"Seorang kawan aku yang begitu perihatin dengan masa depan adik-adiknya. Dia selalu mengambil berat tentang pelajaran adik-adiknya.
Pada suatu hari.........kawan aku dengan serius bercerita pada aku.... "Aku bengang betul dengan adik aku yang bongsu tu", rungut kawan aku. Lalu aku bertanya "Kenapa bengang sangat ni?""Ada ke patut bila aku tanya apa dia nak jadi bila dewasa, dia kata nak jadi Power Ranger warna merah" sambung kawan aku.
"Biasa la, budak" pujuk aku."Tapi aku betul-betul tak puas hati" katanya sambil berlalu.Kesokan hari aku berjumpa lagi dengan kawan aku, dia masih merungut perkara yang sama.
Aku mula rasa tak senang kerana mendengar cerita yang sama berulang-ulang.
Lalu aku bertanya "Yang kau tak puas hati sangat kenapa?".
Dengan serius dia menjawab "Power Ranger merah tu aku nak, patutnya dia pilih la Power Ranger kuning ke, biru ke" ?????!!@@!?? huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment