Modal sekali tapi $$$$....masyukkk.

Peluang baik dan mampu milik....

Saturday, October 24, 2009

Dah Potong Dahhh.!!!



Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. huhuhu.....

Memang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Saya kini melanggan 3G broadband Maxis dan streamyx. Broadband Celcom memang tak berapa puas hati servisnya manakala streamyx pula intimitent. Kadang-kadang laju kadang-kadang slow.

Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.

Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah best of the worst broadband di Malaysia. Lihat tip di isuhangat dulu 'melayari streamyx dengan bijak'
Ok berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi selowww gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:




Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai.



Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jerr . Lawan dengan servis! Baru la rugged beb...

Friday, October 23, 2009

Apa Yang Rakyat Dapat Dalam BAJET 2010

Berikut ialah intipati Bajet 2010:

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

BERNAMA

Aziz Bari: BN boleh, PR no no no...

Oleh NYZA AYOB

www.malaysiabebas.com

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah Dato' R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya mahkamah mengesahkan tindak tanduk BN menjadikan kuasa mahkamah itu juga agak 'tunggang langgang'.



"Sewaktu Speaker Sivakumar menggantung Dato' Zambry Abdul Kader dahulu, BN menyatakan mahkamah boleh campur tangan dalam isu tersebut. Tetapi apabila timbul isu R. Ganesan ini, pihak mahkamah mengatakan tidak boleh campur tangan isu ini.

"Jadi, mana satu yang betul? Mahkamah mengatakan boleh campur tangan apabila hanya boleh memenangkan BN. Kita tidak mahu mengatakan BN berat sebelah tetapi itulah perkara yang berlaku. Sebenarnya apa yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur tangan,"katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelas Aziz, tidak ada satu masa pun menununjukkan berlaku kekosongan Speaker Dun Perak. Malah katanya, tidakan mengusung keluar Sivakumar tidak menandakan Speaker Dun Perak itu tidak sah. Situasi ini menegaskan lagi pelantikan Ganesan adalah tidak sah.

"Ketidaksahan itu berkait-kait daripada istana, daripada SUK dan daripada polis kerana masalah pencerobohan sewaktu sidang Dun dan Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh pegawai polis.

"Daripada segi tindakan pihak polis yang menceroboh, tindakan itu memang tidak boleh dan polis telah melakukan jenayah. Dan daripada sudut lain, apakah perkara yang boleh menyatakan Ganesan sah sebagai Speaker sedangkan daripada awal lagi beliau tidak sah sebagai Speaker. Ini kerana pelantikan sebagai Speaker harus dibuat melalui pemilihan,"katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menegaskan Ganesan juga telah melanggar undang-undang kerana masih mengamalkan karier guamannya sewaktu 'dilantik' sebagai Speaker.

"Sudahlah dia melanggar undang-undang, pelantikannya juga tidak sah. Dalam erti kata lain Ganesan ini memang bukan Speaker Dun Perak. Dan Sivakumar masih Speaker yang sah.

"Oleh kerana beliau dihalang daripada melaksanakan tugasnya, sama ada di bawah pokok atau di hotel, persidangan tersebut tetap sah. Malah prosiding mahkamah juga pernah diadakan di dalam hospital dan ia tetap sah,"tegasnya.

Abdul Aziz menjelaskan, walau di mana sidang Dun Perak akan diadakan pada 28 Oktober nanti, ia tetap sah diadakan.

Wednesday, October 21, 2009

Berkenalan Yok....

SIAPA PEREMPUAN INI

Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh. [Tukar Tiub]

Luar Pagar.....Pyanhabib


TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen. Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut - saya tidak tahu kira betapa banyaknya - disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga - yang saya tidak tahu betapa banyaknya - saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui - bayar habis kepada konsensi lebuh raya - maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!

Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat?

Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!

Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat?

Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah!

Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis! Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi.

Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!

Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam!

Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur.

Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi.

Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm.

PYANHABIB seorang seniman yang mempunyai kepala otak yang lain daripada yang lain. Maka itu anggap apa yang beliau syorkan ini sebagai seloka lepas raye...

Tuesday, October 20, 2009

Takutttt..???

Pemuda Umno baru-baru ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya, kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009.....


Komen: Yang hangpa dok takut sangat dengan Anwar Ibrahim ni pasai apa???? aku pun tak paham.Perjuangan hangpa ni nak hentam Anwar Ibrahim ka,atau nak bantu Melayu atau memang hangpa takut kalau-kalau Anwar jadi perdana menteri hangpa dok dalam....??

16 Sept,Cuti Umum - DS Najib Tiru Idea Pakatan Rakyat

YANG LAMA:

Seberang Jaya 31 Ogos

Dato Seri Anwar telah mengumumkan dalam ceramah bersempena meraikan kemenangan parlimen Permatang Pauh bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka harus mempunyai 2 peristiwa penting iaitu pada tarikh 31 Ogos dan 16 September sebagaimana kebanyakan negara-negara lain seperti India misalnya.

Ini adalah kerana tarikh 31 Ogos tarikh merdeka yang di lancarkan oleh Al Marhum Tunku pada ketika itu belum melibatkan pembentukan negara Malaysia yang sebenarnya. Hanya pada 16 September barulah penyertaan semua negeri-negeri di Malaysia ini disatukan pada 16 September ,maka kerana itu perayaan bulan kemerdekaan bagi negeri-negeri dibawah Pakatan
Rakyat haruslah dilakukan bermula pada 31 Ogos hingga 16 september di mana ianya adalah simbol kepada kemerdekaan negara Malaysia yang hakiki dan muktamat.

Beliau berucap sebelum menamatkan ucapan di majlis jamuan meraikan petugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat yang memenangkan pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos baru-baru ini.

“Saya ingin menyebut disini 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi kita tarikh kemerdekaan, 16 September adalah terikh penting dalam negara kerana ianya kemerdekaan satu negara Malaysia merdeka bersama –sama. Oleh demikian saya syorkan semua sambutan kemerdekaan di semua negeri Pakatan Rakyat, kita mula gegar kemerdekaan dari Semenanjung , Sabah , Sarawak kita sambut cuti awam pada 16 September. Maknanya kita angkat kawan-kawan kita dari Sabah Sarawak. 31 Ogos dan 16 September.”

Petikan ucapan DSAI semasa sambutan kemenangan dan kemerdekaan negara tahun lepas di Pulau Pinang.Ianya turut dihadiri oleh semua pimpinan PR di Pulau Pinang dan diumumkan tentang konsep cuti 16 September.

YANG BARU:

Malam itu juga di umumkan bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku pada 16 September.Hari ini DS Najib telah mengumumkan bahawa 16 Sept adalah cuti umum bagi tahun hadapan.

Nampaknya idea pembangkang ini banyak yang di ciplak...cuba anda senaraikan?????

Flashback Provokasi di Bagan Pinang

Berikut adalah gambar2 agen provokasi di Sek. Keb. Panglima Adnan semasa PRK Bagan Pinang, 11/10/2009

mamat ni menari melompat2 macam beruk mak yeh

Perhatikan...batu ditangan mamat gemuk tu....Bahan Bukti

Mamat ni yang paling lantang...antara yang di laungkan:

...arak halal kat selangor... sapa nak arak free pergi selangor... babi halal kat kedah...

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka, ... Amiiin.

Pelabur risau, internet M'sia lembab

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Komen: Jangan kan pelabur asing..aku rasa ramai dah pengguna di Malaysia ni yang tidak berpuas hati dengan tahap prestasi pemberi khidmat talian & capaian internet ni...baru2 ni aku dah potong talian broadband celcom aku...hancusss..dah tu, da la khidmat hancur lepas tu kena denda pulak sebab potong line sebelum tamat kontrak....patut la yang kaya makin kaya...aku jugak yang terkena...

Monday, October 19, 2009

Aku Anti Perokok

SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.
Related Posts with Thumbnails

JMD dlm kenangan...sebelum berhijrah ke Arab Saudi....tapi kini kau telah tiada.Al Fatehah.

Family Day 2009-Part 1

Family Day 2009-Part 2

Wedding 10052009

Aksi Figo Jr. & Kenit

Retro Yang Penuh Dengan Cerita

My Family Album

LIFE GOES ON.....

Cerita Dalam Gambar


Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Tempat Jatuh Lagi Di kenang

Aku & CCR dulu2

Aku & CCR dulu2

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Penuh nostalgia...konvoi dri Klang ke JB....mane agaknye kawan2 aku ni yek ??.Aku yg no.3 dri kiri.

Currency Converter