Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, October 10, 2009

Thursday, October 8, 2009

Bekas tentera dakwa tidak tahu ada undi pos



SEREMBAN – Seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi.

Malakan Kamaruddin, 72, (gambar) yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos.

Beliau yang mula berkhidmat pada 1958 berkata, anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos.

“Memang nama saya ada (dalam undi pos) tetapi saya dan rakan lain tidak pernah mengundi selama berkhidmat dalam tentera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongek, Rembau, semalam.

Malakan mempersoal kewajaran Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertahanan, membenarkan wakil parti bertanding berada semasa proses pengundian dan pengiraan.

“Adakah ia dilaksanakan secara adil dan telus? Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah,” katanya.

Dua Pemimpin Pemuda Diberkas.

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

“Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

“Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.


kalau berita tu macam ni -

”Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda PKR bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.”

Sah masuk TV3 siap fokus muka sekali dalam utusan, berita hairan siap gambar kena gari masuk dlm black maria tunjuk muka depan lagi tu.....cehhh.

Dakwaan 3 Billion - Nilai Dan Fikir kan.

F1 1Malaysia....Perlu ke Kerajaan Malaysia turut serta untuk menghabis kan wang rakyat. Tidak ada pula suara yang nak menyangah....wahai semua YESSS man !!.


Untuk anda nilai dan fikirkan…

Pada pertengahan tahun lalu buku 50 dalil telah diterbit dan diedarkan.
Di antara lain ia menuduh Sdr Anwar Ibrahim mempunyai seorang

anak luar nikah hasil hubungannya dgn seorang wanita.

Akan tetapi ujian DNA yg dilakukan selepas itu mengesahkan bahawa bapa budak itu ialah suami wanita berkenaan.

Pada awal September, 1998, suratkhabar-suratkhabar utama Malaysia
telah melaporkan tentang dokumen polis yang menunjukkan kononnya Dato Nallakaruppan mengaku telah memberi wang sebanyak RM60 juta kpd Sdr. Anwar dan mengatur khidmat pelacur untuknya.

Beberapa hari selepas itu, peguam Nalla telah mengeluarkan surat akuan bersumpah Nalla menafikan semua dakwaan yang terdapat dalam dokumen polis.

Pada 19 September, 1998 Dr. Munawar Anees dan Sukma Dermawan
telah dijatuhkan hukuman penjara kerana kononnya diliwat Sdr. Anwar. Peguam mereka (yang dilantik polis) telah membuat pengakuan bersalah bagi pihak tertuduh dalam satu perbicaraan yg hanya memakan masa setengah jam.

Tidak lama selepas itu kedua-dua Munawar dan Sukma telah mengeluarkan surat akuan bersumpah menyatakan mereka telah didera dan dipaksa membuat pengakuan diliwat Sdr. Anwar oleh polis. Mereka juga nafi pernah diliwat Sdr Anwar dan keterangan oleh seorang pakar perubatan mengesahkan tiada bukti Sukma pernah diliwat.

Pada awal 1999, Dato’ Murad Khalid telah disuruh meletak jawatan dari kedudukannya sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Pada 16 September dia telah dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan gagal mengistiharkan hartanya. Pada 28 Oktober dia membuat pengakuan kononnya Sdr. Anwar memiliki RM3 bilion dan dia turut terlibat mengendalikan wang itu untuk Anwar.
Pihak-pihak yg dikatakan menerima wang dari Anwar seperti Dato Abdullah Ahmad, Aliran, ABIM, Asia Pacific Policy Centre dll telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Murad.
Dakwaan bahawa Chandra Muzaffar, sebagai presiden Aliran, telah menerima RM5 juta di antara 1992-1997 juga nyata palsu. Ini kerana Chandra tidak lagi terlibat dalam Aliran pada tahun-tahun berkenaan.
Murad juga mendakwa Anwar terbabit dalam pengambilalihan Sikap-Power oleh MRCB. Ia bertujuan memberi gambaran seolah-olah Anwar memiliki MRCB dan penjualan Sikap-Power adalah diatas arahannya. Fakta yg tidak dinyatakan ialah bahawa Daim sebenarnya yg memiliki MRCB dan Sikap-Power dimiliki ahli keluarga Aishah Ghani. Ia dijual kerana Astaman, anak Aishah Ghani pemilik majoriti Sikap ingin mendapatkan keuntungan cepat dari projek ini.
Dakwaan Murad banyak menggunakan perkataan “saya percaya” dalam membuat tuduhan-tuduhan liarnya. Ini menunjukkan dia sebenarnya tidak mempunyai bukti.

Sejak Sdr Anwar dipecat, berbagai tuduhan liar telah dibuat untuk memberi gambaran bahwa beliau adalah seorang berakhlak buruk. Namun, ini gagal meyakinkan masyarakat. Kini mereka cuba memberi gambaran Anwar sebagai pengamal rasuah yang telah menghimpunkan kekayaan untuk dirinya. Ini semua hanyalah helah sebelum pilihanraya. Ini semua bertujuan memesongkan perhatian masyarakat daripada penyelewengan-penyelewengan pemimpin-pemimpin BN yang telah didedahkan Anwar, sama ada semasa perbicaraan atau melalui laporan-laporannya kpd polis. Namun, pihak polis dan BPR hanya membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan. Kedua-duanya berada di bawah telunjuk Mahathir.

Sebab inilah perlu ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat semua dakwaan terhadap Sdr. Anwar dan semua laporan polis yg telah dibuatnya terhadap pemimpin-pemimpin BN.

Kenyataan Media Sdr. Anwar Ibrahim: Komen Tentang Kenyataan Dato’ Abdul Murad Khalid

Saya ulangi tuntutan diadakan Suruhanjaya Siasatan Bebas menyiasat pengumpulan harta oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan termasuk bekas pemimpin. Cara memaksa pengakuan dibuat mengikut contoh regim Hitler dan Stalin kian menjadi di negara kita

Yang mutakhir melibat Dato’ Murad. Fitnah demikian digunakan buat menjejaskan imej musuh politik pemimpin Barisan Nasional.

Ini juga adalah daya mengalih pandangan rakyat dari harta yang dirompak dari negara oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir dan Tun Daim dan sekutu mereka; sebahagiannya sepertimana yang telah saya

buktikan dalam laporan polis dan di mahkamah.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tanpa asas.

Anwar Ibrahim

29 Oktober 1999

Jumaat

Wednesday, October 7, 2009

Taufan PARMA

Taufan PARMA bergerak ke arah tenggara dan dijangka melanda Filipina

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengesahkan ribut tropika Parma tidak akan melanda perairan Malaysia.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Nasional JMM, Saw Bun Liong berkata, tempias ribut tropika itu akan dirasai di beberapa kawasan perairan Sabah dengan angin kencang selaju 30 hingga 50 kilometer sejam.

"JMM telah mengeluarkan amaran laut bergelora serta angin kencang sehingga Jumaat ini (9 Oktober)," katanya kepada mStar Online.

Bun Liong berkata, ombak setinggi 3.5 meter turut dijangka berlaku di sekitar perairan Phuket, Samui, Kelantan, Terengganu, Condore, North Reef, Layang-Layang, Wilayah Persekutuan Labuan, bahagian barat Sabah dan Palawan.

Menurutnya, JMM akan memantau perkembangan ribu tropika Parma dan akan mengemaskinikan amaran dari semasa ke semasa menerusi media dan laman web JMM.

Dalam pada itu, Bun Liong berkata, JMM meramalkan Taufan PARMA akan melanda Filipina malam ini.

Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter