Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, February 21, 2009

Test Power

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya sebagai "satu gertakan".

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan).

"Ini manusia tak boleh digertak," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, di padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Majlis anjuran PKR Selangor dan Kuala Lumpur turut dihadiri perwakilan asing termasuk daripada Australia dan India yang bertujuan untuk mengutip dana parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Syed Husin Ali; Naib Presiden Azmin Ali dan Sivarasa Rasiaha; Ketua Penerangan, Tian Chua (Ketua Penerangan) serta kepimpinan PKR negeri.

Sebelum ini menteri besar Selangor itu didakwa menggunakan wang kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya.

Susulan itu, Gerakan Anti-Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri.

Semalam dilaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

'BN cemburu'

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut didakwa menyalahgunakan wang kerajaan untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada surau dan masjid di parlimen tersebut.

Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun. Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik daripada mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

Ini kerana, tambah Khalid, kerajaan Pakatan telah mantap di Selangor dan tidak boleh dipecahkan.

"Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," katanya.

Beliau juga menyifatkan pemimpin BN sudah kehabisan dan kekeringan idea kerana cuba meniru Selangor sewaktu mengisytiharkan slogan "merakyatkan pembangunan di Terengganu" sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akhir bulan lalu.

'Pancing Adun PKR'

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama dengan pemimpin Pakatan tidak akan menyerah kalah dengan serangan dan gangguan daripada kerajaan BN.

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Dalam majlis tersebut, Anwar yang ketua pembangkang menjelaskan ugutan, gangguan dan tawaran BN untuk memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke parti tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang berucap kira-kira 30 minit, turut mendakwa SPRM 'memilih bulu' dalam menyiasat dakwaan rasuah yang dilaporkan kepada meraka.

Beliau mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

Tayangan video

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.

Dalam majlis itu juga, Anwar turut menempelak BN yang mengamalkan 'politik menculik' dua orang wakil rakyat PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - untuk membolehkan mereka merampas kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya percaya dengan mahkamah, jangan cuba berselindung di belakang istana.

"Serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan, siapa yang berhak memerintah negeri Perak," katanya.

Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau menempelak Umno dan BN yang menjuarai untuk bercakap soal moral.

"Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," katanya dengan nada marah.

Sementara itu, majlis makan itu turut diserikan dengan tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India oleh penari-penari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), persembahan orkestra dan nyanyian lagu kantonis oleh seorang penyanyi Melayu.

Penganjur juga turut memasang tiga layar putih berukuran 3x3 meter untuk tayang video '308: Tsunami' yang antara lain memaparkan gambar lautan perhimpunan 'Protes' yang berlangsung November dua tahun lalu serta visual rakaman video V K Lingam.

Karpal bidas Ahmad Said

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh membidas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara terbuka mendedahkan terdapat "bukti dan keterangan kukuh" terhadap menteri besar Selangor, sebelum mendapat kebenaran Peguam Negara.

Menurut Bernama, Karpal, yang juga seorang peguam kanan dan anggota Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan KAhmad Said sebagai tidak kompeten untuk menyiasat kes itu.

Katanya beliau akan merujukkan Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwaraya.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Green Hall di Pulau Pinang hari ini, Karpal berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa.

AirAsia approached to sponsor Man United jersey

Low-cost-carrier AirAsia Bhd has been approached by Manchester United to sponsor the jersey of the football giants.

This was revealed by AirAsia chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes in his blog on Wednesday.

"Manchester United have just approached me on whether AirAsia would be interested in becoming their shirt sponsor," said Fernandes in his blog.

He said having the players of the most famous football club in the world donning jerseys with the name and logo of a Malaysian-born global brand was something all Malaysians could be proud of.

He, however, did not state whether AirAsia would make the commitment and asked visitors to the blog to give their feedback.

As of today, 88 per cent of the visitors voiced their support.

Manchester United had to find new sponsors for the jersey after insurance giant AIG (American International Group), which is facing financial difficulties as a result of the world economic crisis, did not seek to renew the deal.

The four-year sponsorship contract with AIG, due to expire in 2010, is reported to be worth US$100 million (RM360 million).

Earlier this year, the club was also reported to have invited India's Sahara Group to enter the sponsorship deal.

United, who are now leading in the English Premier League, have also announced that Malaysia would be one of their destinations in the club's Asian tour this year.

Their match against a Malaysian selection is scheduled for July 26.

Freeze on Nepali security jobs

The government has announced an immediate freeze on employing Nepalis as security guards and might send back, in batches, about 300,000 already hired on the grounds that they might pose a security risk.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar told Parliament that too many Nepalis were employed in the security industry and most had military training and could handle firearms.

"They pose a possible security risk," Syed Hamid said.

Lawyers and human rights activists dismiss the security fears, saying the government is looking for excuses to create jobs for unemployed Malaysians whose numbers have risen from about 3,000 in September last year to around 80,000.

In December and January, about 270,000 foreign workers who had lost their jobs after manufacturing and electronic factories closed down were sent back to their home countries.

About 30,000 Malaysians had lost their jobs in Singapore and returned, putting the government under pressure to retrain them, pay welfare benefits or help them get work.

The government has started various schemes to retrain unemployed locals and find new jobs.

In January, it froze the employment of foreign workers in some sectors.

There is a high demand for Nepali security guards because they speak English, often have police and military backgrounds and are willing to work long hours for low wages.

Human Resources Ministry officials said they were planning to raise wages for security guards from about RM500 to RM1,500 to attract Malaysians.

Syed Hamid said the number of Nepalis in the country had risen to alarming levels.

"They all have military training, which can be a security risk to the country," he said. "If the security industry has only foreigners, it will have an impact on national security if not handled well."

Syed Hamid said locals in the security industry numbered about 200,000.

"They are just finding excuses to get rid of the Nepali security guards," said Irene Fernandez of Tenaganita, a human rights NGO.

"Going by experience, Nepalis are hardworking, committed and very law-abiding," she said, urging the government to respect national and international labour codes when sending home retrenched workers.

"If retrenchment cannot be avoided, the government must ensure employers pay up all outstanding wages and in addition offer sufficient retrenchment benefits before they are sent home."

Moral UMNO (Bah. Dua) Pembaziran Wang Rakyat

k-terengganu-by-election-049

Bayaran sewa canopy sahaja: RM6 juta. Gila punya perbelanjaan!!

k-terengganu-by-election-051

Melihat kepada trak polis yang berderet di Kuala Terengganu semasa prk Kuala Terengganu,sudah macam nak pergi perang.

Perbelanjaan yang telah diboroskan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk menempatkan 3,376 anggota polis (sebenarnya makin ramai anggota polis, semakin porak-peranda jadinya) semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

  • Alaun Perjalanan - RM2,700,000
  • Makan dan Penginapan - RM4,500,000
  • Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000
  • Komunikasi dan Peralatan - RM50,000
  • Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000
  • Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000
  • Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000
  • Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000
  • Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000

Bayangkanlah betapa kerajaan UMNO/BN memborosi wang RAKYAT. Dalam keadaan ekonomi negara meleset ini, RM15 juta telah dihabiskan hanya untuk anggota polis. Ini baru hanya satu prk!!

Yang paling pelik, perbelanjaan untuk sewa canopy/kemah sahaja sudah mencecah RM6,000,000!!! Kita sudah boleh agak siapa yang dapat kontrak menyewakan kemah-kemah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tak nak siasat ke? Polis-polis ini pergi makan angin ke? Ada sebahagian kemah yang siap berhawa dingin. Untuk muntah kedarah saja habis RM4.5 juta. Tidak cukup dengan itu, mereka muntah kedarah lagi dengan makanan ringan sebanyak RM65 ribu.

Inilah moral kerajaan UMNO/BN dalam perbelanjaan ‘berhemah’.

Moral UMNO Tajaan Dr. Khir Toyo (Bah. Satu)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) - Heboh dan hangat diperkatakan! Seorang wakil rakyat wanita Barisan Nasional (BN) telah ditangkap berkhalwat dan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim di sebuah hotel terkemuka di ibu negara beberapa hari lalu.

Menurut sumber, serbuan dan tangkapan ke atas wakil rakyat kawasan Selangor itu dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri setelah mendapat maklumat daripada orang ramai dan difahamkan penangkapan itu tidak disertai oleh anggota penguatkuasa agama tetapi telah dimaklumkan kepada pihak polis.

Sumber turut memaklumkan bahawa suami wakil rakyat tersebut akan menfailkan perceraian ke atas isterinya itu di Pusat Islam dalam masa terdekat ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bahagian Gombak dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) termasuk Balai Polis Jalan Tun Razak dan Sentul telah dihubungi namun sehingga kini pihak yang berkenaan tidak dapat memastikan atau mengesahkan tentang laporan penangkapan itu.

Kejadian ini amat memalukan dan memberi tamparan hebat kepada Menteri Besar dan BN Selangor kerana terpaksa berdepan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat yang selama ini melihat seolah-olah BN dan Umno juara dalam membicarakan serta menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Ini juga dilihat seperti mengulangi senario panas skandal pemimpin Umno Selangor yang lalu yang pernah dibangkitkan berikutan dua orang pemimpin Umno, seorang ahli dewan rakyat dan seorang ahli dewan negara didakwa telah melakukan khalwat kerana berdua-duaan dalam keadaan sebegitu intim.

aBerikut adalah cabutan laporan polis yang dibuat oleh suami Senator berkenaan di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006,yang dipetik daripada Roslan SMS blog yang antaranya menyebut:

‘Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato’ Dr Rahman bin Ismail, Ahli Parlimen Gombak, berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu Kelantan semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan dan dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.’

Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang terlibat dalam kes itu merupakan anak Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Tan Sri Onn Ismail./wann

Kerajaan Rakyat: Beratus isu moral UMNO akan diulangkaji khusus buat “Bakal Bekas Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia” - Mr. Khir Toyo. (Juara Bertahan Kaki Temberang). UMNO dan seluruh keturunan Jawa akan mendapat aib andainya bekas Menteri Besar Selangor ini menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Perwakilan UMNO kena pilih: Hendak dapat aib atau humbankan Khir Toyo jauh daripada kepimpinan UMNO.

Seorang pemimpin UMNO peringkat Nasional beritahu saya, “Untuk pulihkan UMNO Selangor, Khir Toyo mesti ditebas”

MB Selangor Dedah Penyelewengan Khir Toyo



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu.


Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah untuk tujuan yang meragukan.


Tan Sri Khalid berkata salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150 ribu daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB.


Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di makkah untuk kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.


Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak menutup mulut ketua pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya menjaga mulutnya.


Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai pengacau kepada program pembangunan rakyat.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan yang dibuat Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”


Beliau berkata Khir Toyo bukanlah insan yang layak untuk mencari khilafnya kerana ketua pembangkang Selangor itu sendiri bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa sewaktu menjadi menteri besar selangor.


Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor berucap di Kem Bina Kemantapan, Agen Penerangan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Carlton Holiday Hotel And Suite, Shah Alam.

Menang jadi abu kalah jadi arang, Rakyat rentung !

Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.


Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori, lapor Bernama.

Rakyat semakin tertekan disaat harga barang keperluan masih tinggi. Bencana kehilangan pekerjaan menambahkan derita.
Media massa lebih minat untuk membuat liputan kisah bogel , kisah derhaka , kisah speaker perak . Liputan berita begini yang menjadi pilihan mereka.
Rakyat sudah dikaburkan daripada kisah yang sepatutnya mereka tahu.Lebih utama media massa wajib memberi peringatan secara konsisten tentang ancaman krisis ekonomi yang melibatkan periuk nasi secara langsung.

Rakyat sewajarnya di ingat tentang tabungan , berjimat, pelaburan , perbelanjaan perubatan dan pelbagai cara menambah serta menstabilkan ekonomi keluarga.
Kini Pemuda Umno sibuk menghimpunkan pemuda kononnya untuk mempertahankan Intitusi Raja Melayu hingga ketitisan darah yang terakhir .Aduhai ! hebatnya siap dengan tayangan visual tentang kehebatan kesultanan Perak .

Kita mahu ingatkan bahawa yang memekik ' daulat tuanku ' didalam PWTC itu akan ramai dibuang kerja jika ekonomi terus meruncing .
Buat penyokong PR juga ,kita saling mengingati jangan terlalu tumpu kepada politik yang semakin hilang arah .

Kita berharap disamping berpolitik para pemimpin kedua - dua pihak wajib memikirkan secara serius dan bersama agar rakyat terpimpin kearah realiti semasa .
Umno janganlah terlalu bongkak jika diajak berbincang .ketika ini persiapan negara untuk menghadapi kemelesetan masih banyak yang dipertikaikan .
PR dan BN wajib duduk semeja demi kesejahteraan rakyat .Janganlah berpolitik sehingga rakyat yang hancur lebur .

SPRM sibuk dakwa MB Selangor, MB BN bagaimana?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.


[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor.

Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/salah-guna-kuasa-kertas-siasatan-telah.html

Hayat Dan Legasi

Assalamualaikum

Pastikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Pastikan hari esok akan lebih baik daripada hari ini.

Ini adalah baris-baris yang aku rasa sudah sinonim dengan kehidupan manusia yang berjangka hayat. Berjangka hayat?

Kita ada hari, minggu, bulan dan tahun. Kita ada istilah dekad, suku abad, setengah abad dan satu abad. Kita ada saat, minit dan jam. Semua ini kerana manusia itu berjangka hayat.

Jangka hayat menyebabkan manusia memerlukan sesuatu panduan untuk menongkat survival kehidupan mereka. Sama ada ianya berbentuk assumption/andaian atau fakta kukuh, manusia tetap tidak akan lari daripada mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai asas kepada tindakan mereka.

Di kala ini misalnya, ahli ekonomi umpama nujum, di mana andaian mereka sangat ditagih oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan. Apa sahaja buah fikiran dan analisa mereka akan diberi fokus yang tinggi, memandangkan suasana semasa ekonomi dunia yang tidak menentu.

Ramalan kaji cuaca, analisa politik, sukan dsb. Semua perkara ini mendapat tempat dalam penilaian manusia yang mahu menilai (sesuatu).

Namun, jika kita selidiki betul-betul, apakah yang sebenarnya perlu dinilai oleh manusia amnya dan Muslim khasnya? Apakah sekadar mengenal pasti solution atau alternatif terhadap sesuatu kemungkinan?

Apa yang seharusnya diadakan agar hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam? Dan apa pula yang perlu dilaksanakan esok agar ianya lebih baik daripada hari ini?

Itulah legasi. Hari ini (semasa) adalah warisan hari semalam. Dan begitulah seterusnya.


Manusia pula memiliki umur. Inilah sifat sesuatu yang berjangka hayat. Umur bukan dibawah kawalan manusia, ia ketentuan Pencipta.

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian itu dijadikanNya kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Seorang perempuan tiada akan mengandung dan tiada akan melahirkan kandungannya, melainkan dengan ilmu Allah. Dan tiada akan dipanjangkan umur orang yang panjang umurnya, dan tiada akan dikurangi umurnya, melainkan tertulis dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah mudah belaka.

Surah Faatir. Ayat 011.


Bila jangka hayat ini dihubungkan dengan legasi, manusia seharusnya boleh mencapai satu kepastian yang lebih tepat. Manusia akan lebih nampak realiti yang rasional.

Realiti perlu sesuatu yang bersifat rasional. Realiti semata-mata tetapi tidak rasional akan melahirkan tindakan yang bersifat dangkal, lemah dan yang paling besar sekali adalah bongkak atau penting diri.

Apabila realiti bersifat rasional, pelaku akan meninggalkan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk pewaris.

Umpamanya dalam perjuangan. Apabila seseorang yang berada di kerusi pemimpin bertindak tanpa sesuatu yang rasional, realiti yang dilahirkan nanti akan mengundang pelbagai petembungan yang menggugat perjalanan kerja dan perjuangan itu sendiri.

Bukan mencari salah, tetapi inilah kepentingan berpandangan jauh dan bertindak atas prinsip fardhu kifayah.

Lihatlah apa jadi kepada struktur pendidikan negara kita sendiri. Walaupun setiap tahun kita melahirkan para pelajar yang membalun semua A selagi boleh, adakah kita sudah boleh mendabik dada tentang kekuatan bidang ilmu di negara kita, atau setidaknya berpuas hati dengan sistem tersebut?

Cuba renung kembali, bukankah kita masih sahaja bergantung dengan bijak pandai dari luar negara? Kita masih sahaja menagih pelaburan dari syarikat luar, hatta industri makanan sekalipun. Mana perginya semua bjak pandai itu?

Tanpa menafikan kecemerlangan pelajar itu sendiri, aku berpendapat mereka semua akhirnya hanyalah alat yang akan jadi pengukur kepada prestasi pemimpin, dalam konteks ini ialah barisan Kementerian Pendidikan itu sendiri.

Kalau boleh, setiap kali bertukar tangan jawatan-jawatan ini, akan lahirlah sistem baru dan penghapusan sistem lama, tanap menilai sedalam-dalamnya akan keperluan dan rasionalnya mempertahankan atau memansuhkan yang lama.

Inilah antara masalah yang boleh timbul jika tiada kesinambungan dalam legasi. Salah ini harus ditanggung oleh yang lama dan juga penggantinya.

Kita perlu berjuang untuk membentuk legasi perjuangan itu sendiri. Lihatlah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Adakah baginda SAW memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur baginda SAW supaya da'awah boleh disambung terutamanya ke kawasan luar Mekah dan Madinah? Tidak bukan!

Baginda SAW telah tinggalkan landasan perjuangan yakni da'awah yang berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Baginda SAW, sebagai manusia normal, yang akan menghadapi kematiaan atau pengakhiran hayat kehidupan telah melakukan sesuatu yang sewajarnya, sesuatu yang kena dan tepat untuk zaman awal Islam, iaitu memperkukuhkan minda dan rohani Muslimin zaman itu.

Lihatalah kesannya. Hasil pembangunan rohani itulah terbentuknya legasi perjuangan yang sangat utuh, di mana Islam tersebar dengan sungguh meluas di zaman para sahabat RA.

Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan perbuatan baik, bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi, sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka, dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah disukai oleh Tuhan, dan akan menukar mereka sesudah ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka menyembah Aku dan tidak mempersekutukan barang sesuatu dengan Daku. Barangsiapa yang ingkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang jahat.

Surah AnNuur. Ayat 055.


Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Kita tidak boleh syok sendiri. Terimalah hakikat tentang hayat dan umur kita, dan mulalah berfikir serta bertindak dengan serasional mungkin, agar landasan yang bakal ditinggalkan adalah yang sebaik mungkin untuk generasi kemudian.

Jika kita sentiasa mahu melihat dengan mata kepala kita sendiri akan kejayaan, nescaya kita akan menghalalkan banyak perkara yang salah. Kita akan jadi penting diri.

Lihatlah perjuangan Israel. Mereka memang perosak yang durjana, tetapi jika kita teliti perancangan mereka, kita boleh lihat betapa bersistemnya hal tersebut.

Mereka ini tidak sedikit pun mengejar darjat peribadi, sebaliknya apa yang mereka sasarkan ialah kemenangan total untuk puak mereka. Setiap pemimpin mereka akan menyambung legasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Walaupun tetap ada perubahan, namun ia tidak sehingga merencatkan kesinambungan agenda mereka. Mekanisme sebeginilah yang penting dalam mewujudkan legasi perjuangan yang teratur.

Aku tidak memuji, tetapi sekadar mahu kita berfikir.

Padahal, Rasulullah SAW dan para sahabat RA telah meninggalkan satu legasi yang cukup baik dan kemas. Cumanya, kesilapan demi kesilapan serta sabotaj pihak musuh menyebabkan kita alpa dan tersasar!

Inilah hakikatnya. Perjuangan kebanyakan pihak sekarang adalah bersifat peribadi. Naik pemimpin yang baru, habis dicantasnya tinggalan pemimpin lama, baik perkara positif mahupun negatif.

Perjuangan ini bukan kerana nama. Perjuangan ini adalah tanggungjawab, iaitu bagaimana mahu memastikan da'awah Islam sentiasa relevan.

Kita tiada jaminan akan hidup di zaman kemenangan Islam, tetapi Allah SWT memberikan kita segenap peluang untuk menjadi sebahagian daripada jemaah yang akan mempelopori perjuangan suci ini.

Sekiranya ia berlaku di masa depan, biarlah landasannya di bina daripada sekarang, dan moga kitalah yang menjadi buruhnya.

Fakta Menarik


 Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Merdeka Street Center beberapa fakta menarik telah ditemui untuk dibongkar dan diperhalusi oleh mereka-mereka yang berkenaan.

1. SPRM mendakwa mereka mempunyai beberapa bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor hasil beberapa siri penyiasatan mereka bersama lembu-lembu korban. Kemungkinan juga lembu-lembu itu adalah diantara yang pernah di "HON" oleh LEXUS Tan Sri Khalid kerana berada ditengah jalan.

Cuma yang bakal menjadi masalah pada Peguam Negara kini ialah ketiadaan bukti kerana kebanyakan lembu-lembu itu sudahpun dikorbankan , dan kemungkinan lagi Peguam Negara akan mengarahkan anak lembu atau saudara mara lembu untuk menjadi saksi yang akan diusung ke Mahkamah.

2. Karpal Singh sepatutnya tidak membuat laporan polis kerana beliau mendapat peluru hidup yang secara logiknya mahu beliau terus hidup, lainlah sekiranya beliau menerima peluru MATI.

3. Ibrahim Ali selaku pemegang rekod dalam acara lompat negara,terpaksa membaling songkok untuk mempertahankan rekod yang disandangnya selama 10 tahun berturut-turut.

4. Kak Pidah tidak mahu menjalankan kempen untuk berebut jawatan Wanita UMNO kerana ingin menumpulkan perhatian kepada 2 bukit sedangkan PRK hanya diadakan selepas Pemilihan UMNO..Kenape ye?.

5. Menurut Mstar edisi melayu, Polis memohon bantuan dari teman lelaki Elizabeth untuk melengkapkan penyiasetan mereka..Anda rasa pelik tak..polis mohon bantuan dari orang jahat.." Tolonglah bantu helmi..tolonglah.."..hehehehe..

6. Apabila sesuatu kes yang memang "nak kena kat mereka",kes tersebut akan segera dipindahkan ke Bukit AMAN untuk mengAMANKAN kes tersebut disitu.

7. Pemuda Umno Bahagian Kubang Kerian hari ini membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar atas dakwaan melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak kerana mereka terlupa yang Kubang Kerian itu bukan salah satu daerah di negeri Perak.

8. SPRM telah ditukar mottor enjjin twin turbo karberator 1500cc kepada " SIASAT PEMBANGKANG RAKYAT MALAYSIA" untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada KERAjaan.

9. Siasatan sesuatu kes akan terjejas sekiranya terdapat rungutan dari pihak pembangkang, kerana ini akan menyebabkan SPRM terpaksa "mengubah" skrip berkali-kali untuk menyedapkan penyiasetan.

10. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis mungkin akan meminta bantuan Interpol bagi membantu mengesan Hilmi Malek(Elizabeth) kerana beliau hanya bijak dan cekap menangkap penceramah didalam negara sahaja.

11. Hisamkodin Tun Husin yang bercadang menganjurkan perhimpunan "men jung jung kasih" dipercayai masih lagi mahu menggunakan tektik dan teknik lama iaitu upacara " mencium keris " untuk mengatasi masalah gagap beliau apabila mahu berkata-kata.

12. Guru Besar Tadika KEMAS Malaysia, Mat Mesin Taip dipercayai sedang berusaha untuk membawa kanak-kanak dan guru-guru kemas yang akan digunakan untuk meraih undi bagi berebut kerusi Timbalan Presiden UMNO.

13. Apabila anda menghadapi masalah peribadi,pergilah bercuti di luar negara, kerana di luar negara suasananya aman damai, kos sara hidup rendah dan minyak pun murah seperti contoh Indonesia..kui..kui..kui..

14. Menteri Besar BN Perak mahu menggunakan saluran undeng-undeng ke atas Speaker dan beliau nampaknya tidak mahu lagi menggunakan saluran najis yang telah digunakannya untuk merampas Perak.

15. Proton adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta di dunia yang boleh menjual kereta keluaran mereka hanya dengan "Replika kunci ataupun SHOWROOM Bangkai kereta "..HEBAT dan TAHNIAH!!!.

16. Pada awalnya Speaker Perak V. Sivakumar berhasrat mahu menggantung Menteri Besar BN selama 6 bulan sahaja, tetapi membatalkan hasrat nya apabila MB BN itu berani berkata " Ayoma.kita kan keturunan yang sama,kasi settle sudah la.."..terus digantung 18 bulan..

17. Menurut ramalan dan tekaan dari Mereka Street Center ekonomi Malaysia diramalkan lebih teruk selepas pemilihan UMNO kerana PM baru akan menggunakan apa jua cara untuk meraih sokongan yang kuat.

18. Dapatkah anda mencari apa beza Ibrahim Ali dan Ali Rustam? atau apakah persamaan diantara Hamid Albar dengan Mukriz?..tolong jawab

19. Kalau dulu, bila mahu membincangkan masalah ekonomi,Kamilulah dan KJ akan memainkan peranan,tetapi jawatan itu kini telah dirampas dengan jayanya oleh Nazir Razak.

20. Walaupun Bekas MB PERAK- Mahdzir Khalid yang pernah terberak dalam seluar apabila BN kalah di Perak mengaku pernah jumpa ADUN PKR untuk tawaran" juta-juta ria" tetapi ini tidak akan dapat menarik minat SPRM mahupun Fulish untuk menyiasat berdasarkan fakta "Minum kopi secawan 5 juta dan " Kita pun tahu (kemampuan) kita setakat mana."

21. Mungkinkah "SARI" akan menjadi pakaian rasmi isteri-isteri Menteri BN untuk diganti dengan "kebaya nyonya " demi imej penaungnya Rosmah.

22. Pakar pereka Fesyen disarankan agar dapat mencipta fesyen pakaian "TIDUR" atau "MANDI " Bersopan untuk digunakan oleh semua wakil-wakil dari PR.

23. Jika dalam kes MB Selangor,SPRM menggunakan teknik siasat "jentik telur lembu" dan enjin "Twin Turbo Headcamcoder jenama LEXUS", tidak mustahil mereka akan menggunakan teknik "Power AMP Equalizer 3500watt" untuk "mengetes" Sepaker Perak.

24. Ahmad Said Hamdan SPRM boleh kita lihat kejujuran percakapannya melalui teknik "air liur dimulut " ,sekiranya dia bercakap ada air liur di tepi mulutnya,maka itulah bukti "kejujurannya dalam menjalankan tugas demi ....".

25. Tahukah anda mengapa SPR dibawah Pengerusi yang baru tidak mahu menggunakan "dakwat di jari" dalam PRK nanti. Sebabnya " Rashid lupa nak pesan kedai mana ada jual dakwat itu ? ".

26. Selain berfungsi sebagai mengawal keselamatan, Polis juga mempunyai tugas baru untuk mengawal orang sembahyang Jumaat terutamanya melibatkan Menteri Besar BN.

27. Fakta tambahan berdasarkan ayat "KABARNYA " dan BETUL KER?.

- Kabarnya TNB yang ada sebijik ajer di Meleysiya ni mencatatkan kerugian..betul ker?.

- Kabarnya juga TNB telah turunkan sebanyak RM3.00 caj letrik berbanding kenaikkan lebih kurang RM30.00..Betul ker?.

- Kabarnya harga Beras bukan dikawal dan ditentukan oleh pengilang atau pemborong,tapi syarikat milik penuh kerajaan BERNAS..Betul ker?.

- Kabarnya harga minyak di Indonesia lebih murah dari Meleysiya..Betul ker?.

- Kabarnya ekonomi kita tidak terjejas dan masih stabil sebab itulah cuma hampir 80 ribu pekerja Meleysiya ajer yang diberhentikan..Betul ker?.

- Kabarnya segala spesis selipar kasut ditemui banyak di sekitar Changkat Jering,Jelapang serta Behrang bukan lagi JERING,PADI dan BELERANG seperti kebiasaannya..Betul ker?.

- Kabarnya UMNO akan menukar Speaker Perak untuk diganti dengan "Home Teater" ..Betul ker?.

- Kabarnya UMNO akan menggunakan pengaruh "JIN" untuk menawan Bukit Gantang..Betul ker?..

- Kabarnya Ibrahim Ali telah diserang penyakit "PEKAK BADAK" kesan dari perbuatannya baling SONGKOK. Betul ker?.

28. Teknik memancing undi yang bakal digunakan oleh calon-calon UMNO.

- Ali Rustam - Skil memasak " buah melaka perisa ketam ".

- Mat Taip - Skil Tangisan anak-anak kecil sumbangan Tadika KEMAS.

- Hamid Albar & Mukhriz - Skil Bulat dan kilat itu menawan .

- Muhyidin Yasin - Skil kurangkan makan,banyakkan bacaan Yasin

- Khir Toyo - Skil Mai makan daging lembu korban dalam kereta Lexus

- Hisamuding - Skil kucupan Keris panca ragam

- Rahim tambi chik - Skil Aku dah ensem sekarang

- Rais Yatim - Skil nyanyian tangisan anak yatim oleh pemuda Jelebu

( Kajian dan ilham ini telah dijalankan oleh "MEREKA" STREET CENTER bukan Merdeka Street Center ).

Wassalam..

Pelik Tapi Benar

" Negeri Selangor negeri kerajaan pakatan rakyat. Tan Sri Khalid menteri besar bakal diheret ke mahkamah dalam waktu yang terdekat. Kisah lembu 46 ekor dan selenggara kereta milik TS Khalid sebagai kereta rasminya. Junta tentera umno dengan akan mengunakan undang-undang untuk menjatuhkan TS Khalid dan kerajaan Pakatan rakyat Negeri Selangor.

Dan siapa pula lelaki yang bernama Hilmi Malek. Semua akhbar arus perdana menamakan Hilmi Malik kekasih Yb Eli. Dan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammmad Sabtu Osman lelaki yang berukur 30-an bernama Hilmi Malek teman Elizabeth yang terlibat dengan gambar bogelnya.

Yang anihnya cukup pantas PDRM dan SPRM menjalankan penyiasatan tentang dua kes yang masih samar-samar. Kenapa SPRM begitu cepat menyiatkan kertas siasatan TS Khalid menteri besar Selangor?.

Kedua kes gambar bogel Elizabeth yang didedahkan oleh lelaki yang bernama Hilmi Malek, betulke Hilmi Malek kekasih Eli?...Jika betul tak salah. Mungkin gambar yang diambil untuk membuktikan kisah cinta mereka berdua cukup padu.

Lagi ganjil Hilmi Malek tidak muncul. Hanya pehak PDRM mehibahkan gambar dan nama lelaki yabg bernama Hilmi Malek dikalayak umum. Mungkin ada pakatan dengan Umno dan Hilmi Malek?....Kita tidak tahu apa yang sebenar belaku diantara Hilmi Malek dengan Elizabeth dan Umno. Namun susur galur perjalanan macam diatur dengan egitu rapi oleh pemimpin umno negeri dan pusat untuk meruntuhkan kerajaan pakatan rakyat.

Dari pengamatan dan perjalanan politik Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Najib Razak seperti terarah kepada satu jenayah politik yang cukup brutal dan satu bentuk kezaliman yang lebih hebat lagi.

Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising'



 "Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.

Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya.

Health Info

Diet & pemakanan mengikut jenis darah;

Darah A (sila klik)

Darah B (sila klik)

Darah AB (sila klik)

Darah O (sila klik)

Lawan Tetap Lllawan...

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.

“Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.

Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/21/mstar_mutakhir/20090221094900&sec=mstar_mutakhir

80,000 PEKERJA DIBERHENTI SEMENTARA...???



Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.

Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori.

"Sesetengah mereka bekerja empat hari seminggu, sebelum ini, sesetengahnya bekerja 12 jam tetapi kini hanya lapan jam, semunya di bawah kategori pemberhentian sementara kerana mereka tidak ada pekerjaan sepenuhnya seperti yang diperoleh sebelum ini."



woit….. BERHENTI SEMENTARA INI BERAPA LAMA ?.... kah kah kah

kah kah kah…. TUJUH HARI…. TUJUH MINGGU ATAU 7 TAHUN kah kah kah

woit…. CAKAP : OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah…

woit… CAKAP : OUT FUNDAMENTALS IS VERY STRONG…. kah kah kah…

kah kah kah…. JANGANLAH LEBONG… JANGANLAH KELENTONG… kah kah kah…. NAK BODOHKAN ORANG MELAYU KE ?.... kah kah kah

Tukar Tiub

Dakwaan SPRM berbau politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sengaja mencemar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan dakwaan kononnya badan itu mempunyai bukti cukup untuk menghadapkan beliau ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa.

Peguam Sankara Nair berkata kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan itu jelas mempunyai motif politik kerana Tan Sri Khalid adalah pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahmad Said mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh kononnya Khalid menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyelenggara kereta jenis Lexus milik peribadinya serta pembelian 46 ekor lembu korban bernilai 110,400 ringgit.

Khalid telah membuat penafian terbuka terhadap dua tuduhan itu dan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas menteri besar selangor khir toyo yang menyebarkan fitnah itu.

Beliau sebelum ini menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan ahli politik seperti Khir untuk meraih sokongan murahan daripada perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

“Umumnya, SPRM tidak membuat kenyataan mengenai pertuduhan sesuatu kes dalam siasatan atau yang telah pun disiasat,” kata Sankara yang mewakili Tan Sri Khalid.

“Kenapa ketua SPRM tidak mengulas hasil siasatan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail” berhubung kecederaan yang menimpa Anwar akibat dipukul bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor. .

“Tetapi apabila siasatan membabitkan seorang ahli politik pembangkang, ketua SPRM boleh memberi komen menggambarkan beliau sudah pun disabit kesalahan, walaupun belum dituduh di mahkamah, kata Sankara.

Sankara berkata SPRM jelas tidak bersikap professional dan pilih kasih dalam mengendalikan siasatan membabitkan ahli parti pembangkang.

Liputan penuh ikuti: http://www.tvantara.com/v1/video?id=229

Open Letter from Eli

Dear friends,

I have departed today.

Despite having tendered my resignation from all posts, the media and websites continue to intrude into my private life and privacy. I have been informed by several media that they will continue to publish even more lewd graphical, sensational stories of my private life. I have also been told there will be a fresh assault, with more photographs and videos released and circulated in order to completely degrade and bury me.

This is the darkest episode in my life. I have never felt so alone, vulnerable and humiliated. I need to rest and to search for peace of mind to get away from the stormy events surrounding me.

I appreciate the overwhelming support from all quarters, especially my voters, women in particular and party comrades. Words cannot express my gratitude for your gentle kindness.

I have informed my party leaders that I am determined to relinquish all my positions, as a Selangor State Exco Member as well as the State Assemblywoman for Bukit Lanjan. I am thankful for the party leadership’s concern and encouragement. I seek their understanding for my predicament.

My commitment to the ideals of the Parti Keadilan Rakyat remains unwavering. I shall retain my party membership and continue to struggle for a just society with the party.

The nation is at a crisis facing a serious economic recession. Unemployment is rising, while corruption remains rampant. I wish public discussions would concentrate on these important issues rather than analysing my private life. My principle remains the same - I will not answer any questions pertaining to my private life. My private life is not for public scrutiny as I have not broken any law or caused harm to anyone.

I plead to the media as well as my supporters to allow me some peace of mind, and to give me space. I urge the media to leave my family, friends and I alone. Please do not continue to shame my family and I, so that we have a chance to lead a normal life as ordinary citizens.

Lastly, I wish to thank the support from the public that has been pouring in ceaselessly. I am very moved and eternally grateful to my friends and colleagues who stand by me. There is nothing in this world that can repay your kindness.

ELIZABETH WONG

Friday, February 20, 2009

F&N and Coca-Cola end relationship in Jan 2010

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) announced today that its bottler’s and distributor’s agreements with Coca-Cola Company which are due to expire on January 26 next year will not be renewed.

In its filing to Bursa Malaysia today, F&N said the impact on profitability for the following year may be material depending on the outcome of the post-termination transition plan, if any.

The company said it will make further announcements as soon as more information becomes available.

Currently, the soft drinks division is the single largest profit contributor to the F&N group, accounting for 48 per cent of the total operating profit.

F&N said sales revenue of the Coca-Cola products amounted to RM421 million or 35 percent of the division’s revenue in the financial year 2007/2008. — Bernama

Bank Negara agency expects higher debt problem cases

Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK), an agency set up by Bank Negara, expects a surge in the number of financially-distressed individuals seeking counselling and debt management services this year.

Chief executive officer Mohamed Akwal Sultan said more people might not be able to meet their financial commitments in view of the current economic downturn.

There could be more lay-offs and shorter working hours, rendering people in a tight spot for money.

“Last year, the number of counselling services increased to 41,447 from 25,320 in 2007,” he said.

“AKPK also handled 11,958 cases involving debt management programmes in 2008, an increase from 7,614 cases in 2007,” Mohamed Akwal said, adding that he expected more cases on credit cards and housing loans.

The Association of Banks in Malaysia recently lowered interest rates for credit cards by between 0.5 per cent and 1.5 per cent for Tier-1, Tier-11 and Tier-111 credit cardholders.

Late payment fees will be slashed to a minimum of RM5 and a maximum of RM75 effective March 31.

However, many parties viewed the interest rate cut as not good enough.

Mohamed Akwal said the reduction would only benefit the 40 per cent who currently elect to leverage on the credit made available under the credit cards.

It may also encourage this group to make more regular minimum payments to move from Tier-III to Tier-I to enjoy the lower interest rate.

He said credit cards should be used as an electronic means of payment mechanism and not a source of long-term credit.

Interest rates for credit cards will normally be higher than other secured loans as the risk is higher.

However, interest rates on credit cards in Malaysia are still one of the world’s lowest.

“Though the non-performing loans in Malaysia are not as bad as in the United States, it is crucial for the people to live within their means and only buy things they can afford,” he said.

AKPK’s counselling services are available to all individuals who need help to manage their personal debts with financial service providers regulated by Bank Negara. — Bernama

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir



CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bermotifkan politik.

“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.

Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.

“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.

Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

Bar Council: Perak Speaker’s decision can’t be challenged, best to return mandate to people

By SK English Team

The Bar Council said returning the mandate to the people and allowing a snap election was the only way out of the political impasse in Perak.

Ambiga Sreenevasan, president of the Bar Council said this was because the decision by the state assembly Speaker V Sivakumar to suspend Menteri Besar Zambry Kadir and six executive councillor could not be challenged in court.

“Regardless of whether the correct procedure was followed by the Speaker and the Committee of Special Privileges, under Article 72 of the federal constitution their conduct and the validity of their proceedings may nevertheless be outside the jurisdiction of the courts.”

Executive versus legislature

Under the doctrine of separation of powers between the executive and the legislature, the judiciary could not interfere in the workings of Parliament or the state legislative assemblies.

Ambiga said this also meant there could not be executive influence in the workings of either Parliament or the state legislative assemblies.

Explained human rights lawyer Malik Imtiaz Sarwar: “This incident highlights the separation of powers between the executive and the legislature. While the Menteri Besar may be the single most powerful person in the executive, in the legislature, it is the Speaker who is in charge.”

Ambiga also cautioned against lodging police reports against Sivakumar.

“We say this as it has been reported that there are attempts to lodge police reports against the Speaker of the Perak state assembly, which would violate these provisions,” said Ambiga.

She added that wrestling over the constitutional and legal issues would not solve the political problem in Perak.

“Going back to the people of Perak will. We urge the parties involved to seriously consider doing so, not only in the interest of the people of Perak but also in the interest of stability and the nation as a whole.”

Cakap Tak Serupa Bikin

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."

Jawatan Norhayati - anak pengerusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, Tan Sri Onn Ismail - sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Dihubungi Malaysiakini, bekas menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak mengambil tindakan terhadap aduan Mohd Suffian kerana wujud perbezaan antara isu itu dengan isu Elizabeth.

"Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir.

"(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang."

Tambahnya, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan kesahihan gambar tersebut.

"Norhayati tidak mengaku, sebab itu kita tidak berani nak menuduh (beliau). Sebab itu kita tidak berani hendak ambil tindakan ke atasnya.

"Kalau (Norhayati) mengaku, lainlah. Gambar mereka, muka dekat, dekat. Mungkin super-impose," katanya.

Beliau mengingatkan agar Mohd Suffian tidak membabitkan orang lain berhubung masalah rumahtangganya dengan isu foto separuh telanjang wakil rakyat Bukit Lanjan.

Exco Wanita Umno itu dilantik semula sebagai senator melalui saluran pihak kerajaan persekutuan, tambah Dr Khir.

Norhayati tidak dapat bercakap panjang kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi sebentar tadi kerana sedang memandu.

Nota : Yang menjadi tanda tanya...kenapa tuduhan moral ini tidak di siasat, sedang kan laporan Polis telah di buat beberapa kali...?? Kebal ke bebal...

Thursday, February 19, 2009

Sedarkah Kita...???

Kelihatan masih ramai warga Malaysia yang masih belum sedar bahawa satu tiupan sangkakala ekonomi akan sampai tidak lama lagi.

Dunia TIDAK menghadapi krisis ekonomi. Adalah salah untuk mengatakan apa yang berlaku ini sebagai krisis ekonomi.

Krisis yang berlaku sekarang adalah KRISIS KAPITALISMA.

Umur dan nasib kapitalisma telah sampai ke hujung.

Sila lihat majalah Newsweek terbaru dalam pasaran : WE ARE ALL SOCIALIST NOW - KITA SEMUA ADALAH SOSIALIS SEKARANG . Ini adalah hakikat ekonomi dunia hari ini yang tidak dapat menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis melainkan menggunakan kaedah sistem ekonomi sosialis.

Sosialisma ada sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan ramai.

Kapitalisma ada sistem ekonomi yang berkiblat keuntungana kaum pemodal dan para cukong.

Berjuta warga di Eropah telah kehilangan kerja. Hampir ke semua bank di Amerika telah jatuh muflis. Russian sedang tenat. Seramai 26 juta kaum buruh di Tanah Besar China telah kehilangan kerja.

Dubai, Kuwait, Saudi Arabia yang dulunya melimpah ruah dengan duit dolar minyak kini sedang mengalami kekecutan ekonomi.

Justeru semakin banyak negara sedang mengambil pendekatan ekonomi sistem sosialis walau pun enggan mengakuinya. Nama tidak penting. Yang penting ialah mentalkinkan kapitalisma.

Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis:

-Memilik negarakan harta dan punca-punca ekonomi yang stratejik.
-Bank di milik negarakan.
-Punca punca ekonomi seperti air, api, lombong arang batu, telaga minyak di -rakyatkan.
-Kerajaan mengelurkan dana/modal untuk mula menjalankan perancangan ekonomi yang terancang.
-Mentalkinkan dan mengawal pasaran bebas.

Ciri-ciri ini sedang berjalan sekarang.

Dalam masa yang sama apabila krisis melimpah – bahaya perang akan juga sampai. Sila perhatikan bagaimana perang di Afghanistan kini sedang melimpah ke Pakistan.

Warga Malaysia wajib berwaspada. Pesta Pink Form telah tamat. Pesta sub con akan berakhir. Pesta cari projek akan berkurangan.

Kita wajib kembali ke bumi. Siapa bekerja siapa makan. Siapa ke laut dia dapat ikan. Siapa ke sawah dia dapat padi. Siapa pilihara ayam dia dapat telor. Siapa tidak bekerja dia pelesit zaman. Jangan jadi dedalu makan atas angin.Jangan jadi parasit.Jangan jadi pijat siang malam hisap darah.

Walahualam...

Siapa Haram...??

Hairan bin Ajaib.

Tapi itulah kata-kata yang diungkapkan oleh bapa mertua Khairy, Abdullah Badawi.

Abdullah dalam sidang akhbarnya hari dengan nada “marah-marah” mengatakan tindakan Speaker DUN Perak menggantung MB dan Exco-exco haram sebagai satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan Haram BN di Perak.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! (meminjam gelak Tukar Tiub).

Abdullah terlupa ke yang BN yang rampas kuasa dari Pakatan Rakyat beberapa hari yang lalu?

Ke dia tertidur masa rampasan kuasa tu berlaku?

Bual Bicara - Sekadar Info

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan
Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya
tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.

Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.

Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Tuesday, February 17, 2009

Malaysia Boleh..!!!

lupakan politik.
meh, baca berita ini, baca pelan-pelan:

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

*sebagai seorang kaki bola berkaki bangku, gua tidak tahu sama ada gua mahu menangis atau ketawa berdekah-dekah selepas membaca berita ini.

Pyanhabib

Khir Toyo Juga Patut Letak Jawatan

" Pemuda Bersih dengan ini mendesak ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.

"Ini adalah masalah salah guna kuasa. Dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim kene pecat dari jawatan, Sekarang Khir patut memikirkan sendiri di mana prinsipnya"

Berikut adalah butiran kes Khir :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.mega_shok.gif. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter