Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, September 2, 2009

Dalang Demostrasi Kepala Lembu





PDRM Di belenggu...???

Benarkah PDRM di kuasai oleh, taukeh-taukeh besar, along-along (mungkin juga para kongsi gelap) sebagaimana didakwa sepanjang orang yang bernama Musa Hassan berkuasa...??, mereka ini di katakan akan terus berkuasa untuk menentukan mana-mana pegawai yang akan dipindahkan, mendapat kenaikan pangkat, dijatuhkan atau dihumban kedalam penjara.

Ya..! mereka juga berkuasa untuk menghumbankan mana-mana pegawai polis yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka dan hari ini, dibawah ini di papar kan pengakuan bersumpah oleh seorang Pegawai Polis sebagai bukti atas apa yang berlaku.

*Kebanyakan nama-nama dan maklumat yang terdapat dalam dokumen dibawah terpaksa dipadamkan dari pengetahuan umum untuk melindungi pemberi maklumat.


Sumber asal: Malaysia-Today.net

Takbir Hadhari..???


Perkataan TAKBIR dalam Islam, takrifnya adalah kalimat Allahuakbar yang diucapkan kerana mengagungkan Allah, perkataan itu hanya ada pada PENGANUT Islam saja dan tidak salah ugama lain menyebutnya, berbeza dengan ISLAM HADHARI.

Blog2 ubnRM banyak mempersendakan perkataan itu, mereka takut untuk menulis dengan perkataan “Takbir” lalu diolah menjadi TAKE BEER, semua orang tahu KRAjaan ubnRM menyediakan KILANG KILANG ARAK yang mana antara TOKEI nya orang ISLAM HADHARI, apabila mereka mengolahkan perkataan Takbir menjadi TAKE BEER, seolah mereka mempromosikan CECAIR HARAM bagi orang ISLAM yang yakin berulang ulang kali.

Kesian orang ISLAM HADHARI, rupa rupanya tiada perkataan TAKBIR dalam ISLAM HADHARI ye ?, begitu asing bagi mereka rupanya perkataan itu.
Dan korang cari lah pulak dalam kitab2 Arab makna perkataan TAKBIR, kalau dalam encyclopedia mat saleh ada, mustahil kitab Arab takada, hanya KITAB ISLAM HADHARI yang ada, sebab itu mereka mempermain mainkan.
  • Note that takbīr (تَكْبِير) is only the name of the expression, while the phrase itself is "Allahu Akbar". In the Islamic world, instead of applause, often someone will shout "takbir" and the crowd will respond "Allahu Akbar" in chorus.
Sumber: Perisik Rakyat

Peringatan Untuk Wakil Rakyat

Walaupun ia adalah sebuah lagu yg di cipta khusus untuk wakil rakyat Indon....tetapi ia masih kekal relevan untuk para wakil rakyat cawangan Malaysia. Layannnn...

Tuesday, September 1, 2009

Petua Tahan Lama

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...

Apa Beza RON95 Dan RON97


Korang bleh refer kat website ni http://www.themotorreport.com.au/6915/the-real-mccoey-on-ron-research-octane-number/

Saja Nak Berkongsi - 24 jam


Kedai makan,kedai sebaneka 24 jam aku biasa jumpa tapi
korang pernah jumpa kedai jahit yang beroperasi 24 jam tak..??
Kalau korang memang biasa tengok atau jumpa mungkin korang tak kisah.



Butik ini bukan saja beroperasi 24 jam malah segala tempahan dijanjikan akan siap dalam jangka waktu 24 jam juga...perghh.
Kalau korang ada hajat nak pakai baju raya tapi dah tak ada tukang jahit yang sanggup untuk mengambil tempahan...boleh lah kesini.
Ini bukan promosi tapi sekadar berkongsi informasi.
Lokasinya Taman Seri Andalas,Kelang.

Sah Petrol Naik Harga



Dengan ini di maklum kan bahawa harga petrol telah dinaikkan. Harga baru petrol RON97 dinaikkan daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai hari ini.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.
Terima kasih Kerajaan ku..ini lah hadiah paling istimewa untuk bangsa ku terutama golongan marhain sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 dan juga ang pow Hari Raya.

Menteri buat statement tapi tak buat homework.....suke2 dia je harga minyak dunia US80....kah kah kah


1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan....Podahh.

Sunday, August 30, 2009

Untuk Mereka Yang Kurang Jelas (macam aku)

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]



Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]


Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]


Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]


Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD
(YB SHAH ALAM)
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter