Kelihatan masih ramai warga Malaysia yang masih belum sedar bahawa satu tiupan sangkakala ekonomi akan sampai tidak lama lagi.
Dunia TIDAK menghadapi krisis ekonomi. Adalah salah untuk mengatakan apa yang berlaku ini sebagai krisis ekonomi.
Krisis yang berlaku sekarang adalah KRISIS KAPITALISMA.
Umur dan nasib kapitalisma telah sampai ke hujung.
Sila lihat majalah Newsweek terbaru dalam pasaran : WE ARE ALL SOCIALIST NOW - KITA SEMUA ADALAH SOSIALIS SEKARANG . Ini adalah hakikat ekonomi dunia hari ini yang tidak dapat menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis melainkan menggunakan kaedah sistem ekonomi sosialis.
Sosialisma ada sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan ramai.
Kapitalisma ada sistem ekonomi yang berkiblat keuntungana kaum pemodal dan para cukong.
Berjuta warga di Eropah telah kehilangan kerja. Hampir ke semua bank di Amerika telah jatuh muflis. Russian sedang tenat. Seramai 26 juta kaum buruh di Tanah Besar China telah kehilangan kerja.
Dubai, Kuwait, Saudi Arabia yang dulunya melimpah ruah dengan duit dolar minyak kini sedang mengalami kekecutan ekonomi.
Justeru semakin banyak negara sedang mengambil pendekatan ekonomi sistem sosialis walau pun enggan mengakuinya. Nama tidak penting. Yang penting ialah mentalkinkan kapitalisma.
Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis:
-Memilik negarakan harta dan punca-punca ekonomi yang stratejik.
-Bank di milik negarakan.
-Punca punca ekonomi seperti air, api, lombong arang batu, telaga minyak di -rakyatkan.
-Kerajaan mengelurkan dana/modal untuk mula menjalankan perancangan ekonomi yang terancang.
-Mentalkinkan dan mengawal pasaran bebas.
Ciri-ciri ini sedang berjalan sekarang.
Dalam masa yang sama apabila krisis melimpah – bahaya perang akan juga sampai. Sila perhatikan bagaimana perang di Afghanistan kini sedang melimpah ke Pakistan.
Warga Malaysia wajib berwaspada. Pesta Pink Form telah tamat. Pesta sub con akan berakhir. Pesta cari projek akan berkurangan.
Kita wajib kembali ke bumi. Siapa bekerja siapa makan. Siapa ke laut dia dapat ikan. Siapa ke sawah dia dapat padi. Siapa pilihara ayam dia dapat telor. Siapa tidak bekerja dia pelesit zaman. Jangan jadi dedalu makan atas angin.Jangan jadi parasit.Jangan jadi pijat siang malam hisap darah.
Walahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment