Bolehkah diterima kerja-kerja penyebaran gambar-gambar yang menghina Sultan Perak dan Mufti Perak ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat, sama ada PAS, DAP atau PKR?
Gambar ini benar-benar satu penghinaan yang nyata terhadap sultan dan raja-raja. Pihak yang berwajib harus menyiasat perkara ini secara bersungguh-sungguh sehingga ditemui siapa yang melakukannya.
Mereka yang melakukannya haruslah dihadapkan ke mahkamah dengan segera. Sekiranya pihak berkuasa gagal mengesan orang yang bertanggung jawab merancang, mencetak dan menyebarkan gambar-gambar tersebut, keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa akan menjadi semakin buruk.
Kalau mereka boleh mendakwa Karpal yang baru berniat untuk menyaman Sultan Perak, kenapakah mereka tidak boleh menangkap dan mendakwa mereka yang secara jelas dan nyata telah menghina sultan dan raja-raja?
Tujuan penyebaran gambar ini jelas menunjukkan untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelang PRK Bukit Gantang. Siperlakunya mahu pengundi-pengundi Bukit Gantang percaya bahawa penyebaran gambar-gambar itu adalah dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Mereka lupa bahawa sekarang ini adalah tahun 2009. Rakyat Bukan Gantang bukan bebal dan tengin seperti mereka yang merancang kerja-kerja tersebut. http://rahimkassim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment