Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.
Saturday, June 13, 2009
Tabur Paku
Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.
Amaran...???
Pembunuhan ala Mafia terhadap D. Kolandasamy, 47, berlaku pada pukul 8.22 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumahnya sambil memerhati ternakannya.
Dua daripada tiga lelaki tersebut turun dari kereta dan menghampiri Kolandasamy sebelum mereka melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.
Selepas ditembak, kepala dan leher mangsa kemudian ditetak beberapa kali dipercayai bagi memastikan mangsa mati. - kosmo
Adakah ini amaran dari Along kepada peminjam peminjam lain?
Ucapan di GENEVA
The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.
Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.
The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board. The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.
My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation. Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.
The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally. I call on the Malaysian government to facilitate this visit.
I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release.
It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father. Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.
I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.
Zaid Ibrahim masuk PKR
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.
Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.
Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.
Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.
“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.
Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.
Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”
Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:
“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.
Minda Editor
Thursday, June 11, 2009
Policeman ID
Dear All , Another precaution and safety issues to take note. Please remind it to your friends and relatives and your loved ones for their safety.!!!!
Below is the real policeman ID:
KL and JB among most expensive Asian cities
An ECA International survey on the 50 most expensive Asian cities ranked Kuala Lumpur at number 38, Johor Baru (40th) and George Town (42nd).
Globally, Kuala Lumpur is placed 210th, Johor Bahru (216th) and George Town (218th).
According to ECA, strong currencies were pushing up the cost of living in Asian locations.
Tokyo, it said, remained the most expensive city in Asia due to the appreciation of the yen against other major currencies.
Others are Beijing (ranked 5th), Shanghai (6th), Hong Kong (7th) and Singapore (10th).
ECA regional director for Asia Lee Quane said the strengthening of Asian currencies was the factor which contributed to the region being more expensive for visitors than it was a year ago.
The cost of living survey is carried out by ECA bi-annually by comparing a basket of commonly purchased consumer goods and services in 370 locations worldwide. — Bernama
Sumber: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/11/nation/4095888&sec=nation
Sampah Jadi Minyak
Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri.
Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur.
Pengerusi Eksekutif Greenbase, Tan Sri Halil Abdul Mutalib berkata, pada masa ini loji pertamanya mampu menghasilkan 5,000 liter minyak daripada lima tan sampah sarap dalam masa sehari.
Katanya, proses berkenaan bermula dengan pemotongan sampah sarap yang boleh diuraikan seperti plastik, kertas dan kayu menjadi kepingan kecil.
''Semua bahan ini akan dimasukkan dalam kebuk khas untuk tempoh yang tertentu dan 80 peratus daripadanya akan ditukar menjadi minyak mentah.
''Selebihnya ia menjadi arang berkualiti tinggi yang tidak menghasilkan asap,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian loji milik Greenbase di Seksyen 28 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Halil berkata, pihaknya mengalu-alukan para pelabur yang berminat untuk menjalinkan kerjasama.
Katanya, industri itu menjanjikan pulangan lumayan dan berdasarkan perkiraan pihaknya, pelaburan antara RM50 ke RM60 juta mampu menghasilkan pulangan RM30 juta dalam masa setahun.
''Kos pengeluarannya amat rendah dan ia membolehkan minyak berkenaan dijual lebih rendah atau setanding dengan harga pasaran,'' katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Halil berharap teknologi yang dimiliki pihaknya dapat mengurangkan beban pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aspek pengurusan bahan buangan yang semakin kritikal.
Sehubungan itu, katanya, Greenbase akan menjalinkan kerjasama dengan PBT untuk memanfaatkan bahan buangan yang akan dilupuskan mereka.
''Dengan ini PBT tidak perlu lagi membuka tapak pelupusan sampah yang baru, lagipun kewujudan tapak pelupusan sampah mengundang pelbagai masalah alam sekitar,'' katanya.
Keluarga tahanan ISA masih perlu dibantu
Walaupun dihebohkan agak ramai tahanan ISA dibebaskan baru-baru ini, namun kita harus ingat bahawa di dalam sana, di Kamunting, masih lagi berlaku kezaliman yang berleluasa, yang memerlukan perhatian serius kita.
Saya bimbang rasa sensitif kita terhadap penganiayaan oleh ISA semakin luntur apabila kian ramai tahanan ISA dibebaskan. Sepatutnya tekanan harus berterusan dihalakan kepada kerajaan yang zalim ini, yang secara bermaharajela melakukan tangkapan borong tanpa bicara.Selain itu, saya juga tidak pasti dengan nasib dana bantuan kepada keluarga ISA, seperti yang diusahakan oleh pihak Harakah. Kalau dulu agak kerap juga berita-berita sumbangan yang disampaikan, antara lain oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah sendiri, Ahmad Lutfi Othman, sehingga menyeberangi Laut China Selatan, ke Sabah.
Saya harap tabung itu terus dipergiatkan.
Di sini saya perturunkan nombor akaun bank yang berkenaan, yang sebelum ini selalu diuar-uarkan melalui iklan dalam Harakah dan Harakahdaily: HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.
Tak sesuai - Dr Mahathir
Kerajaan perpaduan berasaskan satu parti pemerintah tanpa pembangkang tidak baik bagi politik negara, kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, negara memerlukan pembangkang bagi memberi keseimbangan terhadap pentadbiran kerajaan yang memerintah supaya ada pihak membuat teguran.
'Ini sesuatu yang tidak sihat... tanpa pembangkang adalah umpama seseorang itu tidak mempunyai cermin untuk melihat sama ada dia cantik atau tidak,' katanya .