Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Friday, July 24, 2009

Mengapa SPRM pejam mata apabila 27 Adun BN habiskan RM27juta?



Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad menyifatkan tindakan SPRM menyiasat exco-exco dan Adun-adun DAP Selangor sebagai usaha BN untuk mengucar kacirkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.


Beliau mempersoalkan jika SPRM benar-benar hendak membanteras penyelewengan, mengapa SPRM tidak menyiasat Adun-Adun BN yang telah membelanjakan hampir kesemua peruntukkan RM500,000 setiap Adun dalam masa satu bulan setengah sebelum pilihan raya 8 Mac 2008.

"Saya tidak mendengar sebarang aduan daripada Adun BN disoal siasat atau pejabat mereka digeledah oleh SPRM," tegasnya.

Dalam kes siasatan itu beliau berkata, SPRM dengan jelas telah mengamalkan polisi "double-standard."

Sejumlah RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang Adun BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.

Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakna kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan itu. Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Rakyat mendapati dalam tempoh 50 hari, RM500,000 bagi setiap Adun ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh Adun BN.

Beliau menegaskan, nyata sekali setelah Perak dirampas oleh BN, pimpinan mereka berhasrat untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Setelah kematian seorang Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30, BN nampaknya akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka.

"Jentera dan agensi kerajaan seperti SPRM pula akan disalahguna untuk matlamat mereka tercapai," tegasnya.

Sementara itu, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus curiga dengan ketelusan SPRM yang tidak membuat siasatan terlebih dahulu kepada Adun BN yang telah menghabiskan peruntukkan Adun sebanyak RM500,000 dua bulan sebelum pilihan raya 8 Mac 2008.

Menurut beliau, sepatutnya SPRM telah menyiasat perkara itu terlebih dahulu bagaimana peruntukkan itu dibelanjakan tetapi sehingga kini tiada apa-apa maklumat. Tiba-tiba katanya, tiada pertuduhan tujuh Adun DAP telah disoal siasat tentang penggunaan wang peruntukkan Adun.

"Mengapa Teo masih berada di Pejabat SPRM sepatutnya dalam siasatan berada dalam keadaan selamat sebab ia dibawah tanggungjawab SPRM," tegasnya.

Beliau mendesak supaya pihak polis perlu membuat siasatan lebih terperinci supaya tiada perkara yang berat sebelah berlaku.

Pegang lilin: Ini jawapan tok guru

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Wednesday, July 22, 2009

Perodua MPV - Speculation je...


The upcoming Perodua MPV is still pretty far off, set to roll off the production lines only in September 2009, but here is a rendered speculation by Theophilus Chin of how it will might look like. Based on an existing Toyota compact MPV, the styling for this three row MPV rendering is largely based off the Perodua Viva.


Perodua CEO Datuk Hafiz mentioned in an interview with The Edge Weekly earlier this year that we should think of the new Perodua MPV as a smaller Toyota Wish that will have three rows and sit 6 people comfortably (probably not 7 because of a Perodua’s typically compact size and thus reduced width).

It will be based on the recently announced new Indonesian-based MPV model that was announced in March this year and is currently still under development by Toyota and Daihatsu. Perodua will apply its own styling onto the model.
Look after the jump for a rear shot of Theophilus Chin’s rendering as well as some other photoshop “experiments”. PS: KSG = Kenderaan Serba Guna.



These are just some extra renderings from Theophilus as a result of a boring weekend…


Perodua Kici



Sometime later in the future we may see Daihatsu coming out with a tiny smart/iQ-like car, perhaps powered by an electric drivetrain. Naturally it might trickle down to the Perodua model range.

Perodua Borong

A replacement for the commercial Perodua Rusa, which if ever comes into existance is likely to only come with minor styling changes and based on the Daihatsu Gran MaxRead more: http://paultan.org/archives/2008/09/21/2009-perodua-mpv-rendered-speculation/#ixzz0LvG5ApMo

Reward

RM10,000 untuk pembunuh Teoh



Seorang individu berpangkat 'Datuk' menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pembunuh Teoh Beng Hock.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata rakyat amat tidak berpuas hati dengan kematian Teoh yang berada dibawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehinggakan seorang datuk yang tidak mahu identitinya didedahkan sanggup membuat tawaran sebegitu rupa.

"Ramai orang mahu tahu apakah punca dan situasi yang membawa kepada kematian Teoh, dan tawaran ini adalah galakan kepada mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan polis," kata Nga.

Monday, July 20, 2009

Satu Renungan

1 Ogos: Tambang dan elektrik naik, 1 Sept: Minyak di jangka naik 20 sen Kemana hala tuju rakyat Malaysia hendak dibawa oleh kerajaan tatkala ini?

Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam mulai Ogos ini bagaikan merentap jantung rakyat marhaen yang setiap hari pergerakan mereka bergantung kepada pengangkutan awam kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila mendengar pengumuman tersebut.


Termenung panjang memikirkan pertambahan di dalam perbelanjaan harian untuk pergi balik ke tempat kerja, menggunakan bas ekspress untuk menuju ke destinasi yang dituju dan paling perit apabila pelajar-pelajar yang berjauhan dengan keluarga terpaksa berbelanja besar untuk pulang ke kampung setiap minggu ataupun pada hari kelepasan am dan hari perayaan.

Rata-rata rakyat yang menggunakan pengangkutan awam adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Hidup mereka saban hari ditekan dengan kemelesetan ekonomi dan kini kesusahan dan keperitan hidup mereka ditambahkan lagi dengan bebenan terbaru ini. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang terpaksa membayar lebih untuk bas sekolah anak-anak mereka?

Apakah ada pilihan lain untuk mereka mengelak daripada mengeluarkan perbelanjaan yang lebih ini? Bagi yang berkenderaan pula, kesengsaraan mereka akan bermula pada bulan September ini apabila harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter. Sudah pastinya harga barangan akan melambung tinggi seperti mana yang berlaku sebelum ini. Kenaikan harga minyak adalah punca asas kepada kenaikan harga-harga barangan harian.

Tarif elektrik pula diwar-warkan akan dinaikkan mulai Ogos. Dimana sudahnya kesengsaraan rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah ini? Hidup bagaikan dikepung oleh pelbagai masalah kewangan yang menghimpit. Dimanakah jalan keluarnya? seperti tiada jalan keluar yang terbentang malah jalan itu akan bertambah sempit dan dipenuhi dengan onak duri. 1Malaysia sudah muak dengan cara pemerintahan yang sebegini.

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah terhimpit.

Malaysian Future ???

Sunday, July 19, 2009

Misteri Kematian Setpol Exco Selangor


Misteri dan persoalan berkait dgn 3 perkara:-

1. THERE IS NO BLOOD! Even if Bro Teoh had hit some other part of the building on the way down and had been killed by that impact, his body would have reached the final resting point within seconds of the impact. Whether or not there were external injuries, there would certainly be internal injury and bleeding. Blood would have flowed out of his nose and mouth and, possibly, his ears. And the blood would only flow out from the body many seconds after the injuries occur, after the body had come to rest. There should be a pool of blood around his head. There is none! This is the most damning evidence.

Teoh, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco sebelum dijumpai mati.

2. The arms and legs appear to be undamaged. Had Bro Teoh been conscious when he was falling, he would most likely have been facing the ground and would have tried to stop the impact. His arms are likely to have broken at the elbows. His legs are likely to have been splayed out at awkward angles. Even if he had fallen backwards, his arms would have been splayed out and bounced into some unnatural angles. The body position shown in the photographs is too natural.

Punca kematian menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang perlu dijawab oleh SPRM dan Kerajaan. Jatuh dari tingkat 14...cuma seluar yang koyak..macam mana tuuu...

Satu perbandingan

3. The tear in his trousers suggests to me that his body landed with the buttocks hanging downwards and the tear occurred at the point of impact. He dropped that way because his inert body was being held by arms and legs before being dropped.

sumber: malaysia-today.

Welcome To The Club


Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong yang turut mengumumkan menyertai PKR.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter