Wednesday, October 22, 2008
Adik Oh Adikku..
Pada suatu hari.........kawan aku dengan serius bercerita pada aku.... "Aku bengang betul dengan adik aku yang bongsu tu", rungut kawan aku. Lalu aku bertanya "Kenapa bengang sangat ni?""Ada ke patut bila aku tanya apa dia nak jadi bila dewasa, dia kata nak jadi Power Ranger warna merah" sambung kawan aku.
"Biasa la, budak" pujuk aku."Tapi aku betul-betul tak puas hati" katanya sambil berlalu.Kesokan hari aku berjumpa lagi dengan kawan aku, dia masih merungut perkara yang sama.
Aku mula rasa tak senang kerana mendengar cerita yang sama berulang-ulang.
Lalu aku bertanya "Yang kau tak puas hati sangat kenapa?".
Dengan serius dia menjawab "Power Ranger merah tu aku nak, patutnya dia pilih la Power Ranger kuning ke, biru ke" ?????!!@@!?? huhuhu
Tuesday, October 21, 2008
Tanah,Air,Api & Angin
Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
WauAllahhuallam...
Malaysia Tak Sebijak Brazil...???
"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar,"
Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit,
"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?"
Di sebalik ungkapan berjimat yang dilaungkan oleh kerajaan, di samping itu juga lah perbelanjaan membabi-buta dilakukan. Daripada membeli 12 unit helicopter kepada membeli sebuah bank di kala krisis ekonomi dunia yang melibatkan semua bank melanda. Di manakah rasionalnya Kerajaan Malaysia?
Hari ini Raja Nazrin bertitah, bahawasanya krisis kewangan harus ditangani secara bijak. Adakah pembelian Eurocopter ini adalah satu pembelian bijak? Bagaimanakah bijak itu didefinasikan apabila Kerajaan Malaysia yang 'bijak' membeli sebuah heli dengan harga RM193juta berbanding Brazil yang membelinya dengan hanya RM82juta.
Apakah juru-runding kita tidak sebijak juru-runding Brazil? Apakah juru-runding kita dapat komisen macam beli scorpane dulu? Mungkin jika bermain bolasepak, kita tewas dengan Brazil, tapi dari segi kepandaian membeli kelengkapan tentera pun kita kalah. Mengapa tidak boleh buat perbandingan dulu? mengapa tak survey harga pasaran dulu? Kalau kita orang kebanyakkan ni nak beli handphone pun akan merayap 5-6 kedai sebelum membuat pembelian.
Berkenaan Maybank, di manakah kewarasan sebuah syarikat perbankan gergasi milik negara apabila membeli sebuah bank di Indonesia sewaktu kegawatan ekonomi dunia sedang hebat melanda? Pembelian tersebut menyebabkan beberapa BILION hilang sekelip mata kerana nilai pembelian yang sangat tinggi di musim 'luruh'.
Sungguh banyak wang rakyat telah disonglap sejak akhir-akhir ini. Berbilion-bilion. Agaknya jika wang tersebut diagih kepada yang memerlukan, sudah tentu sedikit sebanyak masalah kemiskinan tegar dapat dirawat. Berapa banyak pulak rumah flat kos sederhana yang dapat dibina dengan wang bilion-bilion tersebut.???"
Chikungunya & Kesedaran
Apakah demam Chikungunya ini merupakan bala , musibah atau wabak , hanya ALLAH yang Maha Esa yang lebih mengetahui.
Di Malaysia kesedaran rakyat masih amat kurang berkenaan demam ini. Rata-rata penduduk Malaysia sudah semakin kurang bergotong royong , menjaga kebersihan taman perumahan dan kampung-kampung untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk yang menyebarkan demam Chikungunya.
Begitu juga kesedaran apa yang harus dilakukan jika diserang demam ini. Mereka semata-mata bergantung kepada ubat yang dibekalkan klinik dan hospital tanpa mengambil inisiatif untuk mencari kaedah pemakanan yang sesuai untuk menangani penyakit ini.
Antara yang disyorkan kepada mereka yang menghidap demam ini ialah banyak minum air kosong , banyak makan sayur mentah dan buah terutama tomato, minum air barli . minum teh herba. Dikatakan juga air kelapa juga adalah baik untuk rawatan demam Chikungunya
( Rujukan : http://www.ayurvedictalk.com/coconut-water-could-be-the-best-solution-to-chikungunya/806/ )
Penghidap demam ini harus mengelak dari mengambil Aspirin. Juga kurangkan garam dalam makanan , kurangkan gula , kurangkan mengambil susu dan produk dari tenusu , kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Elakkan minum teh , kopi , air berkarbonat.
Justeru itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai demam ini. Walaupun demam ini jarang membawa maut tetapi pesakit yang menghidap demam ini mengalami sakit sendi yang serius dan ada yang ke tahap kritikal sendi bengkak-bengkak sampai tidak dapat bergerak.
Rujukan lain :
http://aches.in/naturalcuresarthritis.html
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20060702055302AASpKqv