurunya, sanjungannya, ikutannya dan lain-lain kata munafik.
Dua tahun lalu, di Ipoh, Ezam berkata di perhimpunan AMK bahawa dia masuk Umno kerana Anwar Ibrahim dan dia keluar Umno kerana Anwar Ibrahim. Perwakilan AMK memberikan tepukan gemuruh. Kawan-kawanku, baru-baru ini apabila Ezam memanggil Anwar sebagai “mentor” dan “bapa” maka saya teringat apa yang ditulis oleh Hishamudin dalam Kamus Wilkinson.
No comments:
Post a Comment