Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Wednesday, April 29, 2009

Permohonan Zambry Di Tolak

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

Tuesday, April 28, 2009

Saudi tegas kurangkan bunyi azan..???

RIYADH: Arab Saudi sedang mengambil tindakan keras ke atas masjid-masjid yang meningkatkan bunyi pembesar suara semasa azan, sedang masjid-masjid semakin berlumba-lumba mengatasi bunyi pembesar suara satu sama lain, lapor agensi berita rasmi SPA kelmarin.

Menteri Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Sheikh, mengarahkan pasukannya memeriksa masjid-masjid di Makkah, Riyadh dan beberapa tempat lain di negara itu untuk mengesan penggunaan pembesar suara yang terlalu kuat.

Di Madinah, para imam telah diberitahu supaya menggunakan pembesar suara di luar masjid dalam khutbah utamanya, dan hanya menggunakan pembesar suara dalam masjid bagi upacara ibadah selanjutnya, kata laporan SPA itu.

Di bandar Bahah, di barat Arab Saudi, pemeriksa daripada pihak kementerian itu baru-baru ini menanggalkan 100 pembesar suara di 45 masjid kerana bunyinya yang terlalu kuat hingga menenggelami bunyi azan dari masjid-masjid lain.

Banyak masjid menyiarkan khutbah melalui sistem pembesar suara.

Kementerian itu berkata bunyi pembesar suara di sesetengah masjid di negara itu boleh didengar sejauh lima kilometer. - AFP.

Monday, April 27, 2009

Wabak Selsema Babi


MEXICO CITY – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

(gambar - ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS)


Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.

Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.

‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.

Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.

‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

bayar RM14.6j kerana salah kerajaan terdahulu

Kerajaan negeri Pulau Pinang diarahkan membayar RM14,678,135.50 kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes pertikaian tanah antara kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan seorang individu bernama Tang Hak Ju selaku plaintif.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang memberitahu demikian pada sidang media di sini, semalam berkata, kes itu masih dalam proses untuk mengurangkan pembayaran pampasan tetapi sementara menunggu rayuan, mahkamah mengarahkan kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah ganti rugi yang diputuskan sebelum ini iaitu RM29,356,271.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh pembayaran itu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi membolehkannya membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk kelulusan mengeluarkan wang bagi membayar tuntutan tersebut.

Kes ini berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.28 hektar Di Seberang Perai Tengah kepada Hak Ju tetapi kemudian membatalkan perjanjian itu.

DUN Penanti - 31 Mei


Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter